ADVERTISEMENT

Kenapa Saya Suka Rumah Saya?



Terletak di persiaran street highway 1 berdekatan daerah Hambden adalah rumah yang dimiliki oleh Rene' Taylor. Rene' merupakan kenalan di couchsurfing yang membantu memberikan Penginapan kepada kami berempat di pertengahan perjalanan kami dari oamaru ke Dunedin, kami tiba pada waktu malam, dan berangkat diawal pagi untuk menyambung semula perjalanan kami ke Dunedin.

Rumah yang dimiliki sepenuhnya oleh beliau dan keseluruhan rumah juga dibina oleh Rene' sendiri. Aku amat kagum walaupun rumah yang nampak usang tapi hasil tangannya sendiri yang banyak menyentuh perasaan aku, Jika dilihat dari dalamnya banyak lagi yang tak beberapa nak siap tapi semuanya masih selesa untuk digunakan. kami disambut dengan mesra dan beberapa ahli couchsurfer lain kelihatan menumpang malam di sini juga.

Kami menyediakan makan malam dan banyak benda dikongsi bersama, selepas tidur semlaman kami beredar pagi tadi dengan meninggalkan setitis kata pada kertas berserta cenderhati dari kami dan hidangan sarapan pagi yang telah kami sediakan.  Terima kasih kerana sudi menjemput kami Rene'.


 Sekarang aku faham rumah tak semestinya besar, tak semestinya kelihatan gah, cukuplah dari segi usaha yang ditunjukkan dan fungsi rumah itu sendiri yang menambahkan coraknya.

-Shah_rule, Oamaru NZ

Its a new journey...


Salam readers,

Jadi sekarang bermulalah trip seterusnya aku menghala ke pacific ocean~ nama trip kali ini aku tengah fikir-fikirkan lagi.. cuma kali ini aku akan cuba update cerita terus dari sana. Malas nak tulis bila dah balik Malaysia takut nanti dah start kerja lagi malas pula aku nak update story kan~

Briefing:

Trip kali ini asalnya disertai oleh 6 orang semuanya adalah classmate dan "bestfriends" lah katanya~ tapi disebabkan ada masalah dalaman 2 orang teluh mengundurkan diri. Jadi tinggal kami ber-empat yang gigih meneruskan trip ini.

Trip telah dirancang sejak bulan Ogos 2011 semasa Jualan ikan Paus Airasia, siapa ingat? haha masa tuh ditengah kesibukan masing-masing dimana setengah dari kami di Hospital Selayang dan aku pada masa itu di Hospital Teluk intan telah pun menyatukan suara memilih New Zealand. Memang susah nak lupakan tempat ini, terpanggil2 untuk pergi lagi. So kami book perjalanan sehala sebab masih kabur-kabur lagi tak tahu apa yang mendatang. Harga tiket sehala termasuk cukai RM299 sehala.

Dalam bulan March 2011 rangka perjalanan ini disiapkan setelah aku terserempak dengan sale di Airasia yang berharga RM 430 perjalanan Gold Coast - Kuala Lumpur. Connection flight dari Auckland ke Sydney berharga RM290 dengan Jetstar.

main kira-kira 3 hari tak habis!!!

Bagi mencuba perasaan untuk melakukan wwoofing di New Zealand dan Australia, kami telah pun mencuba pelbagai link yang banyak dibantu oleh rakan-rakan yang kami kenal dari New Zealand tahun lepas.

HelpX
Backpacker Board
wwoof NZ
Couchsurfing

Jadi saya akhiri setakat ini dengan ucapan terima kasih khasnya kepada para travelholic yang banyak memberi input, dan tak lupa Janggel & John yang banyak menolong tentang urusan Visa itu dari AUD 25 jadi RM20 je sape taknak.. dan fatt thanks for entry sydney yang banyak membantu especially bus free tuh~ siapa taknak benda free weh..
Fantastic 4   ????