ADVERTISEMENT

a Short day trip - Negeri yang gemar berpantun


Dang~ baru perasan rupenya aku takde kelas sampailah hari ahad nanti. Tapi tak kisahla, study-study~ jangan malas. tapi sekarang memang mood takde nak rajin2 meh aku blogging sikit~ sebelum tuh aku nak berpantun, cewah~




Kapal dagang dari seberang; 
Sarat muatan kayu meranti; 
Dari jauh tuan puan datang; 
Orang Melaka sentiasa menanti.


Okey terang-terang dah tu lokasi perjalanan aku, ni masa time cuti deepavali semalam~ saje je boring-boring, last2 we come out with this idea~ haha Lame dah x jalan2 dalam Malaysia (matila aku kene caci pasal statement ni)

Sebenarnya hari deepavali kali ni bukan sahaja ditunggu-tunggu oleh warga yang bergelar india aje, rupa-rupanya one of our members pun tak sabar nak tunggu deepavali, pasal apa? Pasal tuh birthday dia!!!! Happy Birthday feyo (awat nama pelik sangat nie, kawan die kat kampung lagi la, nama yoyo pulak tuh.. haha )

So pepagi lagi dalam 8.30am dah keluar dah kami ke Terminal Bus Selatan (TBS), mode pengangkutan time travel ni memang bertukar-tukar. one of beloved friend of mine (die ni cakap je nak gi mana, sure die willing nak hanta) la yang tolong menggerakkan kan kami dari Selayang ke TBS nuh.. dan bus KKKL menjadi pilihan kami untuk ke Melaka Sentral, bertolak pukul 10.00am, perjalanan memakan masa dalam sejam setengah je~

breakfast on the run~





Sampai melaka sentral, kakak feyo ambil kami semua, dan bergeraklah kami menyerbu rumah beliau dengan harapan nak makan biar kenyang sampai ke malam (jgn dibuat la perangai camni yer)... memang mak dia pun nak surprise kan dia kot~ termasuklah jumlah kitorunk yang rmai ni pun mensurprisekan mak dia jugak~ hahaha

Its been 5 years, rindu zaman time matrix, kat sini la aku ambil bas setiap minggu balek JB (motif balik every week)


Lepas makan2, memang kenyang kot, makan masing2 bertambah.. rendang ayam makcik memang no SATU (sambil buat thumbs up).. kereta dan fuel di sponsor khas untuk kami merayau kat kota melaka tuh~ best x orang melaka, baca sekali lagi pantun tuh.. baca2!
cara wanita sihir meniup lilin~ rumah dia penuh dengan anak2 buah dia..
Ok ni part malu sikit nak cerita, tau x tempat apa yang first kitorunk pergi~ kitorunk gi Zoo Melaka, hahaha tetibe macam xde tempat lain nak pergi kan~ ala sesaje untuk relaxing~ tapi bau dalam zoo tuh xde la nak kate relaxing sangat kan kan~  semua macam excited tengok binatang..  zasssSSS

Aneka pilihan dan perangai binatang2 ni~ haha
On the evening, aku memang nak cari durian, nak makan sampai muntah.. tapi tak jumpa pun orang jual durian, dah habis musin agaknya.. destinasi petang untuk relaxing therapy seterusnya kitorunk jalan2 kat area bandar melaka, sungai melaka.. cantik jugak area tepi2 sungai melaka ni, dah nak jadi macam italy dah~ haha berangan, tapi effort tuh ada, saya bangga (thumbs up lagik).. dan bangunan ni semua dah under UNESCO~ tapi secara tiba-tiba hujan turun pulak, habislah berlari, carik kedai mana nak masuk untuk lepak.. 
tebing sungai Melaka.. xde plak kapal lanun ke lalu~

Selalu cendol mamak dengan melayu je, kat sini cendol china yang buat, die letak LuLian.. campur
hot white coffee kaw nyer time petang2 hujan camni..
Jonker walk ni buat night market biasanya, tapi cuma weekend je, so xdapat la nak tengok~

Around 8 malam macam tuh barulah kami sampai balik kat rumah feyo~ around 8.20pm kitorunk bergerak balek KL.. kali ni balik kitorunk bawak kete pulak~ haha ayah feyo kasik kitorunk pinjam kereta antik beliau, dah 30 tahun lebih dah umur kereta tuh..lampu dalam kete dah tukar kaler biru~ pakcik x jumpa lampu pusing2 disco tuh, kalau jumpa dia dah letak dah kater nyer~  hoho tp pick-up engine die terbaek la~ thanks uncle, you ROCK! 
Masing2 on the way home, one picture missing~ mesti dia dah sempat delete dari camera aku,
malu la tuh takot aku upload~ haha (mmg niat nak upload pun)


6 comments:

MasZuber said...

i suka sgt melaka nite river cruise, lagi best dari siang!

shah_rule said...

oo sbb bnyak spotlight warne warni kn..

zua said...

kuang asam pakwan..die delete pic die yg tgh terbongkang tu...aiyo!~ xmeriah daa!~ haha! nyway, sronok giler weyh g melaka!~ nak kena g lagi nie..hikhik!~ berbaloi ar walaupun penat..

BlueEwoke said...

Hmm lama dah tak pegi Melaka nih..emm boleh letak dalam wishlist tahun ni. heheheh.

shah_rule said...

wishlist bulan ni je terus chawanna~ xla jauh cm NZ tuh~ haha

Janggel said...

melaka pon best. :)