ADVERTISEMENT

Solo Backpacker - Day 2

Pukul 5.40am aku terjaga. aiseh kat mana ni ..agaknya dah sampai border kot.. . aku nampak ada kedai makan depan nie, dan bunyi bas bukak pintu.. sini memang area nak masuk border dah, memang bas yang lain yang nak ke Hatyai semua berhenti kat sini.. macam kawasan rehat jugak la.. tp xde lah macam kawasan R&R PLUS tuh, aku turun je aku tengok makanan2 dia semua dah berbau masakan thai, bau daun2 tuh aku tak suka.. Uncle bas cakap dia berhenti dulu kat sini sebab immigresen Padang Besar bukak jam 6.00am camtuh.. jadi deorunk rehat sini dulu.. kat sini ada surau, so boleh la menunaikan kewajipan masing2 kat sini. aku bedal je pukul 6 aku masuk dalam tuh~ sini jugak ada money changer, dan rate dia aku boleh katakan murah jugak..

Nanti ada sesi serahkan passport kat sini, dan dia akan isikan form imigresen ni, pakai type-writer lagik.. tp kenapa dia tick aku female? adakah ini preparation supaya aku berjaya lepas imigresen time balek dari thailand sebagai female?

Pukul 6.10am camtuh bas aku naek tuh gerak.. at first stop turun untuk immigresen malaysia, dia ada satu je auto-gate. dan bilangan orang malaysia boleh di kira.. nak beratur memang panjang sbb ramai foreigner~ bagus jugakla macam ada kelebihan untuk warganegara sendiri, tapi kat Thai xde pulak dia buat untuk rakyat dia, semua bedal kene beratur panjang.. 2nd stop kat immigresen Thai, sini kene bawak turun bag sume sbb dia nak scan bagai.. dan lepas tuh here i come - Thailand.

*Currency exchange antara RM and Baht : RM1 = 10 Bath ++,

Bas sampai Hatyai dalam pukul 7am camtuh, ni waktu Thai lambat sejam dari KL. aku turun kat depan kedai konsortium kat Jalan Parachipratat depan dengan shopping complex Lee Garden Hotel, make sure korunk ingat nama jalan atau nama shopping complex ni, sebab nanti nak balek nak tanya orang senang..
aku sangat hampa dengan map hatyai ni sebab banyak tulisan thai~ so aku tak faham, benda yang aku tick merah tuh la area bus ni drop kan orang kat Parachipratat Rd~ bus nak ke Phuket, krabi, Bangkok ada kat station belah lain, bukan sini.

Aku selesaikan urusan tiket untuk ke KL semula kat kedai tuh, aku ambil bas pukul 7mlm hari sabtu~ harga 420B. then aku gerak ke stesen keretapi, nak tanya orang tuh cam mane keadaan kat Bangkok, dah boleh jalan ke ke sana, dan sama ada jalan keretapi nak ke border kat cambodia di buka atau tidak, sebab banjir area sana yang paling dahsyat. Orang kat keretapi ni x sarankan aku naik keretapi sbb banyak delay, kalau nak pergi baik naik bas, dia pun x sure sangat bahagian utara bangkok macam mana..

So aku tak confident pulak, kalau nak naek bus pun nanti budget lari sikit sbb aku nak naik train 3rd class seat yang murah tuh.. hehe cheapskate btol!!! Then on the spot aku tukar plan, ok Phuket it is~ so aku ke tempat local bus station.. dan ambil 2nd class bus ke Phuket.still cheapskate is it. harga 267B.. perjalan 7 jam.. mak aiiii~ jenuh aku duduk dalam bas tuh.. bas untuk 1st class pun xde beza pape pun dengan bus 2nd class, cuma harga 1st class mahal lagi dari 2nd class.. so aku tibai je la 2nd class. cuma aku perasan schedule bas ni dia tak kerap..macam 2 jam sekali. tapi kalau 1st class bas dia banyak..

Dah name pun jalan sorunk, sume gambar self-potrait~ harus di ingatkan sila beli tiket di kaunter, kat luar kaunter harga mahal~ tp xpayah nak masuk kan kepala dalam kaunter macam dalam gamba~
Bus oren untuk tiket oren, dan bus biru yang sebelah tuh is the 1st class, tiket pun line2 biru~

its a good timing, dalam pukul 12pm camtuh bas nie berhenti area R&R agaknya, konduktor bas tuh cakap siam lagi dengan aku, krapkungkrapkungkap "phuket" kap (agaknye camtuh la bunyinya)... aku angguk je, bila bas berhenti baru aku faham, die kata berhenti rehat sekejap pastu continue jalan kita ke phuket.. agaknye kot~ haha aku pun turun.. sini memang area muslim so gie la kedai makan yang ada tanda halal.. dan ada jugak tempat sembahyang disediakan..

tullisan jawi but still dalam bahasa melayu.. ade ke versi tulisan jawi tapi bunyi siam~ pengsan nak eja..
Kawasan rehat kat sini, memang majoriti islam ~
Dalam 20minute je kot bas ni berhenti, then dia continue jalan dan aku continue tidur.. bas ni macam bas berhenti2 jugak sebenarnya, tuh yang buat lambat. bas ni jugak singgah setiap town kecil yang ada macam Trang, Krabi, Phang Nga dan last sekali Phuket.. Bila bas ni masuk ke Krabi, ttbe teringat journey aku ke sini satu masa dulu.. masa tuh memang xde gambaran langsung pasal town nie, at least sekarang aku ada la idea serba sikit pasal south thailand nie.

Dari tanah besar thailand ni akan ada jambatan menghubungkan Phuket.. Phuket ni pulau kan, bagus ada jambatan so its easily accessible. Jalanraya dia pun besar kira macam highway sampai lah ke Phuket town.. Lame jugak nak sampai ke town dari jambatan tuh, so aku dah dapat bayangkan betapa besar sebenarnya pulau nie.. adoi~

Akhirnya dalam 5.40pm aku menjejakkan kaki ke phuket buat pertama kali~ freshie nie, xtau pun selok belok town ni, so aku gie kaunter information kat bus stop ni mintak map. aku ada baca dalam internet kalau nak ke area tumpuan ramai macam Patong, Karon beach etc memang x jumpe punye bas.. dia pakai songthew~ atau dengan kata lain tuk-tuk gergasi kaler biru~ turun2 sini memang ramai orang pancing untuk ke Pathong naik motor taxi la, tuk-tuk..tapi jangan layan sbb offer deorunk sume dalam 300B-400B.. info yang aku dapat naik tuk-tuk gergasi dalam 20B je.. beza tak? cuma masalahnya mana tempat nak naik tuk-tuk gergasi ni? tempat naik dia terletak kat Local bus market..
this is map of phuket town~ kalau nak jalan kaki pun boleh sebenarnya just walk along Phang Nga rd tuh smpai intersection, then dah nampak roundabout.. depan rondabout tuh je tmpat tuk-tuk ni~

Still aku xtau arah mana nak jalan, so aku terpaksa lah menyerahkan diri kat abang motor-taxi nie untuk ke tempat tuk-tuk gergasi ni, jauh dekat yang dia tau cakap "fifthy baht"..mahal tuh sbenarnye, tp sbb last tuk-tuk pukul 6pm.. dan orang ni kata 2km jaraknya. padahal tengok dalam map cm simple je nak gi.. aku kejar masa..!

akhirnya sampai Jalan Ranong, tuk-tuk gergasi ni ada depan salah satu kedai berdepan dengan bangunan Thai Airways..tuk-tuk ni memang size gergasi.. siap orang boleh berdiri dalam dia.. himpit2 tahap padatnye sebab ni yang last dan time ni budak2 ramai baru balik sekolah.. adoi~ dan setiap kali naik bukit enjin mati.. aku rasa overload kot.. gasak la~

Tuk-tuk gergasi yang aku maksudkan.. tambang 25B Phuket town - Pathong
Gambar sebelah tuh bila tuk-tuk ni naik sesak..
Ni gmaba sebelum tuk-tuk jadi sesak, adik kecik tuh naik2 terus tidur, kesian penat agaknya pergi sekolah.. dan bila budak perempuan dah penat tahan kepala budak kecik ni, budak comel sebelah tuh pulak amek kepala budak tuh letak kat bahu dia.. padahal aku rasa deorunk laen2 sekolah tuh~

Sampai2 di Pathong, sekali lagi aku diapproach oleh motor taxi~ fifthy baht lagi kopak.. aku pun lagi satu gila, yang x copy alamat hostel tuh apsal~ aiseh macam mana la aku nak carik..last2 aku tewas sekali lagi~ dang! mamat motor ni pun gigih nak hanta aku..

aku cakap : i would like to go to CHARLIE backpacker lodge~
dan die reply : aaa backpekeeee..beckpeke becpeke..ok ok!!

Nak tau ke mana aku pergi? dia hanta aku ke mana je tempat yang ada tulis Backpacker, ntah mane2 je.. tetibe hari hujan pulak.. aiseh bila nak sampai ni, bile satu then aku jawab "i dont think this one" macam aku pulak local kat sini.. matilah sebab aku ingat gambar hostel je.. bila hari hujan dia berhenti, dia sarung poncho, tapi untuk dia je, aku x cover pun backpack aku, x sempat nak keluar kan poncho aku..dia dah paksa naik.. habes aku basah ok dalam mencari hostel tuh.. aku dah terbako dah ni.. yang tetibe hujan ni pulak tak pasal2.. baru aku perasan aku dah lebih 24jam tak mandi.. ape lagik, LAYANNN~

Last2 cubaan yang ntah ke berapa kali baru aku cam hostel ni sebab tengok dalam website.. dan mamat ni nak ketuk 100B pulak.. aku pun meletup: this is your fault, i getting wet in the rain, u said u know the place but actually you're not!!! my beg getting wet, i dont know how my cloths in this.. then you still want me to pay more to you? (Apsal emo sangat ni kan?)
jawab ko~ aku tau dia x paham ape yg aku marahkan tuh.. tapi sebab aku buat muka tak puas hati last dia pulangkan balik duit aku sbb aku bayar pakai 100 note.

Now aku check-in kat hostel ni, aku dah book untuk 3 hari untuk dorm ber-air cond, deposit 100baht deperlukan time check-in. bed untuk satu malam 200B~ owner hostel ni mat salleh tua.. tapi aku dapat rasakan dia ni mesti traveller agaknya.. last2 berkampung kat Phuket buat bisnes.. menarik kan, ok dipertimbangkan investment untuk hari tua~ haha

owner: how was you day?
aku: hah its been a looooong day~ (feeling2 sampai check-point dalam Amazing Race)


Ok aku masuk bilik air-cond ni terus rasa scary sbb xde orang~ aku rasa hostel dia ni tak popular la.. sbb tak ramai orang.. masa aku baru sampai aku kenal dengan florence dan michael.. bila aku turun bawah balek diarong baru je nak makan.. then florence ajak join.. mamat ni dari Germany, kaki dia berbalut sebab jatuh motor.. michael pulak dari Aussie~ just arrive 2 hari lepas.. last2 aku join masuk dorm deorunk sbb aku takut nak tidur sensorunk~ dan harga dorm deorunk lagi murah 150B je per night. tp xde air-cond pakai fan je.. dan duit aku dipulangkan, baik kan owner dia~ haha

Selepas selesai urusan tukar bed, aku keluar kejap untuk carik selipar, nak g toilet takde selipar~ on the way jalan tuh aku rasa area hostel ni memang kat belakang sikit, terus aku singgah kedai motor kat tepi2 jalan tuh~ sewa sebijik.. ni memang dalam plan yer untuk ronda2 pulau ni naik motor.. owner kedai ni perempuan nama dia Mandy~ friendly nak mampus pompuan ni, lama kot aku dok berborak dgn dia n husband dia.. Aku amek skuter kaler putih, harga 150B per day~ aku sewa untuk 2 hari tanpa ragu-ragu.. aku tinggalkan passport sebagai cagaran~ haha berani mati aku ni~ tapi aku percaya kat mandy ni, so xpe die siap bukak beg dia tunjuk bape banyak passport dalam tuh.. haha.. and mandy suruh aku try rasa "mOLLen". ape tuh?
adakah ini yang dia maksudkan??

Rupenya benda ni yang dia maksudkan.. YES i know this, rindu nak makan ni sbb aku pernah time mase g krabi dulu~ surprisingly mandy cakap this actually from MALAYSIA, ye ke? patutla rasa macam makan roti pisang kt mamak.. btol?
Dah settle semua, siap dia kasi aku free sebotol gasoline, owh kat sini pun skuter guna gasoline, gasoline kat Pathong sebotol 40B.. dan nak isi penuh perlukan 4 botol.. mahal jugak aku rasa gasoline kat sini compare time kat bali dulu. lagipun sekarang ni aku tenggung sorunk, adoi sakit~

Motor bike ready~
merempit dimalam hari.. apsal banyak ghimau macam jalan kat zoo pulak~
Its not a tiger but tigress i think~ haha

Sempat la aku round Pathong malam2 tuh.. dan akibatnya aku tak jumpa jalan nak balik hostel.. dah 3,4 kali aku pusing still tak jumpa jalan.. omg kat mana lah simpang dia~ malam tuh jugak aku kene tahan dengan polis.. alamak ni kes nak naya tourist jugak ke? dia minta Lisence~

Bila dia nampak bendera Malaysia kat lisence aku, Malaysia?, aku dengar muka bersinar-sinar jawab Yup!.. ok2~ fuh selamat... then terus muka gelabah depan polis tuh aku keluarkan map tunjuk kat dia mana jalan nak balik hostel nie... rupanya belakang simpang tempat tuh je.. aiseh dah berkali kot lalu.. owh jalan kat Patong ni jalan sehala, so kalau dah terlepas sila la tawaf lagi sekali.. tawaf dia amat besar yer.. kontang minyak motor tuh dibuatnya~ haha

To be continue...


15 comments:

kemang said...

nice ! hihihi ..ko mmg berani mati..

Janggel said...

Fuhhhhhhhh merangkak2 aku baca entry ni! Welldone..ko memang kental gak macam Fatt sebab berjaya naik bas selama itu...


Kompius gak nape ada tanda Female kat borang tu eh? muahahahaha....

Ok next next,....tak sabau nak baca *sambil ketuk2 jari kat meja...

shah_rule said...

Kemang: ntah la, dah part hujung2 trip lagi la aku dah x kesah dah nk jadi ape jadi la~

Janggel: xde la sekentang fatt tuh~ die lagi kentang kot~ haha

die salah tick, agaknye subuh2 dah kene menaip kot, tuh yg tersalah tuh..saboo je lah..

nanti aku try update secepat yg mungkin k~ habesla lekuk meja ko rupenye suke ketuk2 meja, ape punye perangai nie~

fatt said...

HAHAHAHA....aku dah tergelak part borang ko tanda female. apakah depa menggalakkan org buat surgery tukar jantina? LOL!

aku rasa nak sewa motor la pusing2 phuket nanti..aiseh...ni yg teruja tak sabo ni..iskk..ko rasa sepanjang dok charlie ni best tak?? aku ada gak baca psl hostel ni tp aku book lain.

ala aku takla kentang mana..ko pun boleh tahan..aku rasa syok baca cerita ko travel solo ni...tp mmg best kan?

ok cepat sambung aku tak sabor nak tau apa kisah selanjutnya..hehe...

weh, ko buat pop-up komen box bole? senang nak quote apa yg ko tulis kat komen sbb kdg2 aku lupa..TQ!

Emy Tak Kecik said...

hai tuan tanah...

nak tny..hatyai ok eh skang ni...x banjir ke?ingat nak redah next weekend..

tq :D

shah_rule said...

fatt: bg aku ok je charlie backpacker nie~ plus dia ada all male and all female dorm.. murah2 pun murah~ tp nanti ade benda special sikit kat sini nanti aku tambah.. lupe nak letak~ haha

dah pop-up dah, haha kalo xde orang tegur aku takde la gigih nak carik camne nak buat pop-up tuh, aku dok biar je.. malas nak carik~ hehe

Emy: hatyai so far ok je, x banjir pun.. semua kawasan selatan thai tak banjir~

Emy Tak Kecik said...

orait...tq...

nanti up entry cepat2 eh...mana la tahu leh guna pakai next week hehe

shah_rule said...

Emy: hah pergi next week ke? tengokla kalau sempat.. sbb aku merayau kat Hatyai pun mase last day trip aku tuh~ aku slow sikit update, insyaallah kalau banyak masa free aku siapkan sblom next week~

Biqque said...

habis sume blog dah buat pop up comment disebabkan fatt hahahaha! bagus sungguh!

ok, first of all, aku nak gelak. HAHAHAHAHAHAHA! APEKAH? LADY BOY??? bengong...

see, thats the beauty of traveling...u meet new people, dapat sembang cite aritu...kan? aku suka siut...rindu gile nak sembang2 ngan orang luar...

teruskan cite anda!

shah_rule said...

bila dah buat pop up makin oanjang plak komen masing2.. siap bole double check lagik mane lagi nak tambah~ haha

xleh blah kan~ dia ingat aku pergi show ke ape~ haha pakcik kat imigresen tuh dah senyum tersipu2..bangang sangat ekspresi muka dia time tuh..aku pun bole tak perasan~ haha

@d!B said...

eh? tarikh lahir 29 february? istimewa la... susah nak jumpa orang lahir 29 feb ni.. dah la tarikh tu 4 tahun skali je, tetiap 4 tahun sambut hari jadi mesti special kan?

crescent said...

hahaha...penat wei baca...pastu lak aku baca nie lepas balik dari sg...

aku suka part tick female tue...tapi aku x suka part peta tue...harus aku sesat dgn peta mcm tue...hahaha...

Adib...

Seronok wei ade kawan birthday 29 Feb...so tepungkan dia 4 kali ganda ...hahaha...shahrul nantikan lah...hahahah...

shah_rule said...

Adib: haha pelik kan birthdate aku.. cam mane lah boleh terkeluar time tuh, merana nak tunggu birthday lame sangat.. haha

cresent: wah shopping kt sg~ x hengat!!! biasanya tarikh 29 feb i akan busy kadang2 smpai tak boleh angkat phone, so dont call me~ haha

fatt said...

aku tgh khamtam post ko ni sbb tu aku komen lagik...hahaha..

ni aku nk tanya pebende yg ko nk tambah tu? aku tak perasan ape..ada hantu ke? heee....aku sbnrnya tgh pening nak pegi mana sbnrnya...lepak phuket atau krabi...confuse la

Anonymous said...

After reading an artiсle that Argireline Extrаct is not permanent
and worκ in synergy foг an 'after' ρhoto.
Also see my web site :: botox sydney