ADVERTISEMENT

Solo Backpacker - Day 6


Pagi ni aku bangun awal pagi semata-mata untuk dapatkan bas paling pagi untuk ke Hatyai. So pukul 7am aku dah siap untuk check-out dan deposit 300B dikembalikan. Banyak tuh deposit dia, pengsan! Aku kembali membawa diri sorang2 lagi sebab macam meriah pulak rasanya ada kawan2 time kat krabi, now back to the track~

Since aku tak tahu pukul berapa bas paling awal dari Krabi, sebab kalau tengok kat ticket bas Hatyai-Phuket dia ada jadual bila bas gerak, tapi Krabi ni dalam tengah2 camtu so kalau bas dari Phuket at 530am, aku rasa pukul 8 atau 9 camtuh lah kot bas sampai Krabi. dan hari ni hari sabtu, aku takut ramai pulak orang nak keluar dari sini, so aku kene jugak tercegat awal kat bus station. memang betul tekaan aku, aku sampai bus station, kaunter tiket pun tak bukak lagi.. memang tercegat depan kaunter tuh..

So my guessing was right, 1st bus around 830am camtuh... tapi bas 1st tuh mengalami accident, dang~ meremang bulu tengkuk aku dengar, sebab selama ni ingatkan jalanraya kat thailand ni sentiasa selamat.. amek ko macam2 benda masuk dalam kepala otak aku..

So aku kene naik bas sejam selepas tuh, pukul 930am camtuh dan akan sampai Hatyai around 2pm camtuh.. agak chaos sikit kat sini sebab memang betul orang sangat ramai hari ni kat bas station. tambah pulak ada satu trip bas dia cancel.. dan aku diserap naik dalam bas Phuket-Sg Kolok.. biar betul, kang ada aku masuk Kelantan kang~ tapi jangan risau sebab bas ni pun akan berhenti kat Hatyai. dan bila aku masuk bas tengok2 ramai gila orang berdiri. ada duduk atas lantai.. memang padat bas tuh~ wei takkan lah nak berdiri sampai Hatyai, tiket aku 1st class kot~
Sempat lagi tau makcik ni naek atas bas sesak2 nie jual ayam goreng~ super weh bau diee~

Tapi tak bolehlah hangin2 macam tuh sebab kene faham la situasi deorunk.. so aku relax je sebab pungguk aku pun dah kematu duduk lama2 kat bus station tuh.. konduktor bas tuh datang kat aku kapkukapkukapku menyembuq2~ suruh aku stay kat sebelah makcik seorang ni, aku just guessing maybe makcik ni dah nak turun, so bila dia turun aku ambil seat dia.. betul lah tuh maksud dia sebenarnya.. so aku dapatlah duduk selepas itu sampailah ke Hatyai..

Sampai kat Hatyai memang hajat aku nak ke Klonghae Floating Market. Aku dah banyak kali check kat internet, macam mana nak ke sana guna public transport, tapi aku pun taktahu mana nak amek minivan dia. So aku try tanya kat Information kaunter, tapi dia ni tak membantu sebab langguage barrier~ ok fine, aku keluar try tanya tuk-tuk atau motor taxi~ semua cekik darah, katanya jauh.. naik motor ke sana 300B, kalau naik tuk-tuk 400B.. pastu masing2 jenis bagi fixed price, macam kalau ko nak buat2 taknak, ko boleh dapat deal lagi murah ke~ deorang tetap tak layan.. maybe dalam hati dia "taknak sudah~ " kekwat x?

Sebab memang duit aku dah tak sampai paras hidung~ dan lagi satu hal nak ke kaunter bas untuk balek KL tuh pun aku dah loss direction.. nak ke sana naik motor pun dia nak charge sampai 50B.. ok thats it, sebab aku ingat rupa bentuk building (Lee Garden hotel) yang bertentangan dengan kaunter bas tuh.. so aku amik decision untuk jalan kaki je.. memang jauh sebenarnya.. berpeluh satu badan.. aku tahan motor taxi dan naik dari situ.. dia caj 30B~ aku rasa kalau tahan sendiri motor ni boleh dapat murah lagi agaknya.

Bila sampai2 kaunter tuh, selamat kakak kaunter ni boleh cakap melayu~ macam2la aku tanya dia. dia pun cakap memang susah dapat public transport nak ke Klonghae, memang kene naik tuk-tuk~ masalahnya pada aku sebab aku sorang, sakit kot nak bayar sampai 400B.. duit pun cukup2 makan je nie~ So that's it, mungkin takde rezeki lagi nak ke sana~ next time lah.. So aku menapak lah jalan2 area Pracipratat road nie, ada satu market dekat2 situ~ Kimyong market kot namanya~

Menapak sekitar Hatyai
Perut aku memang lapaq bebenar, bila petang skit banyaklah gerai2 tumbuh kat bawah Garden Hotel ni~ macam2 makanan ada, dan yang penting semua halal. memang ada tanda cop Halal~

Memang heaven juga makanan2 sini sebab banyak makanan ala-ala malaysia~

Dalam shopping complex Lee Garden hotel~ 

tadaaa duit tinggal 150B, dan segenggam duit syilling thai.. apa aku nak buat~ bas aku ke KL pukul 7mlm, so aku ada lagi dalam 3 jam camtuh~ mati kutu aku keluar masuk kedai2 kat sini.. tetiba niat nak ke Floating market tuh datang balek... hish boleh ke duit ciput ni? ok2 aku pun approach la satu uncle motor ni sebab dia dah angkat2 kepala ni menyapa aku..So aku pergi kat dia~ tapi langguage barrier pulak..adoii tetiba datang sorang uncle nie, dia ni pulak pemandu tuk-tuk:

Unc tuk-tuk: where are you want to go??
aku: i want to go to Klonghae, how much?
Unc Tuk-tuk: kita cakap melayu je la yer.. nak ke Klonghae naik tuk-tuklah 400B.. hantar pergi sana, tunggu kamu shopping2 satu jam, pastu balek sini semula~
aku: mahal tuh pakcik, duit saya kalau pakcik kasi dskaun 50% pun tetap tak cukup~ ko dah tau cakap melayu pun still harge ko nak cekik aku ke? (ni dialog dalaman yer~)

Uncle tuk-tuk nie memang nak amek kesempatan aku rasa, walaupun aku reject tuk-tuk dia, dia cakap kat uncle motor tuh suruh caj aku 250B~ aku taktau lah kalau dia nak amek komisyen dari pakcik motor tuh.. bila dia blah je~ aku datang balik kat pakcik motor tuh

sambil buat muka seposen: i have no money, i from phuket and krabi.. this is my last day here, im going back to KL this evening~ can u just take 150B, thats all i have~ please.. (macamlah pakcik ni paham ape yang aku cakap ni~)

pakcik moto: hundred fifty bath... ok2.. *sambil sign tangan suruh aku naik~

Masa ni macam nak jerit2 je atas motor~ 

Moral of the story berterus terang je lah kalau dah takde duit, haha perlu ke? generous people was everywhere.. hehe bila sampai kat Klonghae, agak jauh jugak masuk ke dalam tuh.. pakcik tuh buat sign suruh jalan2 pastu datang balik kat tempat dia letak motor, dia tunggu situ~ haha gembiranya hati aku, ntah apa yang gembira pun aku tak tahu..

Selain dari floating market, yang x floating pun ada jugak, maknanya market yang atas tanah la.. 

Meriah kat Klonghae floating market nie, dia hanya bukak dari 4pm smpai malam.. tak sure pukul berapa, banyak tuktuk bersidai kat sini.. kenapalah dia tak buat public transport kan kalau nak komersialkan tempat ni~ bas persiaran bernombor pendaftaran dari malaysia jugak banyak~ memang ramai makcik2 malaysia kat sini...



Aku sampai terus jamakkan solat yer dah penat jugak aku carik surau kat pekan Hatyai tak jumpa2.. hmmm aku round2 sekejap je takde lah sampai sejam, kesian pakcik motor tuh tunggu~ aku hanya dapat berbelanja dengan duit syilling aku je~ haha duit kertas ni nak buat bayar pakcik motor tuh, tapi banyak kau aku kumpul syilling~ habes aku korek2 dalam beg tuh.. setiap makanan dan minuman kat sini range harga dalam 20B-35B je, mahal2 takde~ aku pun dah kenyang, cukuplah just makan 2,3 benda2 ringan ni.. pastu beli air dalam tembikar.. ko makan mee tomyam kat sini pun dapat mangkuk tembikar.. agaknya ada kilang tembikar berdekatan kot.. selamba air pun banyak variety dengan bekas tembikar yang funky2 harga cuma 25B.. dan belikan satu lagi air untuk pakcik motor tercinta tuh~ ok banyak jugak kan rupenye syilling2 thai dalam beg aku.. ni lah jadinyer asal dapat duit syilling je masuk dalam beg, malas nak beratkan wallet.
Aku beli bentuk pasu~ nie bagi mak aku mesti macam2 bunga dia bubuh dalam tuh~ 
Ni kes dengki ke apa? tak baik tutup pintu rezeki orang~ haha 

Aku tergelak bila nampak benda ni~ sebab aku teringat kisah Kloanghae kat blog fatt~ So menang besar ke hari tuh fatt????
So aku sampai2 tuh pakcik tuh hantarkan aku balek ke tempat bas~ haha tercapai matlamat aku kat Hatyai~ bila dah sampai tuh aku confirm kan balek "hundred fifty bath right~" dan pakcik motor ni angguk sambil senyum je~ nampak sangat muka dia jujur.. pastu aku seluk lagi kocek seluar aku, ada lagi dalam 30B camtuh duit syilling, OK this bonus for your kindness!!! i loike~thunbs up! senyum je dia ntah paham entah tak.. haha licin terus duit aku.. cuma duit RM je tinggal, tuh pun tak seberapa, nanti mana tau malam2 lapar singgah memana boleh beli makanan..

Sepanjang aku duduk tunggu bas nie, aku tengok meriah betul orang keliling aku ni, semuanya yang tengah tunggu bas dengan aku nie orang siam yang nak masuk malaysia.. ada yang sedara mara sekampung hantar sedara dia, ada yang macam nak hantar anak pergi berperang~ ada mcm nak g honeymoon.. yang macam nak kawin lari atau baru balek dari kawin lari pun ade~ hah camne tuh??? adoiii memang happening aku tengok orang2 ramai kat sini.. dan yang paling best deorang ni semua tak kedekut dengan senyuman~ maybe deorang perasan aku bukan local kot..ooo aku nampak sorang budak ni muka dia serious macam kawan sekuliah aku.. haha mak dia duduk bagi pesanan2 agaknya: "sampai nanti tulis surat, jaga diri kat tempat orang blablabla" agaknye la..


Pukul 7pm bas ni jalan, ramainya orang kat tepi jalan tuh lambai2 tangan.. haha macam rasa dalam filem titanic pun ada since bas ni besar 2 tingkat kan~ haha bila aku dah lepas kaunter kat check-point thailand.. tiba2 ada sorang budak ni sapa aku dengan cakap thai.. fine~ memang deorang ingat aku orang siam jugak~ so aku pun says sorry i cant understand you~ selamat dia boleh cakap english sesikit.. dia tak tahu dah boleh naik bas ke since bas ada kat belakang kaunter check point tuh~ ni first time dia keluar dari thailand. first time masuk malaysia, so dia tak tahu.. so aku explain kat dia kene tunggu bas lepas kaunter dulu..

Dia perkenalkan nama dia "TAU" orang thai ni memang name sume sekerat2 je.. walaupun pelat akhirnya dia berjaya jugak sebut nama aku tuh~ haha syabas!! dia ni lah yang muka sebijik macam kawan sekuliah aku tuh yg mak dia dok pesan macam2 tuh, kan betul ak teka~ haha nampak sangat aku boring gila time tuh habes semua orang aku scan kan... haha dalam bas rupanya dia duduk selang sebaris je dengan aku.. bnyak lah benda dia tanya, tempat yang dia nak pergi.. dia ada tulis kat buku note dia, dia kata nak jumpa relative dia kat sini.. bila dia tunjuk kat aku, hah aku taktau la tempat ni..cam mane aku boleh tak tau ada tempat nama camnie kat KL, bunyi pun dah macam bunyi2 korea~ bdak ni biar betul.. ok fine, aku kene dapatkan bantuan kawan aku yang kerjanya duduk depan internet even time dia tengah keje.. haha sape ntah~

tapi bila dapat line balek, tengok2 kredit aku rm0.00~ ceit baru aku ingat pagi tadi bapak aku call punya la lama sebab aku kata aku balek Jumaat, dan dia call tak dapat2~ so kredit aku habes kene tolak jugak smpai kontang..!!! hmmmm memang aku blur teruslah apa nk buat dengan nama tempat pelik bunyinya camtuh~

Bas sampai kat Hentian puduraya awal subuh, nak dekat pukul 6 jugakla.. so turun2 aku tolong dulu bdak ni, sbb aku pun time kat negara dia macam2 orang tolong aku, so aku tolong la dia contact relative dia tuh.. dan relative dia suruh naik teksi pergi area southcity plaza kat serdang.. bdak ni memang fail btol mengeja~ so aku dapatkan dia teksi, dan habeslah kisah trip aku ni... Panjang gilo entry last nie kan~ hehe :-)

Dah alang2 tak jumpa surau, aku pergi terus masjid jamek. lepas subuh baru aku balek.. 

Sekian.

17 comments:

Mr.Cool said...

yeahh~ abes baca daa.. beshh beshh..
=)

nuna said...

Baca blog ko, hari ni rasa cam nak pegi pudu raya jer utk beli tiket ke siam esk.. aduhai cuti pjg tapi duit pulak non ada... heheheh

Biqque said...

HAHAHAHAHAHAHA AKU SUKA POST NI! BISA MENGGELETEK HATIKU DI PAGI JUMAAT!

sedih siut dgr ko kata takde duit naik moto, patu nak makan...walhal, kat mesia, kaya jer kan hahaha!

menatang pink ada lobang tangan tu aku gelak tak benti! disebabkan ada bos aku kat blkg, terpaksa aku giggles goyang bahu je :D

part lambai2 titanic tu sumpah haram cam nak tampo je lawak! dulu masa bujang, aku duk south city apartment...so aku tau la south city plaza yang budak tu nak gi...hehehe!

selesai sudah trip solo ko...aku sonok membacanya :)

crescent said...

ok fine, aku kene dapatkan bantuan kawan aku yang kerjanya duduk depan internet even time dia tengah keje.. haha sape ntah <----ko cakap aku eh...hampeh...jari jari ini lah yang banyak memberi maklumat...hahaha...ingat tak peristiwa mo ko tue???hahaha...

oh abis pun cerita trip nie...huhu...seronok kan...hilang segala gundah gelana yg terbuku di hati ko tue kan...

oh btw by the time ko bace nie aku dah memulakan langkah pertama...doakan aku selamat pergi dan balik...huhu...

fatt said...

pertama2 sekali aku nak tanya awat hang tak ikut cara aku pi khlonghae? adoyai..klu ko ikut cara tu aku pasti duit ko byk lagi bakinya..ni mesti tak study la ni...takpelah, yg penting misi ko berjaya. pastu takyah dah dtg hadyai, p tmpt lain pulak!

entry ni pun aku suka sbb byk benda lawak. yg paling aku gelak part kilang tembikar tu, pastu yg ko ckp nak kasik mak ko buh mcm2 bunga kat dlm pasu tu..HAHAHAHA...sumpah lawak :D

bila aku tgk gmbr yg main tikam tu aku tergelak jgk sbb itulah mesin tikam yg aku cuba. lol! this is epic! HAHAHAHA....tp cam siak je sbb dpt berus gg...silap2 hb dpt lolipop...adoyai...mmg lawak

yg ko ckp naik bas cam kapal titanic tu aku dah tergelak..siot la ko...aku rasa lawak siot sbb aku pun kdg2 ada gak terpikir cuma tak penah suarakan..hehehe

eh nk tnya ni, ko nak join tak klu kami buat gath ke redang thn dpn? aku officially invite ko ni tau :)

shah_rule said...

Mr cool: thanks for following~ lepas ni aku dah boleh senyap dah~ haha

Nuna:ni pun pergi time duit2 xde~ memang naya la nuna~ tp mmg nie trip yg paling budget sekali.. hehe

Biqque: duit syilling banyak membantu time2 sedih bukak wallet~ hehe

haha tapi apsal lah dia dah tukar bola (dalam gamba fatt) jadi belon sekarang~

tuhla bas tuh serious beso~ haha oo ko pernah duduk area sana ke? aku pun tak ingat ape ntah yang bdak tuh tulis, tapi dahla dia tulis bunyi2 macam korea,pastu semuarapatjediatulismacamni...haha

Crescent:hahaha alamak terasa~ haha mestilah u kan dh macam information kaunter sbb internet dihujung jari 24jam.. keje x keje same je~ haha

Syabas encik crescent, mane lah dia pergi tuh~ take care yer~

Fatt:sebab aku sampai Hatyai lambat. takut nak g songkhla nanti kang tak sempat, buatnya sesat, xjumpa transport kat sana.. sudah! dah lah duit pun takde.. so aku try nak pergi terus tapi tak jumpa pape local transport yang murah.. selamat ada pakcik moto tuh..

haha tuhlah aku taktau nak ambik balang yang mana, nk amek doraemon kang mak aku tak suka,hello kitty pun..hmmm haha

sebaik aku nampak benda tikam tuh terus aku teringat gamba kt blog ko~ ketawa berdekah aku (sambil tutup mulut) ada orang kata aku gila kang ketawe sensorunk kt situ.. haha

oo nk buat trip ke redang? bulan bape tuh..kalau aku free aku join.. sbb taktahu lagi.. kene inform awal la.. ramai ke yang join~ wah2 SERONOK!!!! ni nak ambek lesen diving sekali ke??/

Janggel said...

fuhhh akhirnya dapat gak ko pegi pasar terapung tu kan...tu lah satu2nya tempat idaman aku nak pi tapi tak sampai2....haish kembali nostalgia awal taun trip tak jadi.....:(

Tapi siyes eh ko naik ngan pakcik tu?? hehehe...

shah_rule said...

Janggel: ala boleh pergi lagi, xde la jauh mana kalo nak ke hatyai tuh~ aku pun nak sgt pergi, last2 dapat jugak.. sbenarnye mk g floating market kt bangkok tuh, tp x dpt~ sini pun cukup.. yup aku naek moto pakcik tuh je~

bdk2 @ John said...

ok..dah abes baca! menarikkk gilerrr siot trip ko kali ni. camne? ade plan nk bwt lagi tak? hehehe. tahniah2 shahrul!

actually, aku ni pun kdg2 cuak jugak pegi negara yg ada language barrier ni. tmbh2 kalo pegi tempat2 panas mcm thailand ni. mmg mudahhh sgt berpeluh-peluh. muka aku toksah ckp laaa...mmg 15sen habes! tp kdg2 bwt cool jugak. kalo dh terpaksa sgt baru menonong tnye org. yg lain2 tu aku just try and error.

mybe boleh cite how much u have spent for this trip. hihihi

Lily Riani said...

talk about shoe string budget...

ni first time dgr about klonghae, byk note kene ambek nih. lawak cara bargain tuh memang cartoon.

i never hadyai best.. cis, tipah tertipu!

shah_rule said...

john: tuh la~ bnyak kali aku baut senyum tanda konon2 paham nie~ hehe
oo ko snang berpeluh ke~ ceit ni macam xbole dok malaysia lelame.. tuh ko pegi nz, korea,aussie tuh kan~ haha
pasal budget~ trip ni pun pegi time hujung2 sem mmg tgh time semput.. haha ttbe aku kene buat escape trip skejap arituh.. so aku just budget 300..dan bawak spare 100.. pastu in the middle adelah aku tukar another 50 to bath~ tuh je..

Lily: klonghae ni pun tau dari blog fatt, i also never know hatyai is interesting until i read her blog~ haha..bile pikir2 balek mmg drama la travel sensorunk~ bargain lagi, dgn muka kesian, mintak tolong orang..pape pun it will be a sweet memory ever~ hehe

fatt said...

kuangasam ko gelakkan aku time nmpk mesin tikam tu. HAHAHAHA..nmpk sgt kami gigih menikam :P

ni aku nak tanya 2 soalan, byk cekadak tul aku ni..sbb aku tak jumpa info tu dlm post ni sbb tu aku tanya :
1. brp harga tiket bas krabi-hadyai (1st class)?
2. brp harga tiket bas hadyai-kl?

itu jek soalan aku.

yup, psl trip redang tu so far blum set lagi date..tp kitaorg nak buat wiken jek. tarikh blum tau, tgk pd availability sume org. nti aku akan anta email kat sume org sbb aku dah ada email sume...so far ramai yg nak join, geng2 kita le sapa lagi. aku, biq, na, janggel, john, kemang, lily & few others..kitaorg plan nak buat annual gathering la sesama kita since dah lama kenal kat sini kan..ni kira 1st gath tp sblm tu kita buat dulu warm up session. apapun tunggu next year la aku akan update sume psl ni. stay tuned!

btw ko nak buat diving license ke? aku pun nak buat. klu nak bleh la kita form 1 group sbb tak silap aku ramai gak nak buat. aku, kemang, john (rasanya) and few others..if berminat bleh kita plan

shah_rule said...

fatt: hah aku tak letak harga ke.. aiseh mesti tertinggal tuh~
ok2 harga bas:
Krabi-Hatyai = 216B
Hatyai-KL= 420B

hah mcm best je wat diving tuh, yg tuh need further discussion~ pasal redang ok gak set buat time weekend~ aku ok jew kalau time tuh aku free..mmg almost weekend aku free pun~

Emy Tak Kecik said...

beb...aku dh selamat sampai hatyai..rasanya mati kutu la dok sana...dr 3H2M kami tukar jd 2H1M :D

sbb ktrng g ber 4, maka naik tuk tuk je ke floating market tu :D

shah_rule said...

owh syabas~ yup naik tuk-tuk ber-4 sorang mesti dapat dalam rm5 one way kan.. haha try la mane2 tempat lagi bole pegi, nanti update la~ hehe

Jom Travel said...

bro, nice blog. and nice pictures too!

Anonymous said...

Best baca ^^