ADVERTISEMENT

Solo Bacpacker - Day 4.1


Waktu malam nie aku duduk bertafakur (bukan bertakaful yer john!).. malam ni aku duduk kat tepi pantai mengimbas kembali rasa lepak kat tepi pantai masa kat Bali dulu malam2.. tapi ombak kat Bali tuh memang meremang bulu roma kalau dengar, kat Phuket kecik2 je, pastu bising dengan orang kat jalan tuh.. tapi still angin tepi pantai memalam memang best~



Aku tengok dalam beberapa hari ni je dah bermacam2 kekurangan dan kelemahan diri yang aku nampak. terasa kerdil je diri nie.. aku pikir jugak tentang budget segala perbelanjaan yang dah dikeluarkan sepanjang tiga hari perjalanan aku.. damn kalau aku continue duit memang tak cukup.. so aku decide nak pulangkan je motor, pastu nak check-out terus.. aku harap Mandy dengan Mr Boss tuh redho (perlu ke?) dengan kehendak aku dan pulangkan balik duit aku (buruk siku tak aku?) sebab aku rasa cukuplah 2 hari kat Phuket, i have enough i think~


So lepas aku betul2 decide nak tinggalkan Phuket untuk keesokan hari, then aku balik semula ke hostel.. aku cakap kat Mr Boss tuh aku nak check out esok, sbb i thinking for moving to Phang Nga or Krabi.. thats it, dia ambil buku Lonely Planet, terus bagi aku untuk buat research before pergi.. haha green light la nie~

So aku pergi hanto balik motor kat kedai Mandy, Mandy pun tak kisah bila dengar apa yang aku cakap~ dia siap pulangkan duit sebab pada asalnya aku dah bayar untuk 2 hari.. dan soalan dia: "when will you come to Phuket again?" sedih lak nak blah dari sini...

So aku balik ke hostel jalan kaki, sampai kat hostel Florence ajak dinner, dengan Michael sekali.. belum sempat aku cakap nak check-out esok, deorunk dulu cakap yang deorunk nak blah jugak esok.. nak gie bangkok sbb flight masing untuk balik rumah dari Bangkok.. so samalah aku pun nak blah jugak esok~ kira ni konon2 farewell dinner sebelum masing2 berambus.. so time aku nak blah pagi tuh, Mr Boss bagi balek duit deposit + tukar bilik + cancelation.. so aku kembali jadi kaya balik.. haha and aku tgk kat bilik, mamat botak tuh je yang tinggal.. padan muka ko, my decision was right, kalau tak maybe aku tinggal dengan dia je kalau aku tak blah...

__________________________________________________________________

Bangla road in day light.. cam lengang je xde orang~
Journey seterusnya, berdasarkan dalam buku Lonely Planet, ada satu pulau dekat Phang Nga yang didiami oleh orang muslim.. dan tempat ni merupakan check-in bagi rancangan The Amazing Race S19 baru2 arituh.. so aku memang nak g sana, Lonely planet sarankan ambil pakej dekat bus station Phang Nga.. pakej dia dalam harga RM80 siap bus and boat transfer, stay one-night, makan malam, breakfast, dan boat seightseeing sekitar Ao Phang Nga, (banyak gua batu kapur yang cantik).. sangat berbaloi kan~

this is how phuket town looks like~
it was an old bulilding macam kat melaka gituh.. Portuguese style~
So aku start ambil bus dari Phuket Bus Station, kali ni aku jalan kaki je macam ditunjukkan dalam peta yang lepas. dan aku ambil bas kaler biru (which mean 1st class) sebab kejar masa.. aku tak tau tour tuh start pukul bape, aku harap dia taklah terlalu pagi. aku naik bas pukul 10am.

Phuket bus Station

Aku sampai Phang Nga pukul 12.30pm camtuh. dan memang seperti yang dikatakan dalam buku Lonely Planet, aku jumpa "Sayan Tour" (klik sini) , memang deorunk je yang specialize buat trip ni seperti yang buku tuh mention. kapkungkapkung last2 dia kasik aku price 700B je, oklah dapat less 100B molek la tuh~ trip ni ada yang half-day tour (450B), half-day + overnight (800B) dan one day+overnight (1000B)..boat pukul 2pm untuk half day.. lepas segala urusan selesai.. aku nak charging camera jugak macam apa yang Mandy pesan kalau kat Ao Phang Nga memang habis memory camera ambil gambar...

aku: would you mine i used your electricity for charging my camera?
akak thai: ya you can use it..
carik punya carik..DAmN camera tertinggal dalam bas!!!!!!!!!!!!!

muka aku dah sedih, can anyone help me? dan akak thai ni bersungguh2 tolong.. keluar sampai 2 handphone, pergi company bas.. last sekali dia dapat contact konduktor bas yang aku naik tadi tuh. bas kat area sini semua long journey punya bas. deorunk sampai Hatyai..so bila 1st die call, orang tuh kate tak jumpa.. ooo damn damn.. pastu aku suruh akak thai tuh call balik, cakap maybe terjatuh bawah kerusi..bila dia call lagik, tetiba aku nampak dia senyum..YES maknanya jumpa la tuh...

Ok orang thai sangat jujur.. dan semua memang bermurah hati untuk membantu.. dan dia kata ada bas lain yang akan bawak kamera tuh kat aku nanti.. dia akan pass kan kat bas yang menuju ke Phang Nga.. fuhh selamat.. kalau takde camera tuh tak tau lah aku nak kata apa.. Fatt, kan aku dah mention camera memang penting time travel nie~ kalau xde xde makne.. haha

Pukul 12 lebey camtuh aku dengar azan, dekat je masjid dengan kedai ni..so aku pergi la masjid kat Phang Nga ni. lepas habes solat semua orang dokt tegur, aku memang nampak asing sangat ke?? tetiba:

pakcik: tang mana?
aku: huh..
pakcik: tang mana??
aku: (orang kedah ke pakcik ni) aa datang dari Phuket.. singgah sini sekejap
pakcik: oooo nak pi mana?
aku: nak pergi Koh Panyi (Koh maksudnya pulau)
pakcik: hah?
aku: (bengang btol la) Koh Panyi
pakcik: aaaaaa PULAU PA NYEEEEE (terbeliak mata aku dengar aku sibuk la cakap KOH KOH)

Pakcik ni memang reti cakap melayu, dia asal dari Sathorn, nie area dekat2 dengan Kubang Kerian dia cakap.. sama juga macam Abd Halim yang kt Phuket tuh, dia pun dari Sathorn jugak, berdakwah katanye~

Aku singgah 7-eleven sebab aku tengah lapooo.. pastu adalah sikit aku belikan untuk akak thai yang membantu aku tuh~ deorunk ni sangat ikhlas kan.. bila songthaew yang nak transfer aku dah sampai, tapi camera aku still tak dapat jugak.. so aku cakap kat dia boleh tak jemput aku orang paling last sekali sebab nak tunggu kamera.. tapi yang sedihnya bas tuh xdpt nk contact bas yang menghala ke Phang Nga, so dia just dropkan kamera aku kat pekan Krabi.. aku pun dah rasa tak best kalau nak pergi tanpa kamera.. dan akak thai ni pun redho je dia kata baik aku pergi Krabi, esok kalau ada masa datanglah sini, dia pulangkan duit aku dan settlekan bas untuk aku ke Krabi.. what a nice people~ so aku menuju ke Krabi petang tuh..

Ticket biru untuk bas biru:
Phuket - Phang Nga 75B
Phang Nga - Krabi 75B

tapi perjalanan agak jauh jugak la. bila aku dah check-in kat sini.. dengan memikirkan budget2 segal.. hmm nampaknya aku terpaksa cancel trip ke Panyi tuh.. dan maybe aku cari trip pape yang murah dari Ao Nang, Krabi ke Panyi kalau ada.. ralat sungguh rasanya trip ni aku tak dapat nak pergi... sedih~ dan memang aku tak dapat pergi dah.. next time lah...

gambar IKHSAN dari google
Kadang2 tu, bukan apa yang kita inginkan kita boleh dapat..
aku pasrah je lah, mungkin pelaung tuh akan datang lagi sekali
Hajat aku tak kesampaian nak ke sini.. so sape2 yang pergi travel ke phuket, tolong la buat review pasal perkampungan muslim atas air ni.. aku rasa sangat menarik, dan view dia memang cantik. Subahanallah~

14 comments:

Janggel said...

Hmmm part org thai yang baik hati dan pemurah tu memang aku setuju sesangat. Bagi aku 100% jaga pelancong.

Ala cantik gile la gambo last tu....sian ko tertinggal kemera, nasib baik tak hilang kan...rezeki ko tu.

shah_rule said...

tuh la, tp cuma satu je aku tak berkenan, terutama orang yg jaga tuk tuk atau motor taxi.. deorunk ni la yg mencemarkan kejujuran org thailand. baik dari bangkok smpai ke hatyai nuh, sume suka nak ketuk tourist,

tempat bawah tuh mmg cantik, mmg seswai sgt utk relaxing.. lagi lak dia alu2kan kita tolong mengajar kat sekolah dia.. so cute package ni~

fatt said...

aku pun setuju, org2 thai yg aku jumpa sume baik...dorg akan tolong even some of them tak reti ckp english. cth paling obvious, masa aku dpt tido dlm stesen ketapi tu...mmg benda tu aku tak penah bajet tp dorg kasik aku shelter...rasa nak nangis pun ada masa tu sbb yelah, bila travel solo ni kekadang emo jgk...hahaha...kdg2 nak gelak takde geng, so sengih la sorg2. klu gelak nmpk sgt mcm sewel kan? tp aku dah ada taktik nak gelak supaya org lain tak tuduh aku sewel. caranya ialah ko pegang hp...eksen cam ko ckp dgn org lain..walhal nak gelak je sbnrnya. ada mcm idea org gile ke? hehehe

sbnrnya kan, aku dah penah smpai tmpt yg ko nak pegi tu. aku pegi thn 2008, naik long tail boat. mmg seronok....kat situ mmg sume org muslim. tp masa tu aku pegi dgn kompeni trip so aku takleh nk memandai sendiri. tmpt tu mmg cantik so aku rasa ko mmg patut pegi...not now, maybe few years from now.

anyway, psl kamera tu...aku teringt dulu ada sorg kwn aku ni kamera dia rosak. so pastu bila jln2 ke dia takde kamera. ko tau apa dia kata? amik gmbr simpan dlm hati. hahaha...yelah tu. aku rasa dia meroyan sbnrnya tp tpksa tahan. anyway, glad u manage to get the camera back or otherwise, camne kami bleh tgk gmbr2 ni kan? syukur :)

anyway, ko tak cerita lagi...ape hal ko dgn mamat botak tu? dia guna offensive language ke ape?

Ainul Arina Madhiah said...

macam menarik je bunyi perkampungan muslim atas air tu.. bestnya kalau dapat pergi.

btw, student medik gak eh? bru tahu. study mana? ^^

and lagi satu, sepanjang travel ke south thai nih, mananyer gmbr 'komik2 best' tu dlm perjalanan? macam jadi pekasam dlm beg je. haha

shah_rule said...

fatt: haha a ah aku ingat cerita ko pasal kat train station tu~ yang ni pun aku macam tak sangka jugak macam mane lah dia boleh dapat no phone minah konduktor dalam bas tuh.. nak kate gune yellowpages pun xde~ aku pun tak terpikir plak, cuma tau buat muka seposen mintak tolong~ haha

aku memang berduka cita ni xdpt pegi.. ko dah pegi rupenye~ ceit

oo aku ada mase kat sana nak tergelak sensorunk, pastu tergelak2 sambil terpandang muka orang, terus orang tuh pandang aku balek.. hah jawab ko~

oo pasal mamat tuh actually takde issue pun, cuma ye la aku tegur pun dia buat bodo masa aku baru sampai.. aku taktau la dia dari negara mana perangai camtuh.. bengang gile.


Ainul: tuh la nak rasa jugak duduk sini.. spend sehari dgn orang2 kat sini..tp mungkin lain kali..

yup ainul saya budak medic jugak~ haha study kt UiTM. pasal komik2 tuh, haha u know it better kan~ hahaha

Ainul Arina Madhiah said...

well.well.

mana la tahu kot2 dah selamat jadi bahan halau anjing time kena kejar tu. Dah la warna warni, tebal plak. Boleh pengsan anjing2 kena. Good weapon. haha

shah_rule said...

heh mahal tuh buku tuh, x berbaloi untuk buat baling anjing~ haha

masa kat sana pun ada jumpa bdak medic gak, orang germany, then time tuh je lah ada borak2 secara ilmiah sikit.. haha story dia nanti2 yer, dah penat menaip arinie.. hehe

crescent said...

title entry x boleh blah...hahaha...

tapi kan kalo dapat pergi pulau tue harus ko feeling feeling amazing race kan...hahaha...lari lari sambil cari Phil...hahaha...

Biqque said...

tertinggal kamera????????

*pengsan*

kalo aku, mau aku nangis 40 hari kot...NASIB baik la ko dapat balik. ikutkan prangai setan, abih dah kamera ko tu mmg kim salam je la...

malaikat disisimu nak...

shah_rule said...

Cresent : haha dari awal2 keluar dah rasa macam entering the amazing race (berangan sangat).. tapi tmpat ni memang sesuai untuk orang gila cm aku restore balik ape yang kurang~ (poyo jugak ayat nie)

Biqque: tuh la aku dah pengsan dah masa tuh, pastu bangun balik.. bila dapat call orang tuh dia kata tak jumpa aku pengsan balik.. haha

ni sebab aku letak camera atas pangku dgn beg sekali.. pastu aku tertido~ bangun2 dah sampai, rush turun bas, memang salah sendiri!!! haha

fatt said...

oic, jenis org2 yg eksen tak tentu hala la ni. pd aku kalau ada sikap gini better dok umah je sbb mcm racist pun ada. org pegi jln2 dunia luar utk tgk negara org, accept culture org, respek, belajar & berkenal2an. kdg2 ada gak pesen2 omputih yg jln2 ni tp dia more pd jadikan Asia ni sort of kelab mlm dorg..ko leh paham mksd aku? klu ko baca blog2 real traveller (omputih) slalu gakla dorg ckp psl isu ni. jenis traveller omputih yg disrespect org...sort of like travel ni dah jadi mcm fashion...tp hakikatnya dorg taktau ape pun.. mcm poser la sng citer.

amende la aku bebel ni. tah ko paham ke idak. hahaha

shah_rule said...

pahe pahe~ setuju sngat2~
tuhla aku pun pelik perangai orang camni~ dan aku rasa kot perangai camni mostly kt area phuket tuh... mcm rasa tak sesuai pulak untuk solo traveler, ntahla.aku agak je~

jeri said...
This comment has been removed by the author.
jeri said...

salam.. disebabkan post ni.. sy tambah slot itinerary ke koh panyee.. mungkin bermalam di sini.. boleh nego kan harga package di sayan tour kan? 23januari gerak ke sana..