ADVERTISEMENT

Solo Backpacker - Day 6


Pagi ni aku bangun awal pagi semata-mata untuk dapatkan bas paling pagi untuk ke Hatyai. So pukul 7am aku dah siap untuk check-out dan deposit 300B dikembalikan. Banyak tuh deposit dia, pengsan! Aku kembali membawa diri sorang2 lagi sebab macam meriah pulak rasanya ada kawan2 time kat krabi, now back to the track~

Since aku tak tahu pukul berapa bas paling awal dari Krabi, sebab kalau tengok kat ticket bas Hatyai-Phuket dia ada jadual bila bas gerak, tapi Krabi ni dalam tengah2 camtu so kalau bas dari Phuket at 530am, aku rasa pukul 8 atau 9 camtuh lah kot bas sampai Krabi. dan hari ni hari sabtu, aku takut ramai pulak orang nak keluar dari sini, so aku kene jugak tercegat awal kat bus station. memang betul tekaan aku, aku sampai bus station, kaunter tiket pun tak bukak lagi.. memang tercegat depan kaunter tuh..

So my guessing was right, 1st bus around 830am camtuh... tapi bas 1st tuh mengalami accident, dang~ meremang bulu tengkuk aku dengar, sebab selama ni ingatkan jalanraya kat thailand ni sentiasa selamat.. amek ko macam2 benda masuk dalam kepala otak aku..

So aku kene naik bas sejam selepas tuh, pukul 930am camtuh dan akan sampai Hatyai around 2pm camtuh.. agak chaos sikit kat sini sebab memang betul orang sangat ramai hari ni kat bas station. tambah pulak ada satu trip bas dia cancel.. dan aku diserap naik dalam bas Phuket-Sg Kolok.. biar betul, kang ada aku masuk Kelantan kang~ tapi jangan risau sebab bas ni pun akan berhenti kat Hatyai. dan bila aku masuk bas tengok2 ramai gila orang berdiri. ada duduk atas lantai.. memang padat bas tuh~ wei takkan lah nak berdiri sampai Hatyai, tiket aku 1st class kot~
Sempat lagi tau makcik ni naek atas bas sesak2 nie jual ayam goreng~ super weh bau diee~

Tapi tak bolehlah hangin2 macam tuh sebab kene faham la situasi deorunk.. so aku relax je sebab pungguk aku pun dah kematu duduk lama2 kat bus station tuh.. konduktor bas tuh datang kat aku kapkukapkukapku menyembuq2~ suruh aku stay kat sebelah makcik seorang ni, aku just guessing maybe makcik ni dah nak turun, so bila dia turun aku ambil seat dia.. betul lah tuh maksud dia sebenarnya.. so aku dapatlah duduk selepas itu sampailah ke Hatyai..

Sampai kat Hatyai memang hajat aku nak ke Klonghae Floating Market. Aku dah banyak kali check kat internet, macam mana nak ke sana guna public transport, tapi aku pun taktahu mana nak amek minivan dia. So aku try tanya kat Information kaunter, tapi dia ni tak membantu sebab langguage barrier~ ok fine, aku keluar try tanya tuk-tuk atau motor taxi~ semua cekik darah, katanya jauh.. naik motor ke sana 300B, kalau naik tuk-tuk 400B.. pastu masing2 jenis bagi fixed price, macam kalau ko nak buat2 taknak, ko boleh dapat deal lagi murah ke~ deorang tetap tak layan.. maybe dalam hati dia "taknak sudah~ " kekwat x?

Sebab memang duit aku dah tak sampai paras hidung~ dan lagi satu hal nak ke kaunter bas untuk balek KL tuh pun aku dah loss direction.. nak ke sana naik motor pun dia nak charge sampai 50B.. ok thats it, sebab aku ingat rupa bentuk building (Lee Garden hotel) yang bertentangan dengan kaunter bas tuh.. so aku amik decision untuk jalan kaki je.. memang jauh sebenarnya.. berpeluh satu badan.. aku tahan motor taxi dan naik dari situ.. dia caj 30B~ aku rasa kalau tahan sendiri motor ni boleh dapat murah lagi agaknya.

Bila sampai2 kaunter tuh, selamat kakak kaunter ni boleh cakap melayu~ macam2la aku tanya dia. dia pun cakap memang susah dapat public transport nak ke Klonghae, memang kene naik tuk-tuk~ masalahnya pada aku sebab aku sorang, sakit kot nak bayar sampai 400B.. duit pun cukup2 makan je nie~ So that's it, mungkin takde rezeki lagi nak ke sana~ next time lah.. So aku menapak lah jalan2 area Pracipratat road nie, ada satu market dekat2 situ~ Kimyong market kot namanya~

Menapak sekitar Hatyai
Perut aku memang lapaq bebenar, bila petang skit banyaklah gerai2 tumbuh kat bawah Garden Hotel ni~ macam2 makanan ada, dan yang penting semua halal. memang ada tanda cop Halal~

Memang heaven juga makanan2 sini sebab banyak makanan ala-ala malaysia~

Dalam shopping complex Lee Garden hotel~ 

tadaaa duit tinggal 150B, dan segenggam duit syilling thai.. apa aku nak buat~ bas aku ke KL pukul 7mlm, so aku ada lagi dalam 3 jam camtuh~ mati kutu aku keluar masuk kedai2 kat sini.. tetiba niat nak ke Floating market tuh datang balek... hish boleh ke duit ciput ni? ok2 aku pun approach la satu uncle motor ni sebab dia dah angkat2 kepala ni menyapa aku..So aku pergi kat dia~ tapi langguage barrier pulak..adoii tetiba datang sorang uncle nie, dia ni pulak pemandu tuk-tuk:

Unc tuk-tuk: where are you want to go??
aku: i want to go to Klonghae, how much?
Unc Tuk-tuk: kita cakap melayu je la yer.. nak ke Klonghae naik tuk-tuklah 400B.. hantar pergi sana, tunggu kamu shopping2 satu jam, pastu balek sini semula~
aku: mahal tuh pakcik, duit saya kalau pakcik kasi dskaun 50% pun tetap tak cukup~ ko dah tau cakap melayu pun still harge ko nak cekik aku ke? (ni dialog dalaman yer~)

Uncle tuk-tuk nie memang nak amek kesempatan aku rasa, walaupun aku reject tuk-tuk dia, dia cakap kat uncle motor tuh suruh caj aku 250B~ aku taktau lah kalau dia nak amek komisyen dari pakcik motor tuh.. bila dia blah je~ aku datang balik kat pakcik motor tuh

sambil buat muka seposen: i have no money, i from phuket and krabi.. this is my last day here, im going back to KL this evening~ can u just take 150B, thats all i have~ please.. (macamlah pakcik ni paham ape yang aku cakap ni~)

pakcik moto: hundred fifty bath... ok2.. *sambil sign tangan suruh aku naik~

Masa ni macam nak jerit2 je atas motor~ 

Moral of the story berterus terang je lah kalau dah takde duit, haha perlu ke? generous people was everywhere.. hehe bila sampai kat Klonghae, agak jauh jugak masuk ke dalam tuh.. pakcik tuh buat sign suruh jalan2 pastu datang balik kat tempat dia letak motor, dia tunggu situ~ haha gembiranya hati aku, ntah apa yang gembira pun aku tak tahu..

Selain dari floating market, yang x floating pun ada jugak, maknanya market yang atas tanah la.. 

Meriah kat Klonghae floating market nie, dia hanya bukak dari 4pm smpai malam.. tak sure pukul berapa, banyak tuktuk bersidai kat sini.. kenapalah dia tak buat public transport kan kalau nak komersialkan tempat ni~ bas persiaran bernombor pendaftaran dari malaysia jugak banyak~ memang ramai makcik2 malaysia kat sini...



Aku sampai terus jamakkan solat yer dah penat jugak aku carik surau kat pekan Hatyai tak jumpa2.. hmmm aku round2 sekejap je takde lah sampai sejam, kesian pakcik motor tuh tunggu~ aku hanya dapat berbelanja dengan duit syilling aku je~ haha duit kertas ni nak buat bayar pakcik motor tuh, tapi banyak kau aku kumpul syilling~ habes aku korek2 dalam beg tuh.. setiap makanan dan minuman kat sini range harga dalam 20B-35B je, mahal2 takde~ aku pun dah kenyang, cukuplah just makan 2,3 benda2 ringan ni.. pastu beli air dalam tembikar.. ko makan mee tomyam kat sini pun dapat mangkuk tembikar.. agaknya ada kilang tembikar berdekatan kot.. selamba air pun banyak variety dengan bekas tembikar yang funky2 harga cuma 25B.. dan belikan satu lagi air untuk pakcik motor tercinta tuh~ ok banyak jugak kan rupenye syilling2 thai dalam beg aku.. ni lah jadinyer asal dapat duit syilling je masuk dalam beg, malas nak beratkan wallet.
Aku beli bentuk pasu~ nie bagi mak aku mesti macam2 bunga dia bubuh dalam tuh~ 
Ni kes dengki ke apa? tak baik tutup pintu rezeki orang~ haha 

Aku tergelak bila nampak benda ni~ sebab aku teringat kisah Kloanghae kat blog fatt~ So menang besar ke hari tuh fatt????
So aku sampai2 tuh pakcik tuh hantarkan aku balek ke tempat bas~ haha tercapai matlamat aku kat Hatyai~ bila dah sampai tuh aku confirm kan balek "hundred fifty bath right~" dan pakcik motor ni angguk sambil senyum je~ nampak sangat muka dia jujur.. pastu aku seluk lagi kocek seluar aku, ada lagi dalam 30B camtuh duit syilling, OK this bonus for your kindness!!! i loike~thunbs up! senyum je dia ntah paham entah tak.. haha licin terus duit aku.. cuma duit RM je tinggal, tuh pun tak seberapa, nanti mana tau malam2 lapar singgah memana boleh beli makanan..

Sepanjang aku duduk tunggu bas nie, aku tengok meriah betul orang keliling aku ni, semuanya yang tengah tunggu bas dengan aku nie orang siam yang nak masuk malaysia.. ada yang sedara mara sekampung hantar sedara dia, ada yang macam nak hantar anak pergi berperang~ ada mcm nak g honeymoon.. yang macam nak kawin lari atau baru balek dari kawin lari pun ade~ hah camne tuh??? adoiii memang happening aku tengok orang2 ramai kat sini.. dan yang paling best deorang ni semua tak kedekut dengan senyuman~ maybe deorang perasan aku bukan local kot..ooo aku nampak sorang budak ni muka dia serious macam kawan sekuliah aku.. haha mak dia duduk bagi pesanan2 agaknya: "sampai nanti tulis surat, jaga diri kat tempat orang blablabla" agaknye la..


Pukul 7pm bas ni jalan, ramainya orang kat tepi jalan tuh lambai2 tangan.. haha macam rasa dalam filem titanic pun ada since bas ni besar 2 tingkat kan~ haha bila aku dah lepas kaunter kat check-point thailand.. tiba2 ada sorang budak ni sapa aku dengan cakap thai.. fine~ memang deorang ingat aku orang siam jugak~ so aku pun says sorry i cant understand you~ selamat dia boleh cakap english sesikit.. dia tak tahu dah boleh naik bas ke since bas ada kat belakang kaunter check point tuh~ ni first time dia keluar dari thailand. first time masuk malaysia, so dia tak tahu.. so aku explain kat dia kene tunggu bas lepas kaunter dulu..

Dia perkenalkan nama dia "TAU" orang thai ni memang name sume sekerat2 je.. walaupun pelat akhirnya dia berjaya jugak sebut nama aku tuh~ haha syabas!! dia ni lah yang muka sebijik macam kawan sekuliah aku tuh yg mak dia dok pesan macam2 tuh, kan betul ak teka~ haha nampak sangat aku boring gila time tuh habes semua orang aku scan kan... haha dalam bas rupanya dia duduk selang sebaris je dengan aku.. bnyak lah benda dia tanya, tempat yang dia nak pergi.. dia ada tulis kat buku note dia, dia kata nak jumpa relative dia kat sini.. bila dia tunjuk kat aku, hah aku taktau la tempat ni..cam mane aku boleh tak tau ada tempat nama camnie kat KL, bunyi pun dah macam bunyi2 korea~ bdak ni biar betul.. ok fine, aku kene dapatkan bantuan kawan aku yang kerjanya duduk depan internet even time dia tengah keje.. haha sape ntah~

tapi bila dapat line balek, tengok2 kredit aku rm0.00~ ceit baru aku ingat pagi tadi bapak aku call punya la lama sebab aku kata aku balek Jumaat, dan dia call tak dapat2~ so kredit aku habes kene tolak jugak smpai kontang..!!! hmmmm memang aku blur teruslah apa nk buat dengan nama tempat pelik bunyinya camtuh~

Bas sampai kat Hentian puduraya awal subuh, nak dekat pukul 6 jugakla.. so turun2 aku tolong dulu bdak ni, sbb aku pun time kat negara dia macam2 orang tolong aku, so aku tolong la dia contact relative dia tuh.. dan relative dia suruh naik teksi pergi area southcity plaza kat serdang.. bdak ni memang fail btol mengeja~ so aku dapatkan dia teksi, dan habeslah kisah trip aku ni... Panjang gilo entry last nie kan~ hehe :-)

Dah alang2 tak jumpa surau, aku pergi terus masjid jamek. lepas subuh baru aku balek.. 

Sekian.

Solo Backpacker - Day 5


Hah bila tiba part tengah2 dan nak dekat finishing ni aku jadi superb malas dah~ haha tapi sebenarnya aku agak busy sedikit. so takpelah ada lagi 2 episode je la untuk finishing..
_________________________________________________________

Setelah masing-masing berborak2 cam nak gila semalam, macam2 jugak plan nak tuh nak nie hari nie, tapi pape pun aku bergerak sendiri je untuk pagi nie, since aku je yang bangun pagi2. deorunk semua pengsan agaknya.. so since dah bangun pagi2 tuh aku just blah dulu dengan plan sendiri, kalau sempat catch-up balek dengan deorang sbb petang tuh nak plan pergi Tiger-cave temple..

Since aku dah mention kat deorunk aku ke Ao Nang pagi tuh, so aku gerak je la dulu. Aku suka tau budaya omputih ni kalau misalnya kita nak bercakap time orang lain tengah tidur..kene pandai project suara bunyi2 angin cam cakap version dalam kelambu gituh sebab taknak ganggu orang lain tidur. korunk dapat bayangkan x cm mane? sbb pagi tuh aku tengah siap2, Lora terjaga nak ke toilet "you going now? remember we're going to temple this evening~" macam cakap versi dalam kelambu~ lagi satu, deorang jalan dengan penuh hati2, bukak laci pun cermat je kalau boleh taknak buat bunyi..

Sebab bukan apa, kalau aku bandingkan especially kat rumah aku nie, tak kira la orang tuh tidur ke tak~ deorunk nak ketawa berdekah2 ketawa syaitan tuh..kalau boleh nak ketawa sebelah telinga orang yang nak tidur ni.. suara masing2 dah la kalau berborak macam sorang cakap kat telinga kanan , sorang lagi telinga kiri.. maybe orang kita lack sikit pasal benda2 nie.. so AWAS korang jangan bawak perangai camtuh ok~

Untuk ke Ao Nang, mode pengangkutan yang paling murah adalah dengan menggunakan public tuk-tuk, yang aku mention colour putih tuh~ harga dari Krabi town ke Ao Nang 50B (before 6pm) 60B (after 6pm).. dan aku dahla menapak kaki ke tempat station tuk-tuk tuh.. rupa-rupanya dia lalu je depan hostel aku tuh.. boleh je tahan tepi jalan..

Inilah rupanya tuk-tuk yang aku maksudkan ataupun orang sni panggil "songtheaw"
Dalam 20 minit sampailah aku kat Ao Nang, its good to be back~ aku pernah stay sini masa 2009. masa tuh la first trip aku backpacking.. Lepas tahun 2009 terus penuh schedule aku dengan trip2 yang tak habis2 ni.. haha dan sebab apa aku nak datang sini lagi? sebab masa aku datang 1st time dulu aku ada wish untuk datang lagi sini. haha now im back~
Ao Nang, Krabi Thailand
Yang ni pulak, Nok Minimart, suka betul dengan perkataan nok kat sane~ haha aku tau ni mesti branch kedai2 Biqque jugak! haha

Ao Nang memanglah area tepi pantai tapi pantai kat sini biasa2 je, the main attraction semua kene connect dengan boat~ pergi lah sama ada area pulau2 kecil yang depan laut tuh ataupun ada area persisir pantai laen yang takde road connection.. but still kene naik boat jugak~

Ini area pesisir pantai Ao Nang, air memang biru, tapi pasir dia kureng sikit~ ada je orang mandi kat sini, tapi
tak semeriah kat Railay Beach

So buat apalah sensorunk kat tepi pantai ni? Actually aku nak cari kalau2 ada trip yang bersesuaian dengan budget aku untuk ke Koh Panyi. Memang ada tapi harga dia dah lari dari budget aku~ so aku skip la. mungkin rezeki akan datang~ Phi Phi ngan 4island tour aku dah pernah pergi dulu, so aku skip.. cuma 4 island tuh aku rasa macam nak pergi ke Poda Island je.. hmm bila jumpa boat transfer company  harga nak ke Poda Island ONLY 30B 300B compare dengan trip ke 4 pulau + food +snorkeling trip 35B  350B.. aku skip lah, nak g trip pun sensorung~ giler~ aku nak relax2 je kot! untuk trip ke phi phi harga dia 700B dari Ao Nang... nak ke Ao Phanga yang aku tanya tuh dapat paling murah pun750B..semua ni one day tour je..

So thats it. the famous long beach kat Ao Nang adalah Railay Beach.. so aku pergi sini je lah, masa aku sampai sini pun aku tak pernah lagi jejakkan kaki kat beach nie, aku beli boat transfer dari kaunter tepi laut ni dengan harga 20B 200B return.

Untuk boat transfer ni, orang ni dah cakap, kene penuhkan boat dalam 6 orang baru boleh jalan, selagi tak penuh dia taknak jalan.. so aku nampak bila dah ramai orang nak gerak, aku pun beli tiket tuh~ then here we go..

Beach ni memang cantik, pasir dia pun halus.. ada jugak hotel dan resort kat tempat nie, patutlah omputih ni bawak beg besar2 naik boat.. deorang stay sini rupanya. ada juga shopping street tp tak semeriah kat Phi Phi atau Ao Nang~ memang ramai orang sunbathing kat sini, aku just duduk bawah pokok, taknak kene panas.. by the same time boleh lah aku baca buku sikit2.. tapi tengok air tuh memang geram untuk mandi.. selamat aku ada bawak seluar, tuala semua.. hehe memang niat di hati!

Railay Beach, Krabi.
ada walking street untuk shopping sesikit~ 

Chips, Coke and juice -picnic sensorunk~ haha
there are many bar here to get some refreshment~ 
Dalam pukul 12 tghari aku dah tak boleh blah dengan panas dia.. nak lunch kt Ao Nang, so aku gerak lah pergi kt pier tuh.. So ni masalah besarnya bila hanya aku sorang je yang nak balek ke Ao Nang, orang lain mana ada nak balek dah.. aku duduk situ setengah jam jugak still takde orang jugak, syarat kan nak 6 baru dia gerak. Agaknya sebab aku dah buat muak seposen kat situ, adalah brader ni nak gerakkan boat dia hantar aku.. Baik hati dia~ tp pasal aku sorang membazir minyak boat dia.. haha cheers~ customer always right, bole?

Aku kembali bersiar2 kat kedai2 tepi pantai kat Ao Nang, dan singgah mana2 kedai untuk lunch.. Laparkan kalau dah berendam time2 panas camnie~ Lama juga aku lepak Ao Nang, nak dekat pukul 3 baru aku naik tuk-tuk balek ke Krabi town. macam dah lambat je aku rasa kalau nak ikut trip diorang, sbb bila aku sampai2 aku terus tertido sebab penat.. aku perasan pintu bilik bukak tutup..tapi memang aku penat sampai tak boleh bangun.. adoiii sorry guys~

Bila aku bangun2 hari pun dah senja dah.. so siap2kan diri pastu aku nak duduk makan pancake pisang tuh tepi sungai macam semalam.. hehe memang xde aktiviti langsung kan.. bila aku balek semula kat hostel roomate aku semua dah tersidai kat living room hostel , semua muka macam baru balek hiking.. apsal ni? at first aku apologize sbb tidur mati petang tadi~ Lora pulak start cerita azab dia pergi temple tuh.. almost 1300 stairs kene naik (aku dah terbayang batu caves) then got so many naughty monkey (ni aku terbayang ulu watu kat Bali) haha camtuh ke.. selamat aku tak pergi, kalau tak aku pengsan!! haha

Warung-warung sini semua muslim, ni area tepi sungai kat krabi town nie.. pancake pisang ada kat sini~ 
Dan mereka2 menyiapkan diri untuk keluar dinner malam nie, malam ni farewell untuk aku sebenarnya sebab aku dah nak chaow keesokan harinya~ haha touching tau!! (gedik) but time dinner malam ni memang funny gila, kitorunk main teka which part of the world does he/she from.. Igga dia kata boleh differentiate muka orang2 europe, cam mane ntah, bagi aku semua sama.. Lora pulak differentiate between North and south america, and canada vs ameriacan, ooo aku pulak excited? aku pulak confirm lah tak boleh nak differentiate orang2 asia tuh unless China and Indian.. lain semua mix~ haha nampak orang masuk kedai tuh, start guessing, pastu pergi kat deorunk.. buat2 friendly dan tanya~ bodo lah keje ni! haha

Food stall ni jugak kekal dari dulu sampai sekarang, tak berubah pun.  kami ke sini dulu sebelum pergi kedai makan.. tapi since aku tak sure apa yg jual kat kedai sana, so aku beli je pape dari sini sebab sini mostly yang jual muslim.. 

Solo Backpacker - Day 4.2

*sambung

Sekarang bila bas berhenti, its rewind memory 2 years ago, bila aku berhenti kat Krabi Bus station nie, cuma dulu sampai2 macam relax je, orang rmai2 offer tuk-tuk siap boleh tanya2 price bagai.. tapi kali nie aku turun2 je meluru terus ke kaunter bas sebab bimbang pasal kamera aku.. 

Alhamdulillah, memang ada dia tinggalkan kat situ~ Lega hati aku time tuh.. so bila dah sampai sini aku better pergi check-in hostel dulu, jam pun dah nak dekat pukul 4pm, memang waktu untuk hari ni habes dalam perjalanannya, yang agak kelam kabut tuh~

Bas station dan tuk-tuk station (Krabi town)
So aku dah tau tuk-tuk yang mana yang perlu aku ambil~ tuk-tuk ni macam government punya, harga dia takde lah mahal compare dengan tuk-tuk milik persendirian, deorunk ni suka ketuk foreigner, so make sure korunk confirm the price first before board.. harga dari bas station ke krabi town dalam 20B..

Aku dah usha dah hostel mana aku nak pergi, aku jumpa kat hostelworld.com tapi aku tak sempat nak book~ so aku terus redah je, harap2 ada lagi kosong~ bila sampai kat Krabi town aku rasa hostel tuh just walking distance dengan tempat station tuk-tuk ni.. so aku start berjalan.. badan kecik bawak beg galas depan belakang macam nie sure la orang semua duduk tanya2 lagi la orang motor-taxi.. even dia just pakai motor pun, charge sampai 50B.. ko gila..? aku menggigihkan diri juga untuk mencari dengan menapak kat sini.. sambil tanya2 lah orang lalu lalang, sebab aku cuma ingat nama jalan je, "Utarakit road- selamat senang nak pronounce.. 


Pastuh aku rasa aku dah jadi macam bola, kejap orang bagi direction ke sana, lepas sampai sana ke situ pulak.... kene sepak sini sana kan~ aku dah tak larat dah ni, kat mana pun aku dah tak tahu, kejap lagi tengah aku jalan ada uncle (aku ada tanya direction kat dia masa aku terserempak dengan dia) berhenti sebelah aku dengan motor dia, ok dia suruh aku naik, dia hantar terus ke Utarakit road.. hostel kat mana dia tak tahu, free-of-charge..tuh pun dah kira baik dah uncle tuh hantarkan..see harinie aku dapat banyak pertolongan dari manusia2 yang baik hati kat thailand nie~  Kap Kun Kharp~

Aku tak sure arah hostel kiri ke kanan, nak lebih afdal aku mulakan cari dengan ke kanan dulu..hehe, rupanya selang satu lorong, tadaaa aku jumpa sign hostel tuh..dengan konfident masuk nak check-in pastuh macam pelik je harga dia tak sama dengan dalam internet..biar betul..? rupanya hostel yang aku carik tuh kat kedai sebelah.. Mak aii malu gile.. ok2 peace~ dengan control2 macho aku keluar dari hostel tuh.. haha malu weh mase ni...!

At last aku sampai jugak ke hostel ni.. aku dah tak tahan menyebut2 nama hostel ni berkali2 sbb dah bnyak tanya orang.. dah macam mencarut pun ada.. 

Mencarut tak nama hostel nie~
sbelah tah view dari tingkat 3 Pak Up Hostel

Interior hostel ni cantik jugak, aku tak tahu dia buat konsep tadika atau high school.. nama2 bilik dia ikut nama subject time sekolah, cthnya Math, History, Lab, Music, geography etc.. i live in History~ pastuh ada bar rooftop dan tempat2 lepak macam pub kat belakang namanya Playground... aku ambil dorm kongsi 8 orang, with fan untuk 2 malam kat krabi~ harga 180B per night..deposit 200B untuk towel dan 100B untuk card kat pinttu masuk.. 

kalau waktu malam akan ramai orang lepak kat bawah nie.. 

Dorm History~ nama katil pulak BRONZE.. wardrobe ada kat bawah katil.. jimat space~ Katil dia besar dan sangat selesa...i love this hostel!!!
Rakan2 baru aku masuk2 kat sini -Thomas (UK), Lora (canada), Emma (Brisbane) and Igga (Germany).. Lepas aku menyiapkan diri semua, aku keluar jalan2 lepak2 kat tepi sungai area Krabi town ni.. plan nak tengok sunset kat Ao Nang, tapi aku rasa penat dah..malas nak naik kenderaan dah, aku nak relax2 jew.. 

Jalan2 kat tepi sungai Krabi, banyak food stall dan majority adalah HALAL..~

Aku tak perasan kat Krabi ada view macam ni masa aku datang sini 2 tahun lepas~ lama jugak aku duduk kat tebing sungai menghadap view macam ni, sambil makan makanan yang aku beli kat foodstall sini~

Kebetulan malam ni adalah malam perayaan sempena dengan "Loy Kratong".. aku pun tak tahu perayaan apa ni tapi suasana dia macam hari raya.. bebudak main bunga api, main mercun.. buang sampah dalam sungai, terbangkan sampah.. sepanjang sungai ni ada banyak food stall, ada big stage in the centre.. meriah giler.. so aku duduk sini je la rasa suasana.. tapi memang meriah~

aku nampak banyak orang jual design bunga lily ni pakai daun. deorunk pasangkan api.. pastuh duduk bertafakur dulu
sebelum dia lepaskan benda ni kat atas air.? motif? aku tak tau~

Kata orang, kalau ada wish macam ni la cara nak mintak wish come true~ buat sampah betul kan deorunk!

ingat lagi gambar roti satu troli tuh, ini lah keje nye.. tapi tak tenggelam kke kalo masuk air? ni advance sikit pakai roti, orang laen pakai daun2 je aku tengok~
Bila aku dah penat aku balek hostel, aku memang nak duduk blik je, tapi Igga, Lora and Thomas insist aku duduk lepak kat bawah untuk borak~ masa ni baru aku kenal deorunk.. Igga ni pun medical student jugak, dia sekarang tengah posted kat Bangkok Hospital untuk satu sem kat department Pediatric dan microbiology~ sebab kat Bangkok banjir, jadi dia lari ke Krabi.. dan ramai juga yang lari dari bangkok time ni~ sebab dah scary dah duduk sana, makanan tak cukup, masuk kedai pun xde pape dia jual..

Igga: there's alot case of vibrio cholera in this hospital.. leptospirosis also most likely endemic now in Bangkok.. (muka Lora ngan Thomas dah berkerut dah time nie!! haha ) have you see once in malaysia?

me: we also have a lot cholera cases~ 

Interesting juga dia kan dapat posting kat South east asia sbb certain microb banyak kat sini, tapi sayang aku yang kat malaysia ni pulak tak pernah dapat chance jumpa microb pelik2 kat luar sana~

Pak-up Hostel. krabi.

Solo Bacpacker - Day 4.1


Waktu malam nie aku duduk bertafakur (bukan bertakaful yer john!).. malam ni aku duduk kat tepi pantai mengimbas kembali rasa lepak kat tepi pantai masa kat Bali dulu malam2.. tapi ombak kat Bali tuh memang meremang bulu roma kalau dengar, kat Phuket kecik2 je, pastu bising dengan orang kat jalan tuh.. tapi still angin tepi pantai memalam memang best~



Aku tengok dalam beberapa hari ni je dah bermacam2 kekurangan dan kelemahan diri yang aku nampak. terasa kerdil je diri nie.. aku pikir jugak tentang budget segala perbelanjaan yang dah dikeluarkan sepanjang tiga hari perjalanan aku.. damn kalau aku continue duit memang tak cukup.. so aku decide nak pulangkan je motor, pastu nak check-out terus.. aku harap Mandy dengan Mr Boss tuh redho (perlu ke?) dengan kehendak aku dan pulangkan balik duit aku (buruk siku tak aku?) sebab aku rasa cukuplah 2 hari kat Phuket, i have enough i think~


So lepas aku betul2 decide nak tinggalkan Phuket untuk keesokan hari, then aku balik semula ke hostel.. aku cakap kat Mr Boss tuh aku nak check out esok, sbb i thinking for moving to Phang Nga or Krabi.. thats it, dia ambil buku Lonely Planet, terus bagi aku untuk buat research before pergi.. haha green light la nie~

So aku pergi hanto balik motor kat kedai Mandy, Mandy pun tak kisah bila dengar apa yang aku cakap~ dia siap pulangkan duit sebab pada asalnya aku dah bayar untuk 2 hari.. dan soalan dia: "when will you come to Phuket again?" sedih lak nak blah dari sini...

So aku balik ke hostel jalan kaki, sampai kat hostel Florence ajak dinner, dengan Michael sekali.. belum sempat aku cakap nak check-out esok, deorunk dulu cakap yang deorunk nak blah jugak esok.. nak gie bangkok sbb flight masing untuk balik rumah dari Bangkok.. so samalah aku pun nak blah jugak esok~ kira ni konon2 farewell dinner sebelum masing2 berambus.. so time aku nak blah pagi tuh, Mr Boss bagi balek duit deposit + tukar bilik + cancelation.. so aku kembali jadi kaya balik.. haha and aku tgk kat bilik, mamat botak tuh je yang tinggal.. padan muka ko, my decision was right, kalau tak maybe aku tinggal dengan dia je kalau aku tak blah...

__________________________________________________________________

Bangla road in day light.. cam lengang je xde orang~
Journey seterusnya, berdasarkan dalam buku Lonely Planet, ada satu pulau dekat Phang Nga yang didiami oleh orang muslim.. dan tempat ni merupakan check-in bagi rancangan The Amazing Race S19 baru2 arituh.. so aku memang nak g sana, Lonely planet sarankan ambil pakej dekat bus station Phang Nga.. pakej dia dalam harga RM80 siap bus and boat transfer, stay one-night, makan malam, breakfast, dan boat seightseeing sekitar Ao Phang Nga, (banyak gua batu kapur yang cantik).. sangat berbaloi kan~

this is how phuket town looks like~
it was an old bulilding macam kat melaka gituh.. Portuguese style~
So aku start ambil bus dari Phuket Bus Station, kali ni aku jalan kaki je macam ditunjukkan dalam peta yang lepas. dan aku ambil bas kaler biru (which mean 1st class) sebab kejar masa.. aku tak tau tour tuh start pukul bape, aku harap dia taklah terlalu pagi. aku naik bas pukul 10am.

Phuket bus Station

Aku sampai Phang Nga pukul 12.30pm camtuh. dan memang seperti yang dikatakan dalam buku Lonely Planet, aku jumpa "Sayan Tour" (klik sini) , memang deorunk je yang specialize buat trip ni seperti yang buku tuh mention. kapkungkapkung last2 dia kasik aku price 700B je, oklah dapat less 100B molek la tuh~ trip ni ada yang half-day tour (450B), half-day + overnight (800B) dan one day+overnight (1000B)..boat pukul 2pm untuk half day.. lepas segala urusan selesai.. aku nak charging camera jugak macam apa yang Mandy pesan kalau kat Ao Phang Nga memang habis memory camera ambil gambar...

aku: would you mine i used your electricity for charging my camera?
akak thai: ya you can use it..
carik punya carik..DAmN camera tertinggal dalam bas!!!!!!!!!!!!!

muka aku dah sedih, can anyone help me? dan akak thai ni bersungguh2 tolong.. keluar sampai 2 handphone, pergi company bas.. last sekali dia dapat contact konduktor bas yang aku naik tadi tuh. bas kat area sini semua long journey punya bas. deorunk sampai Hatyai..so bila 1st die call, orang tuh kate tak jumpa.. ooo damn damn.. pastu aku suruh akak thai tuh call balik, cakap maybe terjatuh bawah kerusi..bila dia call lagik, tetiba aku nampak dia senyum..YES maknanya jumpa la tuh...

Ok orang thai sangat jujur.. dan semua memang bermurah hati untuk membantu.. dan dia kata ada bas lain yang akan bawak kamera tuh kat aku nanti.. dia akan pass kan kat bas yang menuju ke Phang Nga.. fuhh selamat.. kalau takde camera tuh tak tau lah aku nak kata apa.. Fatt, kan aku dah mention camera memang penting time travel nie~ kalau xde xde makne.. haha

Pukul 12 lebey camtuh aku dengar azan, dekat je masjid dengan kedai ni..so aku pergi la masjid kat Phang Nga ni. lepas habes solat semua orang dokt tegur, aku memang nampak asing sangat ke?? tetiba:

pakcik: tang mana?
aku: huh..
pakcik: tang mana??
aku: (orang kedah ke pakcik ni) aa datang dari Phuket.. singgah sini sekejap
pakcik: oooo nak pi mana?
aku: nak pergi Koh Panyi (Koh maksudnya pulau)
pakcik: hah?
aku: (bengang btol la) Koh Panyi
pakcik: aaaaaa PULAU PA NYEEEEE (terbeliak mata aku dengar aku sibuk la cakap KOH KOH)

Pakcik ni memang reti cakap melayu, dia asal dari Sathorn, nie area dekat2 dengan Kubang Kerian dia cakap.. sama juga macam Abd Halim yang kt Phuket tuh, dia pun dari Sathorn jugak, berdakwah katanye~

Aku singgah 7-eleven sebab aku tengah lapooo.. pastu adalah sikit aku belikan untuk akak thai yang membantu aku tuh~ deorunk ni sangat ikhlas kan.. bila songthaew yang nak transfer aku dah sampai, tapi camera aku still tak dapat jugak.. so aku cakap kat dia boleh tak jemput aku orang paling last sekali sebab nak tunggu kamera.. tapi yang sedihnya bas tuh xdpt nk contact bas yang menghala ke Phang Nga, so dia just dropkan kamera aku kat pekan Krabi.. aku pun dah rasa tak best kalau nak pergi tanpa kamera.. dan akak thai ni pun redho je dia kata baik aku pergi Krabi, esok kalau ada masa datanglah sini, dia pulangkan duit aku dan settlekan bas untuk aku ke Krabi.. what a nice people~ so aku menuju ke Krabi petang tuh..

Ticket biru untuk bas biru:
Phuket - Phang Nga 75B
Phang Nga - Krabi 75B

tapi perjalanan agak jauh jugak la. bila aku dah check-in kat sini.. dengan memikirkan budget2 segal.. hmm nampaknya aku terpaksa cancel trip ke Panyi tuh.. dan maybe aku cari trip pape yang murah dari Ao Nang, Krabi ke Panyi kalau ada.. ralat sungguh rasanya trip ni aku tak dapat nak pergi... sedih~ dan memang aku tak dapat pergi dah.. next time lah...

gambar IKHSAN dari google
Kadang2 tu, bukan apa yang kita inginkan kita boleh dapat..
aku pasrah je lah, mungkin pelaung tuh akan datang lagi sekali
Hajat aku tak kesampaian nak ke sini.. so sape2 yang pergi travel ke phuket, tolong la buat review pasal perkampungan muslim atas air ni.. aku rasa sangat menarik, dan view dia memang cantik. Subahanallah~

Solo Backpacker - Day 3 (part II)

Yeay its weekend, aku harap dapatlah aku habiskan cerita nie secepat mungkin. banyak benda nak buat lagi lepas ni..

Selepas aku dah relax2 kat Nai Yang, aku rasa aku nak balik Patong dulu, rehatkan diri.. sampai Nai Yang je setengah tangki minyak hilang.. so aku tau ni sampai Patong sure kontang. Aku tak balik Patong ikut jalan yang aku lalu masa aku datang, masa balik ni aku guna jalan tengah, ni kira macam jalan highway lah untuk ke Phuket Town, nanti ada simpang belok ke Patong...

So on the way jalan tuh, aku tengok area2 yang tak beberapa nak popular ni jual gasoline 30B je.. hey murah~ so aku stop memandang minyak dah tak banyak..
*jadi kalau nak jimat tak payah tuang penuh kalo dalam area komersial kat sana..

Air cawan gergasi ni pulak untuk replace tangki diri sendiri... haha


Dan bila aku jalan straight lagi aku tengok papan tanda (papan tanda kat sini tak menghampakan macam kat Bali yer)

Patong..................18km
Phromthep Cape...22km


Masa malam semalam aku borak2 dengan Mandy memang dia ada cakap, kalau nak pergi Phromthep Cape kene gerak dari Patong pukul 4pm. Sampai sana view memang tengah cantik.. sebab sunset time tuh~ pastuh jangan memandai nak datang sini pepagi tengok sunrise..tuh gila namanye.. macam ada sekali tuh kawan aku ajak pergi tengok sunrise kat Port Dickson.. that's bizzare~

So sebab tuh aku nak balek dulu lepak-lepak since sekarang baru pukul 12pm macam tuh~ tapi aku pernah nampak dalam gambar kat Phromthep Cape time tengah panas, woo cantik juga sebab nampak air colour biru.. so dah alang2 lebih kurang je jarak dia dari lebuhraya nie, baek aku terus pergi je.. sebab pergi petang2 kalau hujan, dah tak dapat tengok..at least kalau pergi awal, then hujan aku boleh tunggu situ.. so aku pergi terus ke selatan pulau ni.. Phromthep Cape ni area paling hujung kat dalam peta..

The road been taken~
1) Puthai Souvenir market
2) Phromthemp Cape
3) Karon viewpoint
4) Patong
Kat jalan ni ada Souvenir market.. dia dah memang letak harga terendah untuk souvenir dalam kedai ni.. macam konsep kedai2 souvenir kat Bali jugak, tapi aku jumpa satu ni je..
Yeay hampir sampai dah..!
Lama juga aku duduk atas motor nie, cuaca pulak kejap hujan kejap tak.. tapi at last aku berjaya juga sampai kat Phromthep Cape.. baru je aku menjejakkan kaki kat area tebing laut ni, aku nampak awan hitam dari laut tuh bergerak datang kat tempat aku berdiri.. dan akhirnya hujan... adoi~

Ni time hari nak hujan~ 
Poncho aku tinggalkan dalam bakul motor, so aku taktau mana tempat aku nak menyorok ni, aku pergi kat tepi daun2 pokok tuh aku stay situ.. hujan + angin lagi.. memang tak boleh blah.. kejap lagi ada mamat indonesia ni panggil sebab dia pun tengah lari nak cari tempat berteduh.. naik kat atas bukit tuh sikit ada light house.. kat situ lah kitorang pergi untuk berteduh.. duduk tak sampai setengah jam hujan dah berhenti.. see hujan dia memang menyakitkan hati.. bikin drama lebih~ haha

tuh lighthouse aku aku tumpang berteduh.. xnampak macam baru lepas hujan kan.. 

Mamat indonesia ni pun travel sensorang jugak.. dia pun tengah meronda jugak.. tapi bab baca map memang fail.. takpe2 meh sini cikgu ajar~

Jom snap2 picture...:

Muka nak emo.. masuk watak tak? haha

Habis matlamat aku kat situ, then aku teruskan perjalanan merentasi beberapa pantai utama lain kat Phuket ni.. aku menempuh Kata beach, pastuh Karon beach dan last sekali aku sampai balik ke Patong.. habes aku pusing satu Phuket ni, tapi ada juga area yang aku tak cover especially belah timur sana..

Aku turun jugak lepak2 kat Kata beach semua ni, sebab ada review mengatakan tempat ni ramai orang surfing.. bila aku sampai aku tengok ombak takdelah besar mana dan xde sorunk surfing langsung kat sini.. Wishlist aku nak belajar surfing~ just nak usha tempat je dulu.. harituh dah usha kat Bali.. tp belum ada masa yang sesuai.. tapi kat Phuket aku tak jumpa pun..!

Next is Karon beach.. before sampai Karon beach still ada jalan naik bukit.. dan kat atas tuh ada lagi satu viewpoint.. sebenarnya pada sesiapa yang memang suka buat sightseeing ni ada banyak viewpoint yang korunk boleh pergi.. aku cuma pergi 2 je.. Phrothemp Cape dengan Karon viewpoint.. ada lagi korunk boleh research~ aku tak larat nak pergi semua~ minyak mahal hoiii~ haha

dari viewpoint ni boleh nampak karon beach dan patong beach, yang paling hujung tuh..
gambar bawah yang kecik tuh: ada satu patung budha kat atas bukit tuh.. situ pun viewpoint jugak. tp aku tak larat nak pergi.. aku rasa dia dekat dengan area Phuket town..

Dah petang aku kembali ke Patong, sebelum tuh aku singgah satu tempat dulu untuk menunaikan kewajipan.. dan tempat ni bila masuk rasa macam berada kat rumah.. familiar je tempat ni..

walaupun die cakap thai dengan pekat, tapi suara dia time azan sedap yer~ nama dia pun familiar gak, Abd Halim..
Feel like home is it?
Petang tuh aku meronda lagi kawasan kat Patong ni, ada satu shopping complex yang agak grand kat sini..nama dia Jungceylon.. tabiat aku kat negara orang, aku suka masuk supermarket.. haha taktau kenapa, supermarket favorite setakat ni "Pak n Save" kat NZ... sebab, coklat dia murah~ haha kat sini pun barang2 dalam supermarket dia murah2 jugak.. tp harga dia lebih kurang dengan harga 7-eleven jugak, macam mana tuh~

Roti bentuk bunga lily~ next day baru aku tahu kenapa sampai satu troli deorunk beli roti nie~

Aku taktau nak makan apa tapi aku rasa macam nak mengunyah.. so aku jumpa pulut mangga kat dalam supermarket kat sini..  aku beli barang makanan dalam supermarket tuh dan lepak area tengah2 Jungceylon, ada kapal besar kat sini, dan diorang kat sini tengah ramai2 tengok match Thailand vs Malaysia.. aku pun duduk lah tengok sekali.. tapi aku tak tengok smpai habes, mase aku blah match tengah seri, player malaysia lak tuh main ganas, aku blah la, kang tetiba cawan, pinggan melayang kat aku kang kalo deorunk tau aku Malaysian. and i have a faith malaysia will win on that time~

How about yesterday match, Nasi Lemak VS Ayam Penyet? which is your favorite? haha