ADVERTISEMENT

Oriental Express Part 2.1: Hong Kong Day 1


Thanks for all of support you guys and a lot of patient for waiting here. i just posted the whole picture during the journey in my facebook, dah nak dekat seminggu kat bilik aku tak dapat wireless sebab tuh lah lambat sikit aku nak upload the all picture dan nak menaip blog pun takde mood. Ni sekarang ni aku duduk dekat bilik bawah library untuk mengupload gambar2 dan menyiapkan entry baru ni before OFF sekejap ke satu DESTINASI lain malam karang. 

So back to the track, im so sorry sebab post yang lepas ramai orang cakap tak beberapa nak details semua kan. Tapi hakikatnya pada hari berkenaan pun aku tak beberapa details jugak dengan tempat tuh, dan tak pernah terduga pulak untuk bermalam di tempat kegemaran ramai McDonalds. haha Dan apa-apa pun tuh je lah activity aku malam tuh banyak menghabiskan masa duduk dalam KFC (berdepan dengan McD) baca buku sampailah aku mengantuk dan pergi mcD bila dah boring dan tertidur kat situ.. boringnya life as student kan, travel pun nak kene baca buku~ haha

CORRECTION, aku lepak kat KFC dulu sebenarnya sebab nak makan fries, pastu baru pindah mcD kat depan KFC ni sebab KFC dia sibuk kemas2 dengan cara nak meghalau aku (Ko ingat aku taktau?)
Ok after jam menunjukkan pukul 5am aku dah siap2 bangun menyiapkan diri (ko ingat ko tidur hotel ke?) Air dalam toilet tuh jangan cakaplah sejuk dia macam mana, memang style ambil setitik kat jari, letak kat mata.. haha the last drink i ordered is an orange juice, supportlah lagi sikit mcD ni dengan membeli air, aku dah lah tidur free ye tak~ haha dan akibatnya aku mengiggil giggil keluar dari mcD tuh untuk menapak ke station metro.. memang pagi ni sejuk sangat, cakap berasap (indicator how cold  was there~ ) haha

Orange juice tuh punca aku shaky2 pepagi buta nie!
semua train berhenti taknak bukak pintu~ ape kes?
Masa aku masuk ke station Laojie dah nak dekat pukul 6am, kaunter dah bukak tapi train lalu je tak berhenti pun. Train paling awal sekali adalah jam 6:20am macam tuh. Jadi aku terus bergerak ke LouHu station untuk melepasi imigresen China ke Hong Kong.Tapi sebelum aku bergerak memasuki Hong Kong aku kena confirmkan dulu mode transportation aku untuk destinasi after Hong Kong, jauh lagi perjalanan selepas ni dan aku tak book apa-apa pun in advance melainkan ticket flight. So aku kene confirmkan ticket train Shenzhen-Guangzhou dan Guangzhou-Nanning as our 1st choice, dan kalau semua sold out aku akan try cari bas untuk ke sana, apa-apa pun time aku kat sini adal peak season deorang iaitu musim perayaan Chinese new year, so agak gemuruh jugalah aku nak cari ticket sebab takut sold out. there are many forum state that during CNY, it will be very difficult to get a ticket. Ambik kau!

Shenzhen Railway station

Tapi toksah lah gelabah since banyak mode transportation yang available kat China, cuma masalah komunikasi jew. So choice aku:

1.Shenzhen-Guangzhou
yang ni merupakan route yang panas yer, memang ramai rakyat dia ulang-alik dari dua tempat ni, so sebenarnya frequency bullet train CRH (50 minute je) yang digunakan adalah sangat kerap iaitu 20 minit sekali. dan aku risau jugak kalau ticket habiskan sebab musim perayaan. jadi kalau tak dapat ticket train ke Guangzhou aku boleh try untuk ambil bas ke Guangzhou (yang ni makan masa 3 jam orang kata). ataupun the last choice boleh cari ticket train dari Hong Kong ke Guangzhou, bas pun ada kat Hong Kong.
Beza harga, train dari Shenzhen hanya RMB 48 /RM 24 tapi kalau straight dari Hong Kong nak dekat HKD 200 / RM80..

2. Guangzhou- Nanning
Yang ni merupakan tulang belakang trip aku kali ni, kalau takde ni memang tak lepas aku nak ke Hanoi dan Bangkok, maybe duit cukup sekadar beli ticket flight AA balek KL terus~ haha

So untuk make sure ticket ada aku book awal2 lagi setibanya aku ke station LuoHu. Station Luohu ni sangat systematic, sebab kawasan atas metro station ini terletaknya Shenzhen Railway Station dan Shenzhen Bullet train station (destinasi Guangzhou). So aku ke kaunter ticket untuk Long distance train, tak kisah lah kalau destinasi tuh bukan dari Shenzhen sekali pun, boleh beli dari sini. Dan apa persiapan aku kalau ditakdirkan takde ticket ke Nanning?
-ada bus dari Shenzhen straight to Nanning. Station bas Shenzhen terletak berhadapan dengan railway station ni, sangat senang ye tak. Harga lebih kurang train jugak dalam RMB180
-ada jugak bas straight dari Hong Kong, dah yang ni confirm ada sebab dia boleh check online, so aku dah confirmkan availability seat dia.. rujuk sini tapi cuma berbeza dari segi hargalah. Harga bus ni cecah RM200 kalau tak silap aku.

Aku sampai LuoHu station agak awal dalam pukul 700am, banyak signboard dalam english, so boleh follow je untuk ke kaunter tiket. Surprisingly kaunter tiket dah bukak dan orang berbaris panjang. Banyak kali juga aku tanya orang kat sini ke kaunter untuk beli train ticket ni, sebab dari destinasi lain so aku takut line lama2 nanti salah line. Memang ramai yang mengrefer aku ke kaunter CRH Shenzhen-Guangzhou tuh tapi WTH this is from Guangzhou, not to Guangzhou. tapi orang sini tak faham until aku ke kaunter tuh dan tanya. Yes orang kat kaunter ni reti speaking english.. tapi sikit-sikit je..
Add caption
Apa aku buat adalah, aku print out train timetable yang aku dapat dari internet sebelum datang sini, aku bulatkan no train tersebut dan bulatkan coach yang aku nak, bila kaunter tuh tengok, OWHH so sekejap je lah urusan aku depan kaunter tuh dari pongpangpongpang kat situ, pastu tak faham pape~ unfortunately train yang aku mintak dah full, tapi bila dia try rupanya ada jugak bed untuk train 1232 dan harganya lebih murah dari harga dalam internet, suppose dalam internet dia tulis all seat,lantaklah janji sampai.. Selain itu, ada juga cara untuk beli tiket train online kat China ni, tapi caranya adalah melalui agency dan harganya 3x lagi mahal dari beli sendiri di kaunter. 

Entrance to ticket kaunter. Long distance train.

Pukul 7am pun dah ramai camni, cuak tak?
Next nak uruskan train dari Shenzhen ke Guangzhou pula, bullet train CRH samalah dengan bullet train time aku naek dari Tianjin ke Beijing dulu, dan ada mesin disediakan untuk beli tiket. Surprisingly sekarang hanya local je yang boleh beli guna mesin tuh sebab dia perlukan identity card (IC). So foreigner kene beratur, panjang jugak que dia. Tapi sayang sekali ticket train ni hanya boleh dibeli 2 hari in advance, so terpaksalah aku beredar dengan harapan akan ada train ticket untuk perjalanan aku nanti, aku akan beli setibanya aku dari Hong kong 4 hari lagi.. 

Machine for CRH ticket, but not available for foreigner.
So aku pun mula menapak kearah MTR station LoWu, station ini merupkan connection utama dari Shenzhen memasuki Hong Kong. jadi aku akan melalui imigresen China dan Hong Kong terlebih dahulu, dan   korang akan pitam kalau tengok betapa ramainya umat manusia menyusuri jalan yang sama yang aku tuju ni, aku dah terpikir dah kaki aku confirm lebam beratur kat imigresen nanti.haha

Tapi aku terselamat yer dari situasi yang tak diingin tuh sebab bila sampai imigresen China, confirm lah kaunter for foreigner tak ramai, dan kat Hong Kong punya imigresen pulak orang negara china ada kaunter khas untuk deorang je, maka aku traveler asing ni dapat lah pergi kaunter yang takde orang, awal2 lagi dah ada orang panggil untuk aku tukar line ke kaunter lain, baguslah macam tuh..

Dan keadaan melepasi border kali ni adalah macam melintas longkang besar je, ada satu longkang besar yang memisahkan Shenzhen dengan Hong Kong (peninsular kot), baru aku tahu yang sebenarnya Hong Kong dari tanah besar jugak cuma ada beberapa pulau disebelahnya, haha malu2 fail geografi ke ape aku ni?

Jadi aku mengambil MTR dari station LoWu ke Mong Kok dengan harga HKD38 dan aku perlu tukar satu train untuk ke Mong Kok, aku tak bercadang menggunakan day-pass atau octopus card since aku dah buat kira-kira yang tak banyak mana pun aku guna system train nie~ hehe korang boleh check link ini untuk harga setiap MTR station dan harga pass yang dia sediakan untuk traveler/tourist. Klik sini



Seperti yang semua sedia maklum kalau aku kemana-mana memang aku book hostel dari hostelworld.com, so aku memilih HK Dragon Hostel yang terletak di Mong Kok, so far review pasal hostel ini best dan harga pun antara paling murah, iaitu RM58/night, so sinilah tempat aku bermalam. sebelum ini pernah plan dengan Jack untuk stay rumah dia, tapi dia baru je tukar keje dan berpindah sementara kat rumah parents dia, so tak dapatlah tidur free.. teheee~

Aku rasa ok la hostel ni sebab berdekatan je dengan station MTR, dan berdekatan dengan ladies market~ yang ni tunggu malam lah yer! Walaupun bilik dia kecik dan bilik air hanya boleh muat untuk berdiri di satu tempat je, takpelah memang orang kat sini tak banyak ruang~ haha sempit tuh standard lah dah nama pun Hong Kong.. Internet free, dia sediakan 2 PC yang tuh pun free untuk guna, ada water heater, pinggan mangkuk meja lipat etc. haha


-Sambung Nanti-



13 comments:

Mie said...

Pertamakah?... hehehe

Mie said...

Saya pun pernah lepak2 kat dpn KFC di Laojie Station tu, tapi taklah sampai tidor kat situ... :)

shah_rule said...

woo terkejut, abg mie first~ hahaha

rasanya mesti siang area ni cantik sikit kan, malam2 tak nampak sangat la~

bdk2 @ John said...

omg! abg mie first??? tidakkkk!!!!

Ely Hasrul said...

jap japp nk komen last skalik... aku tbyg lain aje ladies market tuh cm bleh beli pompan kt situ ahhahaha

patutnye mesin utk local tuh pon dibuat utk foreigner or utk sume org la.. xaci tul local aje bleh bli teket dr situ.. ke dorg xmo tourist tsalah beli teket hehe..

Biqque said...

nasib baik waktu sejuk, so diorang KENA pakai baju tutup ketiak :D kalo tak, melambai2 bulu memberi ucapan selamat tahun baru cina hahahaha!

shah_rule said...

ely: yup sbenarnye dulu time aku kt tianjin still boleh gune even kite foreigner, skang yang tak boleh..
tsalah beli? aku lagi risau beli kt kaunter dari mesin, mesin die pandai english tau~ A+ haha

biqque: haha euww geli kot bulu ketiak melambai-lambai.. haha
sejuk2 ni bau pun kurang naek.. haha

Janggel said...

Wah siap stadi lagik??? Kaghummmm!!!!

Yg pasti bukan john first tapi MIe hahahaha.

Penceritaan yg details. bagus teruskan! Mesti sejuk gile tu kan.

Emy Tak Kecik said...

selepas fatt, blog ko pon telah membuka ruang utk aku travel mcm korang :D

tapi tahun bila x tahu la lagi ehhehe

shah_rule said...

Janggel: study tuh tetap study, haha
tgh tggu que line kt universal studio pun sempat study jugak.. haha mesti sekeliling rimas dgn aku.. :-P

Emy: haha thanks emy, maknanya kita sume sedarah la nie, darah line2 traveller~ haha aku pun dulu mmg dah berangan nak buat bende ni, asalkan ada minat sure walo camne pun tetap ko akan buat satu hari nanti.. hehe

Janggel said...

giler! Betol ke ko stadi kat USS????? bertambah kaghum aku. hahaha naseb bek atas roller coster ko tak stadi jugak..kalo tak memang aku pengsan.

Naramas Aman said...

Wah rajinnya study...tak macam sy, bila travel tutup buku terus...Score tau jgn tak score...Seronoknyer dengar cite tidur di MD :) Thnx Shah_rule cos jadi follower sy. Singgah2 le selalu ye!

shah_rule said...

Janggel: tuh lah rasa sayang tak bawak buku note kecik2 rasa buang masa lak time beratur nk dekat sejam.. tp bila waiting time 2 jam ngan korang rasa sekejap pulak (tak sedar kan ko potong que.. haha)

Naramas: haha no prob~ ye la bukan ape, mmg kene bawak pun pape untuk bace, xbaek buang masa.. hehe