ADVERTISEMENT

Oriental Express Part 2.2: Hong Kong Day 1


continue...

Setelah aku check-in ke dalam bilik yang sempit ni, aku baring sekejap.. aku ambil bilik yang shared 4 person manakala Cik F bilik yang single bed..bilik dia memang macam kotak mancis, ruang jalan sebelah katil tuh mmg muat2 dia je untuk ke toilet.. bilik aku pulak dah lah sempit pastu bersepah~ tapi hostel ini bersih, dan pemenang award apa ntah dari hostelworld, aku tak ingat. Boleh ada award macam oscar.

Actually sampai2 tadi aku gunakan internet, ada 2 biji PC kan, free je kalau nak guna, aku buka Facebook (Check-in for sure).. ada banyak message dari Jack suruh contact dia, tanya kat mana... aku rasa aku dah bagitau dia aku sampai hari sabtu..tapi dia ingat aku sampai hari jumaat..Apa-apa pun aku terus contact dia dengan menggunakan telefon hostel, ant its free..

Untuk kekal berkomunikasi aku beli sim card, kat hostel pun ada jual, aku boleh pulak pergi beli kat luar.. harga varies dari HKD 50, HKD 75, HKD 100.. since Jack still tengah kerja dia akan catch-up dengan kitorang malam nanti. So untuk menunggu malam, aku round2 dulu untuk hari 1st aku plan nak jalan-jalan ikut 2 laluan Hong Kong Walk (click for map!) yang disuggestkan dari website Hong Kong tourism..

Garden Road Walking map

So aku plan untuk ke Avenue of stars, take a ferry to Hong Kong Island get a tram at Central MTR station (kene menapak sikit dari pier tuh) dan ikut track tuh, laluan ni lalun bangunan2 lama kat Hong Kong, just sekadar sightseeing.

Jadi dengan naik MTR dari Mang Kok aku turun di Tsim Sha Tsui dan menapak dalam ni ke EXIT F kemudian further divided lagi ke EXIT J pulak how systematic it was, semua laluan ni kat bawah tanah yer~ 



Setibanya aku di Avenue of stars, memang kabus tebal gila, kene guna imaginary gambar cantik2 pasal Hong Kong~ sedih tak dapat menikmatinya.. dah lah berkabus sejuk jangan cakaplah.. tapi mulut tak berasap pun, sejuk dia boleh handle lagi.. 

whatever it is, tetap bergambar, lantakla cuaca macam mane pun.

Beginilah keadaannya cuaca pada hari tersebut, memang terus aku cancel je plan nak berwalk-walk segala kat Hong Kong island, sambil menadah tangan esok je la peluang aku nak datang sini dan naik atas sana, harap cuaca esok akan lebih terang dari hari nie, dan tetiba terus hujan ok~ sejuk terus.. berlari masuk Sogo.. (ekh ada Sogo gak~)

Hujan pun turun sekejap je, selepas teduh hujan tuh, agak-agak takde benda nak buat keluarkan peta walk tour yang ke-2 jalan kat market street kali ni aku menapak dari Tsim Sha Tsui tuh sampai ke Mong Kok, agak jauh sebenarnya tapi disebabkan banyak benda dapat aku perhati, alami maka perjalanan tuh tak terasa sangat dan malam nanti baru ko tau kaki ko sakit macam mana.. haha

Yau Ma Tei & Mong Kok market street/
Dalam perjalanan sepanjang Nathan road banyak shopping complex kiri kanan dan memandangkan time ni warga Hong Kong semua sedang menyiapkan persiapan terakhir menjelang CNY maka ramai lah umat manusia bershopping sakan berpaper bag besar2.. jealous, rasa nak shopping tapi pikir2 balek, takut nanti nak balik Malaysia kene tumpang kapal kargo.. tak nak ok~ kedai G2000 baju kameja lelaki tak sampai RM40/HKD99... Tak gila??


Ok tahan! Tahan!!!! Seterusnya sampailah aku ke Yau Ma Tei, nak dekat 20 minute juga menapak, tapi cuaca sejuk memang tak rasa penat.. PERHATIAN, bila cuaca sejuk mesti susah punya rasa dahaga tapi hakikatnya badan korang kene minum air banyak2 yer, dehydrated gila sebenarnya..!!! Susah juga bila thirsty centre tak beroperasi sepenuhnya.. tapi jimat duit, tengok Coke, Pepsi pun tak rasa nak minum~ haha
Yang paling popular berdekatan Yau Ma Tei adalah Temple street night market. Tapi masa aku sampai tak beberapa nak malam, so tak banyak sangat yang bukak, mostly banyak jual magnet, beg tangan, baju dan lukisan. Lepas berpusing2 tak tentu hala kat situ, aku meneruskan perjalanan ke Mong Kok pulak, Ladies Market (bukan jual ladies ok~)


Masa perjalanan dalam 10 minutes, bila masuk kawasan Mong Kok kiri kanan deretan kedai kat sini jual emas, kedai yang sama pula tuh~ tak tau kenapa! Tapi bila sampai area Mong Kok memang area Ladies market tuh paling meriah.. dah siap bukak lampu, terasa dalam filem Jacky Chan dah sebab lampu2 kedai yang sangat banyak kat atas jalan.. kat ladies market pula banyak jual t-shirt, acessorry handphone, magnet, silk dan banyak la lagi~ dan ada lorong bersebelahan dengan ladies market street ni ada deretan kedai semua jual kasut.. sepanjang jalan tuh.. kasut dia aku tak tau la original ke tidak, tapi harga standard...


To be continue...

13 comments:

crescent said...

First!!!

First ke??? Tetiba jer kan...

crescent said...

ok baru abis baca and nak komen plak...

omg kabus tue...tebal occay...and ayat terpaksa menggunakan imiginasi untuk membayangkan pemandangan hong kong yang cantik tue tak bleh blah...huhu...

hohoho...aku dapat bayangkan entry untuk journey kali ni...akan berbulan bulan...

jom ke pantai jom...kalo susah sangat lido pun boleh...hahaha...

BlueEwoke said...

Aku punye hostel kat HK ari tu pun sempit gile, solat pun atas katil hahha, tapi memang mahal la accomodation kat sana.

Kalau jalan dri TSS ke Mongkok memang jauhkan, tp best la nk cuci2 mata. Time aku pegi ari tu tak de la sesejuk cam ko nih, tapi sdap la cuaca nak jalan tu.

Aku paling suka ladies market, mcm2 ada, tiap2 malam ripit, tak pasti apa motif kitorg hahaha.. Ok tetibe je aku rasa rindu kat HK!

Janggel said...

Hmmm tebal giler kabus tu kan, aisehhhhh rugi gamba tak nampak bangunan belakang..tapi takpela...dah sampai still kene menten depan kemera hehehe.

Kat mana2 mesti ada market2 ni kan, daya tarikan utama. kalau kat Bali ada pasar sukawati, kat bangkok chatucak, kat phuket, apatah nama pasar tu tapi still meriah...merata2 la ada.

ok lagi lagi.

Janggel said...

oh lupe...langsir baru sudahhh! kelainan!

Ely Hasrul said...

cantek header!

eh aku rasa cun aje gambo ko kt kabus2 tuh.. xtau la ngapa tp aku bukan jenis asal langit biru aje cantek hehe.. sume cantek..

patu siap suh minum walaupon xhaus tuh aku siap angguk2 don lappy.. maklum la dokter ckp xbleh sangkal haha

Anash said...

Shahrule,
sejuknyer nengok kabus tuh
sah
tak kuar peluh
HK...akak tak pernah pegi tau...huhu...sok sok je la akak plan..hahaha

bdk2 @ John said...

takpelah..aku lmbt skit arini sbb terbungkang tido semlm. kekeke.

papepun, teringt bilik aku kat HK dlu. mmg sempit nk mampos gak. solat pun atas katil. nasib baik arah kiblat tu ikut panjang katil kalo tidak, fikirkan sendiri. kekekek.

tebal gilerrr kabus tu ok! kalo aku, mmg frust nk mampos dah. tp papepun, ladies street mmg best! tiap2 mlm aku pegi sana wlpn xde motif. kekke

shah_rule said...

cresent: yey orang laen plak 1st~ haha berbulan2 agaknye nak full kan story ni.. x habes lagik day 1.. satu hari penuh dgn aktiviti, mmg pengsan.. nak ke pantai yg bawah budget 100.. rasanye PD je la, tapi PD? hmmmm

chawanna:tuh la keyword die, sempit dan mahal.. aku pun nak pergi berkali2 tapi sayangnya esoknya deorang dah tutup sbb CNY, so dpt pergi skali je..

Janggel: haha langsir baru kan, cam nak raya~ tuh la kabus die tebal sgt.. top of the building pun tak nampak..hujan lagi lak tuh..

ely: tuh la tak kire langit biru ke coklat ke janji aku ambik gambo kat Hong Kong.. haha

Anash: esok lusa boleh pergi kak anash.. cam nak masuk sgapore la kaedahnye.. hehe sejuk kot, suhu die bawah 10C..

John:haha tipu la ko xde motif tgk blog ko berbakul sourvenier ko rembat agakne dari situ.. sehari satu bakul temanye~ hahaha

Biqque said...

cantek coat, macam pezal taher :D

nak gi hong kongggggggggggg! :(

Lily Riani said...

jom ramai2 gi hk, main kat ocean park? ehhehehehh...

misty giler tuh... i dok pegi pun tak penah semisty nih

shah_rule said...

haha kan~ jom2 arituh g hk tak pergi pun ocean park.. next trip mari bersuka ria di sana plak.. masuk disneyland tak adventurous langsung..

bdk2 @ John said...

omg!!! jom bwt trip pegi HK pulakkk! owhh how i wish i'm a millionaire. aku taja korang sume pegi travel.