ADVERTISEMENT

Oriental Express Part 3.0: Hong Kong Day 2



Boleh tak aku nak sambung citer ni? haha tertangguh sekian lamanya, Sorry lah banyak benda yang mendatang sampaikan aku takde masa nak blogging dan banyak jugak cerita series tertangguh untuk aku tengok 2,3 minggu ni.. dan TAR20 baru je start, tak sabar nak tengok.. sekrang dah OK~

Continue...

Pagi yang sejuk dan bilik air yang sempit menyambut pagi aku kat Hong Kong. Aku bila bangun kene pergi ketuk dulu bilik Cik F POM PANG POM PANG aku ketuk pintu dia pepagi ni.. Pastu baru aku pergi bersiap, bila masing-masing selesai menyiapkan diri, aku pergi bukak meja lipat dan kerusi lipat (semua benda nak lipat, jimat ruang sgt). kami duduk makan roti +choc jam/tuna +hot milo sebagai menu sarapan pagi. Before aku keluar dari hostel, aku pergi kaunter reception dulu sebab kat kaunter ni ada jual macam2 ticket (HK Disneyland, Ocean park, etc).. dan semua lebih murah dari beli kat kaunter ticket tempat tersebut. So aku merembat ticket ke HK Disneyland dengan harga HKD399 HKD 360.

beginilah ticket nak ke Disneyland, macam ticket LRT je kn~

Since semalam dah plan Jack nak ikut sama kalau dia free, so dalam menunggu dia habis kerja jam 1pm nanti, aku plan untuk menjenguk semula keadaan kat Avenue of Star, dengan harapan tak berkabus dan nak ke The Peak Tower.

Based on map aku letak dalam entry yang lepas, aku tak dapatlah nak tawaf semua tempat historical building tuh semua, sebab nak kejar masa, time was so limited, ticket Disneyland dah beli, kang rugi pulak kalau masuk lambat. Cukuplah sekadar naik atas Peak Tower walaupun kabus pun takpe, asalkan aku naik atas tuh~


Cuaca kurang kabus dari semalam.. dan arrow menunjukkan lokasi kita pada hari ini..

Aku menjejakkan kaki sekali lagi kat Avenue of Star, its good now, tak kabus.. Hahak (ketawa dengan bongkak) boleh lompat2 ambil gambar. Aku berjalan spanjang jalan tepi laut ni sampailah ke kawloon Pier untuk mengambil interisland ferry ke seberang, HK island. Tambang seperti tertera di bawah, dan kene gunakan mesin untuk membeli tiket kat sini. jadi sediakan wang kecil.



Naik ferry ni aku rasa macam 10 minutes je, tapi view memang best lah.. kalau naik train kat bawah laut ni tak terasa, buka je pintu dah sampai dah kat MTR Central station macam malam semalam tuh..

view dari atas ferry.

Dari station ferry ni aku menapak sampailah kat station tram yang terletak lebih kurang 0.5km dari ferry terminal ni. Korang akan nampak ada laluan tram ditengah tengah jalanraya tuh, so aku melintas dan terus mengambil tram menghala ke Pacific Place. turun sahaja aku kat situ aku agak hilang arah sebentar sebab aku taktau jalan mana nak lalu untuk naik ke atas tram tuh, sbb map yang aku refer menunjukkan laluan dari dalam sebuah kebun bunga, since aku tak jumpa jalan tersebut, aku menapak sampailah ke tepi simpang berhadapan towe Bank Of China, dan dari sini dah ada sign board menunjukkan arah ke Peak Tram Station. Jadi aku ikut saja naik ke atas tanpa singgah mana2 tempat yang disuggestkan dalam map, nak save masa~

Perjalanan ke station tram, hanya jalan terus melalui lalaun pejalan kaki  dari ferry terminal sampai nampak laluan tram kat persimpangan jalan depan tuh, 
dari luar nampak amcam klasik, tapi dalam dia memang sempit.. 
selain dari menapak dan menaiki tram, korang boleh juga ambil shuttle bus yang disediakan berhadapan dengan ferry terminal, aku tak beberapa sure dengan harga shuttle tersebut, tapi shuttle dia more to HOHO bus. Tapi aku lagi prefer untuk naik tram. Klasik camtuh, naik tram mesti dari pintu belakang, dan turun ikut pintu depan, hanya bayar tambang tram sewaktu turun dari bus, bermakna sebelum keluar masukkan lah duit dalam tabung depan pintu tuh, Harga HKD2.30 one way (tak kira jauh atau dekat). Dan mesti alert tentang tempat turun, sebab orang dalam tram agak ramai, nak turun tuh agak susah.

Harga Peak Tram (return) + Sky tower pass HKD33, dia ada lagi package2 tertentu kat atas tuh, tapi aku ambil yang basic ni je la, naik-tengok2-turun.. ada lagi tempat lain nak kejar.. Pagi tuh agak ramai orang beratur untuk naik Peak Tram ni, aku berkenalan dengan seorang uncle mirip uncle kolonel KFC tuh, umur dah 80 tahun, datang sorang2 je nak naek atas tuh, rindu zaman kanak2 katanya, dulu time datang sini macam bangunan 3 tingkat je, sekarang kene naik tinggi lagi baru dapat tengok whole Hong Kong.. dan dari segi perbualan tuh kitorang diagnose uncle ni mesti post-stroke.. im glad he quit impress, "are you a doctor?"

So aku lagi impress dengan dia, post-stroke, with minimal facial palsy pun boleh nak jalan2 travel masuk negara orang dari US, tak impress dengan dia? haha bravo2!!!


picture bawah: Pakcik KFC~

Tram bergerak naik ke atas secara menjunam , selamat aku dapat seat, sebab ada yang kene berdiri dalam ni, dalam 5-7minit sampai ke sky tower, turun dari tram mata terus rambang sebab disambut dengan "Peak Market". Banyak sourvenir disini.. harga boleh tahan murah, dan takde aku jumpa yang lagi murah dari sini. Murah dia pun FM dalam RM4 camtuh. Ok la kot~


Aku terus naik ke atas sky tower tuh, decoration ala garde kat atas ni, cantik view dia dan bersyukur doa aku smlm untuk mendapat pandangan clear dari atas ni tercapai.. bak kata Lily: doa orang musafir ini mujarab tau~ hehe Selesai melompat sana sini, dah tentu bukan melompat ke bawah yer, nak mati? aku keluar jalan2 area tebi tebing, since this what been suggested by uncle KFC tuh.. tapi bila aku keluar dari bangunan tuh, mulut berkepuk kepuk keluar asap, ok sejuk dia membunuh dengan baju yang tak beberapa nak cukup sifat ni.. tapi aku pergi jugalah jalan setengah track tuh, the air was very clean and fresh.. its like clearing my lung..

view from the top of the sky tower.. 
kawasan sekeliling Peak tower, more like walking track camtuh.. tapi nak jalan waktu2 sejuk ni memang tak seswai sgt la..
Depan dari bangunan Sky Tower ada bangunan kecil lain yang menempatkan kedai2 makanan.. So now kami terliur tengok roti2 kat Delifrance, kenapa kat KL tak macam ni? Bila dah puas tengok aku blah dari situ.. hmmm pastu pergi masuk balek tengok je lagi.. pastu keluar balek..(teragak2 jugak since menu ada spaghetti pork something) dan kali ke-3 ok thats it nak juga roti masuk balek..roti je kan??? Amoi dalam tuh dah pelik dah dan dah penat nak greeting kitorang.. So aku pilih satu roti yang nampak disalut telur, dan satu lagi croissant chocolate.. saat2 sejuk ni hot latte and tea di order sekali.. bila aku duduk dan aku bukak roti bersalut telur tuh, jeng jeng jeng ada ham~ Sudah! so aku pergi tanya, apek sorang ni tak reti cakap english.. ape bende ntah dia cakap, tapi amoi tadi keluar dan dia admit "this is pork meat, you are muslim? oo im sorry i havent mention it.. i will change with veggie pizza with you.." terus dia ambik dan buang terus.. sambil muka ikhlas dengan senyuman yer~ Pekerja contoh!! patutlah ulang alik dari tadi -dia cakap! Veggie pizza dia sangat sedap, walaupun harga lagi mahal dari roti babi tuh, tapi dia tak kira pun..



Dan tengah duduk2 dalam tuh baru Jack message, he went out to site, so tak boleh nak join petang tuh, ok so sekarang dah pukul 1 baru kami gerak menuruni tram menuju ke destinasi seterusnya Hong Kong Disneyland...

TO BE CONTINUE.....







9 comments:

bdk2 @ John said...

aku first?? alalala....esok baca. now nk tido.

Mie said...

Tak sempat naik tram dua tingkat tu dulu, tapi cam nipis je...

Tak dapat baucer KFC free ke... :)

masMZ said...

memula sekali, pakcik kfc! hahahahaha... otograp plissssss.....

Walla pasal roti tu bagusnya sebab dia aware Muslim tak boleh makan ehemmm... Ramai dah kot yang singgah cari roti kat situ kan!!! Seb dia tukar roti tu dan seb ko tak hilang akal ~ buka2 terus ngap... fiuhhhh... 3 kali ulang alik punya pasal.

Biqque said...

bila jumpa doktor, ada dua jer...samada ko rasa selamat sbb ada doktor disisi ko sbb dia bleh buat apa saja demi menyelamatkan ko, OR, ko akan rasa cam nak mati jer sbb asik didiagnose ko sakit ni, ko kurang tu, ko kena makan ni.

hahahahahahahaha! either way, we luv u shahrule :D

seb beik ko tak termakan roti babi tu! eiiiii...kalo tak, tak pasal2 ada cacing kat kulit muka hahahaha!

disneyland! disneyland! disneyland! pleaseeeeeee?

shah_rule said...

mie: haha tuh la lupe nk tnye, ntah2 btol kan die ni uncle kolonel tuh, terus dapat lifetimes free kfc.. hehe

masmz: haha ntah2 die ni diambil letak berkeliaran dalam universal studio kan~ sume sbuk nak begambar..
tuh la 3 kali die perasan kite ulang alik.. dapat piza free.. sedap lak tuh..

biqque: hehe tuh la keje nye aku nengok orang2 sealiran dgn aku kalo jumpe orang, ade je diagnose nye, sampai kat umah pun mak aku dah tutup telinga xnk dngar diagnosis aku.. hehe but sometimes it does happen~

tuh la selamat terperasan ade meat dalam die sebelum aku ngap.. mmg dh drooling tgh cheese atas roti tuh..hehe

bdk2 @ John said...

tambang tram dah naik harga. dulu aku pegi naik HKD2 je. tp sumpah mmg sempitttttt! hehehe. perjalanan nk g stesen tram tu kene menapak jauh kan naik bukit? aku dh hmpir putus asa dah dulu. hehehe. bestt wo kat atas sana sbb sejukkk jek.

nasib baik ko x makan roti babi tu..kalo tidakkkkk...muahhaha

shah_rule said...

oo naek sikit la agaknye, kene HKD2.30~ a ah jalan agak jauh jugak naek atas tuh, suppose kalau masuk garden tepi tuh view cantik untuk ambik gambar, tapi tak cukup mase, lari cam amazing race.. haha
kalau termakan pun xpe, kalau tak tau takpe kan~ haha

BlueEwoke said...

Cis, aku tak merasa lagi naik feri tu.. tapi time aku naik the peak tu, dh petang2, tapi memang kabus sokmo la atas tu, gambar dlm poskad tu memang tipu kot hahaha

shah_rule said...

haha terus tuduh gamba poskad palsu kan~ mesti buat kat studio tuh..
tak rase pape pun naek ferry tuh~ sekejap je dah sampai dah.. haha