ADVERTISEMENT

Oriental Express Part 5.1 Journey crossing China


Train 1312 memang menunggu aku untuk memberi aku sejuta pengalaman yang tak ternilai di negara yang asing dan nilai persahabatan tanpa mengenal agama bangsa dan negara.
Aku menantikan train ini dengan penuh debaran, cara pemakaian konduktor train pun dah rasa lain sikit dengan KTMB sebab pakaian inspektor tiket dah ala-ala koperal kat balai polis. ekh tak silap aku time kat Jakarta pun macam ni, yang kat sana berangan pilot pun ada~ haha tapi yelah setiap lain baguslah ada variasi.
Aku mula menjejakkan kaki ke dalam keretapi api negara china ni setelah menyerahkan tiket keratapi tetapi ditukar dengan kad bernombor di sebelah kanan kad tersebut. Nombor di kad menunjukkan nombor katil. Kad ni dah ala-ala kad pintu bilik cam kat hotel tuh tau, tapi jangan nak berangan sangatlah besi2 kat luar ni pun dah berkarat, ingat modern sangat dalam tuh? haha








Seperti yang aku jangkakan perasan janggal mula menyelubungi diri, time ni semua orang sekeliling memerhatikan aku macam aku ni baru turun dari planet lain.. sabor aje lah.. bila duduk ramai2 dalam ni dengan katil yang tak seberapa (maklumlah aku pilih hard sleeper~ bergantung kepada kemampuan.) rasa macam pelarian pun ada. so aku tersenyap sekejap begitu juga cik F. rasa macam nak pergi airport, nak beli tiket flight, tapi kami tak cukup kaya nak buat macam tuh. masing2 terus dapatkan kembali mood yer...

Train bergerak tepat pada waktunya, takde siapa pun naik ke atas katil, maklumlah katil kitorang adalah yang paling atas sekali sebab yang atas tuh sekali lah yang paling murah. nak duduk kat tepi tingkap ni kerusi pula tak cukup so aku terpaksa berdiri saja kat tepi tingkat.

Lalu seorang mamat berbangsa china kat sebelah aku " hai..!" dia sapa. "hello.." aku jawab, ko ni boleh pulak nak ber "hai2" dalam train ni, dah semua orang duduk tengok aku.. pastu dia blah.. kejap lagi dia nak pergi toilet dia lalu sebelah aku lagi "haiii~" lagi sekali, aku pun "hello" je lah balas balik.

Dan selepas dia keluar dari toilet, oo rupanya betullah dia ni memang struggle nak entertain kami, dia struggle tau nak cakap english.. memang dia boleh cakap sikit-sikit. Aku pulak dah macam cikgu bahasa inggeris duduk membetulkan perkataan dan pronunciation yang tak clear di situ. So lepas borak2 kat tepi koridor tuh last2 aku mintak dia bawak kami ke gerabak kantin. Bukan apa, lagi convenience untuk berborak2 lagipun malam masih awal lagi. dia pun cakap, dia tak tidur awal.


Air panas ada disediakan di setiap gerabak, Maggi la jawabnya untuk dinner. dan air tuh Sue Row belanja~ 


So begitulah kisahnya dari hai hello hai hello terus kami berborak dengan gamaknya, mamat ni nama dia Sue Row graduan university of Guilin. Dia kata kalau kat China nak lulus universiti memang kene lulus english cuma english dia simple2 je~ at least boleh cakap sikit, jadi barangsiapa kat China yang boleh cakap english, maknanya dia tuh graduan university lah. dia banyak mempromosikan Guilin kat kami. Memang rasa nak pergi dan dia agak terkejut bila aku banyak tahu pasal tempat2 kat China, kagum dia..

Syarat kat sini memang tak boleh duduk free-free kat gerabak makanan ni at least belilah air, air pun budak ni belanja kami.. segan rasanya, tapi bila tau2 je dia dah bayar, cakap bahse dia mana aku perasan.  Sue Row ni sekarang berkerja kat syarikat e-bussiness, mostly service jualan ticket. ticket konsert, train etc. http://www.ticketchina.net/ . dia kata duduk kat China gaji sikit, tax besar.. tuh yang susah tuh.. kawin? orang kat sini kene own a house tau untuk bercouple, sbb tuh dia still single dan dia anak tunggal (memang syarat sekarang one family one children).

Since dia pun on the way ke Nanning juga tapi arah kami berlainan sebaik tiba nanti kat train station, so banyaklah benda dia cuba untuk bagitahu aku. aku pun gigih menaip, research dah lah tak siap sangat. selamat ada budak ni.

Selepas aku balik ke gerabak hard sleeper tu, rupa-rupanya ada light off, nak bagi semua orang tidur. Train ni terus bergerak, memang jarang berhenti. Cuma aku perasan ada 2,3 kali je.. Sue Row still tak boleh tidur, dia ajak lepak lagi rajin benar dia ni nak berborak. tapi berkali-kali juga lah dia balek ke bed tengok mak dia. dia on the way ke Nanning dengan mak dia, balik kampung kata hari raya.. haha

So in the middle duduk borak2 ada lagi seorang Chinese lalu, "ooo english, good night!!" sapa dia.
"hiii~ good night to you too..." ni cam cara orang nak tidur bunyinya tapi time ni, inilah cara start conversation. haha mamat ke-2 ni nama dia Sheu Su, then dia pun masuk campur dan banyak tanya pasal aku nak pergi mana. Dia lah yang selepas itu banyak menolong dan english dia lagi bagus sikit.. since dia dah nak tidur, dia akan kejutkan aku time nak sampai Nanning nanti. Dia pun on the way nak ke LangDong Bus Station, dia suruh follow dia~ that's great!

Aku rasa pada awalnya orang kat sini pelik2 tengok aku tapi bila ramai orang duduk speak english dengan aku tersangkut2 paham maka selepas itu lebih ramai lagi warga negara ini start nak bercakap dengan aku.. sampai aku nak tidur pun still orang sebelah bed aku struggle lagi nak ajak berborak. tapi baik tau, siap bagi pinjam phone dia in case nak guna google.com~

"u...u.. from silumpo?" --> yes im from kuala lumpur, malaysia. 
"ooo u know ar...ar... towa tawa..? towa tawa..?" --> twin tower? isi it?
*pengsan melayan~ 


Mamat ni yang kasik pinjam phone dia, bagi aku gune internet.. 
yang ni anak dia, aku cakap china sepatah, dia jawab terus aku tak paham.. 
Apapun sebab badan terlalu letih memang aku terus terlelap, bagi aku not bad lah aku lena je tidur, aku tenang sikit bila memikirkan orang sekeliling bed aku dah jadi friendly, so hilanglah imagination aku dimana tiba2 ada orang tak dikenali kat sebelah katil ni keluar parang mengamuk ke.. haha scary~ aku boleh terus terlena sampailah jam menunjukkan 7am, train hampir sampai dan inspector ticket datang memungut kad. tapi Cik F bangun dan merungut tak lena, sakit badan etc~ haha tapi experience kot..

Hari dah terang kat luar~ 

Briefing lagi, this is Sheu su..

at 8am train arrive in Nanning~ 
Nanning, China - also a big city..  


19 comments:

Biqque said...

ok, aku suka experience ko kali ni. u got to lepak with locals in train, tido hard sleeper plak tu, siap bersembang ngajor bahse inggeris. yg bestnyer, dpt tau pasal guilin ek? best tu, jiran aku nk gi ujung tahun nih (dengki mode)

rajin benor dok ber-hai2 ye :)

BlueEwoke said...

Bestnye dapat jumpe local yang frenly mcm ni. Dan best juga sebab diorg reti berbahasa inggeris.. Tak sangka baik2 gak diorg nih..

Emm memang menarik pengalaman ko kali ni..

shah_rule said...

biqque, chawanna: haha tuh la ad rupenye makhluk camni kt china, tapi mmg perit sebenarnye bjalan kt china nie, slamat ade orang tolong meringankan beban. haha kalo x naye~

AndaQue said...

Saya pun pernah sampai Nanning dulu...apa pun backpack awak sama seperti beg pack saya.... sebijik...

niL said...

"towa..towa" cute!
btw, collect info mamat tu x? nnt senang dah ada tourist guard free kt guilin :-)

shah_rule said...

andaque: haha bole plak sama sebijik ek~

nil: tak collect sgt pun sbb masa tuh ngantok, tapi pape pun dia tak hbes2 cakap guilin is the most beautiful part of china..

Anash said...

First before John Janggel dan Masmz..
hahah
gile kuasa...

Shahrule, akak suka la cara mix-n-match dgn orang local yang sudi nak cakap ingeris dgn pelancong...
akak pernah belasah cakap "wo puming pai nishuo shemme?" kat derang...abis deme belasah cakap mandrin kat akak...hahaah...moral of the story:kalau ko tak pandai mcm lily, sila diam...ahhaah


Jilompo??? bahasa mandrin membawa maksud Kuala lumpur...
towa towa?? kalau akak, dah salah erti, akak bagi dia toala mandi...

Btw, best jugak trip gini..sok ajak le akak...hehehhe....(larikkk)

shah_rule said...

mestilah nak ajak sbb tau akak reti cakap: "wo puming pai nishuo shemme?"

kan~ bdak kecik tuh pun cakap china terus,padehal sy tanye name die je.. menyembuq nyembuq plak dia cakap.. terus famili die kt belakang tuh gelakkan.. jem terus! haha

Anash said...

shahrule,
yea..akak suka..akak suka..(sambil tepuk2 tangan selang seli tarian inang...heheheh)...

shah_rule said...

sebab akak pandai menari lagi la saya nak ajak len kali.. nanti duit tak cukup leh suruh akak menari tepi jalan.. hehe

MasZuber said...

macam best kan kalo local yang kita jumpa tue sumer peramah. peramah dan x amek kesempatan nak pau kite la.

Anash said...

siut je dokte nih tau...
suruh akak wat tarian inang tepi jalan...
tapi kan
macam leh cari makan je,kan?kan?
hahah....

Lily Riani said...

header tukar!!!! masa entry nih kluar i was so sure yg lain... btw, i like this one bettttttterrrr.

very fortunate of you to bump into a stranger you can call friend. so, we should remind ourselves if jumpa traveler tgh gambra... tlg2 ler diarang kan kan kan....

ok, i decide, nnt i bagi u jacket tuk travel leh dak... size apa? reply kat blog i ur size...

shah_rule said...

wah serious dapat jacket~ hahaha
bagus la nak g nz winter nie takde jacket lagik.. hehehe

suke ayat tuh: bump into stranger that can call friend. gigh tau dia email2. maybe bebila dia akan sampai jugak KL.. hehe

Ely Hasrul said...

hanya jauhari mengenal manikam sbbnye muka ko dh sebijik cina tp dorg tau ko nih bukan local. pengsan nk layan kire cm bukak kelas bahasa la ek hahah tp mmg alhamdulillah dpt jumpa org frenli cmnih atleast dpt info xbyk sikit. kena tnya lily tp anak buah aku sekolah cina, dorg mmg byk translate bahasa ke dorg punye sukati nk sebut. kt dorg kuala lumpur is cilompo.. kire betol la dorg sebut tuh hahahha

Anash said...

ely..
makaiiii? komen senapas tuh..full stop sket je nampak...
heheh
ooo baru faham bila shahrule reply blog lily dok sebut S la M la...ingatkan tgh belajar abc...heheh
...akak ade stokin cap ayam..nak? saiz kaki kanan bape? kaki kiri?...(tuh je akak terpikir nak bagi pinjam..hahahah...larik sembunyikan diri...)..sori lily..tumpang lalu...

shah_rule said...

ely: hei orang kt hong kong kate aku india tau~ haha dah down dah mood nak feeling2 muka cam cina.. hehe tuh la agaknye towa towa tuh mmg sume orang tau twin tower, kite je baru tau.. haha mesti die gelakkan kite..padehal sape yg salah ni?

kak anash: haha ramainye nak bg hadiah nie..ekh~ hehe
saya nak stokin tuh,ibu jari kaki saya saiz M.. haha bole camtuh? haha

Anash said...

ooo...jari kaki M tuh belah kaki kiri ke..kanan????(sambil pungah kuar sudu garfu dari gobok (almari) lauk)...
weh..tak jumpe le stokin tuh!!!
hahahha..

shah_rule said...

hah akak letak stockin bawah tudung saji ke ape nie?? haha mesti sbelah tin2 sardin tuh kak, kate pun cap ayam.. sardin pun cap ayam kan..