ADVERTISEMENT

Oriental Express Part 5.2 Journey crossing China


Nanning train station
Nanning merupakan salah satu bandar dalam negara China, bandar ini besar juga lah dan capacity pun aku rasa agak ramai. Dalam pemerhatian aku yang tak sampai 3 jam kat Nanning, orang kat sini memang pelbagai, dari yang keluar pagi2 berbaju formal coat dan sebagainya tapi ada juga yang berpakaian bertampal-tampal, really~

sistem pengangkutan kat sini pun seperti biasalah bas, teksi tapi ada juga dia gunakan bicycle yang berenjin.. murah ke benda ni hah kat sini? since ramai sangat orang pakai...

Orang seakan berduyun-duyun turun dari keratapi 1312 tersebut. Since Sheu Su memang menunggu aku kat depan pintu train tuh, kami bergerak keluar dari station bersama-sama. Owh Sheu Su baru je berkahwin dari 2 bulan lepas, dia datang dengan isteri dia, tujuan ke Nanning adalah untuk berjumpa rakan-rakan, ada gathering katanya. Dia ni bakal melanjutkan master study dia kat Maritime University of China. No wander can speak english.. pasal malam dalam train aku tak berborak sangat dengan dia..

Setelah keluar dari station, Sheu Su mengajak kami sarapan terlebih dahulu sebab dia kata awal lagi, aku sekadar mengikut je la sebab mungkin memang rutin dia untuk breakfast, dah ikut orang katakan, so follow je. Sampai di satu restoran.. hmmmm kami duduk dia terus pergi order lalu mendapatkan kupon.ada 4 helai kupon kat tangan dia.. aku cepat2 bangun dan tanya,

"are you order something for us?"

"yes, i order pork noddle!!"

"oo So sorry we cannot eat pork actually~ we cannot eat here."

"owh~~" dia pergi semula ke kaunter kali ni dapat kupon color lain pula,
"i change to beef noddle for you"

"NO NO still we cannot eat here, oo we have bread.. so dont worry" sambil tangan sebelah angkat roti gardenia dari dalam beg... muka senyum!!! haha

Bila mee yang dia order sampai ke atas meja, aku minta dia makan dan aku dgn Cik F pergi jalan2 ambil angin kat luar sambil snap snap gambar. Dalam 20 minute camtu aku balik semula ke kedai, tapi Sheu Su keluar sekejap dia suruh tunggu dengan wife dia kat dalam kedai tuh, wife dia tak beberapa fasih cakap english, tapi dia faham english.. cute juga wife dia ni...

Snap sini sana

Profession: kerja lap kasut.. kemain lagi yang tgh duduk tuh!!
5 minute selepas tu dia balik ke kedai dan bawakan satu beg limau untuk kami. dia suruh makan dalam journey nanti. manis gila buah limau kat sini..dan terus kami bergerak mengambil teksi untuk ke Langdong bus station. Dari dalam teksi aku memerhatikan memang banyak bangunan2 tinggi kat Nanning ni, sebab tu lah Sheu Su banyak kali tegaskan "its a big city"

Limau comel-comel..

perjalanan ke LangDong Bus station dengan teksi, jauh ya amat dari train station, hampeh tau dalam forum kata boleh jalan kaki, patutlah Sheu Su gelakkan aku sbb nak jalan kaki. but the nice of him, dia bayarkan duit teksi. cost around RMB35.

Langdong Bus Station, Nanning
Bila sampai di LangDong Bus Station aku tak perlu lagi nak bersusah payah, Sheu Su terus je ke kaunter, 1st dia beli ticket untuk dia dulu.. dan lepas tuh dia tanyakan ticket untuk kami ber-2 pulak.. dan dia hanya berurusan dengan satu kaunter je, aku pun tak paham. tapi silalah beli ticket menghala ke Hanoi, memang kekerapan bas ni agak banyak. setiap satu jam dari 8am sampai 12pm sahaja. mungkin waktu selepas 12pm  imigresen tutup dah kot~ tambang Nanning ke Hanoi adalah sebanyak RMB148.

Kaunter ticket bas, xde tulisan english tapi aku nampak ada link websiter di situ.
some refreshment diberi secara percuma: mineral water, milk.bun and apple.
at right: take a picture before we go separately.....

Keadaan agak kelam kabut time kat station bus sebab aku kene lari naik bas, lagi 5 minute bas jam 930am ni nak depart. So memang berlari la, Sheu Su siap angkatkan beg Cik F dan suruh dia lari.. dah la ada scan bag lagi kat station ni.. wife Sheu Su menunggu dia didepan platform bas yang diorang nak naik.. sbb waktu departure kami adalah sama. So lepas dia hantar kami dan suruh aku salin nombor phone dia, aku pun naik ke atas bas tuh.. rasa berat kot nak menyambung perjalanan ni.. owh ya dalam gelabah2 tuh mamat yang bagi pinjam phone time dalam train tuh pun ada berselisih dengan kami. dia dan anak dia melambai kat luar tuh lepas kami naik.. dan akhirnya bas bertolak.. 7 jam perjalanan sekarang menuju ke Hanoi, Vietnam.

Cuaca luar memang sejuk, aku sebenarnya mengharap dah turun bawah sikit ni rasalah suhu tropika, tapi belum lagi. suhu masih membeku kat luar. selamat ada heater dari bawah kaki.selesa yerr..


8 comments:

AndaQue said...

Masih ingat hotel budget saya tinggal di Nanning depan stesen train tu sebelah kanan. Nanning tak best hehehe
Ohhh naik bas ke Hanoi ke, saya dulu naik train dari Nanning ke sebuah bandar sempadan China dengan Vietnam, lupa nama bandar tu seingat saya perjalanan dari Nanning naik train ke stesen train di border tu lebih kurang 3 jam, saya naik tuk-tuk ke kastam dan dari kastam Vietnam ke Hanoi naik van.
Waw.. saya tak tahu ada pulak perkhidmatan bas ke Hanoi dari Nanning tu.

Kalau awak nak tahu perbelanjaan saya dari Shanghai balik Malaysia melalui Vietnam dan Cambodia serta Thailand hanya guna sekitar USD100 percaya tak?

shah_rule said...

yup tak tau pape pun pasal Nanning nie, lalu je.. haha

name tempat border tuh PinXiang. in case kalau takde bus pun saye plan nak ke sana naik train, pastu carik bas kt border..

hah usd100? seriously dari shanghai?? wow gila jimat.. ke sbb skarang dah mahal kot...

Ely Hasrul said...

bagus dpt jumpa org baik ati sudi tolong, bukan ape rasenye kalu dia xdek pon ok cuma diff version la citenye sbb korg akan menapak jauh instead naik cab hahahha

Anash said...

dah nampak mcm anak angkat plak pada cina-yg-baik-ati itu...
hehehe

Biqque said...

yeay2 hanoi! cepat update!

Lily Riani said...

eh! termiss entry nih.... ehheh... you ckp jek muslim. masa i gi beijing... i ckp muslim dia serve "pork free" but same kitchen... ehheheh... jenuh explain but to them ok. lain mazhab kot kan...

Janggel said...

Nanning...


teringat sejarah Penghulu Naning..*tetibe*

Limau dah jadi makanan universal pulak. Kat India kami kerjanya melantak limau je. kekeke

shah_rule said...

ely: tuh la dapat cab free lagik.. plus free pork noodles.. haha

kak anash: hahaha tuh la camne lah bole orang tanye "are you indian?"

biqque: sorry la busy gile, susah nak blogging nie..

Lily:haha mazhab mane plak kate pork tuh halal.. ke orang sini muslim dia main tibai je pape..

Janggel:india ada limau gak? wahhh