ADVERTISEMENT

Oriental Express Part 6.0 China - Vietnam

Aku sambung je cerita ni walaupun dah sangat basi dah, tapi maybe entry ni cam comot2 je, banyak sangat benda aku nak tumpu sekarang~ dan hari hari sejak kebelakangan ini agak membunuh itu lah kita kene ingat lapang sebelum sempit.... ingat 5 perkara yer~ haha

Bas dari daerah Nanning membawa kami ke daerah PinXiang, kat sini lah terletaknya sempadan dan imigresen masuk dan keluar antara negara China dan Vietnam. Perjalanan mengambil masa 3 jam setengah macam tuh untuk sampai ke PinXiang, menurut sumber kalau tak dapat naik bas, boleh juga menggunakan perkhidmatan train, tapi memerlukan perkhidmatan shuttle (maybe teksi) untuk ke border, aku dah ready plan ni sebab in-case tak dapat bas, maka choice tuh je la yang ada, tapi perlu diingatkan border ni tutup pukul 4 petang, sebab tuh bas last dari Nanning adalah pada pukul 12 tengahari. Perjalanan dalam suhu selesa dalam bas tapi kat luar tetap sejuk masuk ke tulang. Pemandangan sepanjang jalan sangat cantik sebab banyak bukit-bukit serta gunung-gunung batu kapur. Selain kawasan ladang dan hutan yang menghijau. Tapi nampak sama je macam kat Selatan Thailand.

Tapi sayang cuaca agak kabus dan kelam, padahal pukul 9 pagi camtu.. 

Pukul 12 tengahari kami selamat sampai ke border, kami dipaksa turun, dan kelihatan money changer bergerak menghampiri setiap orang yang turun dari bas. Dengan tak menggunakan kalkulator, aku tak tau lah macam mana dia kira, dia terus je bagi duit dalam tukaran DONG.. aku pun menukar segala matawang Yuen yang ada sebab kami hanya berbekalkan USD untuk ke Hanoi, manalah tau nak naik bas atau teksi kan nanti. Jadi jumlah mata wang yang aku peroleh hanyalah 150 000 Dong, banyak ke? aku pun tak tau...

Hentian sebelum dibawa ke border, Bas pink tuh yang aku naik dari Nanning..
Dalam shuttle sejuk gila, gila kau dah lah luar tuh sejuk campur angin lagi.. 

Sebelum sampai ke Bangunan imigresen, kelihatan banyak bangunan-bangunan tua..

Kelihatan shuttle seakan kereta shuttle padang golf menjemput kami, dan terus di bawa ke bangunan imigresen untuk clearance dari pihak negara China, dan lagi sekali shuttle merentas border dan sampai ke imigresen entrance di sebelah Vietnam. Terperanjat juga aku tengok orang kat kaunter, semua tak berbaris dan tangan berebut2 menyerahkan passport kat kaunter, apa kes ni? Rupa-rupanya hanya ada 3 penguatkuasa yang bertugas pada masa itu, dan traveler yang ada kebanyakkan adalah warga negara China, jadi aku pun join the crowd, serah je letak kat dalam tuh dan tunggu nama dipanggil. Semua orang dia siap panggil nama penuh, sampai passport aku dia panggil "malasii aaa" camtu je aku terus faham-faham sendiri..

kaunter imigresen Vietnam
Tapi tak lama pun menunggu, kemudia shuttle datang lagi membawa kami melepasi bangunan imigresen dan seterusnya kelihatan deretan bas berwarna hijau pula menunggu. Di sini bas lain pula yang harus dinaiki untuk sampai ke Hanoi, kalau mana-mana yang menggunakan train untuk ke PinXiang maka disini bolehlah membeli tiket untuk ke Hanoi, atau mungkin ada public bas yang boleh membawa anda ke Hanoi. Dan perjalanan dari Border ke Hanoi menelan masa 4 jam.


Dan apa yang memelikkan aku adalah bas yang disediakan kali ini lain dari yang lain. Aku tak pernah lagi jumpa bas yang macam ni. Mereka menggelar bas tersebut sebagai "sleeper bus", bermakna bas untuk kamu tidur. Tiada kerusi disediakan, kasut perlu ditanggalkan dan diletakkan di dalam plastik ketika masuk. Keadaan dalamnya sepert deretan katil-katil yang diletakkan secara 3-3. setiap katil panjangnya dalam lingkungan 200cm dimana bahagian 1/3 dinaikkan menyerupai seakan bantal. Luas pula dalam 60cm dan ruang tinggi pun terhad, memang penumpang disarankan baring sampai lebam. Aku boleh tahan lagi dengan bas ni tapi apa yang aku tak boleh tahan adalah bau stocking.. dan bau makanan orang local kat sini, ada kaki ayam version packet yang nampak macam jeruk. that was so disgusting!!! Aku memang nak termuntah. Selamat ada limau.. hehe penyelamat bau dan rasa loya~


Apabila bas mendekati bandar Hanoi, dari jauh aku seakan-akan rasa familiar dengan persekitaran dan pemandangan kota Hanoi ini, jelas ada bangunan-bangunan tinggi disini yang menyerupai satu bandar yang pernah aku lalu, bila cik F pandang pun dia setuju dengan apa yang aku rasa, then we got the answer, it is Jakarta.. dan struktur rumah-rumah disini kebanyakkan nampak macam kat Bandung.. Ada sesapa bersetuju? Thats only what i thought~ maybe thats why they call it as IndoChina.. haha mengarut je..

Bas menurunkan kami di kawasan yang macam terasing, since map pun aku takde lagi aku tak tahu apa nama kawasan tersebut. Hanya ada satu pusat travel agency berhadapan dengan tempat kami diturunkan. Kebanyakan penumpang berpusu-pusu masuk ke dalam pusat travel tersebut, nampak sangat ini merupakan stratergy deorang, dan orang bas ni mesti dibayar untuk ini. Sebab kawasan ni bukan kawasan perhentian bas. Tapi aku menapak dan terus mencari teksi untuk ke Hostel, berbekalkan alamat aku menahan teksi compact car, *kat Hanoi ada bermacam teksi, cuba cari compact car (Hyundai Getz) sebab harga dia lebih murah berbanding kereta sedan yang lain seperti Toyota Vios, Camry dan sebagainya.


Aku agak berpusing-pusing juga sebab sebaik aku berkata tentang Lake Hokien, terus brother dia angguk-angguk dan jalan. tapi kami terlepas simpang untuk ke Hostel sebab dia tak tau baca alamat dalam booking ittenary aku. Akibatnya total bayaran teksi 130000 Dong~ selamat ada duit Dong aku tukar tadi dan kini tinggal 20 000 Dong, cepat je habis walaupun beratus ribu ada dalam tangan.. haha

Hokien Lake
Hostel where we stay.. Hanoi Central Backpacker


Aku sambung lagi nanti yer...

19 comments:

AndaQue said...

Wahhh jadi orang kaya bila masuk Vietnam ya... main ratus ribu lagi....hehe

shah_rule said...

haha beribu2 ada, tapi benda paling murah pun kene ada 100 000.. duit puluh ribu tuh macam takde function.. balek malaysia tak laku pun.. ceit.

bdk2 @ John said...

ok dh komen dlm hati....

Biqque said...

hanoi! aku sampai je dulu sejuk! jenuh cari baju...the next day dah panas...pfftt!

shah_rule said...

john: terdengar jelas isi hati kau tuh.. haha

biqque: ek ko pergi time season ape mase tuh. sepanjang aku kt situ sejuk je.. memang rasa nak duduk bilik jeee.. ingatkan panas suam suam sikit dah, rupenye same je cam kt hong kong.

Mie said...

kasi detail lagi story kat Hanoi... akan ke sana akhir tahun nanti...

Anyway nama tasik tu Tasik Hoan Kiem kot...

Biqque said...

aku gi hujung march...sejuk dari china ke hanoi tu still ada lagi. ko tau, kitorang dah la pakai senipis bleh sbb dah mmg budget panas pun, sampai epot, SUME orang pakai jacket tebal! binawe tul! terpaksa beli jaket, tapi seb beik sana murah2...

the next day tu terus PANAS!!! bleh?! mmg haramjadu tul...terpaksa bawak kulu kilir jacket kembung2 tu.

BlueEwoke said...

Aku teringin nk pegi Hanoi! cis..bilakah?? Seram jugak aku nk naik bas jenis mcm nih..confirm aku tak tidor hahaha..syabas kepada ko!!

shah_rule said...

mie: haha btol2 name tasik tuh Hoan kiem, main petik je ntah name ape ntah.maklumlah cerita ni dah jadi cite sejarah zaman paleolitik, banyak tokok tambah nye.. suke2 je.. haha
tapi saya kt sane tak habes explore pun banyak ber hanging sini sana.. maybe akan pergi lagi sekali nanti. musim sejuk tak best kt sini..

biqque: haha dengki btol cuaca time tuh kt ko.. tapi ok je kot pakai baju bulu2 tebal2 kat situ, cam aku selalu jugak nampak bdak2 tak tau geng ape bersepah kat klcc tuh panas2 terik die pakai baju bulu2..haha tuh ape kes?

biqque: confident je aku naik bus tuh, tapi takde pape beze pun, cume dapat baring je dalam bas tuh.. perfume stocking lagi ade.. haha

Zie Noorzail said...

Lum pernah sampai kat Hanoi...cer citer lagikkkk...kasik details...kalau best..nanti kita ngekorrrrrr!

shah_rule said...

saye pun tak puas duduk sane, tak jaloan sangat time tuh. almaklumlah cuaca sejuk, mesti keje duduk bilik buat lemak je keje.. hehe

wa said...

uniknya bas ni...takut pulak nak naikk..:)

masMZ said...

gitew rupa bas nyerr.... haruslarrrr boleh terasa akan ke'harumang' (uwekkkkkk) stokin2 orang lain....

shah_rule said...

wa: at first tak sabar tau nak naek, sbb pernah dengar ada bas cmnie, tapi tak pernah jumpe.. bile naek rase tak sanggup pulak.. nak muntah pun ade sbb bau yg tak besh..haha

masMZ: stockin tuh bole tahan lagi tapi bile mereka semua masing2 mengeluarkan "jajan" yang same, bau die tuh bergabung ok.busuk tau jeruk kaki ayam tuh... muntah muntah

Anash said...

oooo macam tuh bas dia?
akak rasa cam nak tergolek jatuh je sebab akak tido buas tau..haha...
tapi ada keunikan di situ..

lagi..lagi....
(sejuk????terasa sejuk nyer di sini..jab..nih sapa plak gi tala kipas hangin kat workstation akak nih?? padan le sejuk!!!haip!! mana opis boi tadi??)

"malaaasi aaa"..that's cute, ok?

Ainul Arina Madhiah said...

bas tu macam kereta mayat tu tengok rupanya. hehe.

kak mah said...

Best kan travel macam ni....

shah_rule said...

kak anash: wahhh nak mita orang buat blog ni versi 4D, bile cakap sejuk,terus terasa sampai ke bilik.. ke sbb abang opis tuh yg alihkan kipas.. memahami btol bro tuh.. haha

ainul: haha usung mayat beramai-ramai.. mangsa gempa ke ape?

kak mah: hehe best2 kak mah.. moh la join..

Ely Hasrul said...

diskripsi katil dlm bas tuh terbayang aku keranda hahaha cam terpaksa berbaring cam mayat hahahha