ADVERTISEMENT

Oriental Express Part 6.1 Hanoi day 1


Hanoi merupakan ibu negeri bagi Vietnam. Negara ini termasuk dalam kategori negara 4 musim, cuma musim sejuknya sahaja yang tidak bersalji. tapi sejuk tetap sejuk. Mata wang rasmi bagi negara Vietnam adalah Dong tapi mereka banyak menggunakan matawang USD sebagai salah satu alternatif. Pernah ada orang mengulas sama ada dalam Dong atau USD jika dikira semula tukarannya adalah sama. Tapi nasihat aku tak payah nak ber-Dong sangat sebab duit dia tak laku di mana-mana. Jadi bila ada lebih akan terus automatik dikategorikan sebagai sampah. tak laku pun...


Untuk makluman aku masih memilih Hostel sebagai tempat penginapan aku, dan kebiasaannya memang aku menempah dari hostelworld. Harga semalam untuk seorang disini hanya USD5. Penginap diberi sarapan pagi percuma dan malam hari percuma Beer di bar. ( Harap korang tau lah garis panduan kita yer~) Dan kalau ikut review disini lah ramai traveler singgah. Dan kononnya menjanjikan pakej-pakej termurah in town. Kononnya~

Kononnya selamat..

So aku sampai pada hari tersebut pada jam 3pm, hari pun dah makin kelam.. musim sejukkan. Aku terus langsaikan jumlah tertunggak untuk bayaran katil untuk 2 malam berserta pakej untuk ke Halong Bay berharga USD35 yang diwarwakan murah tuh. Padahal bila aku dah round satu area Hoan Kiem tu aku mendapati rata-rata harga adalah USD30. Merembes rugi USD5 tau!

Our shared room in Hanoi central backpacker Hostel. That is Oliver, nice to meet her.. and the bottom is Justin bieber. Tak paham aku suka benar dia duduk kat luar, dah la sejuk!!

So far aku berpuas hati dengan layanan hostel tersebut. Harga yang murah berserta breakfast. Bilik luas dan dalam toilet pun boleh main lari2 aku rasa, luas juga tak sempit macam di Hong Kong. Dan disebabkan sampai-sampai tu dah sehari suntuk aku tak mandi, maka berwap lah bilik air tuh seorang guna toilet nak dekat sejam. Hostel ini turut menawarkan wifi dan 4 biji komputer berinternet untuk digunakkan. Dan ia adalah percuma.

Facebook in Vietnam? No you cannot access facebook here, same like in China. But our roomates who had stay in Vietnam for 6 month share the magic code to been used for facebook. it is:
www.f3proxymice.com then you can get access~ Dan jangan lupa check-in untuk tujuan memaklumkan kat family yang korang selamat disana.. haha

Selepas menyiapkan diri dan menunaikan kewajipan masing-masing, suasana kat luar masih belum gelap lagi, cuma kelam-kelam kelabu je la~ dgn suhu sejuk, mulut pun berkepuk-kepuk juga keluar asap. Tak sangka sampai macam ini punya sejuk kat Hanoi. So we taking chance untuk merayau sekitar Hoan Kiem Lake, sebab hanya berdekatan dengan area hostel aku. Dan area yang aku duduk ni tak ubah macam old town area~ cuma timing aku ke sini tidak beberapa baik sebab baru 2,3 hari selapas Tahun Baru China, area Hanoi kalau time Tahun Baru memang kedai dia boleh berkulat sebab semua cuti selama seminggu. Siap ada   orang cakap, dia pergi the largest shopping complex kat sini, pun semua kedai tutup..damn!


Actually aku tak kisah, aku bukan nak ber-havoc-havoc kat sini, just datang nak tenangkan fikiran, relax-relax je~ Shopping complex KL pun ada, no hal.. hehe Area sekeliling Hoen Kiem Lake memang penuh dengan manusia. Penjaja-penjaja juga banyak, apa yang banyak aku tengok orang jual Hot Dog dan Roti Croissant yang bertimbun-timbun orang jual. Makan ruji ke roti ini disini? Aku taktau laa.. tapi memang bersepah orang jual roti ni.. Dan cara mereka salai Hot Dog, bawah dia dia wapkan dengan bawang, memang bau dia harum semacam je, merembes air liur aku..


Aku sempat balik ke hostel gunakan perkhidmatan uncle google bertanyakan reataurant halal di bumi Hanoi.. Uncle google mencadangkan Nisa Restaurant (makanan malaysia katanya) dan Tandor Restaurant (bunyi pun dah berunsur-unsur kari kan). Here we go teruskan mencari kedai makan pula, tak lah jauh mana pun dalam 500m agaknya, kaki masih kuat untuk berjalan..

Tapi aku tak jumpa mana letaknya Nisa Restaurant tuh, kalau ikut map dah betul dah area tuh, cuma jumpa Tandor restaurant.. Its fine la kot~ perut memang sumpah lapar gila. Here we end up with Beriyani ayam + Naan Cheese bagai, melantak ke apa. Result is menyesal duit dah banyak keluar.. haha takpe2, perut punya pasal. Aku rasa cecah USD16 per person untuk dinner.


Sampai kami di bilik, semua duduk tanya mana nak makan, dan kitorang cakap pasal beriyani... and USD16 for dinner is insane, Hanoi really crazy regarding the price.. Habis semua bising sebab semua orang tak suksa makan kat sini, mahal nye kemain!!! haha aku makan kat situ sebab takde che Bab. Sekian~


Dan malam-malam tu banyak habiskan masa berbual dengan roomates semua~ sure lah pasal travel story masing-masing. Walaupun aku penat, tapi aku tak kisah untuk melayan cerita masing-masing. Train from Shenzhen, ok semua nak dengar.. memang terkuntang-kanting aku bercerita. Rata-rata semua pernah sampai ke KL, dan diorang semua puji Malaysia tau~ huhu Baru nak lelapkan mata ada pulak mamat-mamat mabuk dari mana ntah masuk bilik kitorang, Dah lah aku nak bangun pagi esok untuk trip ke Halong Bay. Till then~ ok!








20 comments:

Mie said...

Nampaknya HCM City lebih cantik dan moden dari Hanoi...

Sekali dinner hampir RM50 tu...

shah_rule said...

tuh sya tak tau sebab tak jalan sngat pun.. ada je nampak bangunan tinggi, tapi tak ke sana pulak.. duduk area Hoan Kiem je.. tapi masa naik bas nak ke airport pun rasa tak nampak tempat yang moden2.. semua lebih kurang jee..

AndaQue said...

Wahhh saya masih tak berkesempatan ke Halong Bay lagi tentu pengalaman yang best disana kan. Sepekara lagi tentang facebook tak tahu pulak Vietnam pun dua kali lima dengan China. Apa pun tentang magic code tu...bagus untuk panduan semua orang kan..

Naramas Aman said...

Thanx for the magic code...Saya nak ke China bulan depan, magic code yang Shahrule bagi ni boleh pakai kat China tak?

shah_rule said...

Andaque: Halong bay tuh rasanya kalau pergi time bukan musim sejuk maybe lagi best sebab time musim sejuk dia berkabus sangat. pape pun rasa lain la dapat naik cruise orang tempatan.. dan makan seafood dalam cruise tersebut..

Naramas Aman: magic code tuh tak tau la sama ada bole pakai ke tidak.. tapi tuan empunya code yang bagitau saya dari vietnam dia masuk china, senyap je terus kt facebook.. rasanya tak bole kot.. haha

Janggel said...

Sape yang bawak tedybear tu??? Ko ke? Hahahaha...
Nasik briyani sampai USD16? Mahal nak mampos. Tetibe mood I ♥ Malaysia.

Anash said...

shahrule, terkejut nengok ada teddy bear besar tuh kat katil? sapa yg bawak?
justie biber tuh comei..(hahaha..)

sejuk tanpa snow?
mmm(sambil bukak peti sejuk masukan muka dlm freezer)..

wah jadi duta malaya dgr citer dari mereka yg pernah dtg kl? wow..bangga,kan???

shah_rule said...

Janggel: teddy bear tuh mmg dah jadi penduduk tetap kt hanoi tau..
mahal gile, tapi arituh je la aku nak merasa nasik.. hehe terkejut tgk org dtg order orang vietnam ttbe bawak nasik beriyani, sedap jugak la.. ke sebab aku lapo time tuh.. haha

kak anash: teddy bear tuh justin bierber tuh yg punye.. haha nak dekat 6 bulan die ade kt hanoi, tak paham aku ape ade kt sini.. oo deorang kate ade satu hostel best gile siap ade movie teater dalam hostel tuh, area KL, katne ntah.. paling superb hostel katenye.. haha

abbazeef_wanderlust said...

Salam shah_rule!

tq so much for visiting my blog!

after quite a long time jd silent reader korng2 ni br ade courage nk tulis blog. =p

hv a great day ahead!

wassalam.

shah_rule said...

abbazeef: haha terharu dengan post kat blog u too.. mohon shared kan pape pengalaman supaya dapat jadi panduan semua nanti..

Biqque said...

justin bieber???!!! cam harammmmm! hahahaha! sebijik kottttt!

ok, cant wait for your halong bay trip! ada jumpa tilam tak atas air? hahahaha!

Lily Riani said...

i didnt hv good experience last trip, 4d3n blog 1 entry jek... nnt ingat nak expend sket entry tuh bila ada masa. lake tuh i tak cover... mebbe i shud revisit kan

shah_rule said...

Biqque: serious kan, masuk2 bilik bila dia tegur aku, aku rasa cam familiar dengan muka dia nie.. kawan aku lagi sorang pun terdiam tengok muka dia.. last2 2-2 ketawe sendiri sebab terbayang bieber.. haha
tilam kat Halong? kenapa? sape campak? haha

Lily: takde pape sangat la kat lake nie.. cuma ada pintu gerbang terpacak kat tengah2 lake.. apekah? pintu syurga? haha
i pun nak revisit but plan for Sapa... jom one day nak!!

Ely Hasrul said...

oliver tuh pompan ker? justin bieber? terbaekkk ahhahaha


halong bay? wow! james bond tuh! xsabo

shah_rule said...

ely: oliver tuh name teddy bear.. ntah2 la kat bilik di pompuan time kt bar die jadi laki kalo memalam.. personality disorder maybe..
halong bay ade kene mengene dgn james bond ke? ok tak tau pun!!

Azizan Zolkipli said...

alamak, tak jumpa Restaurant Nisa tu. aduhhhh ... beberapa hari Wakjan di Hanoi dulu, duk berulang makan kat situ je hehehe ...

shah_rule said...

wak jan pernah ke sana? maknanye wujud la restaurant tuh.. haha kami dah ulang alik pastu assume je agaknye dah tutup kot, haha

Leez M. Saaid said...

nice pic. siap ada justin bieber...kalau tau dah suh kim salah heheh.

pasal Fb di vietnam tu. Not every places yg takda FB. Certain area masih boleh access. Selalunya tmpt2 yg jadi tumpuan spt airport, mall...mmg xda FB.
Dulu i gi ho chi minh....kt hotel yg i stay tu ada FB..WIFI free lagi tu.

AndaQue said...

Mana sambungannya ni???

fatt said...

shahrul,
reason being ko jumpa byk roti croissant kat sana sbb zmn dulu kala french penah jajah dorg. sebab itulah org sana terinfluence skit dgn pemakanan frenchmen