ADVERTISEMENT

Its a new journey...


Salam readers,

Jadi sekarang bermulalah trip seterusnya aku menghala ke pacific ocean~ nama trip kali ini aku tengah fikir-fikirkan lagi.. cuma kali ini aku akan cuba update cerita terus dari sana. Malas nak tulis bila dah balik Malaysia takut nanti dah start kerja lagi malas pula aku nak update story kan~

Briefing:

Trip kali ini asalnya disertai oleh 6 orang semuanya adalah classmate dan "bestfriends" lah katanya~ tapi disebabkan ada masalah dalaman 2 orang teluh mengundurkan diri. Jadi tinggal kami ber-empat yang gigih meneruskan trip ini.

Trip telah dirancang sejak bulan Ogos 2011 semasa Jualan ikan Paus Airasia, siapa ingat? haha masa tuh ditengah kesibukan masing-masing dimana setengah dari kami di Hospital Selayang dan aku pada masa itu di Hospital Teluk intan telah pun menyatukan suara memilih New Zealand. Memang susah nak lupakan tempat ini, terpanggil2 untuk pergi lagi. So kami book perjalanan sehala sebab masih kabur-kabur lagi tak tahu apa yang mendatang. Harga tiket sehala termasuk cukai RM299 sehala.

Dalam bulan March 2011 rangka perjalanan ini disiapkan setelah aku terserempak dengan sale di Airasia yang berharga RM 430 perjalanan Gold Coast - Kuala Lumpur. Connection flight dari Auckland ke Sydney berharga RM290 dengan Jetstar.

main kira-kira 3 hari tak habis!!!

Bagi mencuba perasaan untuk melakukan wwoofing di New Zealand dan Australia, kami telah pun mencuba pelbagai link yang banyak dibantu oleh rakan-rakan yang kami kenal dari New Zealand tahun lepas.

HelpX
Backpacker Board
wwoof NZ
Couchsurfing

Jadi saya akhiri setakat ini dengan ucapan terima kasih khasnya kepada para travelholic yang banyak memberi input, dan tak lupa Janggel & John yang banyak menolong tentang urusan Visa itu dari AUD 25 jadi RM20 je sape taknak.. dan fatt thanks for entry sydney yang banyak membantu especially bus free tuh~ siapa taknak benda free weh..
Fantastic 4   ????


8 comments:

niL said...

Wahh...can't wait utk next story!!

NEKCIK said...

load lah gambo bebnyak..Nekcik suka nak tengok NZ ni sbb susah dapat news diorang kan...

Janggel said...

Whoaaaa
Kami mahu lagi Life update from tempat kejadian! Hehehe

R.a.W | Ramble and Wander said...

Argh! Stress bila seorg lagi pergi NZ lagi dan lagi, haha!

Anyways, have fun and safe travels!

Danny / John said...

have fun!!! kalo sempat jumpa kat GC nnt. weeeeee...... hahaha.

dh beli tix theme park? aku beli dpt diskaun 50%. so, amek 2 parks je. movie world and sea world. dlm aud84 total sume.

abbazsmakl@gmail.com said...

@john - cmne weh blh dpt tix 50% tu? wawawawa...share lah pls2~

@shahrule - wuit. biar betik visa oz rm20? seyes ke?

AndaQue said...

Wahhh jangan lupa ambik pic cantik2 dan sharekan disini, ya story yang sentiasa di up date kan ketika kita sedang kembara lebih menarik untuk dibaca dan diikuti....tak sabar nak tunggu.. mesti bestnya kan

fatt said...

shahrul,
safe journey ok. aku dah selamat balik ke mesia. mgkin kita selisih di pertengahan jalan tadi. hehehe