ADVERTISEMENT

Kenapa Saya Suka Rumah Saya?



Terletak di persiaran street highway 1 berdekatan daerah Hambden adalah rumah yang dimiliki oleh Rene' Taylor. Rene' merupakan kenalan di couchsurfing yang membantu memberikan Penginapan kepada kami berempat di pertengahan perjalanan kami dari oamaru ke Dunedin, kami tiba pada waktu malam, dan berangkat diawal pagi untuk menyambung semula perjalanan kami ke Dunedin.

Rumah yang dimiliki sepenuhnya oleh beliau dan keseluruhan rumah juga dibina oleh Rene' sendiri. Aku amat kagum walaupun rumah yang nampak usang tapi hasil tangannya sendiri yang banyak menyentuh perasaan aku, Jika dilihat dari dalamnya banyak lagi yang tak beberapa nak siap tapi semuanya masih selesa untuk digunakan. kami disambut dengan mesra dan beberapa ahli couchsurfer lain kelihatan menumpang malam di sini juga.

Kami menyediakan makan malam dan banyak benda dikongsi bersama, selepas tidur semlaman kami beredar pagi tadi dengan meninggalkan setitis kata pada kertas berserta cenderhati dari kami dan hidangan sarapan pagi yang telah kami sediakan.  Terima kasih kerana sudi menjemput kami Rene'.


 Sekarang aku faham rumah tak semestinya besar, tak semestinya kelihatan gah, cukuplah dari segi usaha yang ditunjukkan dan fungsi rumah itu sendiri yang menambahkan coraknya.

-Shah_rule, Oamaru NZ

14 comments:

Danny / John said...

yup..sgt setuju. rumah x semestinya besar mcm istana. aku nk umah yg simple x besar x kecik. nnt bila ada anak2 ramai pun, kalo sume xde kat umah pn tak guna rumah bsr2. huhuh

NEKCIK said...

Shahrul...rumah nekcik lagi comei..12 kaki x 36 kaki aje...2 bilik di atas...15 tahun nekcik dudok membesarkan anak anak di sini..malah ramai anak anak buah tumpang berteduh..tapi syukur alhamdulilah kami sntiasa bahagia..dan berkat sabar dan ikhlas melayani tetamu itu Allah rezekikan 2 buah lagi rumah untuk kami beli..alhamdulilah..so kekadang Allah uji kita degan sedikit kesusahan..untuk kesenangan kemudian...jadikanlah aku seorang yang sentiasa bersyukur dan beribadah kepadaMu

fatt said...

rumah omputih mmg serba ringkas dan jauh beza dari typical umah di mesia. dorg tak berhias bagai nak rak dgn langsir ropol2 bagai & segala perhiasan kumpul habuk. asalkan rumah tu lengkap berfungsi sbg rumah tu dah cukup.

Ely Hasrul said...

aku xnk umah beso sbb aku xnk penat menyapu.. huh letih tul pk nk kena mop atas bawah. tu baru pk blum buat lagik haha..

comel okeh buai tuh

Biqque said...

sbb tu aku bancuh simen, buat tiles sendri, pasang tangga vynil sendiri, pasang rod langsir sendri, cat sendri, baru puas hati :)

Rozita said...

Omputih lebih kepada practicality. Orang kita lebih kepada nak show off... Tulah orang kata jauh berjalan luas pandangan..

Anash said...

akak jeles dgn buaian itu (sila buatkan akak satu kat rumah akak yg kecil ...)
pastu nak nyanyi ..."aku nak kawen dgn anak raja...buai ku lajuuu..pohon beringinnnn..."

hahahah
...nice weh ...soooo calm...

Anash said...

Shahrule
adakah itu pokok epal????
adakah????
waaaa.....niceeee!!!!
sila hambekan gambo utk akak pokok itu sahaja..plsss...

Leez M. Saaid said...

rumah omputih depands on kekayaan masing2. Kalau yg kaya tu...mmg sgt cantik dn kit pn takut nak masuk. Klu yg hidup sederhana mcm kita....just a simple house aje.

Azizan Zolkipli said...

"Sekarang aku faham rumah tak semestinya besar, tak semestinya kelihatan gah, cukuplah dari segi usaha yang ditunjukkan dan fungsi rumah itu sendiri yang menambahkan coraknya ..." - - - > kamu benar itu bahhhhh ...

"Rumah yang dimiliki sepenuhnya oleh beliau dan keseluruhan rumah juga dibina oleh Rene' sendiri ..." - - - > sebok sikit, camna dia ada kemahiran membina rumah ? dia pekerja industri pembinaan ke atau untuk projek rumah ni dia baru menuntut ilmu pembinaan ?

shah_rule said...

ok azab nak me-reply comment.. lame tak masuk sini, nak update konon2nye, tapi habuk~

Dany: nice tak sabar nak g rumah baru ko.. nak wat checklist dulu nie..

Nekchik: raya nanti saya sampai rumah nekchik..hehe

Fatt: yup setuju, suka dengan ke-simple-an rumah mereka.. and very warmmm

Ely: habes la sami dgn sonia makan habuk nanti kan.. haha

Biqque: serious ke? rumah tuh sume air tangan ko la nie... waaa

Rozita: no komen.. hehe agaknye la, mungkin btol jugak camtu.. hehe

Anash: yup tuh pkok epal.. bertaburan epal kat tanah cam buah manggis yang tak berpetik.. sorry kak anash gamba banyak hilang dalam laptop ade kesilapan sedikit.. nanti mana ada saya upload yer.. sedih gamba hilang!!!

Leez: tuh la, tapi kat nz ni mmg bnyak yang nampak sederhana je.. tapi ade jew rumah2 besar yang cam kat kl tuh..

wak jan: seronok tgk sume design2 die wat sendiri. effort tuh cam touching sgt walopunade bahagian rumah tak siap lagi. die kerja ladang jew, rumah die mmg basic jew..

thanks for comment u guys..will uodate soon.

Janggel said...

Rumah aku ringkas dan sederhana..sofa pon takde.

Janggel said...

Tapi gambo last tu terbaik la...tekni Panning! cuma tak berapa nak panning...

shah_rule said...

ape tuh? tak pahammm.. haha