ADVERTISEMENT

Oriental Express 9.0 Finale: from the Land of Smile Bangkok

Hello semua, walaupun aku berserabut sekarang ni..tepi laptop ada kalkulator, buku notes dan depan aku ade printer tengah print segala benda. Esok tengahhari aku dah bertolak ke KL balek dan akan overnight kat airport la gamaknya.. tapi selalunya aku tak tidur, sebab nak board 11 hour flight kaedahnya, baik aku shift kan waktu tidur tuh.. hehehe
______________________________________________________________________________

This is the last entry for Oriental episode kali ini, dah berzaman aku peram kan~ Aku dah pernah datang Bangkok cuma kali ini sekadar jalan-jalan dan buat apa yang aku tak buat masa aku datang dulu especially Floating Market. Floating Market terbesar yang terletaknya di Damnuen Saduak. Itu je la sasaran kali ini rasanya~



Kami tinggal di YHA Bangkok Downtown, kat sini kalau korang stay 2 night boleh dapat free half day city tour, termasuk pergi ke Grand Palace tapi tidak termasuk entrance fees. Aku mencadangkan Cik F pergi tour tuh sebab dia tak pernah pergi pun Grand Palace tapi bila dah sampai ke Bangkok dia memang dah takde mood dah..penat sangat agaknya~

Kami tiba Bangkok pada waktu malam, memang penat habis dan pada keesokan harinya aku pergi ATM maklumlah walaupun aku ada tukar duit Thai Bath siap-siap, duit tu tak cover expenses shopping, especially kat Bangkok, memang rambang mata!! So awal pagi aku dah merayau mencuba kad ATM maybank aku.. semua ATM reject kad aku, membuatkan aku sedih dah berkali-kali aku call Maybank untuk aktifkan oversea nyer ATM tp tetap. and a good news come apabila aku call bankislam, memang bankislam kad dah aktif dah, tak payah call untuk aktif pun takpe. Kebetulan duit scholar baru sahaja di-kredit-kan oleh JPA, Syabas!!! *memang riang tak terkata time ni.. hahaha

Chatuchak after raining.. 
So today is Saturday, what come to my mind is Chatuchak. Yes Chatuchak weekend market!! Awal juga la aku bertolak ke Chatuchak, sebab pernah datang dulu, tapi tak habis pusing, kali ini berazam untuk pusing tengok segala yang ada. Dalam pukul 4 petang baru habis ronda dengan barang masing-masing kat tangan. Masing2 lupa sebab kami tak check-in bagage pun sebenarnya.. Balek tuh terus buat check-in lugage kalau tak mahal nanti.

Hari mulai sibuk~

RM20 sebiji... 



Petang kami meronda-ronda di Siam Paragon, Platinum, dan sebagainya. Sebenarnya memang penat~ dah travel lama sangat rasanya dah macam burn-out. Jadi balek bilik masing-masing awal. Petang buat hal sendiri. Aku jalan-jalan sekitar silom sahaja, Cik F tak tau la dia buat apa, tidur je katanya..




Pada waktu malam pula plan nak ke Suan Lum Night Market dan alangkah terkejutnya aku bila dah penat berjalan tengok-tebgok gelap je~ rupanya dah lama tutup... tettt semua night market dah combine dengan Silom night market. Patutlah receptionist hostel cakap Everythinnnng was there~

Jadi sekali lagi kami menghabiskan masa kat hostel sahaja~ dan tidur agak awal juga masa malam tuh.
_______________________________________________________________________________

hasil rampasan di chatuchak.. 
Aku telah pun meng-google segala maklumat pasal Floating market ni~ memang semua trip kalau ambil pakej pun keluar jam 6-7pagi. Jadi al-maklumlah cheapskate kan, so aku tak ambil tour.. Receptionist kat hostel pun pelik bila dengar aku nak pergi sendiri.. Jadi pagi tersebut kami bangun seawal jam 6 pagi. Sebenarnya hari dah cerah dah pukul 6 kat Bangkok, selepas alas perut kami menuju ke sungai chao phraya untuk menaiki river taxi. Kami turun skytrain di Thaksin station menuju ke Satorn Pier dan dari sini pula ke Pikloa pier dengan harga 15Baht (menggunakan boat bendera oren). Dari Pikloa pier kami mendapatkan taxi untuk ke terminal bus. Aku dah tak ingat nama terminal bas ini, tapi ni lah terminal bas bangkok rasanya sebab bas dari Hatyai, Phuket semua ada. Ada satu platform kat hujung sekali ada meja dan dia letak banner Damnuen Saduak - itulah bus yang di cari.. harganya 65Baht seorang dan bus berhawa dingin, mengambil masa dalam 3 jam untuk sampai. Turut bersama kami adalah couple dari Korea, yang asalnya nampak terpinga-pinga masa kat terminal bas.

Last-last aku tegur and Yes dia pun nak ke Floating Market. Cheapskate juga mereka ni.
Sewaktu ketibaan di persisir sungai, seorang wanita menyapa aku offer trip ke floating market dengan satu boat dan dia caj 500Baht per person.. ????? aku dah bingung sebab bas berhentikan kami di situ sedangkan menurut buku boleh jalan kaki je tak payah ambil boat pun. Couple korea tu terus keluarkan buku lonely planet, dan dia pun menolak dari wanita tersebut "i dont have money" -cheapskate tak?





Couple korea yang menyertai trip cheapskate kami.. hehe
Kami berempat terus keluar dan mencari jalan, tapi bila kami dah keluar dari pintu masuk tu seorang lagi wanita lain menarik kami.. kali ini 300Baht untuk 4 orang.. wahh~ sangat berbeza kan.. Jadi aku bersetuju pandang couple korea, yup mereka pun bersetuju, terus kami dapat satu boat jadi sorang dalam 75B je la, trip ini untuk one hour... dan kalau nak singgah suruh je orang tu singgah. Apa yang aku try semua orang korea tu nak try juga. Misal nya manggo rice...wuuuuu dan dia kata delicioussss~ macam aku pulak yang jadi tourist guide.. over tau~










Pulangnya kami dari trip ke Domnuen Saduak terus berlegar-legar shopping kali terakhir~ dan pada waktu malamnya balik semula ke hostel untuk mengambil beg. Kami dah check-out awal pagi tadi sebabnya malam ini kami bermalam di Survanabhumi Airport sebab flight untuk balek KL pada jam 7am.

Menunggu river taxi... 
So over shopping sakan, penuh beg~
Tapi beg brader sebelah tuh lagi over, takut aku kene libas~
Tidur airport je senang~ Jadi malam itu terus bergerak semula ke airport dan mencari mana-mana port untuk tidur~ *bahagian aras bawah berdekatan dengan pintu ketibaan domestik ada banyak kerusi2 kosong, banyak plug best lepak sini. Berdekatan dengan kafeteria dan dalam tuh ada satu je kedai halal. so boleh makan dalam tuh...





Finally we safely fly home..

Sekian terima kasih kerana mengikuti kisah cerita ini. Sorry because i end it simply~ :-)

16 comments:

Anash said...

bangkok...lagi dlm list akak...
hehe
kalau kad tak kena rejek, agak2 byk mana laaa paper bag kena pikul?
hahah...

eh, tadi tuh justin bieber ker kat sampan????(ker akak silap nengok???cer tgk balik gambo mamat pakai spek itam...)
.
.
.
.
(...huh...mengah lari menyorokan diri..fuh!!)

R.a.W | Ramble and Wander said...

Hello, Doc!

2nd time commenting here, heh!Chatuchak mmg merambangkan mata dan mengempiskan dompet. LP Guidebooks tu murah juga kalau harga RM20 tapi berat nak mengangkut bawa balik pulak.

Fly ke mana 11 jam ni? Apa2 pun, have a safe flight and fun trip!

Rozita said...

Jarang nampak shah rule menyopping kalau pergi travel..hehee

Pssst....nak ke mana tu

Biqque said...

the way u dress up, SANGAT SANTAI! I LOIKE!

Janggel said...

Fuh gambo atas sampan tu dah macam model! Muahahaa...teringin nak g Bangkok.

Mie said...

Katam jugak akhirnya...

Bermulalah trip baru. sebelas jam tu...

masMZ said...

shah_rule,

konpius jap ngan gambar dengan status "hasil rampasan di chatuchak".... yang kena rampas tu ko sendiri ker????? Hahahahahahahaha......

tak kesampaian lagi nak nyinggah floating market nih..... dalam list jugak

shah_rule said...

Kak Anash: overland trip nak? naik kete sampai bangkok..haha pastu tak ajak kan~ hehe

Justin Bieber la tuh macam pakai baju opah je.. haha

R.a.W:murah sangat harga dia tuh~ beli jugakla satu dua untuk trip akan datang.. hehe

Rozita: memang jarang shopping tapi kalau ade duit lebih boleh la shopping sikit sikit.. tapi Bangkok memang mode tuh akan datang sendri..bahaye~ hehe

Biqque: nanti kalo jadi pergi bersantai kite santai ramai2 k~ hehe

Janggel: tuh yg akak anash kate bieber tuh, kadang2 nak jugak feeling2 artis dengan Baju berharga RM8 je tuh~ haha

Masmz: i made in malaysia yer, harta rampasan yang luaran je... hehe

PM said...

akhirnya... berjaya gak khatam entry ni.

btw, have a nice trip!!

shah_rule said...

PM: tuh la boleh pasang bunga api..sebab nk start journey baru kalau boleh taknak tangguh2 entry~ nanti lama-lama dia hilang sendiri. hehe

shah_rule said...

PM: tuh la boleh pasang bunga api..sebab nk start journey baru kalau boleh taknak tangguh2 entry~ nanti lama-lama dia hilang sendiri. hehe

abbazsmakl@gmail.com said...

wuuhuuu!!!

best gile dpt singgah chatuchak. dah 2 kali 2 bangkok, 2 kali tula xdpt g sana.

i amek pakej bajet dr hostel i. rm 55 return transport pickup from hotel + sampan ke damnoen saduak + rm15 utk bersampan disekitar damnoen saduak.

manggo sticky rice kat floating market tulah yg plg heaven skali! tmpt lain xblh celen. seyes. =D

Emy Tak Kecik said...

comel gile posing atas sampan tu ekeke

dah tamat...tunggu trip baru plak eh
:D

Anash said...

(sambil kedengaran guruh di langit)....overland bangkok shah alam??? naik kete???..jgn aaa merajuk aritu tak ajak wehhh...
heheh....
tak hensem justin bieber malaya merajuk (walaupun pakai baju opah..huh?)

NEKCIK said...

nekcik kena pergi lagi lah mcm ni sbb hari tu tak naik water taxi...ada hotel New World kat bangkok yang islam..senang makan kat situ...

Anonymous said...

If some one desires expert view regarding blogging and site-building afterward i suggest him/her
to pay a visit this webpage, Keep up the pleasant work.


My page; free cccam