ADVERTISEMENT

Oriental Express Part 7.0 Hanoi day 2


Berpandukan notes yang aku buat semasa trip yang dah basi tempoh hari~ inilah sambungan Oriental express the series
__________________________________________________________________________

Setelah penat berborak bersama Kelly dan Johnny pada malam tersebut, aku yang memang terasa badan sangat penat akhirnya dapat juga tidur di atas katil yang selesa berselimutkan comforter yang agak tebal dan lembut... weee Kelly is a lady from UK, after her graduation, dia merayap je memana, sebab course yang dia ambil macam takde kene mengene dengan kehidupan manusia, so market tak laku sangat, jadi dia kata sebelum start buat master programme baik dia merayap dulu. agak kelakar dengar pengalaman dia masa kat Thailand, asyik kene sembelih je dengan orang sana.. like what she said "like i've been asked to wait for a train in the bus station.." it's too bizarre ~

Johnny another roommate yang muka tak tumpah macam Justin Bieber, dia pun sama dari UK larikan diri after study jugak, dia pernah ke Malaysia, dan katanya Malaysia has a super delicious food and the cheapest one.~ i dont know but what make us surprised when he said his mother is a Malaysian.. ooo anak kacukan laa nie~ tapi slang UK dia memang tak tahan.. so far dia dah lama stay kat Vietnam, nak dekat 3 bulan dah. How he survived? he work at the bar in this hostel at night, so he got stay for free... tapi malam masa aku sampai dia ada je kat bilik, takde mood pulak dia nak berkerja malam tuh... dia pun tidur awal juga..

Dalam pukul 3am bilik dikejutkan dengan beberapa kaki botol yang dalam keadaan mabuk masuk ke bilik kami. One of them is our roommate Simon, dia buat volunteer job kat Hanoi, mengajar english. Orang Vietnam memang mencari any volunteer untuk mengajar english.. kalau ada sesiapa berminat nanti aku boleh refer kan kat Simon.. Sangat dialu-alukan katanya. Deorang masuk bilik buat bising kacau Johnny, tapi mamat tuh dah tidur memang penat agaknya. So do i? At last Kelly bangun dengan suara dia menghalau budak-budak mabuk tu semua dengan bagi reason "there are new people here, shahrul and feyo they want to sleep, they are really tired.please respect..!" mak aih aku memang terjaga time ni, tapi buat-buat tidur, caring jugak Kelly kat kitorang~ hahaha *matilah perasan!

tetap roti croissant ni juga jadi breakfast kat Hanoi.
























 


 


Kami bangun awal sebab trip kami ke Halong Bay bermula seawal 7am. Package ke Halong Bay bergantung pada bilangan hari yang diambil. Aku hanya mengambil package untuk 1 hari sahaja, you can choose either Standard or Deluxe. Aku ambil yang standard je dengan harga USD33/person manakala jika mengambil Deluxe USD38/person. Bezanya hanya hidangan makanan yang disediakan diatas kapal. Mungkin Deluxe lagi gemuk kot.. haha


Tour bus datang menjemput kami dihadapan hostel pada jam 7am. Breakfast pagi tersebut telah pun disediakan oleh hostel. Kopi kat sini rasa pelik, betul ke kopi? jangan kopi Luwak sudah!! Pelik benar rasanya.

Our tour guide is Mr Tea.. dia kata memang kalau minum tea akan teringat nama dia.. sangat mesra aku tengok dia ni. Menurut beliau Halong Bay terletak sejauh 170km dari Hanoi. Banyak juga hostel dan hotel-hotel yang dia singgah, dan last sekali ada family dari korea, aku terpaksa bertukar tempat duduk dengan  halabeoji sorang ni sebab halmeoni dan cucu2 beliau dah conquer seat belakang ni semua.. so aku menyerah.
macam ni lah cuaca seawal pagi kat Hanoi. Memang sangat kelam, dan sejuk~


On the way ke Halong Bay, pemandangan kiri kanan adalah pemandangan sawah padi, tapi semua colour coklat, sebab musim sejuk.. ada 2 tempt bas berhenti untuk rehat.. kawasan rehat merupakan tempat jualan ceramic dan sourvenier. Takde lah murah sangat pun.

Ramai juga orang kat sini sebab semua bas yang menghala ke Halong berhenti kat sini..
Dan akhirnya kami sampai ke Halong Bay, perasaan teruja apabila melihat laut yang dipenuhi dengan timbunan batu kapur.. dan banyak kapal-kapal traditional berlayar di kawasan teluk ini. it was stunting. Turun dari bas semua kembali menyarung baju tebal-tebal. tetap sejuk walau dimana anda berada di sekitar Hanoi. Kami semua dikehendaki berkumpul, dan menulis nama dan negara di atas satu kertas sebelum menaiki cruise.

Semua jemaah sedang berebut menulis nama.. haha
Aku orang pertama yang mengambil pen pada tangan Tea, terus tulis nama aku, then bila isi country Malaysia, terus ada orang tegur aku, 2 lelaki chinese orang malaysia juga. See malaysian are still very warm even at oversea? no comment, tapi dia 2 orang ni memang mesra la, terus bertegur sapa. Walaupun at first dia speaking, last-last terus cakap melayu je, fasih juga dia cakap melayu, dia dari terengganu.. "keropok lekor" pun boleh disebutnya tanpa ralat..

Nama je gah~ CRUISE, tapi macam tongkang je.. 
Jadi kami semua terus menaiki cruise yang sudah tersedia, walaupun pemandangan di sekitar agak berkabus tapi dengan pengalaman menaiki cruise traditional buatan orang tempatan menaikkan mood kami yang seakan berada dialam yang lain sekejap. Tea bercerita tentang sejarah dan kehidupan masyarakat di Halong Bay. Dulunya tempat persembunyian askar yang lari semasa perang Vietnam dulu. Dan kawasan tersebut didiami mereka secara aman, banyak hasil laut sampai mereka tidak sedar yang perang telah pun tamat. Sampai ke hari ini masih ada cucu-cicit mereka yang kekal untuk tinggal disitu walaupun kerajaan telah berusaha menarik mereka kembali ke tanah besar, tetapi enggan diterima. Apa yang merisaukan adalah hasil laut yang tinggal tidak seperti dulu kala. Kesihatan dan pelajaran anak-anak disini mendapat perhatian kerajaan. Jadi hasil pelancongan di sini sedikit sebanyak disumbangkan kepada mereka, kira packej ini menikmati sambil menyumbang juga sebenarnya.


Tea and Cik F
Me (muka tengah berangan agaknya) and Sara
Team 1 Malaysia.


Turut bersama kami Sara, dia dari America belajar di Paris dan sekarang menolong parents dia jadi Guru pengganti di Hanoi. Both of her parents is a teacher in Vietnam. Dan sesiapa nak carik volunteer work dia pun boleh tolong carikan. Ternyata orang Vietnam sangat rajin yer mendalami bahasa inggeris. \o/


Bersambung...

13 comments:

Janggel said...

Wow bestnya nengok kekapal tu! Pemandangan pon cantik...nak buat volunteer work gak la kat Vietnam camtu... hahahhaa

Biqque said...

ada nampak tilam atas air tak? hehehe!

niL said...

Wah! Macam bukit kat Guilin! Lawa!!

PM said...

akhirnya... entry bersambung juga...

next entry pls!!!

betul la, mcm bukit kat Guilin... kena pegi hanoi pulak la nampaknya ni...

btw, jgn hairan kalu jumpa cina dr Trg yg sangat fasih berbahasa melayu. dan diorgpun memang fasih bercakap dialeg Trg. sangat comel!!! hehehe

shah_rule said...

Janggel:buat volunteer cam best je bunyi nye tp makan kat hanoi sgt susah.. sure merana!! haha

Biqque: ada tilam atas air? knape? ade orang campak ke?

niL: btol ke cam GuiLin..dah mmg dekat2 je kot Hanoi dgn Guilin.. haha
Cina terengganu tu siap ajar lagi kiotrang letak pkataan -ng cth: makaNG.. ikaNG..pengsan~

AndaQue said...

Kelam ajer pemandangan, kalau cuaca cerah tentu nampak lebih menarikkan. Ada tgk dalam Amazing Race ia orang ke sini pemandangan memang cantik terutama jika dilihat dari udarakan. Ha ah memang adik beradik mcm pandangan kat Guilin jugak.

Rayyan Haries said...

Yeszaaaa...dah update!!! boat tu cam best jerr...classic sgt!

p/s: Apasal muka Mr TEA tu mcm pelakon jewww..haha

MasZuber said...

tak sea sick ke naik atas kapal??

Danny / John said...

first thing first, kabus mmg boleh spoil mood. ape pemandangan yg ko nmpk? kabus je byk ni...

syiokkk pulak dgr org pegi halong bay. nk pegi ler nnt. nk carik tiket. kekeke...

sambung lagi!

shah_rule said...

Andaque: tuh la, winter is not a good time to visit this place.. sbb kalau time summer siap boleh terjun lagi.. ekh tapi dah rasa air dia tak sejuk pun..

Rayyan:pelakon citer ape? telenovela pengako sayo kah? haha asal bole je boat tuh sbenarnye.. siap bubuh sofa bagai..pasu bunga..

MasZuber: rasa biasa je, x seasick pun.. siap makan segala atas kapal tuh..

John: dari jauh mmg kabus tapi bila dia start menghampiri area batu kapur tuh rasa lain sikit.. kurang gak kabus kalo penglihatan dekat camtuh.. kabus nampak cam mystery sikit hehehe

skang AA dah mahal.. jom buat MURAH 3.0 tuntut harga murah AA.. hehe

NEKCIK said...

Insyaallah awal tahun depan Nekcik akan ke sini bersama keluarga....nanti Nekcik akan mintak tips dari Shah..sbb Nekcik pun sytle backpackers !! free andeasy...murah..

shah_rule said...

beresss, nanti pape contact je~ tapi saya pun tak habis round Hanoi tuh, banyak ber-hibernate je kat hostel..

Biqque said...

adaaaaaaaa! tilam seketul terapung2 atas air hahahaha! lawak gile!