ADVERTISEMENT

Oriental Express Part 7.1 Hanoi day 2


Sorry cerita tergantung lagi disebabkan aku tak ada idea nak tulis macam mana, almaklumlah hibernate kemain lama aritu disebabkan exam. Sekarang dah habis exam pun susah nak dapatkan mood tuh~ 1st of all Tahniah kepada pemenang-pemenang anugerah Tourism Blogger award yang berlangsung pada hari Selasa 8 Mei 2012 di Saloma Bistro, Jalan Ampang. Terutamanya blogger bdak_john & Janggel daripada group kitorang~ Bangga aku malam tuh, tak pasal-pasal aku pun dapat pergi malam tuh sebab deorang menang, terus dapat makan free~ haha

Gambar curi dari blog Janggel

______________________________________________________________________________


Cerita di Halong Bay pula, selepas bersiar-siar di perkarangan batu kapur tempat pertama kapal ini berlabuh adalah di tempat permbiakan ikan dan hidupan laut macam sotong (besar2 sotong dia), udang etc. Kat sini kami dipelawa turun dia tunjuklah besar mana ikan-ikan kat situ.. sebenarnya waktu masa tu dah dekat dengan waktu lunch, so siapa-siapa berkenan dengan makanan laut tersebut boleh la beli, nanti orang dalam cruise ini tolong masakkan dan hidangan tersebut hanya untuk sesiapa yang menempah je la.. ada juga orang jual buah-buahan bersampan sini sana.

Pusat penternakan ikan yang aku maksudkan.

Aku tak ambil pun makanan tambahan lain, cukuplah sekadar makanan yang deorang sediakan. Tea macam tahu-tahu je kami ini muslim, so dia dah cakap awal-awal makanan semua berasaskan makanan laut, no pork dan halal (sambil pandang kami berdua). So hidangan dia boleh tahan juga la, cuma mengiggil tangan aku sebab makan nasi pakai chopstick! practice make perfect ok~

Masa makan tuh memang cruise ini berjalan je bersiar-siar atas air. Dan selepas makan kami diturunkan pula di perkampungan nelayan. Inilah tempat yang dimaksudkan tuh, tempat dimana orang-orang sini masih nak menetap ikut nenek moyang dia. Kat sini memang dipelawa untuk berkayak sebab batu-batu kat sini sangat cantik. selain kayak ada juga perkhidmatan naik local boat, ada orang tolong dayungkan. Bayaran untuk kayak USD10 dan kalau sekadar nak suruh orang dayungkan sampan korang USD5 per person. Masa ini aku tak tahu la ada aktiviti macam ini, tapi segala sumbangan tuh adalah untuk local di sini, so disebabkan wang USD dah takde, Tea dahulukan duit dia untuk kami, sampai darat nanti pandai-pandailah cari ATM.

Sara sorang je yang ambik kayak
Pemalas gila suruh orang kayuh!

Aku difahamkan yang ini merupakan sebuah sekolah bagi budak-budak disini.
Selepas semua naik semula kesemuanya ke cruise, family korea tadi tetiba lari ke mak dia, agaknye dia cakap "halabuji takde atas cruise".. dan mak dia terus ke belakang kapal sambil menjerit:
"halabujiiiiiiii....halabuji..." sebiji aku rasa macam tengah dalam perfileman cerita korea.. rupa-rupanya halabuji tuh tgh seronok merasa-rasa buah kat gerai-gerai tadi.. ayo halabuji nie~ bikin suspend. Jadi cruise terpaksa patah balik..

Next destination
Chicken stone? Kissing stone? 
Destinasi seterusnya kami diturunkan di sebuah pulau, adalah cerita yang Tea ceritakan, pulau ini dijumpa macam mana~ macam-macamlah juga dia cerita. Dan atas pulau ini terdapat gua batu kapur, tapi dah tak original aku rasa dengan lampu berwarna warni menghiasi kegelapan gua tersebut. hilang mood aku bila Sara cakap: "its look like a disco!" zzzz

Batu-batu ada macam gajah la, macam naga, xlarat aku dengar!

View diluar gua tersebut..
Aku tertarik bila Tea cakap asal nama Viet-nam. dulunya hanya dipanggil Viet-land.. bila aku terdengar terus aku teringat masa di NZ dulu, Jack pernah sebut Vietland sampai kami buat muka pelik kat mana pula Vietland ni.. siap dia google segala bila map keluar dia tunjuk Vietnam, mana lah china tu tau perkataan Vietland tuh.. "Viet" bermaksud tatoo.. "nam" bermaksud lelaki... sebab sekarang kebanyakan orang lelaki di Vietnam bertattoo. melambangkan kelelakiannya kot~ ntah la.

Selesai berjalan dan mendengar pelbagai cerita dari Tea kami semua naik semula ke dalam cruise dan kini bergerak pulang ke daratan. Masa diambil dalam 30 minit juga nak sampai semula ke daratan tuh. Dan bila sampai hari pun dah nak gelap, terus cari duit sebab nak ganti duit Tea USD5 sorang tuh. Dan kemudiannya dalam pukul 9pm baru sampai semula ke Hostel.

Malam tu pula kami keluar dinner bersama dua roommate baru Ben (Germany) & Marchel (USA). Mereka pun dari Hong Kong juga baru sampai ke Hanoi, aku duduk menemankan diorang pergi tour agent semua sebab nak survey pasal Sapa trip. Kebanyakan trip dalam harga USD70 bergantung pada jumlah hari yang korang ambil. Aku tak cukup masa nak buat trip ini, tapi satu hari nanti harap-harap dapat buat, so aku berhajat untuk kembali ke Hanoi satu hari nanti..

Gambar di copy dari google.. This is how tracking in Sapa. Boleh tanya Lily sebab dia pernah pergi.. teeet~

17 comments:

Janggel said...

ƗƗɐƗƗɐƗƗɐ "̮ siap curikkkkk lagi!!!!! Cis kekeke. Thanks sebb datang bg sokongan...


Hahah baru nak memuji gambo lastu tu, rupanya dr pakcik google! Cis...


Nak alamat!!! Teringin plak nak main pospos poskad... Emel ye nanti!

MasZuber said...

Besarnye sotong tue....
n kissing stone?? Uuiii

Rayyan Haries said...

Best lah! Part cruising tu mcm menarik ja!

hahah..disco wohhh

AndaQue said...

Wahhh.... cantik pemandangan...suka tengok photo yang kat atas dr photo "sekolah bdk2 disini tu". Suasana nampak dinggin, kalau cuaca panas boleh terjun mandikan...

Zara~AB said...

Was in Saigon last 2 years. Belum ada chance nak ke Hanoi lagik. Insya Allah. At first i thought the last pic was yours. Rupanya dari google. But that last pic jugak yg buat i teringin nak ke Sapa.

Biqque said...

korang terjun tiruk tak dari atas bot? time aku, ramai mat saleh gile2 buat camtu, aku tak mampu sbb air dia kotor masa tu :D

teringat masa kat gua tu, ada orang bantai teka binatang tak kena ngan bunyi binatang tu, hahahaha! binatang salah!

PM said...

tengok gambar2 ni terus rasa nak ke sana...

aduhai... byknya tempat nak pergi. how????

Anash said...

wah


sambil kesat air liur sebab ... ternampak buah-buahan yang segarrrr atas bot tuh

macam nak guling2 aje ...
boleh kah?


hanoi?
next on my longgggg list!!!
bila ntah?

shah_rule said...

Janggel: yey pemenang dapat hadiah bercuti ke? haha jalan bebaik yer~ nanti aku bg kt inbox fb.. xmampu la nak ambik gamba macam tuh~ kamera pun ala kadar je.. haha

masZuber:puas makan kalo beli sotong tuh. haha kissing stone ke chicken stone? ke chicken dance? haha

Rayyan:bole la disco cume music je takde.. hehe cruise die sangat traditional.. haha

Andaque: kat area situ rasa batu-batu situ cantik2 kan.. masa tuh orang tuh suruh rasa juga air laut tuh, rasanya tak sejuk, dia kata bole je mandi, tapi bila naek dari air terus mengiggil nanti.. haha

Zara: haha sebab gamba camtu juga saya nak ke sapa, tapi blom ada masa lagi.. Insyaallah next trip kot.. saigon pun tak pernah pergi lagi..

Biqque: xde orang gile buat camtu time sejuk2 ni.. wah kalo aku jadi ko sure aku join skali terjun beramai-ramai tuh.. hehe
ada gajah, naga segala dalam gua tuh.. haha

PM: jadi traveler memang semua tak lari dari perasaan macam tuh, nak rasa semua tempat.. haha bersabar lah yer.. satu hari nanti akan ke sana juga kalau ada niat..

kak anash: long list pun sekejap je nanti die sampai dengan kereta.. hehe buah buahan negara orang memang lagi sedap ek? kenape r?

Anash said...

shahrule,
aaa???? dengan kereta????
err...
ntah le nape sedap bebeno buahan di luar negara
fresh from farm kan???
hehe
selamat bercuti tau!!

shah_rule said...

iye kak anash, sume nye sedap je kt luar sane.. taktau ler~ biskut kering pun jadi sedap asal name kt oversea.. haha

thanks kak anash.. nanti2 entah ade ntah tak mase bercuti ni lagi.. huhu

Anash said...

huh..jgn nanges nanti tak comel !!
hehe
akak pun tumpang gembira jugak shahrule abis belajar (dah mcm nasihat set2 makcik2 plak akak nih..hahahah)..

sementara tgh bercuti...shohh...shohhh..
pegi lah berjln...

dah..jgn nanges..huduh!!(hahaha)

Azizan Zolkipli said...

Aduhhh, sempat juga kamu berkayak kat situ ekk ? Jeles, jeles Wakjan ! Tapiiii ... apasal masa dulu Wakjan gi takde orang sewakan kayak pun huhuhu ...

gua tu best kan, dalamnya ada lampu berwarna warni. formation pun menarik juga ! awek yang jual tiket tu lawa ! Ehhh, tiba2 teringat pulak kat awek tu ahaksssss ...

Lily Riani said...

awat i termiss byk entry korang last week yek.... must be busy with deadline. nih nak curi2 masa sat.

i teringin nak gi Sapa. if you wanna go, i nak ikut but not too tight a schedule ler... heheheh... (ngada lak demand2, kata nak ikut!)

i have been to hanoi, tak fancy sgt, i nvr blog about my hanoi sbb tak sukaaaaa trip tuh! ehheheh.... nnt2 i blog about it.

Danny / John said...

brape lama paling sesuai nak spend kat hanoi? agak2 3 hari cukup x?

niL said...

Mcm kat Li River laaaa!! Cun!

Ainul Arina Madhiah said...

cool la plak hanoi nih. menarik.menarik