ADVERTISEMENT

Oriental Express Part 8.0 Leaving Hanoi For Bangkok


Hello readers~

Sorry sangat2 selepas busy time exam sekarang busy after exam pula, banyak form kene isi, kene hantar borang sini sana.. dan akhirnya aku berjaya juga menguruskan segala form dan memunggah segala barang dari KL balek ke Johor Bahru.. Home sweet home...huhu dan sekarang floaded dengan segala pages berkenaan TRIP selepas ini.. rasanya baru 50% je siap.. matilahhhhhhh walaubagaiman pun aku akan cuba menghabiskan cerita yang tak habis-habis ni~ dah basi dan berulat dah pun... hahaha geez~
*and thanks for the email yer, kalau ada apa-apa inquiry tentang trip aku ni email je, yang mana aku boleh tolong kasik nasihat, aku tolong ok!
_____________________________________________________________________________

New fresh day again rasanya bila bangun pagi kat Hanoi, aku turun-turun dari bilik terus memasukkan roti croissant with butter & strawberry jem dan kopi hanoi sebagai menu tetap breakfast di hostel ini.

Siap breakfast sekali lagi kami berjalan keluar menuju ke tasik Hoan Kiem tuh lagi jalan-jalan. Sambil mencuba kad atm Maybank yang semua kene tendang dengan bank-bank kat sini. sebabnya aku dah kehabisan duit time kat sini. Tujuan keluar ini adalah untuk mencari kedai-kedai sourvenier, malangnya t-shirt yang aku jumpa semalam tak jumpa pula masa pagi ni. Jadi aku beli ala kadar je, cukuplah bawak balik fridge magnet saje.. tu pun beli sourvenier bayar pakai kad~ malangnya memang dah takde cash.
Berjalan-jalan lagi di tepian tasik~ sejuk pun sejuk time nie



Tourist information ini sangat membantu, orang kat sini lah yang banyak menunjuk jalan ke tempat public bas station yang ada bas ke airport
Selepas membeli barang-barang sourvenier aku kembali semula ke hostel dah tiba masanya untuk check-out. Check-out hostel ini adalah pada jam 12pm. So macam mana nak ke airport? Dari hostel dia sediakan airport shuttle dengan harga USD15 per person. Mak datuk, bergegar telinga aku mendengarnya, balik bilik dan Johny suruh jalan depan sedikit di hadapan bangunan Vietnam Airlines ada shuttle yang berharga USD2 per person. Disebabkan memang dah takde duit aku google cara public bus ke airport. Dan jumpa memang ada caranya untuk ke airport dengan menggunakan public bus. Tapi terpaksa menapak selang 3,4 block kedai dimana terletaknya bus station. Direction? im so sorry aku dah tak ingat. Tapi hanya menggunakan satu bas je, perjalanan dalam 45 minut cuma berharga 5000dong a.k.a USD0.30. Thats how local go to airport. haha
Inilah station bas yang dimaksudkan


Tunggu di platform 17

Bas bertulisan Noi Bai adalah airport bas

dalam bas sangat berdebu~ adoi

Dan aku kene menapak pusing ke belah sana.. takde jejantas yer~ kene lalu main road

Noi Bai International Airport, Hanoi.
Setibanya kami di airport kami terserempak lagi dengan orang malaysian terengganu tuh, what's a small country~ haha duduk la memana makan roti menghabiskan tuna dan biskut, dan jam 4pm kami berangkat dengan menaiki pernebangan Qatar Airways ke Bangkok pula. Walaupun aku berdebar-debar untuk sampai ke Bangkok dimana seminggu sebelum aku mulakan trip ini ada laporan tentang bom yang didakwa oleh kedutaan US yang kononnya mensasarkan serangan ke atas golongan traveler, aku memang cuak sebenarnya dan terbukti pemeriksaan imigresen juga ketat semasa ketibaan kami. Walaubagaimana pun ramai rakan-rakan di couchsurfing mengatakan semua dalam keadaan terkawal pada waktu berkenaan.

Free duty zone dia jual macam ni je... 

Add caption
with The winner of the Best Airline 2011 Award~


Tempat yang paling diberi keutamaan adalah di kawasan tumpuan pelancong terutanya Khao San Road. Aku memang langsung tak menjejakkan kaki ke sana. Cuak juga lah. tapi Alhamdulillah aku selamat sepanjang tempoh berada di bangkok. kepada sesiapa yang mungkin akan menghadapi situasi seperti ini aku rasa laman web ni mungkin dapat membantu.

Sekali lagi syarikat Munchys memberi kejutan~ macam mana boleh ada dalam flight ni?


Kami berjaya mendarat di Bangkok sekitar 6petang, tapi dah gelap sudah disini. Selesai imigresen kami menaiki skytrain dari Suvarnabhumi Airport (padamkan bunyi huruf i untuk menyebut nama airport ini) ke station Payathai menggunakan CityLine Train. Berdekatan dengan payathai station, jalan kaki menuju ke skytrain dan menyambung perjalanan ke Chong Nansi station dimana terletaknya hostel kami, YHA Bangkok Downtown menerusi Exit 4 dari station berkenaan. Harga perjalanan ini dalam THB 70 kalau tak silap.

Di Payathai station, kene tukar Line ke Skytrain. 

Selepas check-in pekerja hostel di receptionist dah siap-siap bungkus nak masuk tidur katanya~ dan banyak benda hostel ini tak sediakan contohnya towel,  plug adapater dan PC internet. Cuma ada wifi free dan sedikit breakfast.. just sebelum dia naik tidur dia cakap
" there is nightmarket nearer here in silom road.. everything you can  buy there... EVERYTHINGGG (sambil  ketawa yang scary~ haha faham2 je la)

Dinner yang sangat puas hati, rindu dengan menu ini Rice with chicken & Green Curry THB59
Bersambung lagi...


13 comments:

Janggel said...

Uiiii menapak nak lintas jalan tu macam mencabar je!
Gambo tu ada caption : Add caption hehehe

abbazsmakl@gmail.com said...

eh, halal eh KFC kat sana? aritu gi tgk menu je terus kuar. tp masa g aritu, dier ade wat promo gelas besar. besar gile kot gelas tu. blh mabuk PEPSI kot. hahah

Rayyan Haries said...

yesszaa! update pon!

I stayed at Khao San Rd a few days after the bombing, oklah...nothing happen... Alhamdullilah..

Kfc tuuu...rindunya! bila tau jer halal, terus ngap! haha..dah lah sedap and murah...

Bila lah nak dpt naik Qatar ni?? hheeheh...eh2, lama tak hanoi-bkk?

shah_rule said...

Janggel: bole pla ko perasan yang add caption tuh.. haha
jalan tuh biase je menonggek la dengan beg berat itu.. lagipun kt luar sejuk ja

abbaz:KFC thai halal dah tnye kt kaunter lgpun pekerja die ramai yg pakai tudung.

Rayyan: serious dah la murah, sedap lak tuh. ini la makanan siang malam aku kat sana. haha
hari tu harga qatar lebih murah dari Airasia. Sebat la~ haha dalam 2jam camtu kot.

Danny / John said...

omg! kfc gulai kari? hahaha...sedap x?

naik qatar camne? best tak? nk beli tiket pegi london nih!

niL said...

Good Info Doc!
Tgh amik point2 penting nih..
Err..tahap kedebuan bas tu..kena pakai mask tak agak2?

Danny / John said...

ok dh abes baca. brape rege tix flight ko beli tu? how long was the flight? mcm menarikkk...

aku teringt pulak g bangkok dlu. dr city ke airport naik aiport express tu 45bath je..aku ingtkn 90bath.

Anash said...

kena bwk begpack mcm tu ker?
alahai...akak nih jenis tarik beg trolly...
ish..kena gigih bina otot...
...

sejuk ker waktu nih??

shah_rule said...

John: hmm so far ok la Qatar, die nyer entertainment memang best~ banyak gile citer, kalau series tuh, semua episode glee ade. i bet sampai london pun tak habis tengok.. hehe
rasanya harge dia dalam USD70, airasia pun msa tuh USD77.. kfc green curry memang terbaik!!

niL: haha tapi ramai orang sini pakai mask. memang negara dia berdebu agaknya, walhal musim winter.. sebab kering kot time nie..

kak Anash: kalau jadi kite ke Guilin nanti kite bawak beg camtuu yer.. hehe sejuk masa ni, cakap pun berasap~ hehe

Ainul Arina Madhiah said...

qatar is one of the most expensive airlines kalau dr jordan nih. woo tak pernah terfikir nk naik. tapi klu tetiba dia murah terlebih dr airasia, giler ah! bertuahnya~

PM said...

cepat sambung lagi.... hehe

shah_rule said...

Ainul: ek rasanya kalau nak ke europe pun kadang2 nampak cam lagi murah dari emirates or mas. tp time tu die murah, mmg nasib baik la..

PM: sabar2 tgh usahakan nie.. dah nak habis dah pun..

Anash said...

apa plak KALAU jadi gi Guilin?
akak memang kompom jadi gi Guilin lah!!! (dah beli tiket)
...cepat aaa dokte..beli tiket sesaing!!!!!
(mana plak akak nak pau begpack nih???)