ADVERTISEMENT

This CIty is My City

Hello readers,

Agak lama tak update story, masa awal-awal tu berapi cakap nak update selalu, tapi bila dah kat sini susah pula nak menaip cerita..mungkin sebab sejuk kot, semua benda nak tidur je.. nak fikir pun malas.. haha mungkin gambar yang di-upload kat facebook tuh je la yang dapat menceritakan segalanya buat masa sekarang sehingga aku balek nanti ke tanah air tercinta~ gituh!

Sekarang dah masuk 2 minggu dah aku kat New Zealand, dah ke hulur hilir dah dari South dah ke North pun sekarang ni.. So sekarang i choose to relax jew, sekarang sehari snap picture tak sampai 50 pun, dulu masa baru sampai sehari snap sampai 500 gambar, nampak sangatlah dah termuntah tengok gunung ganang dan lembu kambing semua ye tak.


Sekarang aku selamat dan rasa terjaga di Hamilton East. Hamilton merupakan bandar ke-4 terbesar di NZ. Sebenarnya plan aku sehari dua je kat Hamilton sebab bukan ada apa pun kat sini. Itu pun sebab nak menumpang couchsurfing di rumah Robert Moore (Robe) untuk satu malam atau dua.


Plan berubah apabila hari pertama aku menjejakkan kaki di Hamilton, sementara menunggu Robe pulang dari kerja jam 4pm, kami berlegar dulu di area kedai-kedai dan berusaha mencari kedai makan halal. Jadi kami masuk bertanya ke dalam brothers dari Somalia, the owner of the butcher shop tuh. Selepas keluar dari kedai tersebut kami semua terpinga-pinga dengan beg masing yang gedabak digalas masa tu, seorang makchik lalu dan menyapa sebaik aku menoleh ke arahnya dan senyum:

Makchik: dari mana??? where are you from?
Aku: dari malaysia chik..
Makchik: eeekkkkk melayu.....! laaa
Aku: Kan makchik yang cakap melayu dulu tadi (sambil ketawa)
Makchik: makchik dengar tadi korang cari kedai makan.. kedai makan situ tak sedap sangat.. situ pun..bla bla bla potpetpotpet... SUDAH DATANG UMAH MAKCHIK, MAKCHIK MASAK.. (terus dia masuk kedai butcher tu tanpa menunggu jawapan dari aku yang MAHU TAPI MALU ni..
*kitorang kat luar speechless..
Makchik keluar kan kepala kat pintu sekejap: Nak masak kicap ke masak merah??
Aku: Lamanya tak dengar kicap!
Makchik: ok masak kicap
*Speechless lagi kitorang kat luar.

Hari pertama menjejakkan kaki di rumah achik eton.
So begitulah hari perkenalan kami dengan makchik Eton, atau kami panggil Achik je~ Achik eton berasal dari singapura dan dah lama menetap di New Zealand, hampir 35 tahun. Dia suka NZ sebab tak sesak macam kat Singapore, anak-anak dia dah besar, semua pergi travel tinggal dia, husband dan Rashid (Student phD Uni of Waikato yang menyewa dirumah dia, orang Teluk intan ni!)

Interior rumah achik, siap ada gambar kaabah.. 

Hidangan pertama, merasa makan keropok lekor kat NZ, ada Nachos and biscuit..

Selepas dinner, achik buatkan cheese scone..
Selepas makan Achik insist untuk kitorang stay rumah dia je, tapi aku dah janji dengan Robe, so malam first aku tidur rumah Robe dulu... Robe pun sebaya dengan aku, baru habis degree in politic science Uni of Waikato, Hamilton. Baru 4 bulan dia kerja~ housemate dia pun semua awesome- Zane, Nick, Caleb and Tim.

This is Robert...
His awesome house, aged of thousand year now~

Farewell with Robert and Zane.. Dia ni Veggie pening aki fikir nak masak apa. last2 achik suruh buat chapatti kuah dal dan terung goreng..sumpah sedap!! berchapatti bersama auntie di dapur dan gi rumah Robert untuk farewell party.. 
Dan malam seterusnya dan sampailah malam ni aku ada kat rumah Achik. Semalam aku ke Masjid Hamilton sembahyang jumaat, ramai Malaysian aku jumpa dan semua memang best gila. Abang Izhar siap suruh datang dinner rumah dia dan pick up kitorang bawak jalan-jalan. Ada Dr Nik (Anaesthesiology) kat sini pun sama baik gila, nak gi mana-mana dia boleh hantar, call je sebab dia dah malas nak kerja.. boleh???

With abang Izhar and family, layan habis deorang nie...
Anak bongsu dia Amar, tak reti duduk diam...
Itulah update buat masa kini..Having such a good time here and feel like home, achik masak makanan untuk kitorang, sambal belacan pun ada..haha. Ada kawan orang New Zealand kat sini dan sekeliling ni ada juga saudara mara dari malaysia. I seriously will miss this moments..


Add caption

Shah_rule,
Hamilton, NZ.

20 comments:

Mie said...

Untungnya rezeki datang bergolek-golek...

shah_rule said...

Alhamdulillah abang mie, memang banyak sangat benda say bimbang, tapi pada penghujung jalan diberikan juga bantuan yang datang melimpah-limpa. rahmat dariNya.

Danny / John said...

wahh!!! best giler pengalaman mcm ni. alhamdulillah sgt2 kan.. byk bnda dh tempuh ni. hehehe.

#untungla boleh cakap melayu dgn org kat sana. hehehe.

Biqque said...

how i wish i can migrate to NZ...sigh...

*dengki mode*

abbazeef-wanderlust said...

@shahrul - kdg2 rezki dtg tnpa disangka2 kan? good for u! i g nz masa raya. xsbr lak. hahahah

Anonymous said...

MasyaAllah, rezeki awak shahrul. Bertambah lagi kenalan yang baik hatikan.Syukur.



zany

BlueEwoke said...

Aku pun rasa cam nk migrate ke NZ, leh aku jadi cam makcik tu, pandai buat scone!! hahahah

Janggel said...

Nak pi niuzilen gak!!! Tapi taknak migrate sebab saya sayang Malaysia. Hahaha

AndaQue said...

Wahhh memang best baca entry ni... saya senyum sendiri bila baca tentang gelagat makcik eton tu...pengalaman jumpa orang macam makcik eton tu best sama macam kisah Janggel, Danny dan masMZ jumpa mamak yang baik ati kat India dulu....Santai aje bila baca entry ni.... :)

Rozita said...

Rezeki yg tak di sangka sangka. Best lah trip shahrul kali nih!

shah_rule said...

John: banyak sgt weh benda dah dtempuh dan akan ditempuh..bertabahlah.. haha

Biqque: migrate laa, bole aku selalu g umah ko plak.. hehe

Abbazeef: raya kat nz? wow datangla hamilton katanye raya meriah disini.. achik ni pun jemput datang laen kali..

Zany: bertambah kenalan, betul tu kak zany..

Chawanna: hehe bdak2 kecik kat sini kalau cakap melayu nanti die reply english yer..nanti aqilah pun jadi camtuh.. asyik makan cheese je..

Jnaagel: marillah datang dengan ticket balek sekali.. rindu malaysia..

Andaque: makcik eton ni memang baik, tak sangka jumpa tepi jalan je.. macam cerita india deorang jugakla..hehe kat rumah die pun duduk santai je, x wat pape pun..

Rozita: tuh la bersyukur sangat kali ni..

Cawan said...

seronok nyeeee bila dpt bertembung dan borak dgn org local.. org negara sendiri pun bnyak membantu :p

Rayyan Haries said...

Shah_rule,

mcm nak houseman kat NZ jer..hehe...taknak try ker?

syok owh bila jumpa malaysian yg baik2 bila kita backpack ni...tapi ada gak yg sumbung... lucky u!

achick eton tu sweeet gilerrrr..hahahahha...

Naramas Aman said...

Eh rumah awesome yg beratus tahun tu macam sama je dgn rumah yg pernah saya tangkap gambar dulu...tapi kat Christchurh :)

shah_rule said...

Cawan: kat sini malam duduk rumah achik, nak gie rumah robert ade orang tolong hantar, bukan jauh pun..

Rayyan: achik eton memang sweet giler, nanti aku sambung citer nie.. hehe more more,,
so far orang malaysia kat sini bebaik, achik walhal bukan orang malaysia, orang singapore laa.

Naramas: orang kate ni macam rumah orang dulu2. owner tanah sblom rumah2 bertambah di sekelilingnye..

PM said...

waa... seronoknya... rasanya duduk Malayapun belum tentu dapat layanan sebaik tu kan????

shah_rule said...

kitakna hidup bersaudara~ cewah.. nice experience la dapat camni.. nasib je cik eton kutip kami.. haha

NEKCIK said...

askm..wamboiii macam dah tak ingat nak balik mesia jer niii..

outbound malang said...

kunjungan gan .,.
Menjaga kepercayaan orang lain lebih penting daripada membangunnya.,.
di tunggu kunjungan balik.na gan.,.

Anash said...

akak nak berjiran dgn makcik eton, leh?
hehe
leh bela kucing sama-sama...