ADVERTISEMENT

Trip Down_under 1.0 : South Island, NZ


Downunder merujuk kepada negara Australia, New Zealand dan beberapa kepulauan di perairan Lautan Pacific. Panggilan tersebut datangnya dengan merujuk kedudukan negara-negara ini d bawah kebanyakan negara lain di dalam globe dunia. Sebenarnya aku sendiri tak tahu istilah ni, tapi disebabkan aku nampak penggunaan nama ini sangat meluas kat sana, dan beberapa kenalan baru yang aku kenal kat sana banyak menggunakan perkataan tersebut dalam nama email, website.. so i think i found the tittle for this entry~ :-)

Aku memulakan perjalanan kali ini dari Johor Bahru. Sekitar 8mlm 24/5/2012 aku terus ke Mid Valley Mega mall sebab aku selalu tukar duit kat sini. Rate dia murah berbanding KL Sentral. Catch up with Azuan yang tiba di KL sentral dan kami berdua terus bergerak ke LCCT  dan akan meet up dengan 2 lagi ahli jemaah di LCCT.


RM12.50 for one-way to LCCT
Penerbangan Airasia X sudah hampir menutup laluan kegemaran ramai Christchurch dalam masa 4 hari lagi dari tarikh kami berlepas. Sangat sedih sebenarnya tapi kami bersyukur diberi peluang pertama tahun lepas dan kali ini peluang ke-2 dengan tiket tambang murah ke Christchurch, terimalah habuannya bila dah tempah ticket awal2.. :-)

Perjalanan mengambil masa 11 jam, dah memang jadi trend aku kalau aku nak naik flight aku akan berjaga satu malam, sebabnya aku berharap aku dapat tidur sepanjang perjalanan tuh.. sebab tuh awal-awal lagi aku dah sampai dan sibuk berbincang pasal budget, activity bersama ahli jemaah yang lain. No coffee, no tea bnyakkan minum susu sure senang nak tidur nanti. Tapi dalam flight takde pulak dia jual susu~ coffee, tea ade lah.

We are in CHC again
Orange-morning..

Aku selamat mendarat di Christchurch international airport pada jam 11mlm dan untuk selesai semua hal imigresen dan custom~ memang dijangka pukul 12am lah baru dapat keluar. Kali ini kami tidak membawa luggagge makanan sebaliknya bawak kotak berisi makanan (20kg), berdasarkan pengalaman lepas dengan menggunakan kotak ( walaupun style ni macam makcik2 check-in kotak baru balek shopping kain kat Bandung) makanan yang bole aku sumbat lebih banyak dan kotak boleh terus buang tak payah susah2 macm tahun lepas sampai kene reject time check-in semasa nak balek tahun lepas, selamat ada kawan German masa tu yang tolong bawakan beg tersebut untuk lepas masuk cabin.

We killing the time masa tu dengan baring tidur di atas lantai di arrival hall, dah pernah buat dulu so buat la lagi. Sampai puku 4am pertugas airport akan mengejutkan semua orang seperti warden asrama. Aku pergi menyiapkan diri dan seterusnya kami lepak di are departure hall sebab banyak sofa dan jauh lebih selesa dari arrival hall, walhal apa yang kami tunggu adalah shuttle ke Jucy rental bukannya flight.

Pukul 7am setelah bertanya di i-site airport kami menuju ke station pick-up untuk rental car sebab dari situ akan ada shuttle membawa kami ke Jucy rental company. Kereta yang kami sewa adalah relocation car bermakna kami ambil di Christchurch dan perlu memulangkannya di Queenstown dalam tempoh 3hari sahaja. Ibarat membantu deorang mengalihkan kereta ke Queenstown sebab waktu winter adalah peak season di Queenstown. Dengan itu untuk sehari kadar sewa yang dikenakan adalah NZD 1 sahaja. untuk 3 hari? NZD 3 je la... disebabkan aku takde kredit kad tak mampulah aku nak bayar deposit yang bernilai NZD3000, jadi aku ambil full cover insurnce dengan kadar NZD 17 sehari untuk mengurangkan excess kepada NZD 0 dan tak perlu deposit.

we got Nissan Sylphy

Here we go!!!
Akhirnya perjalanan roadtrip bermula dan destinasi yang kami tuju adalah Oamaru. 1st stop adalah Timaru sebab disebelah jalanraya ini terletaknya Hypermaret Pak n Save, i want chocolate so badly~ dan top up makanan mana-mana yang perlu dan air. Bila kat luar aku fikir dua tiga kali kalau nak beli soft drink sebab harga dia yang sangat mahal, so kat Pak n Save tuh memang murah gila.. takde fikir-fikir dah, beli jee.


i-site Timaru






Oamaru, New Zealand


Perjalanan ke Oamaru mengambil masa 3jam setengah, faktor masa amat dititik beratkan sebab sekarang dalam musim sejuk, dan waktu matahari terbenam agak awal. Jadi plan masa dengan baik, so dapat cover banyak tempat. Kami memulakan penjelajahan di Oamaru dengan mendapatkan peta dan maklumat di i-site. seterusnya memandu 30 minute untuk ke Elephant rock, dan jalanraya ke tempat tersebut sangat tidak meyakinkan so make sure ask the direction kat i-site, maybe you will end up dengan turning back bila jalan nampak tak meyakinkan padahal jalan itu betul. Awas yer~





Bandar Victoria, aku suka semua bangunan sini..

Selesai menjelajah barisan kedai-kedai di Oamaru town yang sangat unik, aku ke look out point kalau-kalau ada sunset, dan bila hari nak dekat gelap, waktu macam ni la penguin akan naik ke darat jadi aku ke look out point yang lain pula untuk tengok gelagat binatang comel itu naik ke darat. Masa ni tak percaya boleh nampak penguin depan mata  berjalan naik ke darat. kalau sesiapa ke Oamaru ada satu pusat yang memang memelihara pengguin tapi kene bayar lah untuk entrance tapi seperti yang aku buat ni FOC je~ sbab memang banyak penguin yang akan naik ke pantai dan bila waktu malam bersepah pengguin dalam town Oamaru ni kat tepi-tepi jalan~ Jangan terkejut! 



from the look-out point di Oamaru~ kalau datang time tengahari maybe lagi cantik.. 

*kalau nak snap gambar penguin ni orang di i-site pesan jangan kasi flash~ kesian dia terkejut nanti dan bunyi bising keluar nanti terjerit-jerit dia.. kata orang tuh la. so bawak torchlight yer~

Dan bila matahari nak naik dia akan berjemaah lagi untuk ke laut. Bezanya yang tempat penternakan tuh dia adalah blue penguin colony manakala yang bersepah ni yellow penguin colony, beza? sebab aku rasa kata bawah mata dia ada colour kuning.. haha ntah la~
Area untuk men-spot penguin naek ke darat.. 
Ekspidisi mencari penguin, mari turun di sini.


Bila hari makin gelap kami meneruskan perjalanan dengan memasuki jalan menuju k Dunedin, kami menumpang rumah Rene malam ni, kenalan dari Couchsurfing. Rumah dia seperti yang dah aku post dalam entry yang lepas. Banyak benda kami borak-borak di rumah dia dan kebetulan kami bersama dengan couple cina dari Penang~ banyak benda dia kongsikan dengan aku sebab dia dah nak balek Malaysia setelah 6 bulan lebih stay kat New Zealand dengan working holiday visa. Disebabkan kami semua tak dapat proper sleep semalam, agak cepatlah kitorang masuk tidur. Lagipun pukul 5.30pm hari dah gelap, so kalau pukul 8 tuh dah macam pukul 10/11 dah rasanya.

*disebabkan masalah teknikal sikit, habis gambar yang aku snap semua hilang. Memang tak banyak gambar untuk roadtrip kat east coast. Masa tu aku cam dah separuh gila dah bila tau gambar tuh semua hilang..

14 comments:

Rozita said...

Comei tengok penguin tuuu, mesti cute diaorg terkedek kedek berjalan kan?

Anash said...

what??? gambo ilang.?
ishhh..kawan ada back-up????
btw, penguin itu comel...
tau...

NEKCIK said...

tak dapatlah Nekcik nak gi NZ jumpa my old penpal ...form 3 dulu..kat Auckland sebab AA da tak fly sana..huk..huk..

Danny / John said...

WHAT THE HELL GMBR HILANG???? OMG!!! mcm mana boleh hilang beb? adoyaiii frust sungguh weh! takde backup? kalo aku dh meroyan tak abes nih!

bertabahlah

Janggel said...

Macamana kejadian gambar hilang tu???? Scarynya!
Pengguin tu nampak sekor2 camtu ke? Mana yg banyak2?
Teruskan lagi!

Anonymous said...

hari tu ada bagitau kawan pasal car relocation Jucy ni memang dapat $1 per day tapi kereta manual ke?

Oamaru memang cantik, tak pergi tepi pantai ke sebab penguin besar2 banyak bertenggek atas2 batu.

bilalah nak sampai NZ lagi ni.

Zany

shah_rule said...

rozita: comel je cam nak sergah die biar die lari.. haha

kak anash:penguin? saye lagi comel kot. haha
xde back up. hilang terus, gamba pun rembat dari camera dia..

nekchik: bole naik AA g sydney/melbourne/gc..pastu sambung flight laen.. jimat jugak la.

john: ak memang meroyan habes mase tuh, sian kawan2 ak terpakse melayan.. haha

janggel: sebab time transfer ke pc dia dah move n replace.. tak perasan plak.. tension nye

kak zany: kete tu mostly auto.. cume satu jenis kete yang macam myvi tu je manual.. tuh pun saye mintak manual deorang tak caye saye bole bawak manual.. last2 die kasik auto jugak

Biqque said...

gambar ilang???

*pengsan*

kalo aku, ya Allah, nangis meraung kot...sigh...

RINDU KAT NZ!!! ARGH!!!

Hulubalang said...

Kereta sewa tu rasanya nissan sentra bukan sylphy...

shah_rule said...

biqque: tuh la pasal ak dah pengsan pastu bangun pastu pengsan balek.. haha
sedih giler...

hulubalang: memang ada plat kat belakang kereta tuh tulis nissan sylphy. maybe model lame kot.

blog-tips-kurus said...

saya tengah berangan masuk dalam gambar itu... ;)

Fatt said...

gmbr ko hilang? oh deng!!

eh aku pun sewa dgn jucy, tapi aku amik campervan sampai ke auckland...hehehe...okeh sila teruskan!

shah_rule said...

tip-kurus: masuk la dalam tuh.. nak jadi penguin? haha

fatt: mmg deng gile haha
ko amek relocation ke auckland tuh ke? wah meriah kan deal tuh, dapat full tank fuel, takyah bayar ferry.. best nye.. so banyak ke tempat singgah kat north?

ida said...

rasa nya kita p NZ pd tarikh yg sama...anyway nice blog..and memang best NZ...next year nak p NZ atas pula...dgn AA sampai Melbourne then dengan Jet star ke Auckland...