ADVERTISEMENT

Trip Down_under 2.0 : South Island, NZ


Semalaman dapat rehat kan diri menumpang rumah orang diatas tilam yang empuk selepas tersadai di airport satu malam. Rasa seronok dapat rehat macam ni~ ini pengalaman pertama menggunakan couhsurfing, macam bengong juga mula-mula nak contact Rene sebab kitorang terlajak simpang rumah dia, dengan pertolongan makcik pekerja supermarket yang tolong contact kn Rene, dan yang peliknya makcik ni kenal semua orang dalam kawasan tuh, hebat tak hebat kan, ukhwah temanye~



untuk entry sebelum ini di rumah Rene --> klik sini

Ak bangun agak awal, masa subuh langit sangat terang dengan ribu-ribu bintang, cantik sangat.. Kami semua prepare kan breakfast untuk Rene. Elyn dengan Lee orang yang pertama keluar dari rumah, deorang dah nak menuju ke Christchurch untuk balek ke KL manakala kitorang keluar sejam lepas deorang menuju ke selatan.



Pagi sangat cantik, kurang sikit sejuk berbanding semalam sebab ada cahaya matahari. Dalam perjalanan menuju ke Dunedin di State Highway 1 kami singgah di Moeraki Boulder. Kat sini ada batu-batu bulat, aku pun tak tahu apa ceritanya tempat ni, tapi sekadar jalan-jalan ditepi pantai tengok matahari terbit. Masa aku sampai pun dah jauh juga terbitnya~ dan tiba-tiba ada orang panggil nama aku dari belakang. Rupanya Elyn and Lee ada kat situ, patutlah dia keluar rumah awal tadi sebab nak cari penguin~

Gambar bawah: bersama Elynn dan Lee ( 1 Malaysia)




Kami meneruskan kembali perjalanan, ada signboard bushwalk lagi , harus kami singgah~ aktviti kelab pencinta alam kaedahnya.. Hahaha dan jalan dari berturap jadi tak berturap.. gigih sangat dan akhirnya sampai di area tebing menghadap laut. Weeeee rasa nak bina rumah dan menetap je kat situ *berangan!

Sedikit fakta: jangan risau berlari-lari dalam bush ni sebab menurut sumber dekat NZ memang takde ular, buaya, kala jengking segala benda berbisa yang boleh membuatkan korang mati.. Jadi ramai orang nak spent waktu tua di NZ for sure akan mati dengan normal, kadar jenayah pun kurang kat sini..  



Dunedin, New Zealand


Perjalanan diteruskan dan akhirnya sampai ke Dunedin, Otago. Waktu siang sangat singkat di musim winter, jadi kene lah plan sebaik mungkin. Aku terus ke i-site Dunedin sebab nak dapatkan map dan bertanya arah. I-site Dunedin terletak di tengah-tengah bandar berdekatan roundabout besar, susah nak dapat parking kat sini, jadi aku sarankan parking di area Countdown supemarket. Parking pun free up to 90 minutes, dan boleh jalan-jalan sekejap dalam town. Berhadapan dengan Cadbury factory.

Countdown supermarket
Dunedin train station
Ingat plan betul-betul!!! 

Oleh sebab waktu siang yang singkat, aku pass dulu untuk ke Cadbury, sebab malam ini kemungkinan kami akan bermalam di rumah rakan couchsurfing lagi di Dunedin. Jadi kami berlepas ke look-out point Dunedin di atas bukit. Dari sini boleh nampak bandar Dunedin, siap nampak laut lagi.

from Dunedin look-out point

Selepas turun dari look-out point kami singgah ke Baldwin street "world steepest street". Masa sampai tu aku tengok je dah rasa penat, tapi disebabkan cuaca sejuk ni memang perlulah aku memanaskan badan. 







Selesai di Baldwin street aku memecut laju ke Tunnel beach, dalam 10km dari bandar Dunedin, akhirnya aku sampai ke Tunnel beach. Tak banyak signboard nak ke tunnel beach ni aku terpaksa berhenti bertanya arah dari orang di area-area kedai. Dan signboard di simpang ke Tunnel beach tu sendiri pun kecik je tergantung kat atas tiang lmpu jalan, selamat budak-budak ni semua perasan kalau tak entah ke mana kami sampai nanti.

Dari area parking kene menapak, disediakan track untuk berjalan sampailah nampak laut dan tebing-tebing yang sangat unik. estimate time untuk berjalan dalam 30 mnt. Ombak boleh tahan kuat, tak sesuai untuk ber"ombak rindu" kat sini, gayanya macam ombak mode bergaduh boleh la. haha

entranvce to Tunnel beach walkwa




Ni kalau jatuh memang tak balek malaysia, ditambah ombak menganas kat belah bawah~
Nak balek memang seksa sikit sebab kena naek bukit..

Akhirnya matahari hampir terbenam, setelah bermesyuarat sekejap kami semua bersependapat untuk meneruskan je perjalananan ke Queenstown malam ni, sebabnya waktu malam yg panjang, tak elok dibazir-bzirkan. Lagipun dah la kedai-kedai tutup pukul 5pm macam tuh, harus kebosanan takde buat apa-apa.





 Dan tak payah nak patah balek ke Dunedin sebab jalan ni boleh terus ke Alexandria. Ada dua jalan untuk menuju ke Alexandria tapi setelah dikira jaraknya berdasarkan map Jucy, state highway 8 (simpang Milton) lebih dekat berbanding State highway 85 (simpang Mosgiel). Simpang Mosgiel ni lagi dekat dengan bandar Dunedin, mungkin jalan di sini lebih bengkang bengkok sebab tuh jarak dia jauh. 


Di state highway 8 pun jalan sangat bengkang bengkok menyebabkan semua orang tak berani drive, jadi aku drive sepanjang perjalanan tersebut. Memang satu hari suntuk aku drive, dan bnyak juga tempat aku berhenti untuk tidur sebab memang aku mengantok sangat, apabila kami memasuki town Lowrence, terperanjat tengok signbord "FREE wireless in TOWN".. hebat yer tengah-tengah hutan ni ada pekan yang ada wireless~ terus berhenti online sekejap dalam kereta..

Next town Roxburgh, tiba-tiba ada tandas automtik.. harus aku pengsan sekejap tengok toilet ni.. Even bandar besar pun takde toilet yang macam ni. Dan akhirnya sampai ke Alexandria, berhenti sekali lagi sebab kepenatan, turun sekejap main baling selipar kat jambatan alexandria, haha takdelah sebab kereta memang takde memalam ni, sunyinye lak tuh bandar ni...

Roxburgh
Alexandria
Crownwell
Sekali lagi kami menyambung perjalanan menuju ke Crownwell dan akhirnya tiba di Queenstown pada jam 11.40 mlm. Lega tak terkata bila dah sampai ke Queenstown, persoalannya mana nk tidur malam ni? Setelah berpusing-pusing di dalam bandar Queenstown dengan orang mabuk di merata tempat, sebab semua orang duduk ber"konichiwa" dengan aku.. Jepun sangat ke muka aku??

11.40pm just arrive in Queenstown.

Kami lepak di McDonald berdekatan area Frankton, sebab sini je yang buka 24jam dan pada jam 4 pagi kami parking kereta berdekatan jalan naik ke Gondola dan tidur di situ dalam kesejukan malam di Queenstown.


11 comments:

Biqque said...

i will keep on saying "i miss nz" tanpa henti!

shah_rule said...

jom ikhtiar cara untuk dapat kembali ke NZ dengan harge murah.. hehe

Janggel said...

Terbaik gegambar itu semua. Sangat santek.

BlueEwoke said...

aku tak sempat nk ke tunnel beach kt dunedin tu..ishhhh

NEKCIK said...

weiii letih Nekcik mengembara NZ di alam maya nii...syioook tengok gambo cantik cantik...kalau
dolu dolu..Nekcik gunting tampal kat notebook..

Rayyan Haries said...

i envy u!!! bila mau sampai NZ ni!1 dah lah AA stop flight to NZ! wuarghhhhhhhhhhhhhhh....

butseriously cantikkot gambar2 semua

zany said...

Dari Dunedin ke Qtown waktu malam? Kalau waktu siang pun dah ngeri tengok gaung bagai semasa cross gunung ganang ni.

shah_rule said...

Janggel: yang ni je gamba yg dapat diselamatkan.. sedih la sedih gamba hilang!! #tetibe_meraung

Chawanna: tp korang ke nugget point kan, lagi advance.. hehe tak larat dah drive sampai sane..

Nekchik: gunting tampal dalam buku pendidikan seni.. folio ke... haha

rayyan: bole try pakai AA ke ausie, pastu tukaq naek Jetstar ke, pape yg murah sambung g nz..

Zany: mase ni ingat jalan lurus je cam highway 1.. jap lagi baru rase gunung ganang di situ.. haha
ngantok sampai terlelap pun ade, syukur semuanya selamat..

Hulubalang said...

Aku tgk pokok nan sebatang tu sebijik cam wallpaper dalam tablet atau hp android...

ida said...

dah p NZ .memang bes..rasa nak pegi lagik..fall in love with queenstown...

ida said...

can't believe kena usik masa tido kat lake tekapo ...menakutkan but thats is a sweet memories...