ADVERTISEMENT

Trip Down_under 3.0 : South Island, NZ


Queenstown, New Zealand



Bila muka mata selepas terlelap atas kerusi pemandu, segan pula rasanya sebab hari dah siang dan ada orang lalu lalang kat luar tingkap. Sebelum hari bertambah terang ada baiknya semua orang menyiapkan diri~ semasa perjalanan aku nampak kat papan penunjuk suhu -2C.. patutlah aku rasa beku semacam je dan baju aku pagi ni tebal gila~



Selesai menyiapkan diri dengan takde hala tuju, akhirnya aku pergi hiking ke atas station gondola. Teringat kata-kata Lee,:

"kalau naik kita hiking, nanti turun naik je gondola, orang tak check ticket, turun for free je..instead of bayar NZD25 untuk turun naik pakai gondola,,"

Disebabkan suhu yang sangat sejuk ini, ada baiknya buat benda-benda macam ni.. untuk panaskan badan ye tak? Ok selepas bersiap-siap hanya aku berdua saja yang nak naik yang lgi 2 taknak naik, nak tunggu kat bawah je.. Menurut info yang disdiakan estimated time untuk turun naik ke Gondola skyway adalah 1 jam. Mungkin kami akan turun dalam 1 jam setngah sebab nak rehat-rehat kat atas dan turun pkai gondola. itu kata sebelum naik.




Jadi baru aku sedar estimated time tu untuk orang yang kaki panjang, badan tinggi sahaja macam orang putih.. sedar lah diri tu asian, kaki pendek.. naik je nak dekat 2 jam.. nasib tak baek pulak kebetulan Gondola out off service pula untuk hari tersebut sebab kerja-kerja penyelanggaraan. Alamatnya turun lagi secara manual dan menjadikan hampir 3 jam aku melaksanakan misi ini.

Confident aku bawak air ni, baru aku sedar takde gula dalam minuman ni.. OMG



Sebenarnya ada je tanda ini terpampang, tapi orang kata masuk je sebab die tak check.. baru nak buat jahat, tapi tak kesampaian pulak.. haha

Dan sememangnya kisah malang tidak sampai disitu sahaja, sebabnya bila sampai kat kereta pada pagi yang indah itu, ada 2 helai surat cinta diletakkan diatas cermin kereta kami.. SAMAN ok~ Apakah kesalahan yang telah aku buat????

Silly things:
1. kalau kat sini, contohnya jalan menghala ke utara, kalau nak parking kereta di bahagian tepi jalan ini hendaklah kereta tersebut mengala ke utara juga. Dah jadi kebiasaan kat malaysia masuk je asalkan muat tak kisahlah kereta menghala ke utara ke selatan masa parking tuh..  KOS SAMAN : NZD 60
2. Baik je aku parking bawah signboard yang tulis P (240), bermakna boleh parking kat sini dalam masa 240minit, lepas tu sila alihkan.. tapi bila di check ade sikit line kuning kat tayar belakang kereta ni.. APAKAH?  So dia consider aku melanggar line kuning tuh, walhal betul-betul ada signboard parking kat sini.. KOS SAMAN NZD 40


TOTAL SEMUA : NZD 100 nangis tak~ sepatutnya time turun dari hiking petik mana-mana bunga dalam perjalanan tuh, boleh masuk hot tub mandi bunga!! Disebabkan hari ini kene pulang kereta tuh, jadi terpaksalah kami lunaskan juga saman tuh, dah macam bayar kos sewa untuk tidur situ satu malam pula rasanya. Saman ni datangnya dari Lake District office, kira macam dewan bandaraya la yang saman bukan polis.

Semasa menunggu waktu check-in kamu sempat ke i-site good news pada hari ini ada snow shower kat Coronet Peak, harus pergi sana rasa salji turun.. Zaas dari mood tengah down terus melonjak naik balek..
dan ini adalah first time dalam hidup merasa salji turun..

Snow in June~
Keriangan berterusan..


Kemudiannya kami balek ke town dan bersedia untuk chec-in. kali ini aku book hostel dari nakedsleep website, adik-bradik kepada nakedbus yang menjanjikan accomodation yang murah~ tapi walaupun namanya begitu jangan risau sebab anda tidak akan dibiarkan berbogel dalam time time sejuk ini.. ada selimut semua tebal-tebal lagi.. haha

Aku pun agak terperanjat sebab tempah dari nakedsleep tapi hostelnya adalah x-base Queenstown~ dan harga memang murah berbanding tempat dari x-base sendiri. Untuk shared-8 bedroom NZD19 per night dan kami stay untuk 2 malam..

X-Base Queenstown

Selesai check-in aku pergi memulangkan kereta. Jucy rental office di Queenstown berada di area Queenstown Airport. Tangki minyak perlu diisi penuh semasa memulangkan kereta dan pastikn dalam kereta berada dalam keadaan bersih. Azuan temankan aku pulangkan kereta dan balek semula ke Queenstown menggunakan bas dengan tambang NZD 6.

bus fare to airport..
Manakala 2 yang tinggal di hostel menyiapkan makan tengahari~ Bila aku balek, makan, dan siapkan diri apa yang perlu dan kemudiannya tidur~ bila buka mata hari dah gelap.... penat sangat sebenarnya, tak terkata.. Dan waktu malam selain jalan-jalan, makan kami banyakkan rehat jew~




Dont let the sun goes down on me... haha

7 comments:

Janggel said...

BSETNYA HIKING!!!

OMG saman??? Aku pon ada kisah hitam jugak kat OZ hahaha.
Tapi tetap keriangan berganda kan!

Danny / John said...

itulah akibat kalo berniat jahat, tetapi wahai umat Muhammad! Allah akan byr cash! hahah takpelah, pengalaman ok. mahal souvenir tuh!

zany said...

yang tak tahannya di NZ ni saman, tak terjangka kan?

kalau kat Msia district officer atau polis rajin macam tu bagus jugakan, kurang kes kat jalanraya. Ni NZ dahlah penduduk tak ramai, jalan lengang, strict gila.

shah_rule said...

Janggel: pape pun keriangan tetap berterusan.. cume die berhenti sekejap je mase time tuh cam blank sekejap.. terpaku memikirkan 100 dollar melayang camtu je.

John: sourvenier paling best,, teringat kate lily traveller sure kene samannye walopun ak bertungkus lumus menjaga KM semasa memandu tp kene jugak pasal bende laen..

Kak Zany: memang tak terjangka saman die, tgk orang laen drive kt hghway pun laju semacam, kite yang patuh ni ttbe dapat saman tempat laen plak.. hampeh btol!

Rayyan Haries said...

Best tapi bab saman tu melayang gak kan! hadoiii..currency tukar about 500 kan? perghhh...tapi pengalaman lah..

NEKCIK said...

wow really great travellers..tak mampu Nekcik nak ngikutnyer..mau tanggal lutut dan kancing gigi doc!!!

Anash said...

saman?
ish
sah mengigil bayar
samada sejuk
ataupun memikirkan duit melayang ..
.
.
.
.
kenangan yang 'mahal'..hehehe