ADVERTISEMENT

Trip Down_under 4.0 : South Island, NZ

 Salam Ramadhan semua, mari kita sambung kisah trip down_under seterusnya~


_________________________________________________________


Hari berikutnya di Queenstown banyak di habiskan dengan aktiviti "berlari setempat" haha nampak sangat takde benda dah nak buat, tapi apa pun memang best dapat relax kan minda dan badan kat sini. Boleh masak dan makan dengan selesa. Pagi-pagi lagi dah masuk dapur, dan aktiviti seterusnya berjalan mencari sourvenier di Queenstown.. Kitorang dah buat dah trip to Milford Sound last year, so memang duduk Queenstown je la jawabnya..

Hari ini bermulanya penyewaan campervan kami dari Jucy Rental. Company Jucy ni ada 3 jenis campervan je, yang paling besar JucyCondo untuk capacity 4 orang, dan yang ini yang paling murah sekali antara company yang laen jika dikira termasuk insurans, kalau tak ambil insurans ak rasa company yang laen maybe  lagi murah.


Seperti biasa campervan perlu diambil sendiri di Queenstown Airport, sebab nak jimatkan kos kali ini aku sorang je yang pergi. Setelah di_briefing aku pun still terpinga-pinga dan akhirnya kunci diserahkan kepada aku. Aku macam tak yakin je sebab ni kali pertama aku bawak kenderaan selain kereta. Rasa lain gila, dan bila selekoh je PANG PANG PANG bunyi periuk, kuali, sudu, pinggan mangkuk kat belakang.. OMG

Akhirnya aku sampai ke town dan aku terus parking area jalan menghala ke Gondola tu, kali ini macam dapat Obsessive Compulsive disorder (OCD) pulak sebab aku parking tuh sampai ambil masa 10 minit nak betul-betul masuk line semua. Serik kan kene saman semalam.

Petang tersebut bila takde pape nak buat semua nak ajak main salji lagi. dan kami sekali lagi ke Coronet Peak.


At the end, i hate snow because it was cold and wet.. habes kasut basah, dan time2 sejuk ni macam mana nak kering.. 




Wanaka, New Zealand


Good morning Queenstown, its time to leaving the town, seawal 8am kami semua dah siap berkemas dan bersedia untuk check-out. Menurut brother di kaunter hari ini akan hujan sepanjang area West-Coast, orang sini percaya betul dengan  forecast dalam internet. Tapi nak buat macam mana misi hari ini untuk menyeberang area West Coast tetap kami teruskan. Oleh sebab perjalanan ni jauh maka awal la kene bertolak, lagipun hari cepat gelap time winter kan.


Mendaki laluan ke Cardrona yang penuh panorama.. simpang siur tu jangan cakap lah~ 


Cantik sungguh landscape belakang rumah mu itu... sape lah tuan rumah bertuah nie.. haha


Perjalanan kami dari Queenstown menghala ke Wanaka dengan melalui Cardrona, kalau diikut dalam map ada 2 jalan untuk ke Wanaka, jarakk melalu Cardrona adalah lebih pendek jika dibandingkan dengan jalan lagi satu melalui Cromwell tapi jalan di sini jalan menaiki bukit dan simapang-simpang dia semua simpang maut.. pape pun view kat sini awesome, sebab tu nama lain dia scenic road... 


Kami singgah di Wanaka untuk stock-up barang makanan, kat area sini memang takde Pak n Save, jadi selain Pak n Save ada New World kat sini, barang-barang dia pun boleh dikatakan murah jugak. Kami hanya melalui Puzzle World, plan asal nak masuk tapi bila terfikir pasal saman tuh, hmmmm kira kami pass je la nak masuk Puzzle world lagipun kami mengejar masa nak ke Fox Glacier arini..

Atas: Kali ke-2 sampai di tepi Lake Wanaka..
Bawah: Ada New World je kat sini, btw kat sana memang ada kaunter self service..  
Stocking up.. untuk penjimatan, belilah barang jenama local contohnya jenama budget, sangat murah. Baked bean tu satu tin NZD0.60, Spagheti NZD 1, Beras NZD 2.. dah macam promoter ye tak? haha

Haast, West Coast, NZ


Dari Wanaka kami menyambung perjalanan di State Highway 6, menghala terus ke West Coast, jalan-jalan kat South Island ni memang senang je, semua guna single road je.. Sepanjang perjalanan banyak tempat boleh berhenti. Area sekeliling memang cantik. State Highway 6 melalui Lake Hawea, kemudian jumpa balek dengan Lake Wanaka, besar gila rupanya Lake Wanaka ni, kemudian memasuki area Mount Aspiring national park dan akhirnya keluar di perairan barat South Island di Haast.

Lake Hawea

Sekitar Mt Aspiring, banyak tempat berhenti dan track disediakan. Tapi time ni cuaca tak beberapa elok, so cukuplah sekadar ambik angin kat atas nie.

Refueling at Haast.. 
Dinasihatkan untuk semua yang nak melalui area West Coast untuk pastikan tangki minyak anda penuh sebab area West Coast minyak dia sangat mahal. Aku agak berkira-kira sikit pasal minyak kat area West Coast ni sebab memang tak mampulah nak tuang penuh, semua kira-kira sampai ke town seterusnya dengan menganggarkan fuel consumption kereta ini 11L per 100 km. Jadi bersedialah dengan kalkulator yer~



Fox Glacier, West Coast, NZ

Hujan renyai-renyai mengiringi kami di sepanjang perjalanan bermula dari Mt Aspiring sampailah di Fox Glacier. Ada banyak viewpoint untuk pergi tengok glacier dari area Fox dengan Franz Josef ni tp yg paling mudah dan senang nak pergi adalah di Fox Glacier, bila nampak simpang ke Fox Glacier tu  terus je masuk dalam tuh dan bila dah sampai situ kene jalan kaki masuk ke dalam sikit, dalam 30 minit untuk satu perjalanan. Pada masa dahulu kala tak payah nak drive masuk ke dalam sangat pun dari luar dah nampak tapi disebabkan semakin hari dia semakin cair, tuh dah masuk ke dalam tuh.. ada tanda dia parat mana ais tuh dulu masa tahun-tahun sebelumnya.

Kiri: Pandulah dengan berhemah, kene familiar dengan signboard & rules, kat sana banyak jambatan tapi jambatan dia dari dua line jadi satu line. sila bertolak ansur yer~ dan ada sign sape yang kene bagi jalan dan sape yang jalan dulu.
Kanan: sebelum sampai di Fox, ramai jugak aku tengok orang singgah di Knight point. Aku pun taktau ada apa, tapi time ni kami singgah sebab nak pergi toilet. haha

1. Barisan campervan yang Hot~ btw kalau kat tengah jalan memang banyak bertembung dengan campervan laen, dan deorang akan angkat tangan lambai jerit2 bila berselisih.. sangat seronok sebenarnya, dan bila nak parking pun nak kene carik port masing-masing macam nie.. seronok pengalaman camni.

Untuk mengetahui area-area viewpoint area West Coast (klik sini), memang banyak tempat-tempat yang cantik kat West Coast sebabnya orang tak ramai kat sini, sangat rasa dia punya natural tuh..tp pilih la mana-mana depends jugak la berapa banyak masa yang ada dan minyak dalam tangki tuh. hehe lagipun bila korang mendekati area ni, akan ada signboard nyer, senang nak pergi tempat-tempat dalam website tu..

Selepas menghabiskan masa dalam sejam kat Fox, so its time untuk kami meneruskan perjalanan ke Franz Josef sebab jam dah menunjukkan pukul 4 petang, hari akan gelap tak lama lagi. Kami singgah di Fox Glacier town isi mnyak lagi sikit sebab dari Hasst tadi memang kitorang kira minyak cukup-cukup je untuk smpai Fox, but still sini minyak dia mahal jugak. Buat kira-kira lagi, ok now minyak cukup-cukup untuk ke Franz Josef, kami mengharap pekan di Franz Josef adalah pekan besar dan banyak pump station so hopefully ada harga minyak murah..

Refueling again in Fox Glacier, sebelah petrol station ni adalah simpang ke Lake Matheson, tetap ada Jucy Campervan di sini..

Sebelum meneruskan perjalanan tu sempat lagi rasanya singgah di Lake Matheson, sebab semasa aku di Queenstown ada auntie dari Thailand ni dia baru sampai dari area West Coast, menurut dia, area ni cantik waktu pagi semasa matahari terbit, reflection from the lake, dan matahari di celah-celah gunung tuh buat view tuh cantik, Guess what? kami terjah waktu sunset.. haha matahari pun tak nampak pada hari tuh, apekah? 


Area luar masih terang, kita perlu berjalan untuk ke Lake dalam hutan ni dalam masa 30mnt jugak. 

Bila sampai kawasan Lake ni, warna dah cam lari sikit.. tak boleh nak adjust dah.. haha


Franz Josef, West Coast, NZ


Hari pun semakin gelap, plan untuk main masak-masak dalam campervan kat area Lake Matheson but since aku dah tersangat penat, Azuan decide untuk gerak je terus ke Franz Josef sebab takut nak drive malam-malam sangat.. Selamat lah dia berani nak tolong bawak. Perjalanan dari Lake Matheson mengambil masa dalam sejam setengah dan akhirnya kami tiba die pekan Franz Josef.


Agak mendukacitakan sebab pekan dia memang kecik je, ada satu petrol pump dan harga minyak lebih mahal berbanding sebelum ini. NZD2.59 per liter, memang rabak poket time ni.. dan sekali lagi buat kira-kira until kita sampai the next town Hokitika. Selepas keluar dari petrol pump terus kitorang berhentikan kereta di tepi jalan, atas tanah merah yer, dan kami bermalam di situ.. Ada public toilet berdekatan area petrol pump station ni.. Camping di New Zealand memang tak kisah nak tidur mana-mana, even tepi jalan pun. 


Di tepi jalanraya inilah kami tamatkan perjalanan untuk hari pertama kami dengan campervan. Gigih Chef ONE dan Chef TWO di dapur.. haha

12 comments:

niL said...

Wahh... Lake Matheson tu cun!
Tak kisah arr warna lari pun...tetapp cun!

Farikica said...

Jucy campervan tu ada di mana2 ya... memang glamer tol van tuh...he..he...

Biqque said...

aaaaaaaaaaa rindu nyerrrrrrrrr! rasa mcm nak terbang malam ni gak pi sana sob sob...

serius nak merasa campervan tu, cis, aritu tak dpt! kelakar bila ko ckp bunyi tong tang tong tang bila corner hahaha!

cantek eh glacier tuh...hmmmm...cis lagi!

Danny / John said...

bestnya rindu giler kat nz nih! teringin pulak nk naik jucy campervan tu. sempit sgt x? x rasa kepam? hahah

agak ralat sbb tak sempat singgah jalan2 kat glacier kat franz josef tu. hujan lebat nk mampos! next time pegi, mmg cnfirm aku terjah. insyaALLAH.

Zie Noorzail said...

Best ...dan cun2 pemandangan nyer..cam kena masukkan NZ kat dalam wishing list to travel!

Janggel said...

WoW
Wlaupun aku tak penah sampai NZ tapi aku nak rindu jugak la!

Auriss Haira' said...

lawa giler rumah yang belakang dia gunung2 berais tu. @_@ patut la semua org kata new zealand macm swiss. memang betul pun. lawanya!

Anash said...

heheh..
nampak kena berhati-hati time memandu, kan?
dengan simpang siur, dengan cuaca sejuk, dengan jalan mungkin licin...
wow
tak terbayang nak tido di bawah langit disinari bintang...(err..drama plak..)

shah_rule said...

niL: lake matheson tuh mmg cantik, reflection lake tuh tak sharp sgt sbb dah gelap kot.. kalo time terang sure cantk.

Farikica: best bile bertembung sume lambai2 tangan.. haha

Biqque: rindu gile ngan nz, mmg rasa nak balek ke sana lagi tp apekan daya dan buat riki-riki tetap mahal dah skang nie. hehe

danny: sebab bnyak sgt beg beso2 tuh jadi sempit sikit, kene asyik alih sini alih sane, tak de bau kepam pun, kan waktu sejuk, udare fresh hahaha time kitorang kt fox glacier pun hujan2 renyai..

Zie: bile dah masukkan dalam list nanti akan rase nak pergi je. haha

Janggel: Bengong!!!

Auriss: landscape semulajadi kan. nanti harap2 ade rezeki nak ke swiss pulak..

Kak Anash:haha keras kejung kak kat luar tuh time sesejuk ni.

NEKCIK said...

kalau dekat teringin jugak nekcik ambik satu caravan tunda kat blakang!!

SW said...

hehehe...bila cornering tu, campervan berbunyi..ting, ring, ting - periuk berlaga. yea..interesting place, NZ.

traveller said...

Salam.nak share pengalaman jelajah south island NZ. B4 this kami biasa ke perth and we memang regular guest di mahira holiday homes and car rental pty ltd. SubhanaAllah, memang no words to describe.servis mereka memang the best.owner very helpful and accomondating. Owner org islam yg asalnya dari malaysia. Rumah2 bungalow holiday home mereka juga sgt baik dan cantik.lengkap dgn semua kelengkapan dan peralatan.sgt selesa dan bersih juga. Memang sgt berbaloi dgn harga yg dicaj. Mereka juga buat road adventure south island tour.subhanallah memang sgt cantik,tmpt tmpt yg mereka bawa dan diberi masa yg byk utk menikmati permandangan dan to appreciate keindahan ciptaan yg maha Esa. Kalau ikut tour bus,huhu sgt singkat masa yg diberi juga sentiasa rushing dan tidak byk tmpt yg dpt dilawati. Pakej mereka sgt menarik dan worth berbaloi yg amat .harga juga sgt berbaloi. Di Nz mknan halal hanya terdpt di bandar2 besar,tetapi jgn risau bila ikut mahira mereka siapkan segalanya dan itinenary mereka thumbs upp!!! Boleh hubungi anak owner di +60123360098 siti. I memang rekomen pd semua yg hendak ke australia dan NZ.mereka ini NZ dan Australia expert