ADVERTISEMENT

Trip Down_under 5.0 : South Island, NZ


Setelah sekian lama baru ak nak update cerita, sorry sangat2 membuat cerita ni semua dah basi di simpan dalam tupperware..

________________________________________________________________________________
kami menghabiskan sisa-sisa malam yang ada di perkarangan Town Franz Josef dengan duduk merancang perjalanan kami di dalam campervan. Pandang kat luar tingkap cuma ada beberapa kedai yang masih buka, itu pun bar dan club yang tampak meriah, baik duduk dalam campervan minum hot milo.. haha

Masing-masing sedia mengemaskan segala perkakas yang telah digunakan dan berlabuhlah tirai malam pertama didalam campervan dengan hanya meletakkan kenderaan kat tepi jalan. Tanpa heater kami semua berjaya melelapkan diri.. tapi seriously memang sejuk tahap dewa nyer walaupun selimut yang disediakan oleh company campervan ni tebal-tebal belaka..

Dalam pukul 4 pagi aku terjaga disebabkan sejuk, tanpa melengahkan masa aku terus ke kerusi driver, dan menyambung perjalanan kami kali ini k Greymouth. perjalanan masih jauh so takkan nak buang masa lama-lama dengan menanti siang, time winter memang macam ni, aku pun boring sebab nak asyik tido jee.. Segala hajat kecil atau hajat besar semua orang terpaksa di tangguhkan sebentar sebab aku malas nak berhenti..haha

Hikitika, West Coast, NZ


Akhirnya selepas sejam setengah perjalanan kami sampai ke Hokitika. Kat sini kami mencari-cari public toilet.. membersihkan diri, dan menunaikan yang mana yang wajib ditunaikan. Tapi kat sini area bandar, jmungkin banyak anjing lalu lalang, so tak boleh suka-suka bentang sejadah di luar.. kalau tengah2 hutan aku rasa tak kisah sebab memang bersih...


kerja kami termasuk membersihkan tangki campervan dengan mengeluarkan segala air sinki, untuk maklumam air sinki yang digunakan semasa dalam campervan, hendaklah di buang sendiri oleh pengguna. dan air bersih pun perlu di top-up sendiri. sepatutnya akan ada tempat perlupusan dan paip ganti air, tapi sebab kami tak menggunakan camperpark jadi cukuplah dengan men top-up di public toilet dan buang kedalam mangkuk tandas dan di flush. pembuangan air sinki di tepi jalan adalah satu kesalahan.

Setelah matahari mula menampakkan diri, kami beredar dari Town hokitika, harga petrol kat sini dah jadi murah dah~ seronok.. still aku masih tuang mengikut budget jarak perjalanan.. sebab mungkin di Greymouth harga boleh dapat lagi murah..

Greymouth, West Coast, NZ


Jambatan ini dikongs bersama dengan keretapi trans-alpine.. unik kan~ kalau nampak keretapi sila berhenti jika tidak mahu digilis bersama camprvan..

Dalam setengah jam perjalanan kami tiba di Greymouth. tempat pertama yang kami cari adalah i-site untuk mendapatkan peta dan direction. tempat tujuan utama adalah Punaikaiki Pancake rock dan beberapa viewpoint berdekatan dan tidak lupa arah untuk memasuki jalan ke Christchurch iaitu melalui Arthur pass.



i-site Greymouth terletak di satu bangunan stesen keratapi lama, terdapat perkhidmatan sewa kereta di sini. Kami meninggalkan i-site dan bergegas ke Lion Walk, juga salah satu tempat view point untuk melihat keseluruhan bandar Greymouth.. Disini kami mencuba resepi nasi lemak sambal sardin.. haha breakfast time~





Setelah selesai bersarapan di dalam campervan, its time to go to Punakaiki. Masa yang di ambil dalam 45 minit, jalan ke Punakaiki agak menakutkan, sebab jalan dia bengkang bengkok... Kali ini turn aku pulak untuk merehatkan diri sebab dari pagi aku drive kot..

Blowholes- percikan ombak boleh naik lagi tinggi dari batu ni..

Kami tiba di Punakaiki dalam jam 9am, ternyata kami tiba di wktu yang salah sebabnya kami terlepas peluang menyaksikn blowhole phnomena kat sini di mana ombak meletus apabila melanggar permukaan batu di satu tunnel disini yang boleh mencecah berpuluh meter tingginya, kalau nak kenelah datang pada waktu hampir senja (kalau sanggup sila tunggu)ataupun awal pagi bergantung pada pasang surut laut tersebut.


Setelah berlegar-legar, maka kami mengambil keputusan untuk pergi meninggalkan Greymouth..now we are rushing to Christchurch.. Travel gaya kitorang memang selalu mengubah2 plan yang di buat.. haha dengan harapan dapatlah tiba awal di Chirstchurch dan berehat di sna..

terdapat 2 jalan yang boleh anda cuba untuk memasuki lebuhraya ke Arthur pass yang menyambungkan West coast dengan Christchurch.
1. melalui Brunner - jalan ni merupakan scenic highway confirm jalan naik atas gunung pastu boleh nampak tasik brunner... Rasanya la sebab aku tak lalu jalan ni.
2. Jalan keluar di Kimura junction, jalan ni lebih dekat sikit tapi aku dah gatal-gatal masuk jalan nak ke Brunner lake melalui Mitchell, akibatnya jalan yang tak ber-tar aku masuk.. dekat setengah jam juga la lalu jalan tak ber-tar..bunyi pinggan mangkuk dan periuk memang meriah ketika melalui jalan ini. tapi jika dikira kilometer melalui jalan ini adalah yang paling dekat.


permukaan jalan yang tak ber-tar.. memang dah terasa sesat yakmats.



kawasan berdekatan dengan Brunner Lake tapi takde port untuk berhenti pun.


Akhirnya kami dapat menjumpai jalan yang ber-tar.. udara kt sini bersih... cantik.. kami singgah disini menghirup udara segara diluar campervan. Apabila meneruskan perjalanan, kami di serang segerombolan lembu.. mowwwwww Penjaga lembu berkenaan lantas membuka jalan untuk kami dan akhirnya kami dapat masuk ke Lebuhraya ke Arthur pass.. Lebuhraya ini terletak di kawasan pergunungan kadang2 boleh nampak asap tbal macam awan... lampu hendaklah sentiasa di pasang.







Apabila hari mulai gelap dan aku rasa dah tak sanggup nak drive, maka kami mencari tempat rehat, alang-alang tidur terus kat sini. Malam tersebut kami bermalam di perkarangan Lake Pearson~ selain kami terdapat 3 campervan berdekatan kami yang juga melabuhkan tirai masing2 disini. ada couple warga emas berhampiran kami siap pasang picnic table kat luar~ pemandangan malam sangat cantik dengan bulan terang  menyinari kawasan tasik... memang terang kat luar. tapi apakan daya kulit orang asia macam kami yang tak tahan sejuk.. duduk dalam campervan je laaa..


Lagi sekali plan bertukar apabila kami bersepekat untuk tidur kat tepi tasik ni.



kawasan bertanda A adalah lake pearson, meaning another half way to go.



bersambung lagi nanti....

11 comments:

crescent said...

update pon...hahaha...

Danny / John said...

jaman bila nih??? arghhhhh!!!! hahaha tggu sat nak baca!

Naramas Aman said...

interesting :)

Danny / John said...

wahhh kawasan arthur pass tu dh menghijau dh. dulu aku lalu, penuh dgn salji dgn siap ade ais lagi atas jalan...

shah_rule said...

cresent: arini day off, rindu nak menaip cerita.. tp esok dah keje balek.. nak behenti bole?? haha

Danny aka artis maskulin: cerita zaman tahun gajah.. haha
ooo time ni blom lagi nak winter, so bnyak area kering2 lagi..tp ade satu tempat tu ak nak ambik air masuk dalam tangki jap lagi tak kuar pun air die..tengok2 air beku dalam tong..

Naramas: thanks sudi mengikuti lagi cerita ni~ hehe

Biqque said...

gile lama baru nak update! huh!

bestnyer nz...sob sob...

shah_rule said...

tau takpe.. hey camne ek nak balek nz semula.. naek MAS tak mampulah rm3000++ return..ad0ii

Janggel / Rain said...

Wah meriah sunggoh lebu2 itu berjemaah di atas jalan.
Lengang dan damai keadaan di sana.

Yus said...

rasa teruja nak naik home mobile tu.. good idea nak jalan2 tak nak stay kat hotel sajer kan..

anyway keep writing okey...:)))

shah_rule said...

Rain??? omg masing2 name takle tahan.. haha

yus: thanks for joining.. sedang berusaha meng-update arinie k sbb cuti.. hehe

kak mah said...

Best,,,juga sewa n bawa sendiri.