ADVERTISEMENT

update tentang diri sendiri

Asalammualaikum dan salam sejahtera semua,

Masihkan anda ingat dengan diri ini yang telah lama tidak ke-udara.. bukan udara atas sana, tuh pun memang dah susah dah.. ni keudara di siaran blogger~ haha

Susah sekarang nak update blog, semenjak kerja, masa yang terluang tak lagi digunakan untuk menghidupkan hobi, malah semua hobi kene tukar kepada hobi tidur~ nak tak nak memang kene ambik jugak, pakej ni.. hehe

Sorry sangat2 sebab dah lama tak update cerita, bukan cerita travel je yang tak update malah cerita tentang diri sendiri pun tak update-update.. haha dan terlambat untuk wish

Salam ramadhan semoga kita mendapat redha-Nya

Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin

Selamat menyambut ulang tahun kemerdekaan.

hahahahaha.. :-)

Sekarang ni aku dah selamat ditmpatkan di hospital yang superb busy kat JB, hospital ni agak besar.. hari-hari jalan sini sana memang basah ketiak.. masa bulan ramadhan dulu aku pernah terasa haus gile, lapar sangat2.. tapi bila waktu berbuka, tak dapat makan pape sebab busy.. pernah jugak terpikir aku cam dah jalan sini sana rasa lebih 2 marhalah kot, bole tak kire musafir...? terdiam ustaz Don kalo aku tanye soklan ni.. hahaha



Beginilah rupa ward lelaki, sebalah kiri tuh merupakan infectious zone~ azab dah sebulan aku duduk situ..yang tengah pulak zone spine (sebab sini je kat johor yang ada specialty ini) dan sebelah kanan adalah zone trauma.. banyak la kaki tangan semua bergantung kat sini.. ward perempuan nya kat tingkat atas.. pastu kene run klinik kat bahagian klinik pakar, kene pergi operation teather.. dan sebagainya..


Tapi walau bagaimana pun aku struggle untuk menyesuaikan diri aku dalam dunia seperti ini.. sekarang "so far so good".. sebab sebelum ni duduk hospital canggih nak trace result semua pakai komputer nak order pape pakai komputer terus orang datang, kat sini semua manual.. hari-hari menulis sana sini.. pen pun kejap ade dalam pocket, kejap dah hilang.. banyak betul dah aku beli pen..cissss



Rakan-rakan baru yang banyak membantu.
 
Dan seperti semua orang, aku pun sibuk mengumpul cuti untuk projek mega.. hehe betul-betul rasa nk sangat pergi somewhere.. dan sekarang ni masih mencri travel buddies baru sebab travel buddies semua dah berpecah buat masa sekarang..

Cerita tentang trip yang lepas ni, kalau aku ada masa nanti aku sambung, banyak lagi episode dia~ nota travel tuh aku dah tak ingat humban mana.. mana aku ingat aku tulis lah yer..

18 comments:

niL said...

Gud Luck Doc! Take ur time....

Janggel / Rain said...

Selamat menempuh hidup baru!

Anash said...

dokter shahrul
welcome to real world : working...

ala
dah tak de citer jenjalan?
huhu

BlueEwoke said...

SELAMAT! SELAMAT! SELAMAT SEMUANYA :)

Danny / John said...

selamat datang ke dunia sebenar. eventho, it's suck but u'll like it!

have fun!!!

_aiza_ said...

dr shahrul keje HSA eh...no wonder aritu ader ternampak kat HSA

Rozita said...

Work Hard, Travel Harder...kan tu motto awak..

Aku Seorang Pengembara said...

walau apa dugaannya....yang penting...hidup musti enjoyyyy....

Ainul Arina said...

happy working!

Anonymous said...

sharule , hospital HSA or HSI.

shah_rule said...

yolah thanks semua para expert escape dunia pekerjaan.. harap dapat tips yang membantu dikemudian hari.. haha

yup saya kat HSA JB, kalau jumpa rajin2 lah tegur..

sedang memartabatkan
"work hard travel harder" selepas ini.. hehe

Mie said...

SHR Tuan Dokter... moga sukses dalam kerjayanya...

Naramas Aman said...

Keep on writing :)

crescent said...

Berusaha doktor shahrul!!! pintu hotel ku sentiasa terbuka untuk ko dtg mengadu domba...haha...

PM said...

good luck doc with ur new work!

abbazsmakl@gmail.com said...

salam.

shahrule - welcome to hsajb! my ex-hosp. dulu keje kat pathology. now dah pindah KL. hv a great live there! smg selamat semuanya!

NEKCIK said...

Anda amat diperlukan...bertugaslah dengan ikhlas...semuga Allah berikan sebaik baik ganjaran..insyaallah

Fatt said...

selamat berkeroje yg shahrul...kumpul cuti byk2 utk projek mega ke mana tu? hehe