ADVERTISEMENT

Experienced Java part 4

Sekarang tiba episode akhir dari siri Experience Java, sebelum aku berbalik semula ke Trip Down_Under tuh semula~

Jadi pada hari untuk menaiki ke Bromo, jeep akan datang menjemput kitorang pada jam 3 pagi. Kedengaran bunyi pekerja2 hotel mengetuk pintu setiap bilik untuk ke bromo, dah rasa macam kene serang dengan warden asrama weh~ kalau tak silap trip ni berharga Rp 200 000..ek tak ingat la~ tapi around that la..

Selepas selesai cuci muka, berani ko nak mandi sejuk2 ni? bekalan roti bole diambil di kaunter sebab free. memang compulsory tapi kalau taknak pun takpe sebab nanti balek boleh claim lagi. Jadi bila sampai ke kafe kitorang terus di sapa oleh pemandu yang bakal membawa kami ke atas~ tak ingat dah nama dia siapa.. oleh sebab aku tidak membawa baju tebal dan rasanya kat luar memang sangat sejuk, jadi die meng-offer baju tebal untuk di sewa, dengan harga Rp 20 000..

Bukit yang kami perlu naik untuk melihat pemandangan sunrise adalah gunung yang berlainan dengan bromo yang kami naik pada hari semalamnya~ tapi sebenarnya package ni termasuk juga dengan penghantaran ke bromo untuk pemandang waktu pagi, jika nak ke sana lagi dah tak perlu bayar entrance fees bromo.. sebab tiket pada hari semalam tuh boleh disimpan dan ditunjukkan untuk next entry. tapi disebab kami mengejar masa maka cukuplah dengan melihat sunset dari jauh.


Keadaan pendakian juga lebih kurang sama dengan kawasan bromo, cuma kawasan ni banyak pokok2. Debu tetap banyak, dan orang yang membawa kuda tidak kurang ramainya. bila nampak jeep sampai terus dikejarnya.. Aku rasa susah sangat nak bernafas, mungkin sebab terlalu tinggi dan tak larat nak naik.. bila sampai atas terus rasa macam kene asthma attack sampai aku termuntah2.. what a day~ sebab waktu pendakian debu memang melampau2 dan sampai je kat atas ramai pula perniaga2 hot drink dan goreng pisang etc menyalakan unggun api untuk memanaskan air.. jadi penuh dengan asap pula, takde udara segar langsung.. selamat aku masih boleh bernafas.


pemandangan kat atas ni sungguh indah, siap kawan aku cakap "tak sangka ada tempat macam ni kat indon" haha

Bila diajak semula ke bromo, kami menolak.. dalam masa perjalanan pulang aku tetiba rasa nak makan strawberi. terus pakcik jeep carikan. sangat murah yer 1kg Rp15000.. dan strawberi boleh dipetik sendiri dan makan pun boleh..


Setelah selesai breakfast.. kami bersiap sedia dan bersedia untuk ke Surabaya. Disebakan sibuk mencuba local food tak habis2 dengan Adi, secara tak sengaja kami tertinggal keretapi. Selamat Adi banyak contact aku rasa satu probolinngo ni ada orang kenal dia. Siap ada bas tunggu kitorang sebelum berangkat ke Surabaya. Bus adalah bus ekpress, tambangnya sama dengan ticket train Rp 60 000.


  Di Surabaya takde pape sangat yang kami buat melainkan window shopping sini sana~ dan akhirnya perjalanan kami di tamatkan di Lapangan terbang Senai, Johor dengan penerbangan terus airasia dari Surabaya ke Johor Bahru.

kek lapis surabaya

City of surabaya

-The End-

5 comments:

Anonymous said...

eh...cepatnyer entry habisss..cm x puas jer baca huhuhu..ke saje nk bg pendek citerr dh penat menaip hahahaha


mIE...

yuyu said...

cantik la pemandangan kat bromo tuh..hmmm saya tak bape minat indon tp bila tgk gambar tuh aduhhhh!!! syahdu je nak p.....better than bukit tinggi

Zara AB said...

The view from Mt. Penanjakan is totally amazing! Was there early Nov.

shah_rule said...

mie: haha mmg nak kasik pendek sbb dh xtau nak tulis ale dah.bnyak melalut dt bcerite..

yuyu: tp kalau tgk view laen mmg sy pun xnk g indon dah.haha

zara: yup its on early nov..

CikAnonymous said...

subhanAllah cantik sungguh pemandangan kat situ. entah bila nk sampai kat sana tu ha. haishh. tuan doktor ni memang fulltime backpacker ke skrang ni?