ADVERTISEMENT

Java Experience Part 3

Hello semua, walaupun pada awal aku berkobar-kobar sangat nak siapkan entry Java sebelum menyambung semula kisah Trip Down_Under yang dah lama terbengkalai tuh, disebabkan kengkangan kerja aku terpakse la slow down balek, sebab selepas tetiba tak pasal2 aku pergi majlis konvokesyen~ rasa cam tak pasal2 plak konvo... dan aku dah pun selamat menamatkan satu posting.. jadi bila dah bertukar department, maka the first two week akan rasa macam hell sikit, bila di cop sebagai "tagging" tuh lah period yang aku benci sebab aku keluar rumah pukul 6am balek pkol 12am... rasa cam tak berbaloi balek rumah.. rasa macam tak menempuh hari siang langsung.. ok cukup membebel mari sambung______________________________________________________________

Train yang kami tempah adalah yang termurah untuk tujuan ke Gubeng Surabaya, Terdapat dua stasion keretapi kat Surabaya, tapi kalau nak ke Bromo memang kene tukar di Gubeng sahaja. Bus ke Bromo juga tak kurang kerapnya, setiap setengah jam ada.. Train kali ni first time aku rasa dia delay~ delay dalam 1/2 jam macam tuh.. Bila aku menjejakkan kaki masuk ke dalam train, dengan keadaan orang ramai yang bergelimpangan kat atas lantai tuh~ dahsyat yer~ ade jugak yang baring melintang atas seat macam die beli 2 seat, walhal dua dua bukan seat dia pun.. amboiiiii~

bagi penumpang executive coach, bole la masuk dalam lounge, kat dalam ni pun macam kafe je sebenarnye~

walau macam mana pun kawan2 aku membebel mengungkit macam2 tapi last2 masing2 semua lena juga tidur~ sehinggalah kami tiba di Gubeng jam 8am, maka tinggal sejam lagi sebelum kami dapat menyambung langkah ke bromo dengan menaiki keretapi jam 9am tujuan Probolinggo satu pekan kecil yang jugak sangat popular di Surabaya nie.


Jadi selepas check out keluar dari tempat ketibaan tuh, aku terus ke kaunter untuk beli ticket ke Probolinggo. Ada juga pemandu teksi yang beriya follow ko nak angkut ke Bromo.. tapi harga dia bole tahan jugak mahalnye, sorang Rp 150 000. Kalau siapa berpocket lebat dan tak enjoy dengan cara naik train/terlalu lama maka boleh la pilih option ni.. sebab dia caj satu kereta, dalam Rp600 000 tapi boleh kot dapat diskaun lagi sesikit. Harga train dari Gubeng ke Probolinggo hanya Rp 65 000 Executixe class lagi, dan tak banyak tempat pun train ni berhenti macam mostly direct journey aku rasa, ke sebab aku tertido.. haha
Kami sempat singgah masjid di Probolinggo~ kebanyakkan masjid kat sini memang gah besar2.
sepanjang jalan aku nampak banyak lagi masjid yang tgh under construction.. 

Perjalanan mengambil masa dalam sejam setengah sahaja, kalau naik bas boleh jejak 3 jam yer~ setelah tiba di train station seperti mana yang di janji Adi (pekerja dari Hotel Yoschi) menjemput kami di pintu keluar station. kami banyak berhubung melalui email je sebelum sampai sini, tapi bila bersemuka rasa macam dah lama kenal pulak, beside cara pertuturan dia pun dah macam orang malaysia jugak, perkataan2 "pasar" pun dia reti menyebutnya~ so tak beberapa janggal untuk berborak2 kat sini.

Actually service pick up ni diadakan sendiri oleh pihak Yochi hotel dengan harga Rp 50 000 seorang/ perjalanan hanya 1 jam. Option lain adalah dengan menaiki yellow cab (sebenarnye van kuning yang dinamakan angkutan kota) ke area stesen bas caj Rp 20 000 perjalanan mengambil masa 20mnt, dan kemudiannya menaiki angkutan kota version besar sikit sebab nak naik bukit kot ke atas bromo, caj Rp 30 000 dan perjalanan selama 2 jam. Tapi apa yang menjadi masalahnya ialah van besar ni hanya akan bertolak bila jumlah penumpangnya penuh..selagi tak penuh dia takkan jalan dan ada juga kes dia cancel perjalanan sebab orang tak cukup.. ni apa yang dikata oleh Adi.

Perjalanan mendaki naik ke atas bromo sangat mencabar, kalau kereta biasa memang tak lepas naik sini, sebab tuh semua orang kat sini ada jeep. Angkutan besar tuh pun seakan jeep jugak, ada kuasa kuda katanye~ haha pemandangan gunung ganang memang sangat indah~ tapi nampak tanah sangat kering walaupun matahari panas memancar tapi suhu kat atas ni seakan suhu kat cameron highland. Rumput nampak kering, air sungai pun kering~ hanya ada batu batu saje. tapi kelihatan banyak tanaman eksperimental yang tak menampakkan hasil lagi. tanda tanda kegigihan masyarakat kat sini~ mencuba selagi boleh.


Tepat sejam perjalanan akhirnya aku sampai ke Yochi hotel, masih tinggi lagi bukit untuk dinaiki ke atas sana sebelum sampai ke Cemoro Lawang, area paling atas sekali kat bromo ni yang mana kita dapat nampak Gunung bromo tuh.. Jadi bila sampai tuh aku tertanya2 adekah jauh lagi untuk ke atas tuh~ Adi cakap dalam 5km je~ selalu orang2 sini jalan kaki je naik sana.. tak jauh pun..

Bilik yang aku ambil adalah bilik yang paling economic sekali.. hehe harganya Rp 144 000/ room share 2 orang la.. jadi harga cam tak sampai RM30 pun~ kat Yochi tak perlu bayar pape dulu, kalau ke cafe pun order je pape tak payah bayar nanti nak check out dia akan kira segala galanya laa..


Setelah selesai menyiapkan diri, toilet share ade kat depan bilik tapi air die sejuk benor~ kalau nak hot shower kene menapak keluar.. overall berbaloi lah dengan apa yang aku bayar.. bayar banyak tuh, tuh je la kan..


Jadi petang tuh kami try untuk menapak ke Cemoro Lawang, view sangat cantik, walaupun panas tapi udara nya dingin.. aku taktau lah berapa jauh aku dah jalan tapi rasa penat tuh memang aku tak boleh tahan dengan mendaki nye.. 5km tu bukan dekat yer~


Tetiba aku disapa oleh seorang penunggang motosikal superbike kot.. hah jangan memaen naik modenas kris  ke lagenda ke tak ternaik weh bukit ni/.. haha dia nak bawak aku ke atas terus tapi dengan bayaran lah. kira punya kira at last aku bersetuju lah untuk Rp 60 000 dia bawak aku naik atas tuh, pastu turun ke bromo terus tengok sunset dan hantar pulang ke Yochi yang jauh sangt tuh.. sebenarnya aku saje buat2 kerut muka kononnya mahal bebenor tapi memang aku tengah tunggu pun..

Sekejap lagi terus datang lagi 3 biji motor.. macam tau-tau je.. so setel naik ke atas tuh memang jauh lg rasaagi sebenarnya.. pastu turun ke gurun pasir (erk gurun ke debu) dengan naik moto yang rasa macam nak tergelincir tuh.. scary pun ada rasanya~ selain tuh bayaran untuk turun ke bromo dikenakan tapi aku tak ingat berapa sebab member aku yang bayarkan tapi kalau tak silap RP 25 000 untuk semua dan bila join trip di waktu pagi boleh guna lagi pass ni, jangan dibuang..

Bromo dari Cemoro lawang

Dan bila sampai ke kaki gunung bromo, sekali lagi kami kene mendaki tapi kali ni dah tak boleh naik motor kalau malas ada kuda untuk naik ke atas, tapi starting price agak mahal bila nak dekat2 tuh sampai harga jadi Rp20 000 je.. OMG tapi aku gagahkan diri untuk berjalan je, tapi kat atas pasir / debu ni bersepah tahi kuda.. aku rasa dia sengaja sepahkan tahi kuda tuh biar orang jijik nak jalan kot.. haha

Pura atau temple yang terletak di kaki gunung bromo.

Bila sampai atas aku teruja tengok asap kepul-kepul keluar dari kawah bromo, tapi scary part bila ada bunyi cam ada crack / bunyi dinosur dari dalam tuh terus buat aku rasa nak turun, hilang mood nak ambil gambar.. ye la rahsia alam kot~ mane tau die nak meletus time tuh.. ade aku tak balek rumah kan~













Setelah selesai bersunset atas bromo, kami di hantar pulang oleh team rempit bromo..sebelum turun tu singgah la kat one and the only sourvenier shop kat atas cemoro lawang ni.. harga agak berpatutan tapi dia takkan kasik turunkan harga, sebab mungkin die one and the only kot kat sini.. haha mereka offer kalau nak ke air terjun ataupun ada view dari gunung ape ntah.. tapi yang tu kos dia macam sangat mahal padahal takde mase pun aku kat bromo ni.. kebetulan time kami balek Adi baru nak ke masjid.. dia mengajak kitorang sekali datang time isyak nanti sebab jemaah ada 4 orang je.. macam2 cerita juga dia ceritakan pasal orang tempatan kat sini.. dan hari esok tu berlangsungnya majlis khatan beramai-ramai.. agak sibuk juga tengok khemah2 besar di hadapan balairaya tuh.. selamat identiti sebagai doktor tak bertauliah dirahsiakan~ kalau tak tahula siapa yang pegang pisau.. haha

Bersambung lagi..

2 comments:

Anash said...

heheh,,,
kalau tak...
tajuk blog nih adalah :
pegi ke indon untk berkhatan?
eh silap
pegi ke indon utk mengkhatankan kanak2...
hehe

shah_rule said...

haha tak best nye jadi tok mudim on-call.. haha