ADVERTISEMENT

Trip Down_under 8.0 : North Island, NZ

 cerita sebelumnya di sini

Airport kat Christchurch memang selesa untuk tidur melintang memane, especially kat dalam arrival hall dia.. memang semua orang tidur berjemaah tapi pastikan jauh dari pintu yer seba nanti bila pintu terbuka angin kutub selatan masuk..mengigil ko! haha

Atas : Azuan mengira budget dan diari..
Bawah : taking pic before continuing to different journey..  

Sepanjang aku kat airport aku duduk borak2 dengan Thibult, banyak koleksi gambar dia yang dia tunjukkan, camera compact nikon ape ntah yang dia guna, tapi gambar semua memang cantik.. Selepas melepaskan satu malam berlalu akhirnya tiba lah masa untuk meninggalkan south island ni... hish hish



Flight dari Christchurch ke Wellington dengan jetstar ni memang senang nak dapatkan harga murah dia, aroun NZD29 one way.. Jimat wang, masa dan tenaga tapi pape pun menyeberang ke north island dengan menggunakan ferry juga macam best.. mane mane la bergantung kepada ketebalan wang masing-masing. haha

1. Dulu lecturer aku pernah nak hanta aku g NZ untuk join flying doctor team for programme elective tapi
apakan daya univesty di otago cuma nak final student.. sedihh
2,3 : pemandangan dari atas.. antara north dan south island
4 : Wellington from above

Perjalanan dari udara macam biasalah nampak gunung2 yang ditabur icing sugar cam biasa, sambil matahari terbit.. tapi ak rasa sekejap sangat naik flight ni, macam flight JB-KL je rasanya.. tidur pun tak puas~

Wellington int airport

Dari Wellington airport kalau nak gunakan bus harga tambangnya adalah NZD8 per person, tapi disebabkan kami ber-4 bila kira-kira murah lagi naik teksi dan tak payah nak menapak mencari hostel yer tak.. sebab menggunkan teksi ke X-base Hostel dalam NZD24..


Hostel X-base ni pun aku dapat dari nakedsleep nyer website, dengan harga NZD18 per night.. tapi kalau book straight dari website x-base pun tak dapat harga murah camni. Hostel ni terletak dekat dengan town centre ni, semua nak pergi boleh walking distance kot, ke sebab kitorang je yang gigih sangat merata aku jalan kaki.. Sebab plan kat north island cuma dengan menggunakan public transport je..

Tapi agak convenience juga sebab berdekatan dengan New World hypermarket.. kalau nak ke Pak n Save memang memerlukan kenderaan yer. Aku pun tak tau nak buat apa sangat kat Wellington ni~ jadi kene ke i-site lah jawabnya untuk plan aktiviti2 kat sini..

Disebabkan waktu aku sampai tu masih awal sangat, belum masanya untuk check-in maka aku tinggalkan segala barang kat hostel dan merayau sekitar bandar Welly ni.. first sekali ke i-site.. dalam 10 mnt juga menapak untuk smpai ke sini, bandar welly ni memang menghadap ke laut, angin kat sini memang kuat, dah lah sejuk, bertambah tambah lagi sejuk kalau berjalan kat tepi laut tuh..


I-site kat sini terletak di bangunan town hall.. atau nama tempat ni civil square di Harris street.. kat sini terletaknya library dan town hall dan beberapa museum yang berdekatan. kat Welly banyak museum yang sangat interactive dan yang bestnya admission adalah percuma.. seronok kan..

sekitar Civil Square, time kt sini Cik F yang uruskan segala galanya, servis bertukar tangan.. haha

Di i-site aku mintak lah map dan tempat2 yang boleh di pergi.. kalau nak ke studio Lord of the ring kene ambil bas, tambang dalam NZD 4 sehala sebab dia luar sikit dari bandar Welly.. tapi masalahnya hari esok adalah Queen's Birthday, banyak benda yang tak beroperasi time ni.. sebab New Zealand pun negara britain juga.. tak tau lah apa nak buat nie..

Setelah selesai bertanyakan tentang segala-galanya termasuk perjalanan kami selepas 3 malam di Welly menuju ke Napier maka aku tinggalkan i-site tu dan menapak di jalan berhadapan dengan laut.. Bangunan area sini cantik-cantik juga.. dan di hujung jalan tu terdapat satu museum yang sangat terkenal kat Welly, Te Papa museum.. museum ni besar gila dan memang best gila.. tak pernah aku masuk museum yang tak boring camni.. seriously must visit!!

Te PaPa Toranggewa Museum

Setelah waktu semakin hampir untuk check-in aku balek semula ke hostel, sempat singgah new world hypermarket membeli barang makanan untuk stay kat north island ni.. xde la beli banyak2, budget cukup untuk makan kat Welly je.. sebab perjalanan lepas ni bukan naik kereta yer.. semua bus yang aku kebas dari nakedbus.com dengan harga NZD1.. check it out

Setelah selesai check-in, tibalah masa membayar hutang tidur.. sebelum tuh turun lah melantak dulu, aku tak beberapa suka sangat dengan keadan kitchen kat sini sebab bersepah sangat.. deorang macam tak cukup pekerja kot untuk kemas.. memang teruk bersepah..

Dapur yang berkecah.. tapi nak buat cam mana bangunan lama.. see the advertisement.. rasa nak apply je~ 

Bila mata di pejam buka je hari dah pun gelap.. macam tuh lah kami menghabiskan hari pertama di welly.. haha siang sangat pendek ketika winter ni.. rugi sebenarnya tapi nak buat cam mana memang dah tak larat.. haha

Night in Wellington 

tapi sempat bersejuk beku di luar te papa sebab wireless free dan laju.. Seperti biasa untuk
follow up couchsurfing..
To be continue...

4 comments:

Janggel / Rain said...

Oh ada lg entry ni rupanya! Bertabahlah

shah_rule said...

haha bertabah juga utk aku untuk menghabiskan nye.. haha

masMZ said...

HAhahahaa...... ni bila nak masuk entri nak balik nih???

Selamat tahun baru shah_rule

shah_rule said...

panjang lagi citer ni.. rase terkencit nak sambung semua tau~ haha

happy new year to u too