ADVERTISEMENT

29 is just a number..

This rare occasion now has come to it ends, another 4 years to go to see this number reappear again..
Been born in this date is very rare, yet i manage to have 3 friends who shared a same birth-date with me~
and today, in Teluk Intan Hospital my sister's of friend of mine had deliver a baby boy~ Welcome to the new world for him, yet he will be like me keep asking my mum in every 1st of march "why there is no 29 in the calender?"
However by time i realized its just about the number~ it come and goes...
if you cannot be the best, be the difference~ Thanks for all the wishes from you guys, i really appreciate it.

Till then,

Love today, forget yesterday and believe in better tomorrow

Boracay NEXT..

Hi everyone,
i put Philippine as my wishlist as a place to visit this year. They have a lot of magnificent island but most popular travel spot is Boracay island.

Add caption
They introduce Airasia Philippine, now there only introduce 2 domestic destination which is
Davao and Kalibo (Boracay)

So here i got:


However we need to get a flight from Kuala Lumpur to Clark first before get into this connecting flight to Kalibo. Fight tu mungkin beli lain kali tunggu promo or something~ sebab aku tak sure lagi pasal trip ni sebab mungkin dah bermula berkeja, so i dont know if i get through all this or not. Tapi yang penting MURAH :-)


Oriental Express Part 3.1: Hong Kong Day 2


Continue lagi..

Kemudiannya aku berlari turun (xdelah nak berlari yer~) sebab tinggi lagi kan nak turun dari sky tower tuh, tunggu la tram ambik.. time aku nak balek la que dia jadi panjang.. bertabahlah~
Selepas turun jejakkan kaki kat Peak Tram terminal, masa ni aku ingatkan free untuk naik shuttle tuh, lepas tuh belek2.. oo berbayar rupanya, tapi exact price aku tak ingat~ So aku lalu je jalan tadi, dari atas ni pun dah ada signboard untuk guide pedestrian ke Central MTR station.. oleh sebab jalan dia macam best untuk pedestrian, so memang  aku boleh berlari juga lah sebab tak ramai orang, kalau tengok memang macam kanak2 suku jakun yang riang.

Kekejangan sejuk!! haha

Dalam pemerhatian aku kat Hong Kong time2 musim perayaan ni ramai sangat pekerja asing diorang berkelah di celah2 kota ni.. Berkelah ok bawah periuk nasi, segala.. tapi suasana kat malaysia kalau cuti umum tuh sure orang Indonesia, Bangladesh berkeliaran kan, kat sini time2 cuti ni warga Philippine yang banyak, pastu stok2 makcik2 mane tak meriah ber"pot luck" segala. tak ubah macam aktiviti mingguan Alien traveler nyer group..haha

Convenient track for pedestrian. the city was so clean~ 
Dari Central Station, kami naik MRT menghala ke arah Disneyland Resort dengan harga HKD24.50, besar yer  station central ni, Disneyland nyer train kene jalan 1km lagi, tapi semua just dalam station ni.. untuk ke Disneyland resort kene tukar train kat Sunny Bay, nanti ada train mickey mouse yang bakal menyambut para tetamu Disneyland ni.

You will find this train once you arrive in Sunny Bay Station

Aku menjejakkan kaki di Disneyland jam 2.30ptg, agak banyak masa dah dibuangkan, takpelah banyak lagi masa firework untuk closing was at 900pm, lama lagi kan~ tapi suhu kat sini memang lagi sejuk dari kat city tadi.. cabaran datang pada musim sejuk, terima padahnya.


Overall aku tak beberapa nak suka sangat dengan Disneyland since ride dia semua biasa2 je dan banyak yang bersesuaian dengan jiwa kanak-kanak sahaja. Tak jumpa roller coaster pusing-pusing tunggang terbalik tuh, yang ada pun Galaxy ride which is indoor roller coaster yang dihiasi bintang2. Permainan yang paling comel sekali ada permainan tembak-tembak Buzz Lightyear, boleh lawan dengan orang sebelah siapa penembak terhebat.. yang lain biasa2 je, since dia baru je buka Toy Story nyer park, tapi lokasi dia betul2 kat belakang macam dalam semak camtuh, tapi ride kat sini gempaklah sikit berbanding dengan marry-go-round dalam castle happily-ever-after. Alamilah sendiri, tak seronok pulak kalau dah bercerita segalanya kat sini..


Apa yang berbaloi untuk tengok kat sini adalah Golden-Mickey-Show dimana pementasan lagu2 filem dalam cerita disney ala Glee camtuh~ dan juga menyertai Disney Parade, tengoklah betapa gediknya snow white dan kakak2 dalam Barbie tuh dalam parade ni~ haha


Parade just started, the music really move my heart beat.. syok jugak~


Tengok tuh snow white tengah feeling-feeling~ Mak tiri jugak paling cantik dan steady, Mak tiri ke makcik tuh? ntah
Hawaian party~ lalala

more parade participant

The Golden Mickey show
All star performer
Lepas habis bunga api, aku cepat2 lari ke train station awal2 nak elak kesesakan melampau disitu. Dan alang2 aku dah tersesat kat area sini, aku teringin nak ke Citygate Outlet, ramai blogger mengatakan barang2 disini sangat murah berbanding dengan outlet lain. Aku pun tengah mengidam sepasang kasut, satu malam aku jalan kat Mong Kon dengan Jack semalam mencari kasut yang aku nak tapi tak jumpa~ So marilah melepas geram~ haha

Untuk ke Citygate Outlet, silalah menggunakan MTR di landasan yang sama menghala ke Tung Chung Station dari Sunny bay station (interchange) dengan harga HKD8.50. Tema kedai2 disini macam Premium Outlet juga dan betul memang murah tak tipu.. tapi tetap tak jumpa kasut, tapi terjumpa wallet kat Esprit, aku rembatlah dengan harga RM50.. Tak tipu yer RM50 je wallet Esprit...

Cash takde, card ni lah jadi mangsa~ rambang mata jugak kat Citygate Outlet ni~
Akhirnya memang masing2 kepenatan tersangat malam ni dah ala2 macam boat camp, tambahan lagi selain roti Delifrance tuh takde benda lain yang kami makan, marilah balek dan masak maggi.. haha

Oriental Express Part 3.0: Hong Kong Day 2



Boleh tak aku nak sambung citer ni? haha tertangguh sekian lamanya, Sorry lah banyak benda yang mendatang sampaikan aku takde masa nak blogging dan banyak jugak cerita series tertangguh untuk aku tengok 2,3 minggu ni.. dan TAR20 baru je start, tak sabar nak tengok.. sekrang dah OK~

Continue...

Pagi yang sejuk dan bilik air yang sempit menyambut pagi aku kat Hong Kong. Aku bila bangun kene pergi ketuk dulu bilik Cik F POM PANG POM PANG aku ketuk pintu dia pepagi ni.. Pastu baru aku pergi bersiap, bila masing-masing selesai menyiapkan diri, aku pergi bukak meja lipat dan kerusi lipat (semua benda nak lipat, jimat ruang sgt). kami duduk makan roti +choc jam/tuna +hot milo sebagai menu sarapan pagi. Before aku keluar dari hostel, aku pergi kaunter reception dulu sebab kat kaunter ni ada jual macam2 ticket (HK Disneyland, Ocean park, etc).. dan semua lebih murah dari beli kat kaunter ticket tempat tersebut. So aku merembat ticket ke HK Disneyland dengan harga HKD399 HKD 360.

beginilah ticket nak ke Disneyland, macam ticket LRT je kn~

Since semalam dah plan Jack nak ikut sama kalau dia free, so dalam menunggu dia habis kerja jam 1pm nanti, aku plan untuk menjenguk semula keadaan kat Avenue of Star, dengan harapan tak berkabus dan nak ke The Peak Tower.

Based on map aku letak dalam entry yang lepas, aku tak dapatlah nak tawaf semua tempat historical building tuh semua, sebab nak kejar masa, time was so limited, ticket Disneyland dah beli, kang rugi pulak kalau masuk lambat. Cukuplah sekadar naik atas Peak Tower walaupun kabus pun takpe, asalkan aku naik atas tuh~


Cuaca kurang kabus dari semalam.. dan arrow menunjukkan lokasi kita pada hari ini..

Aku menjejakkan kaki sekali lagi kat Avenue of Star, its good now, tak kabus.. Hahak (ketawa dengan bongkak) boleh lompat2 ambil gambar. Aku berjalan spanjang jalan tepi laut ni sampailah ke kawloon Pier untuk mengambil interisland ferry ke seberang, HK island. Tambang seperti tertera di bawah, dan kene gunakan mesin untuk membeli tiket kat sini. jadi sediakan wang kecil.



Naik ferry ni aku rasa macam 10 minutes je, tapi view memang best lah.. kalau naik train kat bawah laut ni tak terasa, buka je pintu dah sampai dah kat MTR Central station macam malam semalam tuh..

view dari atas ferry.

Dari station ferry ni aku menapak sampailah kat station tram yang terletak lebih kurang 0.5km dari ferry terminal ni. Korang akan nampak ada laluan tram ditengah tengah jalanraya tuh, so aku melintas dan terus mengambil tram menghala ke Pacific Place. turun sahaja aku kat situ aku agak hilang arah sebentar sebab aku taktau jalan mana nak lalu untuk naik ke atas tram tuh, sbb map yang aku refer menunjukkan laluan dari dalam sebuah kebun bunga, since aku tak jumpa jalan tersebut, aku menapak sampailah ke tepi simpang berhadapan towe Bank Of China, dan dari sini dah ada sign board menunjukkan arah ke Peak Tram Station. Jadi aku ikut saja naik ke atas tanpa singgah mana2 tempat yang disuggestkan dalam map, nak save masa~

Perjalanan ke station tram, hanya jalan terus melalui lalaun pejalan kaki  dari ferry terminal sampai nampak laluan tram kat persimpangan jalan depan tuh, 
dari luar nampak amcam klasik, tapi dalam dia memang sempit.. 
selain dari menapak dan menaiki tram, korang boleh juga ambil shuttle bus yang disediakan berhadapan dengan ferry terminal, aku tak beberapa sure dengan harga shuttle tersebut, tapi shuttle dia more to HOHO bus. Tapi aku lagi prefer untuk naik tram. Klasik camtuh, naik tram mesti dari pintu belakang, dan turun ikut pintu depan, hanya bayar tambang tram sewaktu turun dari bus, bermakna sebelum keluar masukkan lah duit dalam tabung depan pintu tuh, Harga HKD2.30 one way (tak kira jauh atau dekat). Dan mesti alert tentang tempat turun, sebab orang dalam tram agak ramai, nak turun tuh agak susah.

Harga Peak Tram (return) + Sky tower pass HKD33, dia ada lagi package2 tertentu kat atas tuh, tapi aku ambil yang basic ni je la, naik-tengok2-turun.. ada lagi tempat lain nak kejar.. Pagi tuh agak ramai orang beratur untuk naik Peak Tram ni, aku berkenalan dengan seorang uncle mirip uncle kolonel KFC tuh, umur dah 80 tahun, datang sorang2 je nak naek atas tuh, rindu zaman kanak2 katanya, dulu time datang sini macam bangunan 3 tingkat je, sekarang kene naik tinggi lagi baru dapat tengok whole Hong Kong.. dan dari segi perbualan tuh kitorang diagnose uncle ni mesti post-stroke.. im glad he quit impress, "are you a doctor?"

So aku lagi impress dengan dia, post-stroke, with minimal facial palsy pun boleh nak jalan2 travel masuk negara orang dari US, tak impress dengan dia? haha bravo2!!!


picture bawah: Pakcik KFC~

Tram bergerak naik ke atas secara menjunam , selamat aku dapat seat, sebab ada yang kene berdiri dalam ni, dalam 5-7minit sampai ke sky tower, turun dari tram mata terus rambang sebab disambut dengan "Peak Market". Banyak sourvenir disini.. harga boleh tahan murah, dan takde aku jumpa yang lagi murah dari sini. Murah dia pun FM dalam RM4 camtuh. Ok la kot~


Aku terus naik ke atas sky tower tuh, decoration ala garde kat atas ni, cantik view dia dan bersyukur doa aku smlm untuk mendapat pandangan clear dari atas ni tercapai.. bak kata Lily: doa orang musafir ini mujarab tau~ hehe Selesai melompat sana sini, dah tentu bukan melompat ke bawah yer, nak mati? aku keluar jalan2 area tebi tebing, since this what been suggested by uncle KFC tuh.. tapi bila aku keluar dari bangunan tuh, mulut berkepuk kepuk keluar asap, ok sejuk dia membunuh dengan baju yang tak beberapa nak cukup sifat ni.. tapi aku pergi jugalah jalan setengah track tuh, the air was very clean and fresh.. its like clearing my lung..

view from the top of the sky tower.. 
kawasan sekeliling Peak tower, more like walking track camtuh.. tapi nak jalan waktu2 sejuk ni memang tak seswai sgt la..
Depan dari bangunan Sky Tower ada bangunan kecil lain yang menempatkan kedai2 makanan.. So now kami terliur tengok roti2 kat Delifrance, kenapa kat KL tak macam ni? Bila dah puas tengok aku blah dari situ.. hmmm pastu pergi masuk balek tengok je lagi.. pastu keluar balek..(teragak2 jugak since menu ada spaghetti pork something) dan kali ke-3 ok thats it nak juga roti masuk balek..roti je kan??? Amoi dalam tuh dah pelik dah dan dah penat nak greeting kitorang.. So aku pilih satu roti yang nampak disalut telur, dan satu lagi croissant chocolate.. saat2 sejuk ni hot latte and tea di order sekali.. bila aku duduk dan aku bukak roti bersalut telur tuh, jeng jeng jeng ada ham~ Sudah! so aku pergi tanya, apek sorang ni tak reti cakap english.. ape bende ntah dia cakap, tapi amoi tadi keluar dan dia admit "this is pork meat, you are muslim? oo im sorry i havent mention it.. i will change with veggie pizza with you.." terus dia ambik dan buang terus.. sambil muka ikhlas dengan senyuman yer~ Pekerja contoh!! patutlah ulang alik dari tadi -dia cakap! Veggie pizza dia sangat sedap, walaupun harga lagi mahal dari roti babi tuh, tapi dia tak kira pun..



Dan tengah duduk2 dalam tuh baru Jack message, he went out to site, so tak boleh nak join petang tuh, ok so sekarang dah pukul 1 baru kami gerak menuruni tram menuju ke destinasi seterusnya Hong Kong Disneyland...

TO BE CONTINUE.....







VOGEH (bunyi sopan sikit)

Lucah sangat, tapi bus lucah kat NZ sedang galak mengadakan SALE untuk free seat, since i am going to NZ this May dan tak buat pape plan lagi, malam ni secara rambang mengutip mana2 ticket yang dijadikan pertaruhan...
visit http://nakedbus.com/nz/bus/

Hanya NZD2.99 dicaj sebagai caj perkhidmatan. So buat booking dalam satu round, tetap NZD2.99 je~



4 people $0.00

Kurang jugak beban perbelanjaan trip akan datang, insyaallah~ 

South Island trip

Next : North Island trip


Total route yang dikebas untuk 4 orang 
Christchurch to Queenstown
Queenstown to Franz Josef
Wellington city to Napier
Napier to Auckland City
=NZD 2.99

Oriental Express Part 2.3: Hong Kong Day 1


Continue..

Aku jalan2 ni sampailah dapat message dari Jack, yey Now we gonna meet him~ we meet up at Mong Kok
MTR station~ dari Mong Kok terus ambil MTR masuk ke Hong Kong Island, rasa kejap je dah melintas laut tuh..kami turun kat Tin Hau station.. dia ni bukan macam typical Hong Kong yang jenis pergi keje bawak beg, botol air semua.. sehelai sepinggang je jalan~ dan jalan tuh super laju, aku datang ni sini nak relax2 je, tapi dah macam jalan macam time kat hospital, laju2... adoi~

Tengok berapa tapak ketinggalan... dan aku dah berjalan dari TSS ke Mong Kok, pastu nak lumba jalan dengan ko pulak? OMG!!!

so dari situ dia bawak kitorang pergi dinner.. Since he already know who we are, so aku tak risau lah mana dia nak bawak kami makan.. so that night we had hot pot~ memang sini kedai untuk tourist muslim.. takde sambal atau sos, semua makan dengan kicap~ adoi pelik benor rasanya dan boleh pilih nak makan dengan rice tapi kami pilih udon.. 


Sudah lebih 6 bulan akhirnya jumpa jugak kami sekali lagi~ Rambut pun dah lain sekarang kan~ haha  actually Jack try untuk ajak James and sam. tapi James berada di luar Hong Kong manakala Sam tak dapat dihubungi, dah tukar nombor katanya.. zz So banyak lah cerita2 mengenai diri masing2 dishared.. sambil2 teringat dulu masa kat NZ hari2 kita dinner sama2 masak sendiri kat dapur hostel.. haha Jack akan ke Germany dan mengajak aku sekali~ bila? 2 bulan lagi, GILA aku nak exam kot time tuh.. dan plan after exam dah penuh.. hehe He will have his research project in Germany, company dia hantar, so boleh jumpe Andrej juga kat sana.. Next time lah, sekarang nak focus exam kot~

After dinner, Jack bring us to festival park. Festival menyambut kedatangan tahun baru. Gila ramai orang kat sini, aku tak tau dari mana manusia ramai2 kat park ni keluar.. tak berhenti2 kot orang datang, dan dalam tuh dah kemain sesak lagi. Actually kebanyakan peniaga kat sini adalah student university, they make money for theirself... macam2 kot deorang duduk jual dan macam2 ragam tarik pelanggan.. selamat penterjemah bahse kantonis ni ada.. 

This is where we heading to~ dalam tuh penuh dengan manusia.. 
Cik F (yang jalan belakang) dapat baju extra dari Jack,..sejuk sangat time nie..!
During CNY bunga is a MUST untuk setiap rumah, so banyak lak dia jual bunga plastic ni..
tuh buah plam, di salut gula dan disejukkan, aku makan sebiji terus pengsa~ manis gila.! Sejuk pulak tuh..

Since ada lagi kerja sikit, aku terpaksa ikut Jack pergi kedai perabot untuk client dia, almaklumlah dia ni Interior designer.. so aku lepak teman dia shopping perabot kat area Causeway Bay. dang!!!! haha still orang ramai gila dan aku tengok lighting jalanraya kat sini bagi effect nampak macam waktu siang.. terang dia memang macam waktu siang.. pelik aku~ 


Jam nak dekat pukul 12am so kitorang pun balek semula ke Mong Kok.. aku tersebut pulak pasal H&M sebab nak pergi esok, tapi turun2 MTR terus dia bawak ke H&M dekat je dengan hostel.. dan rupa2nya dia yang nak shopping baju raya dia, haha aku takde benda pulak nak beli.. Yang pelik nya nak dekat pukul 1am pun shopping complex dia bukak lagi.. 

Lepas shopping2 di situ, Jack bawa ke kedai desert pulak, memang time dulu pun kat NZ dia pernah cakap kalau lepas dia makan, cepat rasa lapar balik. macam2 diagnosis kitorang bubuh kat dia sampai dia takut.. haha tapi memang dia berusaha nak naikkan berat badan dia. So dah pukul 1am pun still ada banyak kedai buka lagi, sejuk2 ni pun ada kedai dessert, dan dessert kat sini memang superb best~ 

Harga sila rujuk dinding...
Since semua nama dalam sebutan kantonis, so aku tak tau apa nama dia.. tapi shedap!!! 
Kat kedai ni dia banyak nak discuss plan sebab esok dia dah last kerja dan akan cuti 4 hari, memandangkan dia nak sangat pergi Vietnam, so dia nak join kitorang. tapi before ni aku dah clearly state kat dia yang kita akan naik train, bila calculate balek, ok tak sempat sebab dia dah habis cuti time sampai kt Vietnam tuh~ 

Dia pun nak ikut pergi Disneyland sebab duduk Hong Kong selama 24tahun tapi tak pernah pergi. Last week dapat tender untuk disneyland, orang tuh pun terkejut sebab dia tak pernah pergi. So dia akan join esok ke Disneyland after 1pm, tunggu habis kerja.. 

Plan ke Macau pun dia nak ikut, tapi we strongly disagree with him since it is CNY and last year during CNY he was in NZ, so baek ko balek celebrate ye tak~ hahaha Family first ekh, lagi2 objection keras dari Cik F sebab dia berminat nak sambung Family medicine Specialist nanti, hahahaha

Dan nak dekat pukul 2 Jack hantar kami balek hostel~ esok boleh ke bangun pagi ni..
dan sebenarnya malam ni tak keluar duit sesen pun sebab semua Jack bayar termasuk tiket MTR,
 he act likes our big brother during that night~ :-) Nak ni? Nak tuh? hahaha 


Oriental Express Part 2.2: Hong Kong Day 1


continue...

Setelah aku check-in ke dalam bilik yang sempit ni, aku baring sekejap.. aku ambil bilik yang shared 4 person manakala Cik F bilik yang single bed..bilik dia memang macam kotak mancis, ruang jalan sebelah katil tuh mmg muat2 dia je untuk ke toilet.. bilik aku pulak dah lah sempit pastu bersepah~ tapi hostel ini bersih, dan pemenang award apa ntah dari hostelworld, aku tak ingat. Boleh ada award macam oscar.

Actually sampai2 tadi aku gunakan internet, ada 2 biji PC kan, free je kalau nak guna, aku buka Facebook (Check-in for sure).. ada banyak message dari Jack suruh contact dia, tanya kat mana... aku rasa aku dah bagitau dia aku sampai hari sabtu..tapi dia ingat aku sampai hari jumaat..Apa-apa pun aku terus contact dia dengan menggunakan telefon hostel, ant its free..

Untuk kekal berkomunikasi aku beli sim card, kat hostel pun ada jual, aku boleh pulak pergi beli kat luar.. harga varies dari HKD 50, HKD 75, HKD 100.. since Jack still tengah kerja dia akan catch-up dengan kitorang malam nanti. So untuk menunggu malam, aku round2 dulu untuk hari 1st aku plan nak jalan-jalan ikut 2 laluan Hong Kong Walk (click for map!) yang disuggestkan dari website Hong Kong tourism..

Garden Road Walking map

So aku plan untuk ke Avenue of stars, take a ferry to Hong Kong Island get a tram at Central MTR station (kene menapak sikit dari pier tuh) dan ikut track tuh, laluan ni lalun bangunan2 lama kat Hong Kong, just sekadar sightseeing.

Jadi dengan naik MTR dari Mang Kok aku turun di Tsim Sha Tsui dan menapak dalam ni ke EXIT F kemudian further divided lagi ke EXIT J pulak how systematic it was, semua laluan ni kat bawah tanah yer~ 



Setibanya aku di Avenue of stars, memang kabus tebal gila, kene guna imaginary gambar cantik2 pasal Hong Kong~ sedih tak dapat menikmatinya.. dah lah berkabus sejuk jangan cakaplah.. tapi mulut tak berasap pun, sejuk dia boleh handle lagi.. 

whatever it is, tetap bergambar, lantakla cuaca macam mane pun.

Beginilah keadaannya cuaca pada hari tersebut, memang terus aku cancel je plan nak berwalk-walk segala kat Hong Kong island, sambil menadah tangan esok je la peluang aku nak datang sini dan naik atas sana, harap cuaca esok akan lebih terang dari hari nie, dan tetiba terus hujan ok~ sejuk terus.. berlari masuk Sogo.. (ekh ada Sogo gak~)

Hujan pun turun sekejap je, selepas teduh hujan tuh, agak-agak takde benda nak buat keluarkan peta walk tour yang ke-2 jalan kat market street kali ni aku menapak dari Tsim Sha Tsui tuh sampai ke Mong Kok, agak jauh sebenarnya tapi disebabkan banyak benda dapat aku perhati, alami maka perjalanan tuh tak terasa sangat dan malam nanti baru ko tau kaki ko sakit macam mana.. haha

Yau Ma Tei & Mong Kok market street/
Dalam perjalanan sepanjang Nathan road banyak shopping complex kiri kanan dan memandangkan time ni warga Hong Kong semua sedang menyiapkan persiapan terakhir menjelang CNY maka ramai lah umat manusia bershopping sakan berpaper bag besar2.. jealous, rasa nak shopping tapi pikir2 balek, takut nanti nak balik Malaysia kene tumpang kapal kargo.. tak nak ok~ kedai G2000 baju kameja lelaki tak sampai RM40/HKD99... Tak gila??


Ok tahan! Tahan!!!! Seterusnya sampailah aku ke Yau Ma Tei, nak dekat 20 minute juga menapak, tapi cuaca sejuk memang tak rasa penat.. PERHATIAN, bila cuaca sejuk mesti susah punya rasa dahaga tapi hakikatnya badan korang kene minum air banyak2 yer, dehydrated gila sebenarnya..!!! Susah juga bila thirsty centre tak beroperasi sepenuhnya.. tapi jimat duit, tengok Coke, Pepsi pun tak rasa nak minum~ haha
Yang paling popular berdekatan Yau Ma Tei adalah Temple street night market. Tapi masa aku sampai tak beberapa nak malam, so tak banyak sangat yang bukak, mostly banyak jual magnet, beg tangan, baju dan lukisan. Lepas berpusing2 tak tentu hala kat situ, aku meneruskan perjalanan ke Mong Kok pulak, Ladies Market (bukan jual ladies ok~)


Masa perjalanan dalam 10 minutes, bila masuk kawasan Mong Kok kiri kanan deretan kedai kat sini jual emas, kedai yang sama pula tuh~ tak tau kenapa! Tapi bila sampai area Mong Kok memang area Ladies market tuh paling meriah.. dah siap bukak lampu, terasa dalam filem Jacky Chan dah sebab lampu2 kedai yang sangat banyak kat atas jalan.. kat ladies market pula banyak jual t-shirt, acessorry handphone, magnet, silk dan banyak la lagi~ dan ada lorong bersebelahan dengan ladies market street ni ada deretan kedai semua jual kasut.. sepanjang jalan tuh.. kasut dia aku tak tau la original ke tidak, tapi harga standard...


To be continue...