ADVERTISEMENT

Oriental Express Part 6.1 Hanoi day 1


Hanoi merupakan ibu negeri bagi Vietnam. Negara ini termasuk dalam kategori negara 4 musim, cuma musim sejuknya sahaja yang tidak bersalji. tapi sejuk tetap sejuk. Mata wang rasmi bagi negara Vietnam adalah Dong tapi mereka banyak menggunakan matawang USD sebagai salah satu alternatif. Pernah ada orang mengulas sama ada dalam Dong atau USD jika dikira semula tukarannya adalah sama. Tapi nasihat aku tak payah nak ber-Dong sangat sebab duit dia tak laku di mana-mana. Jadi bila ada lebih akan terus automatik dikategorikan sebagai sampah. tak laku pun...


Untuk makluman aku masih memilih Hostel sebagai tempat penginapan aku, dan kebiasaannya memang aku menempah dari hostelworld. Harga semalam untuk seorang disini hanya USD5. Penginap diberi sarapan pagi percuma dan malam hari percuma Beer di bar. ( Harap korang tau lah garis panduan kita yer~) Dan kalau ikut review disini lah ramai traveler singgah. Dan kononnya menjanjikan pakej-pakej termurah in town. Kononnya~

Kononnya selamat..

So aku sampai pada hari tersebut pada jam 3pm, hari pun dah makin kelam.. musim sejukkan. Aku terus langsaikan jumlah tertunggak untuk bayaran katil untuk 2 malam berserta pakej untuk ke Halong Bay berharga USD35 yang diwarwakan murah tuh. Padahal bila aku dah round satu area Hoan Kiem tu aku mendapati rata-rata harga adalah USD30. Merembes rugi USD5 tau!

Our shared room in Hanoi central backpacker Hostel. That is Oliver, nice to meet her.. and the bottom is Justin bieber. Tak paham aku suka benar dia duduk kat luar, dah la sejuk!!

So far aku berpuas hati dengan layanan hostel tersebut. Harga yang murah berserta breakfast. Bilik luas dan dalam toilet pun boleh main lari2 aku rasa, luas juga tak sempit macam di Hong Kong. Dan disebabkan sampai-sampai tu dah sehari suntuk aku tak mandi, maka berwap lah bilik air tuh seorang guna toilet nak dekat sejam. Hostel ini turut menawarkan wifi dan 4 biji komputer berinternet untuk digunakkan. Dan ia adalah percuma.

Facebook in Vietnam? No you cannot access facebook here, same like in China. But our roomates who had stay in Vietnam for 6 month share the magic code to been used for facebook. it is:
www.f3proxymice.com then you can get access~ Dan jangan lupa check-in untuk tujuan memaklumkan kat family yang korang selamat disana.. haha

Selepas menyiapkan diri dan menunaikan kewajipan masing-masing, suasana kat luar masih belum gelap lagi, cuma kelam-kelam kelabu je la~ dgn suhu sejuk, mulut pun berkepuk-kepuk juga keluar asap. Tak sangka sampai macam ini punya sejuk kat Hanoi. So we taking chance untuk merayau sekitar Hoan Kiem Lake, sebab hanya berdekatan dengan area hostel aku. Dan area yang aku duduk ni tak ubah macam old town area~ cuma timing aku ke sini tidak beberapa baik sebab baru 2,3 hari selapas Tahun Baru China, area Hanoi kalau time Tahun Baru memang kedai dia boleh berkulat sebab semua cuti selama seminggu. Siap ada   orang cakap, dia pergi the largest shopping complex kat sini, pun semua kedai tutup..damn!


Actually aku tak kisah, aku bukan nak ber-havoc-havoc kat sini, just datang nak tenangkan fikiran, relax-relax je~ Shopping complex KL pun ada, no hal.. hehe Area sekeliling Hoen Kiem Lake memang penuh dengan manusia. Penjaja-penjaja juga banyak, apa yang banyak aku tengok orang jual Hot Dog dan Roti Croissant yang bertimbun-timbun orang jual. Makan ruji ke roti ini disini? Aku taktau laa.. tapi memang bersepah orang jual roti ni.. Dan cara mereka salai Hot Dog, bawah dia dia wapkan dengan bawang, memang bau dia harum semacam je, merembes air liur aku..


Aku sempat balik ke hostel gunakan perkhidmatan uncle google bertanyakan reataurant halal di bumi Hanoi.. Uncle google mencadangkan Nisa Restaurant (makanan malaysia katanya) dan Tandor Restaurant (bunyi pun dah berunsur-unsur kari kan). Here we go teruskan mencari kedai makan pula, tak lah jauh mana pun dalam 500m agaknya, kaki masih kuat untuk berjalan..

Tapi aku tak jumpa mana letaknya Nisa Restaurant tuh, kalau ikut map dah betul dah area tuh, cuma jumpa Tandor restaurant.. Its fine la kot~ perut memang sumpah lapar gila. Here we end up with Beriyani ayam + Naan Cheese bagai, melantak ke apa. Result is menyesal duit dah banyak keluar.. haha takpe2, perut punya pasal. Aku rasa cecah USD16 per person untuk dinner.


Sampai kami di bilik, semua duduk tanya mana nak makan, dan kitorang cakap pasal beriyani... and USD16 for dinner is insane, Hanoi really crazy regarding the price.. Habis semua bising sebab semua orang tak suksa makan kat sini, mahal nye kemain!!! haha aku makan kat situ sebab takde che Bab. Sekian~


Dan malam-malam tu banyak habiskan masa berbual dengan roomates semua~ sure lah pasal travel story masing-masing. Walaupun aku penat, tapi aku tak kisah untuk melayan cerita masing-masing. Train from Shenzhen, ok semua nak dengar.. memang terkuntang-kanting aku bercerita. Rata-rata semua pernah sampai ke KL, dan diorang semua puji Malaysia tau~ huhu Baru nak lelapkan mata ada pulak mamat-mamat mabuk dari mana ntah masuk bilik kitorang, Dah lah aku nak bangun pagi esok untuk trip ke Halong Bay. Till then~ ok!








Oriental Express Part 6.0 China - Vietnam

Aku sambung je cerita ni walaupun dah sangat basi dah, tapi maybe entry ni cam comot2 je, banyak sangat benda aku nak tumpu sekarang~ dan hari hari sejak kebelakangan ini agak membunuh itu lah kita kene ingat lapang sebelum sempit.... ingat 5 perkara yer~ haha

Bas dari daerah Nanning membawa kami ke daerah PinXiang, kat sini lah terletaknya sempadan dan imigresen masuk dan keluar antara negara China dan Vietnam. Perjalanan mengambil masa 3 jam setengah macam tuh untuk sampai ke PinXiang, menurut sumber kalau tak dapat naik bas, boleh juga menggunakan perkhidmatan train, tapi memerlukan perkhidmatan shuttle (maybe teksi) untuk ke border, aku dah ready plan ni sebab in-case tak dapat bas, maka choice tuh je la yang ada, tapi perlu diingatkan border ni tutup pukul 4 petang, sebab tuh bas last dari Nanning adalah pada pukul 12 tengahari. Perjalanan dalam suhu selesa dalam bas tapi kat luar tetap sejuk masuk ke tulang. Pemandangan sepanjang jalan sangat cantik sebab banyak bukit-bukit serta gunung-gunung batu kapur. Selain kawasan ladang dan hutan yang menghijau. Tapi nampak sama je macam kat Selatan Thailand.

Tapi sayang cuaca agak kabus dan kelam, padahal pukul 9 pagi camtu.. 

Pukul 12 tengahari kami selamat sampai ke border, kami dipaksa turun, dan kelihatan money changer bergerak menghampiri setiap orang yang turun dari bas. Dengan tak menggunakan kalkulator, aku tak tau lah macam mana dia kira, dia terus je bagi duit dalam tukaran DONG.. aku pun menukar segala matawang Yuen yang ada sebab kami hanya berbekalkan USD untuk ke Hanoi, manalah tau nak naik bas atau teksi kan nanti. Jadi jumlah mata wang yang aku peroleh hanyalah 150 000 Dong, banyak ke? aku pun tak tau...

Hentian sebelum dibawa ke border, Bas pink tuh yang aku naik dari Nanning..
Dalam shuttle sejuk gila, gila kau dah lah luar tuh sejuk campur angin lagi.. 

Sebelum sampai ke Bangunan imigresen, kelihatan banyak bangunan-bangunan tua..

Kelihatan shuttle seakan kereta shuttle padang golf menjemput kami, dan terus di bawa ke bangunan imigresen untuk clearance dari pihak negara China, dan lagi sekali shuttle merentas border dan sampai ke imigresen entrance di sebelah Vietnam. Terperanjat juga aku tengok orang kat kaunter, semua tak berbaris dan tangan berebut2 menyerahkan passport kat kaunter, apa kes ni? Rupa-rupanya hanya ada 3 penguatkuasa yang bertugas pada masa itu, dan traveler yang ada kebanyakkan adalah warga negara China, jadi aku pun join the crowd, serah je letak kat dalam tuh dan tunggu nama dipanggil. Semua orang dia siap panggil nama penuh, sampai passport aku dia panggil "malasii aaa" camtu je aku terus faham-faham sendiri..

kaunter imigresen Vietnam
Tapi tak lama pun menunggu, kemudia shuttle datang lagi membawa kami melepasi bangunan imigresen dan seterusnya kelihatan deretan bas berwarna hijau pula menunggu. Di sini bas lain pula yang harus dinaiki untuk sampai ke Hanoi, kalau mana-mana yang menggunakan train untuk ke PinXiang maka disini bolehlah membeli tiket untuk ke Hanoi, atau mungkin ada public bas yang boleh membawa anda ke Hanoi. Dan perjalanan dari Border ke Hanoi menelan masa 4 jam.


Dan apa yang memelikkan aku adalah bas yang disediakan kali ini lain dari yang lain. Aku tak pernah lagi jumpa bas yang macam ni. Mereka menggelar bas tersebut sebagai "sleeper bus", bermakna bas untuk kamu tidur. Tiada kerusi disediakan, kasut perlu ditanggalkan dan diletakkan di dalam plastik ketika masuk. Keadaan dalamnya sepert deretan katil-katil yang diletakkan secara 3-3. setiap katil panjangnya dalam lingkungan 200cm dimana bahagian 1/3 dinaikkan menyerupai seakan bantal. Luas pula dalam 60cm dan ruang tinggi pun terhad, memang penumpang disarankan baring sampai lebam. Aku boleh tahan lagi dengan bas ni tapi apa yang aku tak boleh tahan adalah bau stocking.. dan bau makanan orang local kat sini, ada kaki ayam version packet yang nampak macam jeruk. that was so disgusting!!! Aku memang nak termuntah. Selamat ada limau.. hehe penyelamat bau dan rasa loya~


Apabila bas mendekati bandar Hanoi, dari jauh aku seakan-akan rasa familiar dengan persekitaran dan pemandangan kota Hanoi ini, jelas ada bangunan-bangunan tinggi disini yang menyerupai satu bandar yang pernah aku lalu, bila cik F pandang pun dia setuju dengan apa yang aku rasa, then we got the answer, it is Jakarta.. dan struktur rumah-rumah disini kebanyakkan nampak macam kat Bandung.. Ada sesapa bersetuju? Thats only what i thought~ maybe thats why they call it as IndoChina.. haha mengarut je..

Bas menurunkan kami di kawasan yang macam terasing, since map pun aku takde lagi aku tak tahu apa nama kawasan tersebut. Hanya ada satu pusat travel agency berhadapan dengan tempat kami diturunkan. Kebanyakan penumpang berpusu-pusu masuk ke dalam pusat travel tersebut, nampak sangat ini merupakan stratergy deorang, dan orang bas ni mesti dibayar untuk ini. Sebab kawasan ni bukan kawasan perhentian bas. Tapi aku menapak dan terus mencari teksi untuk ke Hostel, berbekalkan alamat aku menahan teksi compact car, *kat Hanoi ada bermacam teksi, cuba cari compact car (Hyundai Getz) sebab harga dia lebih murah berbanding kereta sedan yang lain seperti Toyota Vios, Camry dan sebagainya.


Aku agak berpusing-pusing juga sebab sebaik aku berkata tentang Lake Hokien, terus brother dia angguk-angguk dan jalan. tapi kami terlepas simpang untuk ke Hostel sebab dia tak tau baca alamat dalam booking ittenary aku. Akibatnya total bayaran teksi 130000 Dong~ selamat ada duit Dong aku tukar tadi dan kini tinggal 20 000 Dong, cepat je habis walaupun beratus ribu ada dalam tangan.. haha

Hokien Lake
Hostel where we stay.. Hanoi Central Backpacker


Aku sambung lagi nanti yer...

Oriental Express Part 5.2 Journey crossing China


Nanning train station
Nanning merupakan salah satu bandar dalam negara China, bandar ini besar juga lah dan capacity pun aku rasa agak ramai. Dalam pemerhatian aku yang tak sampai 3 jam kat Nanning, orang kat sini memang pelbagai, dari yang keluar pagi2 berbaju formal coat dan sebagainya tapi ada juga yang berpakaian bertampal-tampal, really~

sistem pengangkutan kat sini pun seperti biasalah bas, teksi tapi ada juga dia gunakan bicycle yang berenjin.. murah ke benda ni hah kat sini? since ramai sangat orang pakai...

Orang seakan berduyun-duyun turun dari keratapi 1312 tersebut. Since Sheu Su memang menunggu aku kat depan pintu train tuh, kami bergerak keluar dari station bersama-sama. Owh Sheu Su baru je berkahwin dari 2 bulan lepas, dia datang dengan isteri dia, tujuan ke Nanning adalah untuk berjumpa rakan-rakan, ada gathering katanya. Dia ni bakal melanjutkan master study dia kat Maritime University of China. No wander can speak english.. pasal malam dalam train aku tak berborak sangat dengan dia..

Setelah keluar dari station, Sheu Su mengajak kami sarapan terlebih dahulu sebab dia kata awal lagi, aku sekadar mengikut je la sebab mungkin memang rutin dia untuk breakfast, dah ikut orang katakan, so follow je. Sampai di satu restoran.. hmmmm kami duduk dia terus pergi order lalu mendapatkan kupon.ada 4 helai kupon kat tangan dia.. aku cepat2 bangun dan tanya,

"are you order something for us?"

"yes, i order pork noddle!!"

"oo So sorry we cannot eat pork actually~ we cannot eat here."

"owh~~" dia pergi semula ke kaunter kali ni dapat kupon color lain pula,
"i change to beef noddle for you"

"NO NO still we cannot eat here, oo we have bread.. so dont worry" sambil tangan sebelah angkat roti gardenia dari dalam beg... muka senyum!!! haha

Bila mee yang dia order sampai ke atas meja, aku minta dia makan dan aku dgn Cik F pergi jalan2 ambil angin kat luar sambil snap snap gambar. Dalam 20 minute camtu aku balik semula ke kedai, tapi Sheu Su keluar sekejap dia suruh tunggu dengan wife dia kat dalam kedai tuh, wife dia tak beberapa fasih cakap english, tapi dia faham english.. cute juga wife dia ni...

Snap sini sana

Profession: kerja lap kasut.. kemain lagi yang tgh duduk tuh!!
5 minute selepas tu dia balik ke kedai dan bawakan satu beg limau untuk kami. dia suruh makan dalam journey nanti. manis gila buah limau kat sini..dan terus kami bergerak mengambil teksi untuk ke Langdong bus station. Dari dalam teksi aku memerhatikan memang banyak bangunan2 tinggi kat Nanning ni, sebab tu lah Sheu Su banyak kali tegaskan "its a big city"

Limau comel-comel..

perjalanan ke LangDong Bus station dengan teksi, jauh ya amat dari train station, hampeh tau dalam forum kata boleh jalan kaki, patutlah Sheu Su gelakkan aku sbb nak jalan kaki. but the nice of him, dia bayarkan duit teksi. cost around RMB35.

Langdong Bus Station, Nanning
Bila sampai di LangDong Bus Station aku tak perlu lagi nak bersusah payah, Sheu Su terus je ke kaunter, 1st dia beli ticket untuk dia dulu.. dan lepas tuh dia tanyakan ticket untuk kami ber-2 pulak.. dan dia hanya berurusan dengan satu kaunter je, aku pun tak paham. tapi silalah beli ticket menghala ke Hanoi, memang kekerapan bas ni agak banyak. setiap satu jam dari 8am sampai 12pm sahaja. mungkin waktu selepas 12pm  imigresen tutup dah kot~ tambang Nanning ke Hanoi adalah sebanyak RMB148.

Kaunter ticket bas, xde tulisan english tapi aku nampak ada link websiter di situ.
some refreshment diberi secara percuma: mineral water, milk.bun and apple.
at right: take a picture before we go separately.....

Keadaan agak kelam kabut time kat station bus sebab aku kene lari naik bas, lagi 5 minute bas jam 930am ni nak depart. So memang berlari la, Sheu Su siap angkatkan beg Cik F dan suruh dia lari.. dah la ada scan bag lagi kat station ni.. wife Sheu Su menunggu dia didepan platform bas yang diorang nak naik.. sbb waktu departure kami adalah sama. So lepas dia hantar kami dan suruh aku salin nombor phone dia, aku pun naik ke atas bas tuh.. rasa berat kot nak menyambung perjalanan ni.. owh ya dalam gelabah2 tuh mamat yang bagi pinjam phone time dalam train tuh pun ada berselisih dengan kami. dia dan anak dia melambai kat luar tuh lepas kami naik.. dan akhirnya bas bertolak.. 7 jam perjalanan sekarang menuju ke Hanoi, Vietnam.

Cuaca luar memang sejuk, aku sebenarnya mengharap dah turun bawah sikit ni rasalah suhu tropika, tapi belum lagi. suhu masih membeku kat luar. selamat ada heater dari bawah kaki.selesa yerr..


Oriental Express Part 5.1 Journey crossing China


Train 1312 memang menunggu aku untuk memberi aku sejuta pengalaman yang tak ternilai di negara yang asing dan nilai persahabatan tanpa mengenal agama bangsa dan negara.
Aku menantikan train ini dengan penuh debaran, cara pemakaian konduktor train pun dah rasa lain sikit dengan KTMB sebab pakaian inspektor tiket dah ala-ala koperal kat balai polis. ekh tak silap aku time kat Jakarta pun macam ni, yang kat sana berangan pilot pun ada~ haha tapi yelah setiap lain baguslah ada variasi.
Aku mula menjejakkan kaki ke dalam keretapi api negara china ni setelah menyerahkan tiket keratapi tetapi ditukar dengan kad bernombor di sebelah kanan kad tersebut. Nombor di kad menunjukkan nombor katil. Kad ni dah ala-ala kad pintu bilik cam kat hotel tuh tau, tapi jangan nak berangan sangatlah besi2 kat luar ni pun dah berkarat, ingat modern sangat dalam tuh? haha








Seperti yang aku jangkakan perasan janggal mula menyelubungi diri, time ni semua orang sekeliling memerhatikan aku macam aku ni baru turun dari planet lain.. sabor aje lah.. bila duduk ramai2 dalam ni dengan katil yang tak seberapa (maklumlah aku pilih hard sleeper~ bergantung kepada kemampuan.) rasa macam pelarian pun ada. so aku tersenyap sekejap begitu juga cik F. rasa macam nak pergi airport, nak beli tiket flight, tapi kami tak cukup kaya nak buat macam tuh. masing2 terus dapatkan kembali mood yer...

Train bergerak tepat pada waktunya, takde siapa pun naik ke atas katil, maklumlah katil kitorang adalah yang paling atas sekali sebab yang atas tuh sekali lah yang paling murah. nak duduk kat tepi tingkap ni kerusi pula tak cukup so aku terpaksa berdiri saja kat tepi tingkat.

Lalu seorang mamat berbangsa china kat sebelah aku " hai..!" dia sapa. "hello.." aku jawab, ko ni boleh pulak nak ber "hai2" dalam train ni, dah semua orang duduk tengok aku.. pastu dia blah.. kejap lagi dia nak pergi toilet dia lalu sebelah aku lagi "haiii~" lagi sekali, aku pun "hello" je lah balas balik.

Dan selepas dia keluar dari toilet, oo rupanya betullah dia ni memang struggle nak entertain kami, dia struggle tau nak cakap english.. memang dia boleh cakap sikit-sikit. Aku pulak dah macam cikgu bahasa inggeris duduk membetulkan perkataan dan pronunciation yang tak clear di situ. So lepas borak2 kat tepi koridor tuh last2 aku mintak dia bawak kami ke gerabak kantin. Bukan apa, lagi convenience untuk berborak2 lagipun malam masih awal lagi. dia pun cakap, dia tak tidur awal.


Air panas ada disediakan di setiap gerabak, Maggi la jawabnya untuk dinner. dan air tuh Sue Row belanja~ 


So begitulah kisahnya dari hai hello hai hello terus kami berborak dengan gamaknya, mamat ni nama dia Sue Row graduan university of Guilin. Dia kata kalau kat China nak lulus universiti memang kene lulus english cuma english dia simple2 je~ at least boleh cakap sikit, jadi barangsiapa kat China yang boleh cakap english, maknanya dia tuh graduan university lah. dia banyak mempromosikan Guilin kat kami. Memang rasa nak pergi dan dia agak terkejut bila aku banyak tahu pasal tempat2 kat China, kagum dia..

Syarat kat sini memang tak boleh duduk free-free kat gerabak makanan ni at least belilah air, air pun budak ni belanja kami.. segan rasanya, tapi bila tau2 je dia dah bayar, cakap bahse dia mana aku perasan.  Sue Row ni sekarang berkerja kat syarikat e-bussiness, mostly service jualan ticket. ticket konsert, train etc. http://www.ticketchina.net/ . dia kata duduk kat China gaji sikit, tax besar.. tuh yang susah tuh.. kawin? orang kat sini kene own a house tau untuk bercouple, sbb tuh dia still single dan dia anak tunggal (memang syarat sekarang one family one children).

Since dia pun on the way ke Nanning juga tapi arah kami berlainan sebaik tiba nanti kat train station, so banyaklah benda dia cuba untuk bagitahu aku. aku pun gigih menaip, research dah lah tak siap sangat. selamat ada budak ni.

Selepas aku balik ke gerabak hard sleeper tu, rupa-rupanya ada light off, nak bagi semua orang tidur. Train ni terus bergerak, memang jarang berhenti. Cuma aku perasan ada 2,3 kali je.. Sue Row still tak boleh tidur, dia ajak lepak lagi rajin benar dia ni nak berborak. tapi berkali-kali juga lah dia balek ke bed tengok mak dia. dia on the way ke Nanning dengan mak dia, balik kampung kata hari raya.. haha

So in the middle duduk borak2 ada lagi seorang Chinese lalu, "ooo english, good night!!" sapa dia.
"hiii~ good night to you too..." ni cam cara orang nak tidur bunyinya tapi time ni, inilah cara start conversation. haha mamat ke-2 ni nama dia Sheu Su, then dia pun masuk campur dan banyak tanya pasal aku nak pergi mana. Dia lah yang selepas itu banyak menolong dan english dia lagi bagus sikit.. since dia dah nak tidur, dia akan kejutkan aku time nak sampai Nanning nanti. Dia pun on the way nak ke LangDong Bus Station, dia suruh follow dia~ that's great!

Aku rasa pada awalnya orang kat sini pelik2 tengok aku tapi bila ramai orang duduk speak english dengan aku tersangkut2 paham maka selepas itu lebih ramai lagi warga negara ini start nak bercakap dengan aku.. sampai aku nak tidur pun still orang sebelah bed aku struggle lagi nak ajak berborak. tapi baik tau, siap bagi pinjam phone dia in case nak guna google.com~

"u...u.. from silumpo?" --> yes im from kuala lumpur, malaysia. 
"ooo u know ar...ar... towa tawa..? towa tawa..?" --> twin tower? isi it?
*pengsan melayan~ 


Mamat ni yang kasik pinjam phone dia, bagi aku gune internet.. 
yang ni anak dia, aku cakap china sepatah, dia jawab terus aku tak paham.. 
Apapun sebab badan terlalu letih memang aku terus terlelap, bagi aku not bad lah aku lena je tidur, aku tenang sikit bila memikirkan orang sekeliling bed aku dah jadi friendly, so hilanglah imagination aku dimana tiba2 ada orang tak dikenali kat sebelah katil ni keluar parang mengamuk ke.. haha scary~ aku boleh terus terlena sampailah jam menunjukkan 7am, train hampir sampai dan inspector ticket datang memungut kad. tapi Cik F bangun dan merungut tak lena, sakit badan etc~ haha tapi experience kot..

Hari dah terang kat luar~ 

Briefing lagi, this is Sheu su..

at 8am train arrive in Nanning~ 
Nanning, China - also a big city..  


Oriental Express Part 5.0 Journey crossing China


Hi semua, selamat berhari kerja..  dan selamat berfeeling2 INDIA? motif? Since 2,3 hari ni banyak betul perkataan INDIA disekeliling aku, almaklum rakan2 traveler yang lain sedang sibuk dengan ittenary india, make up style india dan some language preparation agaknya~
Pagi ni aku sibuk menyiapkan case report, alang2 seharian didepan laptop tangan akan gatal nak menaip blog.. haha ada orang minta cerita Hanoi dead line 5 march, dah berlalu dah pun, sorry sangat sebab memang takde masa nak siapkan series kali ni. :-(
_______________________________________________________________________________

Hari ini merupakan hari terakhir kami di Hong Kong, aku rasa orang sini masih mood new year lagi tak ramai pagi-pagi tuh. so just had some chat with Jack on the phone je, sebab balik semalam pun dah penat, tidur terus dan akhirnya tibalah masa  kami meninggalkan Hong Kong.


Aku masih bimbang lagi tentang perjalanan merentas China untuk ke Vietnam. Malam semalam sebelum tidur sempatlah aku google sedikit tentang train kami ke Guangzhou dan Stanley (owner hostel) mencadangkan pilihan ke-3 untuk ambil bas dari Hong Kong ke Guangzhou as the last resort. Kalau naik express train dari Hong Kong aku kene menuju ke train station Hong Kong di Huang Hom. Tapi tambangnya agak mahal mencecah HKD200. Kalau bas, cuma selang beberapa block je dari hostel aku, tapi Stanley pun tak pasti sama ada bas beroperasi ataupun tidak sewaktu musim perayaan macam ni. Ok thats it kami terus bertolak ke MTR station Mong Kok East (train direct to Luohu) kembali ke sempadan China-Hong Kong. Aku berserah je, kalau tak dapat train maybe boleh dapat bas sebab banyak bas berhadapan dengan station keratapi di Shenzhen. 


Jadi sebelum keluar dari Hong Kong sempatlah aku menghabiskan segala syiling yang ada kat 7E, banyak juga chocolate aku borong dengan duit syiling tuh, yelah nak makan apa lagi, chocolate je la sebagai sumber tenaga untuk hari ini. dan aku turut menghabiskan kredit phone yang ada sempat call malaysia sekali. 




Rupanya Jack tersalah anggap yang dia ingatkan kami akan kembali lagi ke Hong Kong after Guangzhou dan fly ke Hanoi. Dan dia agak angin disitu sebab misunderstanding~ tak apalah mungkin next time boleh datang lagi, banyak juga benda tak habis nak discover kat Hong Kong. Walaupun dia tengah cuti tapi kerja dia menimbun dibawa ke rumah~ dan dia berharap aku dapat join pergi Germany nanti since dulu ingat lagi aku duduk planning dengan dia nak pergi sana jumpa Andrej. Mungkin belum masanya lagi aku ke sana. Satu hari pasti (macam dalam lirik lagu pulak). haha


Menjejakkan kaki sekali lagi di Shenzhen
Urusan imigresen di Luohu berjalan lancar sebab foreigner line diasingkan dari China mainland dan Hong kong resident line, so urusan menjadi lagi cepat, tak ramai rupanya foreigner.. ramai-ramai kat sini sepupu sepapat kaum mereka juga. Aku hanya perlu menapak untuk ke Shenzhen railway station dan akhirnya sampai ke kaunter Shenzhen- Guangzhou CRH train. Sebagaimana yang aku bagitahu dalam entry yang lepas, untuk foreigner sekarang dah tak boleh menggunakan machine, kene beratur kat kaunter. panjang juga line beratur ni tapi aku ambil train ke Guangzhou jam 3pm supaya sempat berjalan2 sebentar cuci mata kat Shenzhen. Ticket masih banyak sebab frekuensi train ni sangat rapat dalam gap 15 minutes sekali. Selamat dapat ticket~


Que agak panjang, akhirnya dapat jugak ticket dan jimat sebab lagi murah berbanding ticket Hong Kong


Berkeliaran tanpa arah tuju di Shenzhen.
Aku hanya berjalan sekitar railway station ni, berhadapan dengan railway station ni ada warehouse sale building, tak banyak sangat pun barang dia jual selain kasut, Lowyat things etc. Aku cari FM kalau ada tapi tak jumpa. Beg boleh disimpan di kedai bersebelahan pintu masuk station dia charge RMB5 untuk satu beg, bagi jelah tulang aku nak patah macam bawak budak 10 orang dalam beg tuh~ haha Selesai menyerahkan beg maka langkah kami makin jauh, ada 2,3 shopping complex berdekatan dengan railway station ni, sampai pukul 2pm kami kembali ke railway station masing2 dah penat dan 245pm kami di panggil untuk boarding. harus diingatkan train bergerak tepat pada waktu yang dijadualkan. Kang pintu dia tutup dia terus jalan. 


ada juga ticket "no seat" yang dijual. teringat time aku kt beijing dulu, sebab dah takde tiket kene berdiri 30 mnt.
Train ke Guangzhou ni jenis berhenti-henti juga, ada 5 stop tapi aku agak confius sebab baru aku perasan ada Guangzhou Dong dan Guangzhou. Mana satu nak turun? dan aku double check balik dengan ticket ke Nanning aku, dan kat situ dia tulis Guangzhou Dong - Nanning.. so maknanya aku kene turun di Guangzhou Dong. Aku try nak tanya konduktor tapi dia tak faham~ thats it. Based on research train dari Guangzhou East, so makne Dong disitu adalah East kot. Main tibai je~


Connecting train, selamat sama tempat naik dan turun dia. 


Perjalanan mengambil masa 45 minute dan train ni tak sampai kelajuan 300km/h pun, range dalam 180-200 je~ time kat Tianjin dulu cecah 325km/h. kalau collides bersepai segala organ kau (scary) haha Kami tiba di Guangzhou Dong sekitar jam 4 petang. So aku ada 3 jam untuk menunggu train ke Nanning jam 700pm nanti. Sama jugalah aktivit disini letak bag dan jalan je sekitar train station tanpa arah tujuan, tapi jangan sesat sudah. 


Arrive in Ghuangzhou East station. Aku rasa nak balik HK balik sebab tnampak kaunter ticket macam dalam gambar tuh.
Di Guangzhou, railway station ini terletak di tengah kawasan bandar. Berhadapan dengan train station ni adalah Shopping complex. di tingkat atas shopping complex pula adalah station bus Guangzhou, hah macam mana tuh? based on research kalau tak dapat tiket ke Nanning dari Guangzhou, bolehlah cari kat station bas Guangzhou ini, ada overnight bas daily based ke Nanning. 


kiri ke kanan: 1. PoPark nama shopping complex ni. 2. kedai Emoi ni cute sangat, aku suka kaler hijo+putih!!
3. Jusco pun ada dalam ni, dan 4. kedai yogurt ni cm tutti frutti jah!
Memang habit aku kalau pergi memana suka belek2 barang kat supermarket. Pelik kan~ kat NZ dulu tiap2 malam nak
pergi supermarket. (kiri ke kanan lagi). 1&2 betapa besar nye buah limau tu~ nampak limau besar ni terus ada image
breast cancer datang~ haha 3. jagung kaler hitam? 4. kebanggaan kita, product malaysia in da house..belek kotak Lexus tuh, made in batu pahat, JOHOR.. haha
At least aku ada tempat untuk kill some times kat sini. dan bila aku keluar dari shopping complex, memag terkejut sebab bangunan tinggi banyak sekeliling train station ni. Dalam pukul 7pm aku kembali ke kaunter beg dan naik ke atas ruang menunggu. Ruang menunggu kat sini sangat besar~ dan majoriti semua rakyat jelata disini tengah makan instant noodle perasa che bab.. air panas disediakan kat sini, senang.


adakah tower ini merupakan icon Guangzhou? ke aku tersalah.. haha
Ikea pun ada, jom meatball!!! 
Guangzhou East Railway station
Kami dipanggil untuk boarding lebih awal dari apa yang dijadualkan, baru nak makan meggi time ni~ haha
to be continue...