ADVERTISEMENT

Kenapa Saya Suka Rumah Saya?



Terletak di persiaran street highway 1 berdekatan daerah Hambden adalah rumah yang dimiliki oleh Rene' Taylor. Rene' merupakan kenalan di couchsurfing yang membantu memberikan Penginapan kepada kami berempat di pertengahan perjalanan kami dari oamaru ke Dunedin, kami tiba pada waktu malam, dan berangkat diawal pagi untuk menyambung semula perjalanan kami ke Dunedin.

Rumah yang dimiliki sepenuhnya oleh beliau dan keseluruhan rumah juga dibina oleh Rene' sendiri. Aku amat kagum walaupun rumah yang nampak usang tapi hasil tangannya sendiri yang banyak menyentuh perasaan aku, Jika dilihat dari dalamnya banyak lagi yang tak beberapa nak siap tapi semuanya masih selesa untuk digunakan. kami disambut dengan mesra dan beberapa ahli couchsurfer lain kelihatan menumpang malam di sini juga.

Kami menyediakan makan malam dan banyak benda dikongsi bersama, selepas tidur semlaman kami beredar pagi tadi dengan meninggalkan setitis kata pada kertas berserta cenderhati dari kami dan hidangan sarapan pagi yang telah kami sediakan.  Terima kasih kerana sudi menjemput kami Rene'.


 Sekarang aku faham rumah tak semestinya besar, tak semestinya kelihatan gah, cukuplah dari segi usaha yang ditunjukkan dan fungsi rumah itu sendiri yang menambahkan coraknya.

-Shah_rule, Oamaru NZ

Its a new journey...


Salam readers,

Jadi sekarang bermulalah trip seterusnya aku menghala ke pacific ocean~ nama trip kali ini aku tengah fikir-fikirkan lagi.. cuma kali ini aku akan cuba update cerita terus dari sana. Malas nak tulis bila dah balik Malaysia takut nanti dah start kerja lagi malas pula aku nak update story kan~

Briefing:

Trip kali ini asalnya disertai oleh 6 orang semuanya adalah classmate dan "bestfriends" lah katanya~ tapi disebabkan ada masalah dalaman 2 orang teluh mengundurkan diri. Jadi tinggal kami ber-empat yang gigih meneruskan trip ini.

Trip telah dirancang sejak bulan Ogos 2011 semasa Jualan ikan Paus Airasia, siapa ingat? haha masa tuh ditengah kesibukan masing-masing dimana setengah dari kami di Hospital Selayang dan aku pada masa itu di Hospital Teluk intan telah pun menyatukan suara memilih New Zealand. Memang susah nak lupakan tempat ini, terpanggil2 untuk pergi lagi. So kami book perjalanan sehala sebab masih kabur-kabur lagi tak tahu apa yang mendatang. Harga tiket sehala termasuk cukai RM299 sehala.

Dalam bulan March 2011 rangka perjalanan ini disiapkan setelah aku terserempak dengan sale di Airasia yang berharga RM 430 perjalanan Gold Coast - Kuala Lumpur. Connection flight dari Auckland ke Sydney berharga RM290 dengan Jetstar.

main kira-kira 3 hari tak habis!!!

Bagi mencuba perasaan untuk melakukan wwoofing di New Zealand dan Australia, kami telah pun mencuba pelbagai link yang banyak dibantu oleh rakan-rakan yang kami kenal dari New Zealand tahun lepas.

HelpX
Backpacker Board
wwoof NZ
Couchsurfing

Jadi saya akhiri setakat ini dengan ucapan terima kasih khasnya kepada para travelholic yang banyak memberi input, dan tak lupa Janggel & John yang banyak menolong tentang urusan Visa itu dari AUD 25 jadi RM20 je sape taknak.. dan fatt thanks for entry sydney yang banyak membantu especially bus free tuh~ siapa taknak benda free weh..
Fantastic 4   ????


Oriental Express 9.0 Finale: from the Land of Smile Bangkok

Hello semua, walaupun aku berserabut sekarang ni..tepi laptop ada kalkulator, buku notes dan depan aku ade printer tengah print segala benda. Esok tengahhari aku dah bertolak ke KL balek dan akan overnight kat airport la gamaknya.. tapi selalunya aku tak tidur, sebab nak board 11 hour flight kaedahnya, baik aku shift kan waktu tidur tuh.. hehehe
______________________________________________________________________________

This is the last entry for Oriental episode kali ini, dah berzaman aku peram kan~ Aku dah pernah datang Bangkok cuma kali ini sekadar jalan-jalan dan buat apa yang aku tak buat masa aku datang dulu especially Floating Market. Floating Market terbesar yang terletaknya di Damnuen Saduak. Itu je la sasaran kali ini rasanya~



Kami tinggal di YHA Bangkok Downtown, kat sini kalau korang stay 2 night boleh dapat free half day city tour, termasuk pergi ke Grand Palace tapi tidak termasuk entrance fees. Aku mencadangkan Cik F pergi tour tuh sebab dia tak pernah pergi pun Grand Palace tapi bila dah sampai ke Bangkok dia memang dah takde mood dah..penat sangat agaknya~

Kami tiba Bangkok pada waktu malam, memang penat habis dan pada keesokan harinya aku pergi ATM maklumlah walaupun aku ada tukar duit Thai Bath siap-siap, duit tu tak cover expenses shopping, especially kat Bangkok, memang rambang mata!! So awal pagi aku dah merayau mencuba kad ATM maybank aku.. semua ATM reject kad aku, membuatkan aku sedih dah berkali-kali aku call Maybank untuk aktifkan oversea nyer ATM tp tetap. and a good news come apabila aku call bankislam, memang bankislam kad dah aktif dah, tak payah call untuk aktif pun takpe. Kebetulan duit scholar baru sahaja di-kredit-kan oleh JPA, Syabas!!! *memang riang tak terkata time ni.. hahaha

Chatuchak after raining.. 
So today is Saturday, what come to my mind is Chatuchak. Yes Chatuchak weekend market!! Awal juga la aku bertolak ke Chatuchak, sebab pernah datang dulu, tapi tak habis pusing, kali ini berazam untuk pusing tengok segala yang ada. Dalam pukul 4 petang baru habis ronda dengan barang masing-masing kat tangan. Masing2 lupa sebab kami tak check-in bagage pun sebenarnya.. Balek tuh terus buat check-in lugage kalau tak mahal nanti.

Hari mulai sibuk~

RM20 sebiji... 



Petang kami meronda-ronda di Siam Paragon, Platinum, dan sebagainya. Sebenarnya memang penat~ dah travel lama sangat rasanya dah macam burn-out. Jadi balek bilik masing-masing awal. Petang buat hal sendiri. Aku jalan-jalan sekitar silom sahaja, Cik F tak tau la dia buat apa, tidur je katanya..




Pada waktu malam pula plan nak ke Suan Lum Night Market dan alangkah terkejutnya aku bila dah penat berjalan tengok-tebgok gelap je~ rupanya dah lama tutup... tettt semua night market dah combine dengan Silom night market. Patutlah receptionist hostel cakap Everythinnnng was there~

Jadi sekali lagi kami menghabiskan masa kat hostel sahaja~ dan tidur agak awal juga masa malam tuh.
_______________________________________________________________________________

hasil rampasan di chatuchak.. 
Aku telah pun meng-google segala maklumat pasal Floating market ni~ memang semua trip kalau ambil pakej pun keluar jam 6-7pagi. Jadi al-maklumlah cheapskate kan, so aku tak ambil tour.. Receptionist kat hostel pun pelik bila dengar aku nak pergi sendiri.. Jadi pagi tersebut kami bangun seawal jam 6 pagi. Sebenarnya hari dah cerah dah pukul 6 kat Bangkok, selepas alas perut kami menuju ke sungai chao phraya untuk menaiki river taxi. Kami turun skytrain di Thaksin station menuju ke Satorn Pier dan dari sini pula ke Pikloa pier dengan harga 15Baht (menggunakan boat bendera oren). Dari Pikloa pier kami mendapatkan taxi untuk ke terminal bus. Aku dah tak ingat nama terminal bas ini, tapi ni lah terminal bas bangkok rasanya sebab bas dari Hatyai, Phuket semua ada. Ada satu platform kat hujung sekali ada meja dan dia letak banner Damnuen Saduak - itulah bus yang di cari.. harganya 65Baht seorang dan bus berhawa dingin, mengambil masa dalam 3 jam untuk sampai. Turut bersama kami adalah couple dari Korea, yang asalnya nampak terpinga-pinga masa kat terminal bas.

Last-last aku tegur and Yes dia pun nak ke Floating Market. Cheapskate juga mereka ni.
Sewaktu ketibaan di persisir sungai, seorang wanita menyapa aku offer trip ke floating market dengan satu boat dan dia caj 500Baht per person.. ????? aku dah bingung sebab bas berhentikan kami di situ sedangkan menurut buku boleh jalan kaki je tak payah ambil boat pun. Couple korea tu terus keluarkan buku lonely planet, dan dia pun menolak dari wanita tersebut "i dont have money" -cheapskate tak?





Couple korea yang menyertai trip cheapskate kami.. hehe
Kami berempat terus keluar dan mencari jalan, tapi bila kami dah keluar dari pintu masuk tu seorang lagi wanita lain menarik kami.. kali ini 300Baht untuk 4 orang.. wahh~ sangat berbeza kan.. Jadi aku bersetuju pandang couple korea, yup mereka pun bersetuju, terus kami dapat satu boat jadi sorang dalam 75B je la, trip ini untuk one hour... dan kalau nak singgah suruh je orang tu singgah. Apa yang aku try semua orang korea tu nak try juga. Misal nya manggo rice...wuuuuu dan dia kata delicioussss~ macam aku pulak yang jadi tourist guide.. over tau~










Pulangnya kami dari trip ke Domnuen Saduak terus berlegar-legar shopping kali terakhir~ dan pada waktu malamnya balik semula ke hostel untuk mengambil beg. Kami dah check-out awal pagi tadi sebabnya malam ini kami bermalam di Survanabhumi Airport sebab flight untuk balek KL pada jam 7am.

Menunggu river taxi... 
So over shopping sakan, penuh beg~
Tapi beg brader sebelah tuh lagi over, takut aku kene libas~
Tidur airport je senang~ Jadi malam itu terus bergerak semula ke airport dan mencari mana-mana port untuk tidur~ *bahagian aras bawah berdekatan dengan pintu ketibaan domestik ada banyak kerusi2 kosong, banyak plug best lepak sini. Berdekatan dengan kafeteria dan dalam tuh ada satu je kedai halal. so boleh makan dalam tuh...





Finally we safely fly home..

Sekian terima kasih kerana mengikuti kisah cerita ini. Sorry because i end it simply~ :-)

Oriental Express Part 8.0 Leaving Hanoi For Bangkok


Hello readers~

Sorry sangat2 selepas busy time exam sekarang busy after exam pula, banyak form kene isi, kene hantar borang sini sana.. dan akhirnya aku berjaya juga menguruskan segala form dan memunggah segala barang dari KL balek ke Johor Bahru.. Home sweet home...huhu dan sekarang floaded dengan segala pages berkenaan TRIP selepas ini.. rasanya baru 50% je siap.. matilahhhhhhh walaubagaiman pun aku akan cuba menghabiskan cerita yang tak habis-habis ni~ dah basi dan berulat dah pun... hahaha geez~
*and thanks for the email yer, kalau ada apa-apa inquiry tentang trip aku ni email je, yang mana aku boleh tolong kasik nasihat, aku tolong ok!
_____________________________________________________________________________

New fresh day again rasanya bila bangun pagi kat Hanoi, aku turun-turun dari bilik terus memasukkan roti croissant with butter & strawberry jem dan kopi hanoi sebagai menu tetap breakfast di hostel ini.

Siap breakfast sekali lagi kami berjalan keluar menuju ke tasik Hoan Kiem tuh lagi jalan-jalan. Sambil mencuba kad atm Maybank yang semua kene tendang dengan bank-bank kat sini. sebabnya aku dah kehabisan duit time kat sini. Tujuan keluar ini adalah untuk mencari kedai-kedai sourvenier, malangnya t-shirt yang aku jumpa semalam tak jumpa pula masa pagi ni. Jadi aku beli ala kadar je, cukuplah bawak balik fridge magnet saje.. tu pun beli sourvenier bayar pakai kad~ malangnya memang dah takde cash.
Berjalan-jalan lagi di tepian tasik~ sejuk pun sejuk time nie



Tourist information ini sangat membantu, orang kat sini lah yang banyak menunjuk jalan ke tempat public bas station yang ada bas ke airport
Selepas membeli barang-barang sourvenier aku kembali semula ke hostel dah tiba masanya untuk check-out. Check-out hostel ini adalah pada jam 12pm. So macam mana nak ke airport? Dari hostel dia sediakan airport shuttle dengan harga USD15 per person. Mak datuk, bergegar telinga aku mendengarnya, balik bilik dan Johny suruh jalan depan sedikit di hadapan bangunan Vietnam Airlines ada shuttle yang berharga USD2 per person. Disebabkan memang dah takde duit aku google cara public bus ke airport. Dan jumpa memang ada caranya untuk ke airport dengan menggunakan public bus. Tapi terpaksa menapak selang 3,4 block kedai dimana terletaknya bus station. Direction? im so sorry aku dah tak ingat. Tapi hanya menggunakan satu bas je, perjalanan dalam 45 minut cuma berharga 5000dong a.k.a USD0.30. Thats how local go to airport. haha
Inilah station bas yang dimaksudkan


Tunggu di platform 17

Bas bertulisan Noi Bai adalah airport bas

dalam bas sangat berdebu~ adoi

Dan aku kene menapak pusing ke belah sana.. takde jejantas yer~ kene lalu main road

Noi Bai International Airport, Hanoi.
Setibanya kami di airport kami terserempak lagi dengan orang malaysian terengganu tuh, what's a small country~ haha duduk la memana makan roti menghabiskan tuna dan biskut, dan jam 4pm kami berangkat dengan menaiki pernebangan Qatar Airways ke Bangkok pula. Walaupun aku berdebar-debar untuk sampai ke Bangkok dimana seminggu sebelum aku mulakan trip ini ada laporan tentang bom yang didakwa oleh kedutaan US yang kononnya mensasarkan serangan ke atas golongan traveler, aku memang cuak sebenarnya dan terbukti pemeriksaan imigresen juga ketat semasa ketibaan kami. Walaubagaimana pun ramai rakan-rakan di couchsurfing mengatakan semua dalam keadaan terkawal pada waktu berkenaan.

Free duty zone dia jual macam ni je... 

Add caption
with The winner of the Best Airline 2011 Award~


Tempat yang paling diberi keutamaan adalah di kawasan tumpuan pelancong terutanya Khao San Road. Aku memang langsung tak menjejakkan kaki ke sana. Cuak juga lah. tapi Alhamdulillah aku selamat sepanjang tempoh berada di bangkok. kepada sesiapa yang mungkin akan menghadapi situasi seperti ini aku rasa laman web ni mungkin dapat membantu.

Sekali lagi syarikat Munchys memberi kejutan~ macam mana boleh ada dalam flight ni?


Kami berjaya mendarat di Bangkok sekitar 6petang, tapi dah gelap sudah disini. Selesai imigresen kami menaiki skytrain dari Suvarnabhumi Airport (padamkan bunyi huruf i untuk menyebut nama airport ini) ke station Payathai menggunakan CityLine Train. Berdekatan dengan payathai station, jalan kaki menuju ke skytrain dan menyambung perjalanan ke Chong Nansi station dimana terletaknya hostel kami, YHA Bangkok Downtown menerusi Exit 4 dari station berkenaan. Harga perjalanan ini dalam THB 70 kalau tak silap.

Di Payathai station, kene tukar Line ke Skytrain. 

Selepas check-in pekerja hostel di receptionist dah siap-siap bungkus nak masuk tidur katanya~ dan banyak benda hostel ini tak sediakan contohnya towel,  plug adapater dan PC internet. Cuma ada wifi free dan sedikit breakfast.. just sebelum dia naik tidur dia cakap
" there is nightmarket nearer here in silom road.. everything you can  buy there... EVERYTHINGGG (sambil  ketawa yang scary~ haha faham2 je la)

Dinner yang sangat puas hati, rindu dengan menu ini Rice with chicken & Green Curry THB59
Bersambung lagi...