ADVERTISEMENT

i'm H.O.M.E

G'day everyone,

Aku sudah pun selamat sampai rumah tengahari tadi, dari 9 jam flight tambah pula dengan 4 jam bas dari KL-JB memang jem terus kepala otak aku~ aku cuma rasa penat, tapi tak boleh tidur~ tak tahu symptoms apa ni. Dan maybe sebab perubahan cuaca, tetiba telinga aku berdarah, hidung berdarah.. scary sungguh..

Apa-apa pun esok aku akan ke hospital untuk buat medical check-up dengan menjawab offer letter yang sudah dikirim ke rumah aku lebih 2 minggu rasanya. Baru duduk selak-selak tapi tak buat pape pun lagi..

Tak sangka sekejap rasanya sebulan di perantauan, pahit manis.. suka tawa duka~ macam-macamlah pengalaman, dan tak tahu nak start yang mana satu.. (ayat orang malas nak tulis blog)

Sebab terasa lama tak update blog saja gatal post, tapi tak tahu nak tulis apa~ haha Cerita lanjut mungkin aku akan mulakan dalam beberapa hari lagi~ terima kasih pada yang duduk tulis2 twitter tuh bertanya khabar dan email-email lain yang banyak aku terima dari jauh tuh.. *memang aku taktahu nak tulis ape ni, melalut sungguh...

Owh to Lily im so sorry pasal hokey pokey tuh sebab takut nak bawak makanan masuk Australia, satu coklat or biscuit pun tak beli dari NZ.. i'm so sorry ok. to Biqque ngan Chawanna pun sama nampaknya Whittaker kiwi kene beli kat Langkawi je la... hehe :-) peace~

This CIty is My City

Hello readers,

Agak lama tak update story, masa awal-awal tu berapi cakap nak update selalu, tapi bila dah kat sini susah pula nak menaip cerita..mungkin sebab sejuk kot, semua benda nak tidur je.. nak fikir pun malas.. haha mungkin gambar yang di-upload kat facebook tuh je la yang dapat menceritakan segalanya buat masa sekarang sehingga aku balek nanti ke tanah air tercinta~ gituh!

Sekarang dah masuk 2 minggu dah aku kat New Zealand, dah ke hulur hilir dah dari South dah ke North pun sekarang ni.. So sekarang i choose to relax jew, sekarang sehari snap picture tak sampai 50 pun, dulu masa baru sampai sehari snap sampai 500 gambar, nampak sangatlah dah termuntah tengok gunung ganang dan lembu kambing semua ye tak.


Sekarang aku selamat dan rasa terjaga di Hamilton East. Hamilton merupakan bandar ke-4 terbesar di NZ. Sebenarnya plan aku sehari dua je kat Hamilton sebab bukan ada apa pun kat sini. Itu pun sebab nak menumpang couchsurfing di rumah Robert Moore (Robe) untuk satu malam atau dua.


Plan berubah apabila hari pertama aku menjejakkan kaki di Hamilton, sementara menunggu Robe pulang dari kerja jam 4pm, kami berlegar dulu di area kedai-kedai dan berusaha mencari kedai makan halal. Jadi kami masuk bertanya ke dalam brothers dari Somalia, the owner of the butcher shop tuh. Selepas keluar dari kedai tersebut kami semua terpinga-pinga dengan beg masing yang gedabak digalas masa tu, seorang makchik lalu dan menyapa sebaik aku menoleh ke arahnya dan senyum:

Makchik: dari mana??? where are you from?
Aku: dari malaysia chik..
Makchik: eeekkkkk melayu.....! laaa
Aku: Kan makchik yang cakap melayu dulu tadi (sambil ketawa)
Makchik: makchik dengar tadi korang cari kedai makan.. kedai makan situ tak sedap sangat.. situ pun..bla bla bla potpetpotpet... SUDAH DATANG UMAH MAKCHIK, MAKCHIK MASAK.. (terus dia masuk kedai butcher tu tanpa menunggu jawapan dari aku yang MAHU TAPI MALU ni..
*kitorang kat luar speechless..
Makchik keluar kan kepala kat pintu sekejap: Nak masak kicap ke masak merah??
Aku: Lamanya tak dengar kicap!
Makchik: ok masak kicap
*Speechless lagi kitorang kat luar.

Hari pertama menjejakkan kaki di rumah achik eton.
So begitulah hari perkenalan kami dengan makchik Eton, atau kami panggil Achik je~ Achik eton berasal dari singapura dan dah lama menetap di New Zealand, hampir 35 tahun. Dia suka NZ sebab tak sesak macam kat Singapore, anak-anak dia dah besar, semua pergi travel tinggal dia, husband dan Rashid (Student phD Uni of Waikato yang menyewa dirumah dia, orang Teluk intan ni!)

Interior rumah achik, siap ada gambar kaabah.. 

Hidangan pertama, merasa makan keropok lekor kat NZ, ada Nachos and biscuit..

Selepas dinner, achik buatkan cheese scone..
Selepas makan Achik insist untuk kitorang stay rumah dia je, tapi aku dah janji dengan Robe, so malam first aku tidur rumah Robe dulu... Robe pun sebaya dengan aku, baru habis degree in politic science Uni of Waikato, Hamilton. Baru 4 bulan dia kerja~ housemate dia pun semua awesome- Zane, Nick, Caleb and Tim.

This is Robert...
His awesome house, aged of thousand year now~

Farewell with Robert and Zane.. Dia ni Veggie pening aki fikir nak masak apa. last2 achik suruh buat chapatti kuah dal dan terung goreng..sumpah sedap!! berchapatti bersama auntie di dapur dan gi rumah Robert untuk farewell party.. 
Dan malam seterusnya dan sampailah malam ni aku ada kat rumah Achik. Semalam aku ke Masjid Hamilton sembahyang jumaat, ramai Malaysian aku jumpa dan semua memang best gila. Abang Izhar siap suruh datang dinner rumah dia dan pick up kitorang bawak jalan-jalan. Ada Dr Nik (Anaesthesiology) kat sini pun sama baik gila, nak gi mana-mana dia boleh hantar, call je sebab dia dah malas nak kerja.. boleh???

With abang Izhar and family, layan habis deorang nie...
Anak bongsu dia Amar, tak reti duduk diam...
Itulah update buat masa kini..Having such a good time here and feel like home, achik masak makanan untuk kitorang, sambal belacan pun ada..haha. Ada kawan orang New Zealand kat sini dan sekeliling ni ada juga saudara mara dari malaysia. I seriously will miss this moments..


Add caption

Shah_rule,
Hamilton, NZ.