ADVERTISEMENT

Trip Down_under 5.0 : South Island, NZ


Setelah sekian lama baru ak nak update cerita, sorry sangat2 membuat cerita ni semua dah basi di simpan dalam tupperware..

________________________________________________________________________________
kami menghabiskan sisa-sisa malam yang ada di perkarangan Town Franz Josef dengan duduk merancang perjalanan kami di dalam campervan. Pandang kat luar tingkap cuma ada beberapa kedai yang masih buka, itu pun bar dan club yang tampak meriah, baik duduk dalam campervan minum hot milo.. haha

Masing-masing sedia mengemaskan segala perkakas yang telah digunakan dan berlabuhlah tirai malam pertama didalam campervan dengan hanya meletakkan kenderaan kat tepi jalan. Tanpa heater kami semua berjaya melelapkan diri.. tapi seriously memang sejuk tahap dewa nyer walaupun selimut yang disediakan oleh company campervan ni tebal-tebal belaka..

Dalam pukul 4 pagi aku terjaga disebabkan sejuk, tanpa melengahkan masa aku terus ke kerusi driver, dan menyambung perjalanan kami kali ini k Greymouth. perjalanan masih jauh so takkan nak buang masa lama-lama dengan menanti siang, time winter memang macam ni, aku pun boring sebab nak asyik tido jee.. Segala hajat kecil atau hajat besar semua orang terpaksa di tangguhkan sebentar sebab aku malas nak berhenti..haha

Hikitika, West Coast, NZ


Akhirnya selepas sejam setengah perjalanan kami sampai ke Hokitika. Kat sini kami mencari-cari public toilet.. membersihkan diri, dan menunaikan yang mana yang wajib ditunaikan. Tapi kat sini area bandar, jmungkin banyak anjing lalu lalang, so tak boleh suka-suka bentang sejadah di luar.. kalau tengah2 hutan aku rasa tak kisah sebab memang bersih...


kerja kami termasuk membersihkan tangki campervan dengan mengeluarkan segala air sinki, untuk maklumam air sinki yang digunakan semasa dalam campervan, hendaklah di buang sendiri oleh pengguna. dan air bersih pun perlu di top-up sendiri. sepatutnya akan ada tempat perlupusan dan paip ganti air, tapi sebab kami tak menggunakan camperpark jadi cukuplah dengan men top-up di public toilet dan buang kedalam mangkuk tandas dan di flush. pembuangan air sinki di tepi jalan adalah satu kesalahan.

Setelah matahari mula menampakkan diri, kami beredar dari Town hokitika, harga petrol kat sini dah jadi murah dah~ seronok.. still aku masih tuang mengikut budget jarak perjalanan.. sebab mungkin di Greymouth harga boleh dapat lagi murah..

Greymouth, West Coast, NZ


Jambatan ini dikongs bersama dengan keretapi trans-alpine.. unik kan~ kalau nampak keretapi sila berhenti jika tidak mahu digilis bersama camprvan..

Dalam setengah jam perjalanan kami tiba di Greymouth. tempat pertama yang kami cari adalah i-site untuk mendapatkan peta dan direction. tempat tujuan utama adalah Punaikaiki Pancake rock dan beberapa viewpoint berdekatan dan tidak lupa arah untuk memasuki jalan ke Christchurch iaitu melalui Arthur pass.



i-site Greymouth terletak di satu bangunan stesen keratapi lama, terdapat perkhidmatan sewa kereta di sini. Kami meninggalkan i-site dan bergegas ke Lion Walk, juga salah satu tempat view point untuk melihat keseluruhan bandar Greymouth.. Disini kami mencuba resepi nasi lemak sambal sardin.. haha breakfast time~





Setelah selesai bersarapan di dalam campervan, its time to go to Punakaiki. Masa yang di ambil dalam 45 minit, jalan ke Punakaiki agak menakutkan, sebab jalan dia bengkang bengkok... Kali ini turn aku pulak untuk merehatkan diri sebab dari pagi aku drive kot..

Blowholes- percikan ombak boleh naik lagi tinggi dari batu ni..

Kami tiba di Punakaiki dalam jam 9am, ternyata kami tiba di wktu yang salah sebabnya kami terlepas peluang menyaksikn blowhole phnomena kat sini di mana ombak meletus apabila melanggar permukaan batu di satu tunnel disini yang boleh mencecah berpuluh meter tingginya, kalau nak kenelah datang pada waktu hampir senja (kalau sanggup sila tunggu)ataupun awal pagi bergantung pada pasang surut laut tersebut.


Setelah berlegar-legar, maka kami mengambil keputusan untuk pergi meninggalkan Greymouth..now we are rushing to Christchurch.. Travel gaya kitorang memang selalu mengubah2 plan yang di buat.. haha dengan harapan dapatlah tiba awal di Chirstchurch dan berehat di sna..

terdapat 2 jalan yang boleh anda cuba untuk memasuki lebuhraya ke Arthur pass yang menyambungkan West coast dengan Christchurch.
1. melalui Brunner - jalan ni merupakan scenic highway confirm jalan naik atas gunung pastu boleh nampak tasik brunner... Rasanya la sebab aku tak lalu jalan ni.
2. Jalan keluar di Kimura junction, jalan ni lebih dekat sikit tapi aku dah gatal-gatal masuk jalan nak ke Brunner lake melalui Mitchell, akibatnya jalan yang tak ber-tar aku masuk.. dekat setengah jam juga la lalu jalan tak ber-tar..bunyi pinggan mangkuk dan periuk memang meriah ketika melalui jalan ini. tapi jika dikira kilometer melalui jalan ini adalah yang paling dekat.


permukaan jalan yang tak ber-tar.. memang dah terasa sesat yakmats.



kawasan berdekatan dengan Brunner Lake tapi takde port untuk berhenti pun.


Akhirnya kami dapat menjumpai jalan yang ber-tar.. udara kt sini bersih... cantik.. kami singgah disini menghirup udara segara diluar campervan. Apabila meneruskan perjalanan, kami di serang segerombolan lembu.. mowwwwww Penjaga lembu berkenaan lantas membuka jalan untuk kami dan akhirnya kami dapat masuk ke Lebuhraya ke Arthur pass.. Lebuhraya ini terletak di kawasan pergunungan kadang2 boleh nampak asap tbal macam awan... lampu hendaklah sentiasa di pasang.







Apabila hari mulai gelap dan aku rasa dah tak sanggup nak drive, maka kami mencari tempat rehat, alang-alang tidur terus kat sini. Malam tersebut kami bermalam di perkarangan Lake Pearson~ selain kami terdapat 3 campervan berdekatan kami yang juga melabuhkan tirai masing2 disini. ada couple warga emas berhampiran kami siap pasang picnic table kat luar~ pemandangan malam sangat cantik dengan bulan terang  menyinari kawasan tasik... memang terang kat luar. tapi apakan daya kulit orang asia macam kami yang tak tahan sejuk.. duduk dalam campervan je laaa..


Lagi sekali plan bertukar apabila kami bersepekat untuk tidur kat tepi tasik ni.



kawasan bertanda A adalah lake pearson, meaning another half way to go.



bersambung lagi nanti....

update tentang diri sendiri

Asalammualaikum dan salam sejahtera semua,

Masihkan anda ingat dengan diri ini yang telah lama tidak ke-udara.. bukan udara atas sana, tuh pun memang dah susah dah.. ni keudara di siaran blogger~ haha

Susah sekarang nak update blog, semenjak kerja, masa yang terluang tak lagi digunakan untuk menghidupkan hobi, malah semua hobi kene tukar kepada hobi tidur~ nak tak nak memang kene ambik jugak, pakej ni.. hehe

Sorry sangat2 sebab dah lama tak update cerita, bukan cerita travel je yang tak update malah cerita tentang diri sendiri pun tak update-update.. haha dan terlambat untuk wish

Salam ramadhan semoga kita mendapat redha-Nya

Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin

Selamat menyambut ulang tahun kemerdekaan.

hahahahaha.. :-)

Sekarang ni aku dah selamat ditmpatkan di hospital yang superb busy kat JB, hospital ni agak besar.. hari-hari jalan sini sana memang basah ketiak.. masa bulan ramadhan dulu aku pernah terasa haus gile, lapar sangat2.. tapi bila waktu berbuka, tak dapat makan pape sebab busy.. pernah jugak terpikir aku cam dah jalan sini sana rasa lebih 2 marhalah kot, bole tak kire musafir...? terdiam ustaz Don kalo aku tanye soklan ni.. hahaha



Beginilah rupa ward lelaki, sebalah kiri tuh merupakan infectious zone~ azab dah sebulan aku duduk situ..yang tengah pulak zone spine (sebab sini je kat johor yang ada specialty ini) dan sebelah kanan adalah zone trauma.. banyak la kaki tangan semua bergantung kat sini.. ward perempuan nya kat tingkat atas.. pastu kene run klinik kat bahagian klinik pakar, kene pergi operation teather.. dan sebagainya..


Tapi walau bagaimana pun aku struggle untuk menyesuaikan diri aku dalam dunia seperti ini.. sekarang "so far so good".. sebab sebelum ni duduk hospital canggih nak trace result semua pakai komputer nak order pape pakai komputer terus orang datang, kat sini semua manual.. hari-hari menulis sana sini.. pen pun kejap ade dalam pocket, kejap dah hilang.. banyak betul dah aku beli pen..cissss



Rakan-rakan baru yang banyak membantu.
 
Dan seperti semua orang, aku pun sibuk mengumpul cuti untuk projek mega.. hehe betul-betul rasa nk sangat pergi somewhere.. dan sekarang ni masih mencri travel buddies baru sebab travel buddies semua dah berpecah buat masa sekarang..

Cerita tentang trip yang lepas ni, kalau aku ada masa nanti aku sambung, banyak lagi episode dia~ nota travel tuh aku dah tak ingat humban mana.. mana aku ingat aku tulis lah yer..