ADVERTISEMENT

Another Oriental Route is now open

Hi semua,

Siapa masih ingat tentang oriental trip aku last year ke China, aku bakal mengulang kembali trip oriental express, tapi kali ni mungkin tersangat express atau mungkin jugak akan di kansel kalau tak dapat cuti.. haha


Making friend along the journey.. 
Nice person i ever met during my journey in China, he help me to find a bus from Nanning to Hanoi.

Aku teringat semasa aku meredah selatan china untuk ke Hanoi tahun lepas, banyak orang mencadangkan untuk aku menerokai bumi Kunming. Kata orang tempat ni hanya ada musim spring sepanjang tahun? betul ke?

Bunga2 kat sana memang cantik.. siap ada orang kata Kunming tempat paling cantik dalam negara China nie.. tuh semua aku tau masa perbualan aku lah dengan orang2 dalam train masa aku naik overnight train dari Guangzhou ke Nanning.

Hari ni saje tak tidur awal kan sebab ak nak menikmati cuti aku walaupun sehari dengan secukup2 nye, tetiba aku jumpa iklan ni:

What de???? sekarang Kunming pulak after deorang introduce route Xian (from Bangkok) dan Nanning (from KL)..? RM 88??? 

Dengan tangan gatal lama tak menekan butang "purchase" kat airasia kali ni aku klik dengan mata terpejam.. Ko maen tarah je cuti pun belum tentu dapat.. Tapi memang aku teringin sangat nak jelajah ke sini.. Mungkin dari sini pun dekat kalau nak ke Sapa (Vietnam)..

Aku perasan route ni cam goreng pisang, tengah2 aku belek-belek tetiba harga murah tuh bertukar naik 2 ratus plak.. aisehhhh selling fast nie.. Jadi bila aku dah gelabah aku main klik je satu tarikh yang aku pun tak pasti keadaan aku time tuh.. Yang penting kalau nak ke negara oriental ni elakkan waktu perayaan deorang~ Kalau tak sama ada korang tak dapat ke mana2 sebab transport penuh ataupun korang tak ke mana2 sebab semua kedai tutup.. haha

Jadi aku kebas tiket one-way dulu berharha RM88.. plan kemudiannya aku berserah je buat masa ini.

With whom??? will reveal later~ haha

Sekian..

p/s boss kalau terbaca blog saya tolong la luluskan cuti tuh... nanti saya hantarkan poskad~ haha

Trip Down_under 6.0 : South Island, NZ


Selepas menghabiskan malam di tepi tasik Pearson, cuaca mestilah sama sejuk macam semalam kan~ kami memulakan kembali perjalanan merentas arthur pass dalam pukul 6.45am macam tuh, kelihatan cahaya matahari keluar dari celah-celah gunung ganang kat sini, kaler tone 10 markah..

masa awal pagi ni aku try nak singgah camping site yang ada tempat refill air sebab tangki air dah kosong dikejakan sbb membasuh segala pinggan mangkuk malam smlm tuh. Aku agak kecewa bila sampai tempat tong air tuh tetiba bila pili dah dibukak takde plak air yang keluar.. bila aku selak tutup atas tong tersebut, ambik kau air dalam tuh beku.. lawak ape pepagi buta nie?


jadi tanpa memberus gigi kami terus bergerak menuju ke Christchurch, memandu seawal pagi kene pastikan lampu sentiasa dibuka, area ni tinggi tau, so banyak kabus... keluar masuk kabus je la keje nye... dan akhirnya dalam pkol 10 pagi kami selamat tiba di Christchurch International Airport.. Bukan tujuan kami nak check-in flight awal atau sebagainya tapi sekadar berhenti menumpang mandi.. haha memang malu sebenarnye nak mengaku aku buat benda2 camni.. omaigod

Selain daripada mendapatkan sumber air percuma, hot shower lagi kat sini, kitorang dapat pakej mengecaj kamera, handphone dan laptop sekali.. haha gunakan la apa saje yang ade, free!!! hehe selesai semua membersihkan diri, dalam sejam kemudian kami bergerak memasuki bandar christchurch. Parking fees time ni NZD 6 kot kalau tak silap, sebab kene lah parking, kalau nak free kene jalan jauh..

Bandar Christchursch sekarang tak banyak bezanye dengan keadaan masa kami ke sini selepas gempa tahun lepas. masih banyak jalan di tutup, main center pun still tak bukak lagi.. jadi sekali lagi kami menyimpang ke kedai fish & chip berdekatan dengan Riccarton  Mall, Westfield.. Last year harga dia NZD 5 je kembung perut ngan kentang, tahun ni harga dia dah naik NZD 7 plak.. tapi sebab beli 4 die kasik free satu.. pengsan nak makan!!



So sorry untuk one of out friends yang 1st time datang NZ masa tu sbb bagi kami ber-3 dah stay kat CHC sblom ni, so macam takde pape sangat. time datang kali ni cam lepas makan terus nak chow je sebab nak sampai Akaroa sebelum gelap.. jadi dalam pkol 2 kami terpaksa tinggalkan christchurch..

Jalan nak ke Akaroa memang keje turun naik gunung je.. minyak memang kene sedut kaw-kaw lah sebab naek van ni.. tapi bila endingnye turun bukit di samping pemandangan yang breathtaking.. puas ati aku! yang kali ini jugak kami cari area parking awam yang ada toilet berdekatan, maka disitulah dijadikan tempat rasmi untuk kita tidur.. hehe Memang ada area parking luas di belakang deretan kedai menghadap tasik, dan kat sini juga tersedia satu public toilet. dan memang ada signboard untuk campervan parking..

i-site akaroa juga tutup sebab dalam die ade rekahan kesan gempa bumi jugak

current i-site, dalam kontena jee..

Setelah mendapatkan parking kami semua berjalan2 sekitar Akaroa town ni.. Bangunan2 sini unik, more to France nyer architecture.. Rumah2 yang ada berdekatan pun semua nampak simple dan cantik.. rasa cam nak beli sebijik la.. Pelaburan untuk hari tua..haha







satu-satunya supermarket yang ada di Akaroa, mahal juga sebenarnye kalau bershopping dalam ni~ better on the wat singgah la Pak n Save before sampai sini




the sun goes down


Setelah puas berjalan dan hari hampir gelap kami singgah ke supermarket dan kembali ke dalam campervan preparing for dinner dan tidur. Esoknya kami akan pegi tanya auntie i-site sebab dia dah tutup plak masa kami tiba disini. tunggu untuk aktiviti selanjutnye (cewah cam rancangan tv plak)



Entry ni macam agak malas, sorry~