ADVERTISEMENT

Java Experience part 2

FIRST of all, aku hampir berputus asa sebab tetiba file penuh, aku jenuh lah klik2 sume bende, maklumla laptop pun dah uzur, tuan dia kalau ada duit beli tiket, tak pernah nye nak upgrade laptop.. thanks to Danny John sebab menolong meleraikan masalah kepenuhan storage ni..Jadi dengan gembiranya aku dapat sambung blogging lagi.. hehe

Perjalanan keretapi malam dari Bandung ke Jogja dalam executive coach memang aku tengok semua orang tidur nyenyak. aku pulak asyik terjaga je sebab plug handphone tak beberapa nak ketat tuh asyik tercabut pastu die berbunyi.. tension kot.

Happy enjoying executive couch.. nanti ko!
Sempatlah aku bangun ke gerabak cafe beli jus, sebab haus bangat.. aku rasa sebab train malam kot, so takde jurujual yang ala stewardess/steward lalu lalang bawa makanan atau minuman.

Sila set alarm untuk ETA sebab mostly masa dia memang sharp. So bila alarm dah berbunyi sila bersiap sedia untuk turun yer, kang ada yang tak turun nanti. Aku sampai tepat jam 3.30am, korang rasa tengah2 malam? tetiba terus ada azan subuh.. OMG dah subuh sebenarnya, ada surau kat station keretapi ni, jadi kami menyambut seruan tersebut dan terpaksa menjamak sekali mana yang tertinggal..

Kalau aku travel sengsorang mungkin surau ni jadi tempat aku bermalam, tapi disebabkan taknak member2 yang lain fikir bukan2, so kitorang ambil teksi dan bergegas ke hostel kalau2 boleh check-in awal atau dia nak charge 2 hari pun takpe asalkan ade tempat berehat.. train seterusnya dari Jogja ke Surabaya pula adalah jam 1.30am esoknya.

Surau tersedia di stasion jogja

Jadi aku terus ke EduHostel, aku jumpa hostel ni dari hostelworld, reception 24 hour~ sbb nampak macam best so aku pilih lah.  memang ada disediakan harga kalau check-in awal, kalau dari pkol 12am sampai wahtu check-in dikenakan charge 50% dari harga bilik tersebut, aku pilih 4 bed room, dengan harga Rp 100 000. Maka total semua Rp 150 000 including 2x breakfast... bilik siap ada air-cond, Tv Satelite, shampoo & shower foam.  (over ke x backpacker macam ni?) haha

interior was so nice. highly recomended  haha
free breakfast on rooftop
Selepas masing2 siap kitorang bersepekat untuk menggunakan motor sahaja sebagai penggerak kitorang kat sini. Cuaca memang panas so make sure pakai pape yang long sleeve ok untuk melindungi kulit2 korang. Harga sewaan Rp60 000 boleh mintak sewa terus dari reception, senang..

Expedsi merempit bermula
Minyak cukuplah dengan menuang setangki penuh, make sure meter motor tuh tak gila macam motor yang aku pakai. sebab asyik turun je padehal motor lagi satu tuh baru turun satu bar. Hampeh pulang motor free2 je tuan dia dapat minyak..

Sila dapatkan map di tempat anda membuat penyewaan motor tuh, jalan tak lah susah mana di Jogja cuma jalan dia tuh nampak je macam 20km rasa dekat, tapi bila dah bawak rasa jauh sangat, mungkin sebab tak boleh nak speeding sangat sebab banyak sangat motor dan kereta. Trafic light pun berselang2 kat sini, apa aku perhatikan bila sampai traffic light orang semua siap tutup enjin motor kasik sejuk motor bila countdown dah tinggal 10 sec baru dia start balek. cara menjimatkan konsumsi minyak kaedahnye.. tapi aku takut je bile dah matikan pastu tetibe susah nak hidup balek, kan naye kene bahan hon tengah jalan nanti.. haha

Siap ada penari lagi di tengah jalan tuh, menari-nari bila dah tinggak 10 sec terakhir die keluarkan bekas then minta sumbangan.. gigih cara mencari rezeki di sini, kadang2 aku fikir juga orang kat sini dengan wang Rp 5000 ataupun dalam RM2 camtuh pun dah membuatkan deorang tersenyum girang, bersyukur..


Apabila sampai ke Candi Borobodur iaitu destinasi pertama yang di tuju pada siang hari ni, hati amat lega, terasa jauh sangat perjalanannya. Kat sini kene bermuka tembok sikit cakap je kat deorang ko takde duit, terus lari dia.. sebab memang ramai sangat penjaja kat sini datang kadang2 benda yang dijual tuh sama je.. kate dah beli pun die suruh beli lagi satu. camne tuh?


Welcome drink yang disediakan
tiket masok ke sini dikenakan harga international nyer, Rp 180 000 atau USD 20.. Kalau nak pakai RM pun dia kata dia boleh convert kan.. mak datuk mahalnya nak masuk tempat ni, tapi takpe la this is first and last kot.. haha

Setiap pengunjung diberi kain untuk dililit kat pinggang, nak suruh tutup aurat ke ape aku taktau sebab memang paras2 short skirt juga.. haha sebelum masuk di bahagian internasional siap disediakan welcome drink.. menu? kopi, teh , mineral water.. harus dehydrated kan minuman dia..

Cuaca kat sini sangat terik, selamat langit cantik dan aku rasa memang kene ikut suggestion orang untuk datang time sunrise, sebab dari atas view sangat luas dan cantik.. Udara pun nyaman jee..

Setelah selesai pusing2 tawaf kat atas tuh.. pengsan kalau nak pusing 7 kali~ kitorang pun turun.. dalam masa turun tuh ada pameran orang kerdil, whats that? aku pun taktau tapi aku rasa dah tak larat dan nak gie cari kedai makan.. sebab tak lunch pape pun lagi, cume makan nasi je pagi2 tuh kat hostel sebagai breakfast...


Sebelum bergegas ke tempat lain aku sempat menyinggah kedai nasi padang berhampiran pintu masuk.. bole tahan lah masakan dia, pape pun memang feveret ni nasi padang.. kemudian kami bergegas pula ke pantai Parangtitis untuk sunset. Katanya 30km tapi rasanya dah lebih sejam aku bawak motor tuh tak sampai2, akhirnya hari dah gelap.. tapi takkan nak patah balek yer tak.. so teruskan lah walaupun hari dah gelap..


Selepas ke pantai kami pulang ke Malioboro untuk cuci mata tengok batik dan makan.. kerja makan je kot~ omg tapi kat sini jarang aku nampak orang yang morbid obesity walaupun menu pagi petang malam semua nasi.. haha



Jam 11 mlm setelah menyiapkan diri di hostel kami semua terpaksa ke station keretapi untuk menaiki train malam ke Surabaya. Tiket dari Surabaya ke Probolinggo hanya ada di jual di Station Gubeng sahaja.. So harapan aku meninggi agar masih ada seat utk train tersebut. Kalau takde mungkin aku akan try untuk cari bas sebab menurut orang kat sini, bas ke Probolinggo sangat banyak, setiap setengah jam ada.. so takde masalah sangat kot..


Java Experience part I

Penerbangan AK 1365 penerbangan Bali - KUL pada hari terakhir aku jam 1945 telah dijadualkan semula pada 1830pm. Dahsyat nya dah lah aku betul2 nak cepat sampai, flight pula delay~ sabau je la..

Bila sampai2 LCCT jam menunjukkan tpat jam 12 tengah malam. Gawat juga sebab nak ambil teksi ke rumah cousin aku sebab kereta aku parking rumah dia then baru boleh bertolak balek JB. Tapi lain plak jadinya bila sampai luar tengok que utk taxi sangat panjang. Dan akhirnya bila sampai turn kitorang, rupa-rupanya para penumpang kene dapatkan dulu kupon kat dalam terminal, nasib baik pakcik teksi ok je dengan kitorag... Ni lah akibatnya kalau selalu travel cheapskate tak pernah naik teksi kat LCCT.. haha Jadi banyak betul halangannya dalam usaha aku pulang ke JB dengan cepat dan selamat.

Pukul 1am aku gerak dari rumah cousin aku di Nilai, lagipun cousin aku bukan ada kat rumah, tuh yang terpaksa naik teksi, cuma menumpang letak kereta kat halaman rumah dia. Dia sekarang dalam usaha membawa balek our 3rd A380 dari France~ huhu dah tiga ketul rupanya.. Hebat MAS..!

So along the journey aku kene singgah Melaka dulu untuk drop kan adik aku ke Kampus dia, then memecut semula kat highway dengan harapan boleh sampai rumah dalam pukul 5. Sampai sahaja aku kat rumah terus masuk bilik pilih2 baju terus masukkan ke bagpack yang lain plak. Kali nie here we go.. java trip continue for another 5 days.

Aku tak dpat nak concentrate sangat, dan aku sure mungkin banyak benda akan tertinggal, lagipun handphone, mp3 semua tak sempat nak charge, zaaas terus aku drive semula ke Hospital ( gila kelakar tmpat berkumpul) dan kemudiannya apabila dah berkumpul semua travel buddies baru ni, maka bergeraklah kami ke JB sentral untuk dapatkan bas ke airport tapi misalnya tak berjaya boleh la tukar plan untuk dapatkan bus ke station MRT Kranji dan terus ambil MRT ke Changi Airport, tapi kalau naik bas lagi murah.. jadi kami memulakan perjalanan dengan menaiki public bus di depan hospial, kereta masing2 tinggal kt hospitl parking free hokey~ haha 


Hujan rintik2 mengiringi perjalanan kali ini.. cewah~
Ini merupakan trip first time kami setelah berkenalan dlam masa 3 bulan. Dan lepas ni plak sorang demi sorang akan keluar dari depatment ni berpindah kat department lain plak. So sebelum masing2 busy dengan kerja atau department masng2 kitorang plan untuk travel sesame. mungkin lepas ni boleh buat lagi. Lagipun kalau buat cmni, maybe kte lagi kenal perangai satu same laen walau sebenarnya dah kenal, tapi konon2 lagi kenal laa.. -ape aku merepek ayam ni~

 
Bus to Changi Airport.. Bus ni On Time ok,
make sure jangan nak lambat2 sangat kat imigresen ade kang kne tinggal!

Dari JB sentral bila dah lepas immigresen boleh dapatkan bus straight ke Changi terminal. Check it HERE untuk schedule bus yer.. one way dari JB RM 7 tapi kalau dari singapore masuk JB SGD 7.. Mana aci... Aci kat india bukan kat singapore.. pehal?

Ada 3 terminal di Changi Airport tuh, untuk Airasia sila turun di terminal 2. Airport Changi sangat convenienve sebab pc yang ber-internet bersepah di merata tempat. tapi wireless cuma ada di ruang menunggu, beside ade banyak plug untuk charging dan disediakan jugak tempat mengecaj bateri handphone. No wander airport tax ko mahal sangat kan~

Travel buddies in the making
Kat sini lah baru aku sibuk2 menulis itenary perjalanan sebab memang tak sempat nak buat sebelum ni, lagipun nak google2 pun senang kat sini sebab tak tahu situasi yang akan datang lepas ni. So ittenary perjalanan sempat di rancang dengan masa yang singkat.


Walau macam mana pun tetap Airasia ni delay sikit, 1045am baru dapat depart dari runway.. whatever it is Airasia memang rempit airline sure sampai before ETA.. haha


Walaupun dah 2 kali aku sampai Bandung tapi ni first time aku jejakkan kaki kat bandara Husein Sastranegara Bandung ni.. Memang kecil je airport dia, tempat cop passport pun ade 3 line je.. matilah beratur lame.

Sebelum memulakan misi dan visi aku ambik teksi untuk ke train station dulu sebab nak collect tiket keretapi yang suah di tempah online. klik sini Baru aku perasan yang aku terlupa nak print segala ticket atau booking tuh.. So aku ke kaunter informasi then ade orang yang akan check dan kemudian dia akan bagi kertas untuk dipungut kat kaunter tiket. Kat station ni di belah gate selatan ade tempat simpan barang, setiap beg di kenakan bayaran Rp 3000..

Misi utama untuk aku ke Bandung lagi pada kali ini sebab aku nak pergi TransStudio yang katenye sewonok sangat tuh.. tapi tak sah kalau ke Bandung takde orang kirim beli barang kat Pasar baru..haha ade mak kepada kawan aku ni plak kirim tudung la, baju batik la whatsoever.. so terpaksa menyinggah dulu di Pasar baru. dari perhatian aku orang bandung sekarang dah ramai yang cakap slang orang malaysia je.

misalnye: "beli la spec ni brader... murah2 5 rimggit... " speechless sekejap aku tenung mamat ni orang malysia ke orang indo ko nie?

Masa sejam dihabiskan di Pasar Baru kemudiannya kami mendapatkan teksi untuk ke TransStudio Bandung. Transtudio ni merupakan indoor themepark berletak bersebelahan dengan satu shopping complex kat Bandung. Entrance fees sebanyak Rp 150 000 untuk weekdays. untuk masuk korang kene ade card yang macam kononnya touch n go sebab segala urusan jual beli kat dalam taman tema ni semua boleh bayar dengan amaun yang ada dalam kad tuh je.. jadi pandai2 lah kira cukup.. kitorang pun tengok harga makanan dulu atau barang yang nak dibeli kat dalam tuh baru gi kaunter untuk top-up amount yang tepat2 je..


So far themepark ni macam berangan je lebih.. haha ok la nampak effort die untuk memberi joy kepada penduduk tempat ni. Walau ape pun benda yang paling aku suka sebab banyak site singer yang suara semua "ngetop ngetop".. haha aku rasa cam nak duduk je tepi jalan dengar orang nyayi dari pergi tengok tayangan marvel 4D (4D? xnak kalah kan) yang buatkan kepala aku sakit sebab kerusi die keras nak mampos pastu shaking effect die ganas nk mampos.. siyes sakit badan!!!

Kemudiannya roller coaster version motor yamaha yang bergerak laju kehadapan pastu tetibe reverse balek membuatkan effect nak termuntah tuh naik tetiba.. aku rasa kalau aku naik berkali-kali macam roller coaster galactica ngan human kat USS tuh sure aku boleh muntah berbaldi-baldi..

dan selain tuh banyak lagi benda2 permainan kat sini yang aku rasa motif dia nak kasi orang pening kepala dan muntah.. ayooo hentikan la permainan macam nie.. tapi yang best nyer ade rumah hantu dlam nie di mana belum masuk lagi je dah rasa seram dengan decoration kat dalam dia... terus aku teringat balek cerita2 hantu indon yang tentunye scary tuh... serius wehhhh...


Jam 5 petang setiap hari dia akan ada marching penutup di mana semua acter dan actress berangan ni tampil melambai2 siap ade kereta berhias lagi.. ayooo ni dah feeling2 Disneyland nie... pape pun aku enjoy je kat sini, kebanyakkan nyer aku tengok ramai budak2 sekolah yang datang dengan macam group dating camtuh same je macam pakwe makwe kat kl ni yang selalu sgt nak g Genting or Times square kan~


Jam 7 petang, bila keluar dari shopping complex tersebut hari sudah pun gelap, maka aku terus dapatkan teksi untuk balek ke station keretapi. train dijadualkan pukul 8 mlm, terus aku cakap dengan pakcik teksi, merempit dia sebab takut kitorang terlepas train..

Alhamdulillh selamat sempat sampai sebelum jam 8. di ruang menunggu train pun banyak tmpat charging handphone siap charger pun disediakan jadi sempatlah aku charging phone sekejap.. tak cukup dengan tu kalau naik executive couch memang siap dengan plug ade disediakan, so snang hati lah ade tempat untuk charging walaupun tidak menginap di hostel/ hotel.. huhu


Next stop : Yogyakarta
 bersambung...

Bali trip again

wassup everybody.. sempena dewali korang tak beli tiket ke india ke? haha

Sangat lama dah tak masuk sini menebas semak samun dan lalang sebab lame benar tak menebas.

Cerita trip down_under terpaksa diberhentikan semntara bagi memberi laluan kepada trip kepulauan jawa aku baru-baru ni.. ye lah nanti bila dah basi cam cerita nz tuh boleh la masuk tros tong sampah... terus tak ingat dah.. haha Fatt adakah aku akan jadi seperti ko membungkus cerita2 lama.. haha

Since start kerja aku dah plan untuk ambil cuti. Lagipun dalam each department (dalam jangka 4 bulan) setiap pekerja kilang roti cam aku hanya diberikan 8 hari cuti.. tidak termasuk cuti rehat setiap minggu yer. jadi aku plan untuk tambahkan cuti aku ngan cuti rehat minggu2 tuh dan di campur dengan cuti orang minta aku ganti.. tadaaa 9 hari straight aku dapat cuti.. dan masih ada 2 hari balance cuti lagi.. walaupun masa raya dulu pun dapat ambik 3 hari cuti.. berapa banyak cuti sebenarnya aku pun taktau.. haha

So memang kali ni trip di mulakan dengan membawa family aku makan angin dulu setelah berkerja. Yela kalau sebelum ni duduk travel tak hengat dunia, ada duit takde duit main pergi je.. deorang la sponser terbesar.. so aku buat trip "jasamu dalam kenangan ke bali" letop name trip.. haha

1 november betolaklah aku n family ke Bali.. kali ni disebabkan membawa rombongan ala-ala makcik kiah yang tak beberapa nak kuat sangat kaki untuk berjalan dan bukanlah seorang kaki clubbing (tetibe) maka aku buat keputusan untuk drive sendiri.. Jadi setelah mengusha harga-harga di pasaran maka aku ambil kereta Suzuki Karimun.. what type of pokemon pun aku taktau, tapi kereta ni dah berusia sikit, nampak cam perodua kenari pun ade dengan harga Rp 150 000 sehari.. Minyak kat sini sangat murah dalam Rp 4500 seliter.. dan kalau ko tuang full tank boleh survive 3 hari terus. sebab jarak dalam Bali tak sejauh mana, tapi disebabkan jalan kampung maka 20km boleh jadi sampai sejam lebih.. pitam..!

banyak jnis minyak yang terjual di Pertamina (local petrol pump yang ade subsidi.
 Setibanya aku di Bali, Kadir meyambut ketibaan kami dengan salah eja nama aku lagi.. selamat aku perasan kalau tak harus berjalan kaki aku time tuh.. boleh email beliau di info@autobali.com ataupun telefon di +6281805377164.. Setelah mendapatkan kereta yng dimnta, aku terus dapat drive kereta tuh.. Senang sangat procedure die.

Sekali lgi aku menginap di tune hotel tapi kali ini di daerah Legian, tetap lokasi hotel ni terletak di ceruk kawsan juga. Selamatlah kereta ni kecik, senang sikit aku nak drive... kalau buatnya kereta avanza or lain2 th sure dah calar2 aku sagat tembok2 tuh.. Motor pun sangat banyak kadang2 risau plak.

Jalan kt Bali memang keck2 je.. sebab ada sebatang highway je yang nak ke Nusa Dua tuh yang lain semua highway ak highway sama je. kat sana aku sempat membeli simcard SIMPATI dengan harga Rp35000 dan untuk melayari internet dan mndpatkan bantuan google map, aku langgan internet mobile pakej dari SIMPATI dengan harga Rp20 000 untuk jangka masa seminggu sebabnya aku akan menyambung lagi trip di indonesia sampai minggu seterusnya kan~  

Dengan bantuan google map terus dia bawak aku mask jalan yang ntah pape tetiba masuk kampung orang tak pasal2 betul.. Tapi pape pun jangan malu bertanya sebab orang di perdalaman tuh sangat peramah, aku ditegur oleh seorang pakcik bila dah tersesat masuk area kampung dia, rupanya dia pernah berkerja kat johor bahru, terus dia ambil motor dan pandu arah kitorang sampai ke jalan besar balek.. tak ke peramah dan pemurah orang camtu..


flight hari tu tak penuh pun.. patut agaknye ade promo last mnute..


buffet lunch di kintamani.. bila takde supir harga jadi Rp 80 000 per person.



Sunset at Kuta Beach



Beachwalk tempat membakar duit terbaru di Bali, betul2 berhadapan dngan Kuta beach, plus
barang pun murah2 juga, rsa cm concept premium outlet gituh.




 
Seekor monyet di Uluwatu, aku tengok monyet2 di siang hari kat sini baik dgn tertib compare
prgi yang last year time ptang2 sume cam jahat nak mampos..
 


Sekitar aku disana tak banyak sangat pun tempat aku pergi sebab jadual tak boleh nak pack sangat pun.. deorang ni sume tau nak berbelanja je.. kalau pergi ke tanah lot bukan nak amaze dengan view, deorang lgi amaze dengan barang2 yang terjual kat situ.. bole?

Jadi itu sahaja update trip terbaru buat kali ni, trip merentas Java akan disusuli selepas ni nanti ok~
TaTa