ADVERTISEMENT

Trip Down_under 8.0 : North Island, NZ

 cerita sebelumnya di sini

Airport kat Christchurch memang selesa untuk tidur melintang memane, especially kat dalam arrival hall dia.. memang semua orang tidur berjemaah tapi pastikan jauh dari pintu yer seba nanti bila pintu terbuka angin kutub selatan masuk..mengigil ko! haha

Atas : Azuan mengira budget dan diari..
Bawah : taking pic before continuing to different journey..  

Sepanjang aku kat airport aku duduk borak2 dengan Thibult, banyak koleksi gambar dia yang dia tunjukkan, camera compact nikon ape ntah yang dia guna, tapi gambar semua memang cantik.. Selepas melepaskan satu malam berlalu akhirnya tiba lah masa untuk meninggalkan south island ni... hish hish



Flight dari Christchurch ke Wellington dengan jetstar ni memang senang nak dapatkan harga murah dia, aroun NZD29 one way.. Jimat wang, masa dan tenaga tapi pape pun menyeberang ke north island dengan menggunakan ferry juga macam best.. mane mane la bergantung kepada ketebalan wang masing-masing. haha

1. Dulu lecturer aku pernah nak hanta aku g NZ untuk join flying doctor team for programme elective tapi
apakan daya univesty di otago cuma nak final student.. sedihh
2,3 : pemandangan dari atas.. antara north dan south island
4 : Wellington from above

Perjalanan dari udara macam biasalah nampak gunung2 yang ditabur icing sugar cam biasa, sambil matahari terbit.. tapi ak rasa sekejap sangat naik flight ni, macam flight JB-KL je rasanya.. tidur pun tak puas~

Wellington int airport

Dari Wellington airport kalau nak gunakan bus harga tambangnya adalah NZD8 per person, tapi disebabkan kami ber-4 bila kira-kira murah lagi naik teksi dan tak payah nak menapak mencari hostel yer tak.. sebab menggunkan teksi ke X-base Hostel dalam NZD24..


Hostel X-base ni pun aku dapat dari nakedsleep nyer website, dengan harga NZD18 per night.. tapi kalau book straight dari website x-base pun tak dapat harga murah camni. Hostel ni terletak dekat dengan town centre ni, semua nak pergi boleh walking distance kot, ke sebab kitorang je yang gigih sangat merata aku jalan kaki.. Sebab plan kat north island cuma dengan menggunakan public transport je..

Tapi agak convenience juga sebab berdekatan dengan New World hypermarket.. kalau nak ke Pak n Save memang memerlukan kenderaan yer. Aku pun tak tau nak buat apa sangat kat Wellington ni~ jadi kene ke i-site lah jawabnya untuk plan aktiviti2 kat sini..

Disebabkan waktu aku sampai tu masih awal sangat, belum masanya untuk check-in maka aku tinggalkan segala barang kat hostel dan merayau sekitar bandar Welly ni.. first sekali ke i-site.. dalam 10 mnt juga menapak untuk smpai ke sini, bandar welly ni memang menghadap ke laut, angin kat sini memang kuat, dah lah sejuk, bertambah tambah lagi sejuk kalau berjalan kat tepi laut tuh..


I-site kat sini terletak di bangunan town hall.. atau nama tempat ni civil square di Harris street.. kat sini terletaknya library dan town hall dan beberapa museum yang berdekatan. kat Welly banyak museum yang sangat interactive dan yang bestnya admission adalah percuma.. seronok kan..

sekitar Civil Square, time kt sini Cik F yang uruskan segala galanya, servis bertukar tangan.. haha

Di i-site aku mintak lah map dan tempat2 yang boleh di pergi.. kalau nak ke studio Lord of the ring kene ambil bas, tambang dalam NZD 4 sehala sebab dia luar sikit dari bandar Welly.. tapi masalahnya hari esok adalah Queen's Birthday, banyak benda yang tak beroperasi time ni.. sebab New Zealand pun negara britain juga.. tak tau lah apa nak buat nie..

Setelah selesai bertanyakan tentang segala-galanya termasuk perjalanan kami selepas 3 malam di Welly menuju ke Napier maka aku tinggalkan i-site tu dan menapak di jalan berhadapan dengan laut.. Bangunan area sini cantik-cantik juga.. dan di hujung jalan tu terdapat satu museum yang sangat terkenal kat Welly, Te Papa museum.. museum ni besar gila dan memang best gila.. tak pernah aku masuk museum yang tak boring camni.. seriously must visit!!

Te PaPa Toranggewa Museum

Setelah waktu semakin hampir untuk check-in aku balek semula ke hostel, sempat singgah new world hypermarket membeli barang makanan untuk stay kat north island ni.. xde la beli banyak2, budget cukup untuk makan kat Welly je.. sebab perjalanan lepas ni bukan naik kereta yer.. semua bus yang aku kebas dari nakedbus.com dengan harga NZD1.. check it out

Setelah selesai check-in, tibalah masa membayar hutang tidur.. sebelum tuh turun lah melantak dulu, aku tak beberapa suka sangat dengan keadan kitchen kat sini sebab bersepah sangat.. deorang macam tak cukup pekerja kot untuk kemas.. memang teruk bersepah..

Dapur yang berkecah.. tapi nak buat cam mana bangunan lama.. see the advertisement.. rasa nak apply je~ 

Bila mata di pejam buka je hari dah pun gelap.. macam tuh lah kami menghabiskan hari pertama di welly.. haha siang sangat pendek ketika winter ni.. rugi sebenarnya tapi nak buat cam mana memang dah tak larat.. haha

Night in Wellington 

tapi sempat bersejuk beku di luar te papa sebab wireless free dan laju.. Seperti biasa untuk
follow up couchsurfing..
To be continue...

Trip Down_under 7.0 : South Island, NZ

Hello semua,

seperti yang dijanjikan aku akan kembali meng-update cerita perjalanan trip ke New Zealand pada pertengahan bulan yang lalu, disebabkan tetiba rasa rindu yang teramat dengan bala tentera cheapskate yang agak lama terpisah dan perjalanan tuh sendiri menyebabkan aku rasa nak menaip kembali.. cewah~

Ok la cerita last aritu aku stop kat Akaroa.. the small town near the lake, dan lake itu akan terus meluas menghala ke lautan pacific.. dan kalau ke seberang sana dah boleh sampai amerika selatan..

Jadi awal pagi bila semua dah bangun cam aktiviti biasa la buat breakfast di dalam campervan ni.. Menu pagi  ni memang main sebat je sebab nak habiskan segala bahan basah untuk meringankan beg dan harap takde bende kene tahan time lalu imigresen nanti.. nak check in luggage memang takde duit la.. hoho

Bila selesai makan, kitorang siap sedia mengemas campervan sebab balek dari Akaroa memang kne pulang terus campervan ni sebab pagi2 esok dah nak fly ke Wellington (Welly name glamor nyee).. then aku pergi ke i-site (kan semalam tak sempat pergi).. setiap kali aku ke i-site aku minta dia tunjukkan kat mane view point yang best.. of course la ni aktiviti free dan ala-ala tracking sikit sebab banyak tempat view point dan bole pilih level advance die korang nak macam mane..

Breakfast time.. 
tinggal seketul camtu je i-site kat sini.. by the wat banyak newspaper free, ambik lebih supaya dapat dijadikan
kertas lap dalam van.. haha

Jadi disebabkan nak relax-relax je buang masa sebab menunggu jam 12.30pm untuk kitorang berlepas menaiki cruise, cruise ni more to nature cruise.. sebab dia bawak tengok keadaan muka bumi Akaroa yang mana bukit2 tinggi ni asalnya dari letusan gunung berapi. Harga cruise ni NZD 69 tapi aku dapat beli dari bookme.com dengan harga NZD39 sahaja. trip ni selama 2jam 30 mnt dengan guarantee dapat tengok dolphin sebab bersepah dolphin kat sini.. siap ada guarantee tu kalau tak jumpe dolphin maka korang akan diberi ticket lagi sekali percuma sampai la dolphin timbul..

Sekitar akaroa town
one of the viewpoint..easily accessible and breathtaking..

Menunggu waktu berlepas.. 
Kat sini banyak sangat tengok batu, sampai nak termuntah.. wahaha 
Batu lagi..

Setelah selesai trip ni aku agak berdebar sebab bila dia kata kita akan mendarat balek jam 3.30pm, sebabnya campervan kene pulangkan pada hari tuh jugak, dan off course masa winter season ni pukul 5pm dia dah tutup.. masalahnya sempat ke? sempat ke? kang tak pulang camne nak naek flight.. tuh yg sibuk aku fikirkan sampai cara pemanduan journey back to Christchurch sangat menakutkan.. dan kitorang ambil masa untuk refill LPG yang sudah digunakan.

Sebelum berlabuh brother tu siap bagi orang pegang kemudi kapal.. selamat tak jadi cam titanic..
haha berangan~

Aku berjaya masuk kembali ke Christchurch di saat hari mulai gelap.. Lantaklah nak penalty or whatever aku dah tak kira still tak refill lagi LPG dan minyak juga kene isi penuh. Akhirnya berdekatan dengan airport ada satu Calteex.. dan harga refill satu tong tu dalam NZD 3 camtu je. Murah rupanyaa~

Pape pun time aku sampai Christchurch memang aku dah start berdebar sebab jam dah over 5.. matilah mane aku nak campak campervan gedabak ni.. jadi aku redha je la kalau dia tutup aku call, kene bayar extra charge pun redha jugak la walaupun budget dah makin melingkup time ni.


Tapi bila aku sampai memang company campervan ni dah tutup, tetiba ade keluar sorang mamat ni dia baru nak balik kerja, dia kata cuma masukkan kunci kereta dalam tong depan kedai, dan make sure campervan dikunci, minyak gas semua ditutup kang tak pasal2 plak meletup kedai ni.. fuhh lega..

\drop off location then didepan plak ade box kecil untuk letak kunci..
Setelah lebih 1500km perjalanan merentas south island~ yey

yang tak leganya sebab dah malam kami terpaksa menapak masuk ke airport, shuttle dah takde yer.. rasakan exercise di tengah kesejukan malam.. haha

Dan masa yang terluang di aiport aku banyakkan dengan meng-update follow up dengan couchsurfer yang ada kat north island tuh dan juga still mencari2 lagi couchsurfer yang masih tidak pasti di Auckland dan sekitarnya sebab banyak sangat yang tak free.. begitu juga dengan helpexchange pun banyak taknak ambil helper time2 winter camni..

Selain tu juga kitorang banyak habiskan masa dengan Thibult kenalan dari France, dia pun baru lepas eksiden kat South island dengan campervan dia.. banyak jugak la story mory malam tuh sebab aku bagi dia share extension wire masa kat airport, tu yang terus kenal tu.. pape pun dia on the way nak ke Sydney, dan kemungkinan kalau ada masa dia nak ajak lepak kat Sydney nanti..

Experienced Java part 4

Sekarang tiba episode akhir dari siri Experience Java, sebelum aku berbalik semula ke Trip Down_Under tuh semula~

Jadi pada hari untuk menaiki ke Bromo, jeep akan datang menjemput kitorang pada jam 3 pagi. Kedengaran bunyi pekerja2 hotel mengetuk pintu setiap bilik untuk ke bromo, dah rasa macam kene serang dengan warden asrama weh~ kalau tak silap trip ni berharga Rp 200 000..ek tak ingat la~ tapi around that la..

Selepas selesai cuci muka, berani ko nak mandi sejuk2 ni? bekalan roti bole diambil di kaunter sebab free. memang compulsory tapi kalau taknak pun takpe sebab nanti balek boleh claim lagi. Jadi bila sampai ke kafe kitorang terus di sapa oleh pemandu yang bakal membawa kami ke atas~ tak ingat dah nama dia siapa.. oleh sebab aku tidak membawa baju tebal dan rasanya kat luar memang sangat sejuk, jadi die meng-offer baju tebal untuk di sewa, dengan harga Rp 20 000..

Bukit yang kami perlu naik untuk melihat pemandangan sunrise adalah gunung yang berlainan dengan bromo yang kami naik pada hari semalamnya~ tapi sebenarnya package ni termasuk juga dengan penghantaran ke bromo untuk pemandang waktu pagi, jika nak ke sana lagi dah tak perlu bayar entrance fees bromo.. sebab tiket pada hari semalam tuh boleh disimpan dan ditunjukkan untuk next entry. tapi disebab kami mengejar masa maka cukuplah dengan melihat sunset dari jauh.


Keadaan pendakian juga lebih kurang sama dengan kawasan bromo, cuma kawasan ni banyak pokok2. Debu tetap banyak, dan orang yang membawa kuda tidak kurang ramainya. bila nampak jeep sampai terus dikejarnya.. Aku rasa susah sangat nak bernafas, mungkin sebab terlalu tinggi dan tak larat nak naik.. bila sampai atas terus rasa macam kene asthma attack sampai aku termuntah2.. what a day~ sebab waktu pendakian debu memang melampau2 dan sampai je kat atas ramai pula perniaga2 hot drink dan goreng pisang etc menyalakan unggun api untuk memanaskan air.. jadi penuh dengan asap pula, takde udara segar langsung.. selamat aku masih boleh bernafas.


pemandangan kat atas ni sungguh indah, siap kawan aku cakap "tak sangka ada tempat macam ni kat indon" haha

Bila diajak semula ke bromo, kami menolak.. dalam masa perjalanan pulang aku tetiba rasa nak makan strawberi. terus pakcik jeep carikan. sangat murah yer 1kg Rp15000.. dan strawberi boleh dipetik sendiri dan makan pun boleh..


Setelah selesai breakfast.. kami bersiap sedia dan bersedia untuk ke Surabaya. Disebakan sibuk mencuba local food tak habis2 dengan Adi, secara tak sengaja kami tertinggal keretapi. Selamat Adi banyak contact aku rasa satu probolinngo ni ada orang kenal dia. Siap ada bas tunggu kitorang sebelum berangkat ke Surabaya. Bus adalah bus ekpress, tambangnya sama dengan ticket train Rp 60 000.


  Di Surabaya takde pape sangat yang kami buat melainkan window shopping sini sana~ dan akhirnya perjalanan kami di tamatkan di Lapangan terbang Senai, Johor dengan penerbangan terus airasia dari Surabaya ke Johor Bahru.

kek lapis surabaya

City of surabaya

-The End-

ESCAPE

Bila hidup terasa terhimpit dek tekanan kerja yang tak habis2 mendatang, dengan rakan sekerja sekeliling termasuk para nurse dan para medic yang kerja mecekik darah~ akhirnya aku terpaksa membuat keputusan untuk berhenti kerje.. ekh silap untuk keluar ambil udara di tempat asing sikit.

Bila dikelilingi dengan orang yang asing sikit, aku rasa aku dah lari sangat jauh dari norm hidup yang biasa tuh.. so here i go..

Awas yer berani mati letak nama Dr di situ.. kang ade orang nak terberanak jawab laa.. omee~

Java Experience Part 3

Hello semua, walaupun pada awal aku berkobar-kobar sangat nak siapkan entry Java sebelum menyambung semula kisah Trip Down_Under yang dah lama terbengkalai tuh, disebabkan kengkangan kerja aku terpakse la slow down balek, sebab selepas tetiba tak pasal2 aku pergi majlis konvokesyen~ rasa cam tak pasal2 plak konvo... dan aku dah pun selamat menamatkan satu posting.. jadi bila dah bertukar department, maka the first two week akan rasa macam hell sikit, bila di cop sebagai "tagging" tuh lah period yang aku benci sebab aku keluar rumah pukul 6am balek pkol 12am... rasa cam tak berbaloi balek rumah.. rasa macam tak menempuh hari siang langsung.. ok cukup membebel mari sambung______________________________________________________________

Train yang kami tempah adalah yang termurah untuk tujuan ke Gubeng Surabaya, Terdapat dua stasion keretapi kat Surabaya, tapi kalau nak ke Bromo memang kene tukar di Gubeng sahaja. Bus ke Bromo juga tak kurang kerapnya, setiap setengah jam ada.. Train kali ni first time aku rasa dia delay~ delay dalam 1/2 jam macam tuh.. Bila aku menjejakkan kaki masuk ke dalam train, dengan keadaan orang ramai yang bergelimpangan kat atas lantai tuh~ dahsyat yer~ ade jugak yang baring melintang atas seat macam die beli 2 seat, walhal dua dua bukan seat dia pun.. amboiiiii~

bagi penumpang executive coach, bole la masuk dalam lounge, kat dalam ni pun macam kafe je sebenarnye~

walau macam mana pun kawan2 aku membebel mengungkit macam2 tapi last2 masing2 semua lena juga tidur~ sehinggalah kami tiba di Gubeng jam 8am, maka tinggal sejam lagi sebelum kami dapat menyambung langkah ke bromo dengan menaiki keretapi jam 9am tujuan Probolinggo satu pekan kecil yang jugak sangat popular di Surabaya nie.


Jadi selepas check out keluar dari tempat ketibaan tuh, aku terus ke kaunter untuk beli ticket ke Probolinggo. Ada juga pemandu teksi yang beriya follow ko nak angkut ke Bromo.. tapi harga dia bole tahan jugak mahalnye, sorang Rp 150 000. Kalau siapa berpocket lebat dan tak enjoy dengan cara naik train/terlalu lama maka boleh la pilih option ni.. sebab dia caj satu kereta, dalam Rp600 000 tapi boleh kot dapat diskaun lagi sesikit. Harga train dari Gubeng ke Probolinggo hanya Rp 65 000 Executixe class lagi, dan tak banyak tempat pun train ni berhenti macam mostly direct journey aku rasa, ke sebab aku tertido.. haha
Kami sempat singgah masjid di Probolinggo~ kebanyakkan masjid kat sini memang gah besar2.
sepanjang jalan aku nampak banyak lagi masjid yang tgh under construction.. 

Perjalanan mengambil masa dalam sejam setengah sahaja, kalau naik bas boleh jejak 3 jam yer~ setelah tiba di train station seperti mana yang di janji Adi (pekerja dari Hotel Yoschi) menjemput kami di pintu keluar station. kami banyak berhubung melalui email je sebelum sampai sini, tapi bila bersemuka rasa macam dah lama kenal pulak, beside cara pertuturan dia pun dah macam orang malaysia jugak, perkataan2 "pasar" pun dia reti menyebutnya~ so tak beberapa janggal untuk berborak2 kat sini.

Actually service pick up ni diadakan sendiri oleh pihak Yochi hotel dengan harga Rp 50 000 seorang/ perjalanan hanya 1 jam. Option lain adalah dengan menaiki yellow cab (sebenarnye van kuning yang dinamakan angkutan kota) ke area stesen bas caj Rp 20 000 perjalanan mengambil masa 20mnt, dan kemudiannya menaiki angkutan kota version besar sikit sebab nak naik bukit kot ke atas bromo, caj Rp 30 000 dan perjalanan selama 2 jam. Tapi apa yang menjadi masalahnya ialah van besar ni hanya akan bertolak bila jumlah penumpangnya penuh..selagi tak penuh dia takkan jalan dan ada juga kes dia cancel perjalanan sebab orang tak cukup.. ni apa yang dikata oleh Adi.

Perjalanan mendaki naik ke atas bromo sangat mencabar, kalau kereta biasa memang tak lepas naik sini, sebab tuh semua orang kat sini ada jeep. Angkutan besar tuh pun seakan jeep jugak, ada kuasa kuda katanye~ haha pemandangan gunung ganang memang sangat indah~ tapi nampak tanah sangat kering walaupun matahari panas memancar tapi suhu kat atas ni seakan suhu kat cameron highland. Rumput nampak kering, air sungai pun kering~ hanya ada batu batu saje. tapi kelihatan banyak tanaman eksperimental yang tak menampakkan hasil lagi. tanda tanda kegigihan masyarakat kat sini~ mencuba selagi boleh.


Tepat sejam perjalanan akhirnya aku sampai ke Yochi hotel, masih tinggi lagi bukit untuk dinaiki ke atas sana sebelum sampai ke Cemoro Lawang, area paling atas sekali kat bromo ni yang mana kita dapat nampak Gunung bromo tuh.. Jadi bila sampai tuh aku tertanya2 adekah jauh lagi untuk ke atas tuh~ Adi cakap dalam 5km je~ selalu orang2 sini jalan kaki je naik sana.. tak jauh pun..

Bilik yang aku ambil adalah bilik yang paling economic sekali.. hehe harganya Rp 144 000/ room share 2 orang la.. jadi harga cam tak sampai RM30 pun~ kat Yochi tak perlu bayar pape dulu, kalau ke cafe pun order je pape tak payah bayar nanti nak check out dia akan kira segala galanya laa..


Setelah selesai menyiapkan diri, toilet share ade kat depan bilik tapi air die sejuk benor~ kalau nak hot shower kene menapak keluar.. overall berbaloi lah dengan apa yang aku bayar.. bayar banyak tuh, tuh je la kan..


Jadi petang tuh kami try untuk menapak ke Cemoro Lawang, view sangat cantik, walaupun panas tapi udara nya dingin.. aku taktau lah berapa jauh aku dah jalan tapi rasa penat tuh memang aku tak boleh tahan dengan mendaki nye.. 5km tu bukan dekat yer~


Tetiba aku disapa oleh seorang penunggang motosikal superbike kot.. hah jangan memaen naik modenas kris  ke lagenda ke tak ternaik weh bukit ni/.. haha dia nak bawak aku ke atas terus tapi dengan bayaran lah. kira punya kira at last aku bersetuju lah untuk Rp 60 000 dia bawak aku naik atas tuh, pastu turun ke bromo terus tengok sunset dan hantar pulang ke Yochi yang jauh sangt tuh.. sebenarnya aku saje buat2 kerut muka kononnya mahal bebenor tapi memang aku tengah tunggu pun..

Sekejap lagi terus datang lagi 3 biji motor.. macam tau-tau je.. so setel naik ke atas tuh memang jauh lg rasaagi sebenarnya.. pastu turun ke gurun pasir (erk gurun ke debu) dengan naik moto yang rasa macam nak tergelincir tuh.. scary pun ada rasanya~ selain tuh bayaran untuk turun ke bromo dikenakan tapi aku tak ingat berapa sebab member aku yang bayarkan tapi kalau tak silap RP 25 000 untuk semua dan bila join trip di waktu pagi boleh guna lagi pass ni, jangan dibuang..

Bromo dari Cemoro lawang

Dan bila sampai ke kaki gunung bromo, sekali lagi kami kene mendaki tapi kali ni dah tak boleh naik motor kalau malas ada kuda untuk naik ke atas, tapi starting price agak mahal bila nak dekat2 tuh sampai harga jadi Rp20 000 je.. OMG tapi aku gagahkan diri untuk berjalan je, tapi kat atas pasir / debu ni bersepah tahi kuda.. aku rasa dia sengaja sepahkan tahi kuda tuh biar orang jijik nak jalan kot.. haha

Pura atau temple yang terletak di kaki gunung bromo.

Bila sampai atas aku teruja tengok asap kepul-kepul keluar dari kawah bromo, tapi scary part bila ada bunyi cam ada crack / bunyi dinosur dari dalam tuh terus buat aku rasa nak turun, hilang mood nak ambil gambar.. ye la rahsia alam kot~ mane tau die nak meletus time tuh.. ade aku tak balek rumah kan~













Setelah selesai bersunset atas bromo, kami di hantar pulang oleh team rempit bromo..sebelum turun tu singgah la kat one and the only sourvenier shop kat atas cemoro lawang ni.. harga agak berpatutan tapi dia takkan kasik turunkan harga, sebab mungkin die one and the only kot kat sini.. haha mereka offer kalau nak ke air terjun ataupun ada view dari gunung ape ntah.. tapi yang tu kos dia macam sangat mahal padahal takde mase pun aku kat bromo ni.. kebetulan time kami balek Adi baru nak ke masjid.. dia mengajak kitorang sekali datang time isyak nanti sebab jemaah ada 4 orang je.. macam2 cerita juga dia ceritakan pasal orang tempatan kat sini.. dan hari esok tu berlangsungnya majlis khatan beramai-ramai.. agak sibuk juga tengok khemah2 besar di hadapan balairaya tuh.. selamat identiti sebagai doktor tak bertauliah dirahsiakan~ kalau tak tahula siapa yang pegang pisau.. haha

Bersambung lagi..