ADVERTISEMENT

Fun Run 4.0 Boracay FINALE

Selepas berjalan dan lepak2 menikmati muzik acustic di tepi pantai, hari ini kita akan melakukan beberapa aktiviti air mengikut kemampuan jee. I gueas ada banyak jugak trip dia cuma kebanyakkan day tour kat sini dia ada barbeque set sekali tau, tapi yang susahnya bukan semua halal.. So kitorang ambil pakej sendiri je untuk 6 jam sewa satu boat ni kalau convert harga dalam RM 50 untuk satu boat ni, murah kan..

Laut biru dan ombak rindu..
Walaupun dekat seminggu kat Philippine aku cuma ada satu hari PENUH kat Boracay ni, jadi pilihan kene betul susunan aktiviti pun perlu teratur, selamatlah pada satu-satu harinya aku kat Boracay dikurniakan hari yang cerah dan terang dan di serikan dengan sunset lagi.. complete one day-trip..

cantik tak? macam cantik je.. macam cantik je.. lol~
Aku dah book semalam, tempat yang sama kami book ATV tuh, sebab harga dia bagi murah, pagi aku dah keluar Dari hostel, hostel ni xde menyediakan breakfast yer seperti mana yang hostel kat Manila tuh..

Malam tadi aku perhati je semua enjoy sakan sampai ke pagi, tapi bila waktu pagi sunyi sepi pasal semuanya dah pengsan kot..

Jadi aku ke supermarket dulu, beli keperluan yang patut.. Banyak je produk Malaysia Ada kat sini, pilih sajork, dan tak lupa untuk membeli roti yer, nak snorkeling kan.. Tak pulak aku jumpa product Gardenia kat Boracay, kebanyakan roti-roti kulit keras je.. memang rezeki ikan je la roti-roti ni semua.

Bot mula meninggalkan daratan white sand beach, actually korang boles je pilih mana yang nak pergi, Cuma pakej ni tak termasuk Arel point.. Ape itu?? Ntah la aku Tengok gamba je kat kedai2 tuh, terasa nak terjun free gravity.. Kalau ambil pakej ni, Kira lain sebab korang Akan ke situ keje lompat naik lompat balek.. Berserta dengan barbecue dan party Kalo x silap.. Xhabis2 dengan party yek!

beginilah rupanya boat yang kami naiki, yang tepi tu takde kene mengena dengan perjalanan kami.. haha

tetiba langit nampak gelap, fuh fuhh jangan lah hujan~


Normal pakej yang aku ambik ni dia cover crocodile island, puka beach, dan ape Ntah lagi.. Cuma lagi satu tempat yang dinamakan crystal cove island, yang memang cantik sangat sebagai option, sebab dia ade entrance fees sebanyak P20.. Dan Kawasan ni terjaga.. Cantik pun cantik,, air dia memang crystal clear sial berenang dalam cave.. Feeling Tengok cerita "the ocean" mase kecik2 dulu.. Haha sape pernah tengok?

Sunny day continued.. 







Selepas masa hampir mencemburui waktu percutian ni, kami dibawa ke gerai-gerai makan yang terletak di persisiran pantai ni.. Ada pelbagai seafood disediakan, tapi masakan pun biasa-biasa je.. cam simbah sos je dalam makanan tuh..

Bila duduk je terus berbakul-bakul datang kat depan mata.. apa yang harus korang buat? buat muka senyum kambing
sambil tepis tepis sikit tangan makcik tuh.. haha
Dalam pukul 4 tiba lah aku kembali di persisiran white sand beach ni, aktiviti seterusnya adalah cuci mata.. Teeeeeet haha

cuci cuci cuci... lol
Bersiaran dari Boracay




Tak la kitorang santai je tepi pantai tuh, sebab nak tunggu sunset.. Sebabnya kitorang dah Bayar Sekali untuk sailing.. Murah jugak benda ni, naik tak lama tapi nak jugak merasa sunset kat sini.. So sama-samalah Kita menunggu matahari berlabuh.. And the view memang amazing.. harga untuk parasailing ni tak pasti lah tapi memang murah je..




pakcik ni nyer spot je yang taknak kalah tau!


malam sudah tiba, jom sign up! haha pubcrawl~

Aktiviti malam tetap sama, duduk makan2 je.. Sampailah Semua orang ngantuk..

Another 2 hour we take to arrive in Kalibo, next is the journey home. Aku memilih untuk ambil  Philippine airline express untuk balik turun di Singapore, murah juga tiket dia.. Sebab dah last minutes kan dapat dalam RM230 Dari Manila ke Singapore.. Service dia tersangat basic yer, sebab dapat coffee/tea kacang dan biskut.. Ko kenyang?? Haha




Sebenarnya Philippine airline express ni cam anak buah company Philippine airline untuk menyediakan penerbangan tambang murah.. Sebab tuh service pun ala Kadar je.. Tapi Ada juga kebaikannya sebab aku di rescue Oleh mereka ni sebab flight dia delay Dari kalibo, terus cross runaway naik van.. Selamat tak kene lenyek dengan kapal terbang ok! 

Rescue team datang..


Dan di akhir garisan penamat ni aku di POW P550 untuk airport tax.. Sabor aje lah... Tak termasuk airport tax rupenye.. 

p/s: sambungan entry yang sangat lama ditunda.. thanks for waiting~ 


Fun Run 3.0 Manila - Kalibo - Boracay

Bak kata orang tuh kemeriahan di kongsi bersama, tak salah la bila dah sewa
satu jeepney ni terus ramai orang kami ajak tumpang bersama... Jeepney ni bukan sahaja besar boleh duduk berbelas orang malah ruang atas pun boleh duduk.. belum kira tempat berdiri lagi..

2 orang local di hadapan minta tumpang dari awal-awal lagi.. terus duduk depan sekali atas bumbung

Yang ni nampak macam local kan, actually dia orang malaysia.. haha

bro ni baru habis kerja, on the way tuh nak tumpang terus dia lompat je.

adik ni plak baru balek sekolah, dan-dan je kannn

Sempat jalan-jalan di pekan sebelum berangkat,  memang pekan kecil kan

Ok finish about Benaue.. thinking of going back? err not this time.. haha
Jom sambung misi Boracay seterusnya..

Setelah satu malam terlelap di dalam bas, akhirnya aku tiba kembali di Manila, bas memang seperti yang aku cakap timing ditepati, bukan dicapati.. haha

Tapi timing aku pula yang tak beberapa baik sebab ter-book flight jam 10am ke Kalibo, sepatutnya kalau ambil flight pukul 8am pun sempat lagi since kitorang tiba dari Benaue seperti yang dijadualkan 530am.. memang takde masalah pape dengan lalu lintas disini except when people goes to work, they goes crazy as well laa kat jalanraya..


Untuk pengetahuan, aku akan meneruskan perjalanan ke Boracay selepas Benaue, jadi untuk ke Boracay. Boracay adalah sebuah pulau dan hanya dapat disambung melalui Caticlan.. dari manila korang boleh menggunakan flighr terus ke Caticlan (biasanya memang takde yang murah utk route ni) ataupun ke Kalibo (2jam lebih nak ke jetty di Caticlan, tapi sangat popular sebab turun sini harga jauh lebih murah)..ataupun ada orang ambil ferry dari manila ke Caticlan, masa nak balik baru aku nampak ada ferry manila - caticlan... haha

Jadi sebanyak 5 jam kitorang habiskan kat airport, penerbangan Zest Air pun menggunakan Terminal 4 sebagai perlepasan domestic & international.. so we end up wasting 5 hours there.. memang layan tidur juga la kat situ.

tersangat low cost kan.. haha
Sewaktu check-in aku terkejut sebab tetiba aku kene tahan dengan imigresen sini sebab bawak tripod camera.. katanya berbahaya~ so kene check-in.. Ka-Ching duit melayang begitu saje sebab kene tambah lagi barang untuk check-in.. sabor aje laaa...


Flight Zest air pun macam airasia juga, ticket pun aku beli last minute dengan harga RM68 sehala.. jadilah.. dari Manila ke Kalibo mengambil masa 50minutes, perjalanan seperti yang di jadualka, memang tiada masalah..
Kalibo international airport
Pada mulanya aku agak pening macam mana nak pergi ke Boracay dari Kalibo tapi bila sampai di balai ketibaan semuanya selesai sebab banyak sangat stall yang menawarkan pakej2 dan harga berlainan. Jadi aku kebas mana yang paling murah.. jadinya aku ambil deal P250 termasuk bas ke Caticlan ferry terminal dan boat ke Boracay, lebih dari murah dah aku rasa.. tapi harga ni tidak termasuk dengan tax yang perlu di bayar di ferry terminal nanti.

Off to the boat.

Setelah hampir 2 jam seperti dijadualkan kami tiba di Caticlan Jetty, another extra's pesso perlu di bayar berjumlah P100+ P75 untuk tax terminal dan island.. and we spend another 30 minute riding a boat to Boracay, tak kisahla walaupun boat ni agak traditional sikit.. janji sampai.. haha


Macam ni la rupa boat nyer, patut lah murah.. haha

Setiba di Boracay, aku terus ke Friendz backpacker lodge, disini ada beberapa option either dorm ataupun room.. sekali tengok macam chalet je.. tapi ade dorm memuatkan 4-6 katil per room.. dengan harga yang berpatutan.. tapi mostly banyak je option lain yang tak kurang hebatnya kat sini..


Excess ke pantai memang senang, dari sini boleh menghala ke dua belah pantai sebab diameter pulau ni tak besar, yang berdekatan dengan hostel ni adalah white beach.. memang ramai orang lepak kat sini, dan berhadapan dengan white beach juga banyak kedai-kedai makan dan tarikan utama lain di waktu malam.. contohnya banyak market-market dan kedai-kedai makan dan bar. pendek kata memang hidup lah malam di sini.

feel the breeze
Bagi mengisi masas terluang di petang hari, boleh lah ke viewpoint di Boracay, kene naik bukit dan ada deck untuk tengok sunset, tapi sayangnya masa aku kat sana takde sunset pun, tapi kawasan sini luas mata memandang.. untuk ke sini pula, korang boleh enjoy dengan menyusuri jalan berbukit dengan Quad bike ataupun jumping car.. kitorang dapat harha P600 untuk 3orang..



No sunset, hambar je petang ni.. 

meh tengok anak bulan sat..
dari jauh nampak macam funfair je tapi macam-macam ada, dont expect lebih2 ok, enjoy je laa apa
yang ada..after taking quad bike, kitorang dapat admission free... 





Dan untuk hari esok, kita serahkan nasib ke laut.. semoga hari terang dan cerah dan dapat menangkap sunset untuk esok..

White beach market

Bersambung....