ADVERTISEMENT

Trip Down_under 8.1 : North Island, NZ


sambungan kisah ke-2 di Wellington, NZ

Hari ke-2 setelah selesai breakfast dengan ala-kadarnya (sedihkan).. kami bergerak ke i-site nak bertanya pasal bas ke LOTR studio tapi sayangnya i-site pun tutup hari ni sebab Queen's birthday.. Jadi kami meneruskan lagi langkah ke Grey st. sebab kat sini terletaknya stesen gondola untuk naik Wellington cable car... harga one way NZD 6.50 dan untuk perjalanan turun aku pilih untuk menapak je sebab kawasan atas sampai ke bawah adalah kawasan botanic garden.. tak rasa susah mana pun nak turun..
Pagi yang sepi..

Death city felt on Queens birthday~
Selamat cable car berfungsi seperti biasa, tram ni pun nampak tak jauh beza dengan hong kong nyer~ 
Botanic garden on the top of hill.. dan ada tempat dalam dia penuh dengan bintang-bintang, tapi entrance fee mahal.. tak jadi nak masuk..
In front gate
Setelah sampai ke pintu keluar botanic garden perjalanan mengambil masa dalam 10 minit untuk masuk semula ke Grey Street. Tapi dalam perjalanan ni akan bertemu dengan beehive ataupun nama melayunya sarang lebah..

Wellington Parliament Building.
Sarang lebah ni merupakan parliament building di Wellington nak menunjukkan kerajinan mereka dalam kerja berpasukan sama seperti lebah. Tempat ni sebenarnya terbuka untuk orang awam untuk menunjukkan asas perundangan dan sedikit sejarah wellington, tapi disebabkan Queen's birthday deorang tutup. So sad...

Perjalanan diteruskan lagi, di sepanjang jalan semua kedai banyak yang tutup. Sedih betul hari ni... sehinggalah kitorang sampai di Museum City & Sea.. masuk adalah percuma. Dan tak jauh beza dengan Te Papa museum, museum ni pun agak interactive dan kool. kitorang menghabiskan masa dekat sejam dalam museum ni.. banyak segment yang ada kat sini, terdapat tragedy kapal semasa zaman dulu-dulu semasa perjalanan ferry yang membawa penumpang dan kereta karam di pertengahan jalan menyeberangi south island dan north island. Ala titanic gituh~

Ada banyak museum kat sini.. pilih la mana-mana yang best.. masuk free kalau rajin masuk je semua.. haha 

Ada juga pementasan mini pasal maori lagend, ak dah tak ingat dah macam mana cerita tapi effect dari mini teater di sangat kool, sebab benda tu dalam peti kecik dan boleh bergerak gerak.. serious ak dah tak ingat pasal apa..! shit~


Berangan sekejap.. A millenium ago ni kisah maori, tapi dah tak ingat.. pementasan dia dalam peti tuh.. 

Kemudian aku kembali menapak dan kali ni nak naik mt Victoria, area mt Victoria ni dekat gak dengan area hostel aku jadi kami letakkan sebagai destinasi terakhir sebelum pulang ke hostel untuk makan dan tidur..haha penat sebenarnya..

Sambil berjalan melintasi Te Papa sempat lagi kitorang singgah sebab nak guna internet, haha rindu kot masa ni kat rumah, dan tengok2 update couchsurfing.. still takde reply dari sesiapa yang sudi menerima kehadiran kami..

Tengok tuh kusyuk sungguh~

Setelah kering peluh2 kat ketiak dan sekitarnya kitorang sambung lagi berjalan, kali ni memang peluh bertakung balek sebab menonggek jalan naik bukit. Aku dah rasa putus asa dah tapi akhirnya sampai jugak ke atas.. memang ternyata keletihan mendaki terbalas dengan pemandangan yang superb dari atas mt Victoria.. Cuma masalah sekarang dah malas plak nak bergerak turun, rasa nak tumpang je campervan ke ape ke dari atas ni.. tapi malu plak~ haha

in the middle of journey.. 
one of the scnene dalam citer LOTR 1, yang dia kene kejar dengan orang berkuda tuh.. aku rasa sini kot tempat die.. 
view from the top.. boleh nampak airport welly sekali dari atas ni, Wellington in 360. 
Setelah selamat turun, kitorang menyerbu masuk ke First World hypermarket.. Beli barang2 untuk masak, kitorang pulang ke hostel pun agak awal around 3pm dan selesai makan kitorang pun tidur.. bila tidur kat sini sure bangun je hari dah gelap.. macam tuh je rasanya masa berlalu.. haha

Pembaziran hari siang.. haha sejuk2 memang best layan tido..! syarat untuk gemuk:  makanan kolesterol dan tidur yang berlebihan.. haha 


Sambung lagi sikit...

5 comments:

Naramas Aman said...

Dr makan tak carrot cake? Wellington terkenal dengan carrot cake. Saya ada cuba sebab kawan saya kata jangan miss makan carrot cake di Wellington.

Te Papa museum tu sangat interactive, kan? Museumnya besar sangat. Saya ada cuba rasa earthquake di situ. Adalah rasa gegaran tu. Dr ada cuba?

shah_rule said...

haha jangan panggil saye dr kat sini.. kehkehkeh

dah cube dah earthquake tuh, rumah goyang2 time tgh tgk tv.. interactive sgt.

carrot cake? wah tak tau plak pasal tu.. best ke? makan ngan ice cream ke makan cake saje??

yuyu said...

gilerrr best!!! buat aku tak sabar nak pegi north nz plak...tp hold kejap...next year istanbul aku datang dulu...hahahha

shah_rule said...

wahh bestnye plan g istanbul.! perlu buat cerita ye nanti..

blog-tips-kurus said...

seronok pergi NZ-negara cantik kan?