ADVERTISEMENT

Trip Down_under 13.0 : North Island, NZ FINALE

Sekian lama aku kembali menebas lalang semula, sorry lah sebab takde sangat trip yang bombastic seperti dahulu kala, kalau ada pun aku pergi cam trip sekejap2 je.. yang tu tunggulah nanti aku buatkan komplikasi entry je.. haha bole? buat masa sekarang kasik aku habeskan trip lama ni dulu..

____________________________________________________________________________

Seperti yang sedia maklum aku menginap di Pukekohe selepas Hamilton, kat sini aku berkenalan dengan sepasang couple dari England yang baru setahun bermastautin di NZ.. Pasangan Lynn & John melayan kami seperti anak-anak mereka sendiri rasa sedih time nak meninggalkan Auckland pada hari terakhir kami sebab dari rumah dia kami keluar dan kemudiannya keluar terus dari bumi NZ... Masa kami nak balik pun John sahaja yang menghantar kami ke train station Lynn menolak untuk menghantar kami sebab dia dah tak tahan nak menangis.. Sayu betul masa hari terakhir kami..


PERKENALAN

Kami dah berkenalan lama dari coucsurfing.org dan perjumpaan pertama kali kami adalah sebaik sahaja kami turun bas dari Hamilton aku ternampak seorang lady terus menerpa ke arah driver, dari perbualannya dia cuba describekan aku pada driver bas tuh yang baru sahaja membuka perut bas untuk keluarkan beg.. dan apabila aku melangkah turun terus aku menegurnya.. haha itulah kisah pertemuaan pertama kami..

Jadi Lynn membawa kami pulang dengan menaiki miss Daisy yang dipandunya..siape miss Daisy? terkenal tau miss Daisy ni, satu Pukekohe kenal dia.. haha


Jadi Lynn membawa kami pulang sebab malam tersebut hanya ada dia dan sepasang lagi couple dari Germany yang menumpang di rumah mereka juga secara kebetulan. Jadi the more people the more marier kan.. haha

Lynn mengeluarkan segala buku koleksi tentang movie Lord Of The Ring (LOTR), memang die hard fan deorang ni sampai sanggup simpan koleksi semua buku dan buku2 direction tempat penggambaran pun ada.. Jadi mereka memang nak bawa kami ke "matamata" perkampungan Hobbit, tapi bila aku cerita tentang review yang kami dengar sepanjang perjalanan ni, maka kami sepakat untuk cancel je..

Mulut tersasul tercakap "i like choc with almond" terus Lynn balek rumah belikan sekotak..
tersentuh...

Pukekohe

Pukekohe adalah small town yang terletak dalam daerah Auckland, terdapat train seakan ktm komuter yang bergerak 2 jam sekali menghubungkan Auckaland dan Pukekohe.. perkhidmatan bas pula seakan tidak berkesan kat sini mungkin sebab faktor kekurangan penduduk jadi bas pun sangat sedikit dan tak popular dikalangan penduduk sini.

Pukekohe pun mempunyai beberapa spot tarikan tersendiri antaranya yang sempat kami pergi adalah di Pukekohe hill, kawasan menghijau dan merupakan spot untuk tengok sunset.




Selain tu ada black sand beach, mungkin sebab tanah dia kaya dengan mineral jadi menampak ianya berwarna hitam, dan pasir2 yang halus dan sejuk.. tapi air laut kat sini memang tak sesuai untuk mandi, takut aku tengok..
The black sand beach




Rumah api Manukau terletak menghadap laut tasmania juga cantik di waktu sunset.. dan banyak kapal terbang lalu lalang di atas udara sebab berdekatan dengan Airport auckland..




Sunset from lighthouse

Selain tuh area town dia pun banyak kedai-kedai yang boleh di singgah, banyak kedai jual barang2 secondhand.. menarik tengok dia jual barang2 tuh semua dah la murah murah belaka..



Antara barang2 second yang dijual murah..

Home Sweet Home Pukekohe

Kami bermalam di sini sepatutnya 2 malam je tapi disebabkan rasa malas nak menggalas beg ke Auckland maka kami request untuk tinggal lagi semalam kat rumah Lynn & John..

Ini lah antara sebab kami nak stay, hari2 boleh call rumah.. haha

Jawapan mereka : as u wish.. we love to have you here...

Yepiii maka memang kami berkampunglah di rumah mereka, dari sini kami ke Auckaland menggunakan metro train yang seakan KTM komuter tuh, dengan harga NZD 8 return, perjalanan mengambil masa 45 minit sehala, asalnya nak berjumpa dengan ex-schoolmate aku yang belajar di Auckland, jadi mereka dah pun menunggu kami di station keretapi Britomart..



Britomart station ni berdekatan dengan area laut, maka kami berjalan-jalan dalam town ni sekejap, cukuplah dengan membuat tawaf satu town dengan berjalan kaki, haha sakit hati aku sebab asalnya nak ke Elizabeth market, tapi bila sampai tengok area market ni tengah under construction.. sedih nya hati aku terpaksa berlalu pergi begitu saja... tapi matahari memang cepat terbenam, jadi aku segera meninggalkan area town ni untuk menaiki Mt Eden, sebab dari sini boleh tengok sunset dan dapat melihat keseluruhan bandar Auckland..

Britomart station, Auckland








with my ex-schoolmate.. jealous nye ko belajar kat Auckland!


Best spot for sunset.. 

Dari awal aku jejakkan kaki ke NZ, aku memang suka sangat naik gunung tengok keseluruhan pemandangan yang ada.. dan kami akhiri kisah perjalanan ni dengan melihat segenap kawasan Auckland dari atas...

Last dinner together.. 

Maka pada hari terakhir kami berlaku lah sedikit pertumpahan air mata sedikit dan akhirnya tibalah masa kami melangkah pergi dari rumah mereka.. Cara yang mudah adalah dengan menggunakan Train Maxx dan kemudiannya menukar kepada bas di station Papatoetoe (sebut betul2!) . Memang ada bas ke airport dari sini, sila lihat papan tanda siap ada tulis masa untuk bas akan tiba..




Auckland Int Airport

Terdapat 2 perhentian di Auckland international airport ni, ada terminal 1 untuk Domestic dan terminal 2 untuk international departure. Sampai sahaja kami di Airport perkara pertama adalah memastikan berat beg kami tidak exceed seperti mana yang di syaratkan.. Jadi banyak baju tebal kami yang ke tong sampah haha (sume yang beli kat bundle dengan harga RM10 sehelai).. cuma tinggalkan sedikit untuk kegunaan di Sydney nanti..

Another journey begin..


Hobi kegemaran: shoot gamba flight, ntah bile nak ade flight sendiri (bole?)

bila la nak merasa flight besar tuh..

9 comments:

NEKCIK said...
This comment has been removed by the author.
NEKCIK said...
This comment has been removed by the author.
NEKCIK said...

Salam Shahrul..takpe hanya pertumpahan air mata...bukan darah ye...at long long last akhirnya sampailah ke Astolia kan..okay nekcik tnggu kat airport!!!!!!

Fatt said...

masuk blog ko mulalah aku meroyan nak pegi nz..motip sangat ko ni tau! hahaha

aku tak banyak lagi pengalaman couchsurfing, cuma gathering je..nak duduk rumah org aku segan..tapi tengoklah nanti in mere future bila aku ke belah2 europe nanti..

ok ni aku ada pokkuiz utk ko..jawab dgn ikhlas ye. ko rasa ko suka north ke south island? pilih satu je takleh dua..sekian makaseh :)

shah_rule said...

Nekchik: haha tunggu airport dengan sepanduk yer.. tag tag name kecik2 x nak.. haha

fatt: sbenanye south lagi best kot hehe.. kat north ak bnyak duduk area2 bando besor.. and of course kat south banyak traveller lagi compare kt north..

Naramas Aman said...

Salam,
Saya pernah ke Auckland zaman dolu dolu, zaman belum digital lagi. Saya backpack sorang sorang je ke sana. Auckland tetap cantik sejak dari dulu. Pasir hitam di pantai itu disebabkan oleh gunung berapi tu, (saya rasa).

Sayu nak meninggalkan sesuatu tempat itu apabila kemesraan terjalin, kan? Kalau saya tentu lama dah nangis.

shah_rule said...

Naramas. wahhh mesti zaman dulu2 tuh lg best kurang pencemaran..haha best tak life kt auckland compare to others?? x banyak sgt pun tempat yg sy pergi kt north island..

Anash said...

sangat mesra la couple tuh dgn korang...siap ada drama 'tumpah air mata?"..korang buat apa sampai mcm tu sekali????


pepepun...best plak NZ nih...
but again...pegang tabung semakin hari semakin ringan....akak dok dendiam ajelah kat malaya buat seketika waktu...

(pegang bantal sambil pikir nak jerit bawah tilam)...ok..overst..

shah_rule said...

yela kak anash diam diam pun tapi full of surprise..
jiwa remaja kate nye... harus tak full of surprise~