ADVERTISEMENT

Trip Down_Under 14.0 :Good Day! Its Sydney~

Ketibaan

Sedikit drama berlaku didalam flight sebab beg sorang kawan aku ni tak muat nak masuk dalam gerabak atas seat, jadi sedikit cemas dengan beg yang agak besar saiznya tu di rampas oleh crew cabin dan di hantar untuk masukkan ke ruang barang.. Jadi kawan aku ni berdebar dari start naik flight tuh sampailah turun kat Sydney.. Hampir 4 jam perjalanan akhirnya beg dapat di ambil di ruang beg tanpa sebarang caj.. kalau tak terbang duit $30..

i can see a kangarooo...
Kami melepasi pemeriksaan imigresen di Sydney airport dengan smooth sekali, penyeludupan beras, maggi, makanan dalam tin semua berjaya.. tragedi tumpasnya penyeludupan laksa di Christchurch airport tidak berulang di sini.. syabas~

King Smith int airport, Airport

Bila keluar tuh ada saja aku nampak orang malaysia yang lain, ada yang menegur kami.. ada juga yang bila di tegur berpaling terus nyorokkan muka.. begitulah realiti rakyat kita di negara orang.. haha layan kan ajee...

Double decker train
Jadi sejurus tiba kami terus mendapatkan perkidmatan train ke Katoomba yang bernilai AUD 21 sehala, kalau tak silap, tapi kalau beli return mungkin dapat diskaun sedikit.. tapi hari dah malam tanpa berfikir panjang kami terus mengambil tiket dan menaiki train.. Train airport perlu ditukar di station Central.. Kat sini sangat banyak rail Line, siap ada tingkat atas dan tingkat bawah lagi.. Jadi kami terpaksa menunggu train lain untuk ke Katoomba, aku rasa kekerapan untuk train Blue Mountain Line ni tak banyak, jadi harap bersabar..



Perjalanan juga mengambil masa dalam 45 minit.. Akhirnya kami sampai di Katoomba station.. kenapa aku ke tempat ni malam2 buat camni? sebab aku bakal menghabiskan masa aku kat Katoomba selama 5 hari aku di Sydney.. tapi apa pun tetiba kami cuma menginap di sini selama 4 hari manakala satu malam lagi kami bersiap sedia di Nomad Backpacker hostel di Sydney CBD sebab senang nak ke airport.


Aku tinggal dan bekerja kat Katoomba ni sebagai helper di cafe.. Kerja-kerja di cafe ni dari segi kerja di lobby, kitchen dan basuh dishes.. Sebab aku ada pengalaman bekerja di kedai makan masa lepas sekolah dulu so tak menjadi masalah untuk aku buat kerja-kerja ni.. Jadi sebagai pertukaran kami mendapat tempat tinggal free dan makanan free.. selamatlah menu makanan di cafe ni tak wujud unsur-unsur Cik Bab, hanya ikan dan ayam.. dan tiba-tiba dia pernah masakkan nasi putih dengan sup tomato.. yummy!!!
Sajian harian... 

Welcome goddies..

Everyday memang ada rumput dalam pinggan.. with grilled fish..



Bekerja sambil berfoya foya

Tapi seronok bergaul dengan mereka ni, kami bekerja selama 2-3 jam sehari dan selebihnya dapatlah berjalan sini sana dan kawasan katoomba berbeza dengan area CBD sebab kat sini more to natural beauty..boleh? haha dan kawasan katoomba juga penuh dengan tourist yang berkunjung ke tarikan utama di Blue Mountain ni..





Jadi di kesempatan yang ada kami mendapat peluang melarikan diri ke Sydney CBD~ disebabkan seorang lagi rakan sekelas aku yang baru pulang mengunjungi adik dia di Adelaide maka dia singgah dulu di Sydney~ habislah macam tak sangka je kelas baru habes tapi kami semua dapat berjumpa di luar kelas.. malah luar negara.. haha

Warga whoofer di cafe..










Jadi beberapa hari dia di Sydney memang kamilah jadi pemandu pelancong dia especially di kawasan Katoomba, siap owner cafe ni buatkan makanan untuk dia bila dia sampai menunggu kami habis kerja..

Ini adalah kali pertama aku melakukan woofing iaitu work exchange, memang pada asalnya perasan tu bercampur baur sikit sebab risau dari segi makanan, takut boss garang.. semua.. tapi alhamdulillah segalanya berjalan lancar.. malah walaupun stay selama 4 malam tapi hanya berkerja selama 3 hari.. tuh sebab dia kasik keluar pergi jalan2 sebab kami tak jenjalan kat Sydney CBD pun lagi..


bersambung...

13 comments:

Henry Fox said...

wahhh laju nih update... best2. we want more! ;)

shah_rule said...

Henry?? wah terkejut aku ingat kan sape tadi.. hahahaha tgh smangat nak habes kan entry..
mood rajin tak bertempat.. haha

Janggel / Rain said...

Syukurrrrrr masih berapdet!!! Cantik keretapi korg naik tu. mCam ERL KAH?

AjlaA said...

woah. woofing. tak pernah terpikir.
tak pernah terpikir jugak time blaja2 dulu nk melancong2. asal cuti sem balik rumah. ces.

thanks for sharing~

zette said...

bestnye... serius.. whoofing mmg nak sgt try, tapi sy tak berani...

now, da tua, tak de masa plak..

=)

Rozita said...

Wahhh whoofing !! Hah...korang yg muda belia boleh jadikan Dr. model korang ek...

shah_rule said...

Janggel: yang nak ke airport tuh je cantik sikit, tapi berhenti2 rasa macam LRT biase je.. haha yang nak ke Katoomba azab~ haha

AjlaA: pasal whoofing ni pun masa kat NZ tahun sebelum tu sebab kenal dgn bebudak whoofing.. tuh yang dia kasik idea dan website2 whoofing tuh.. terus rasa nak try..

Zette: yup masa awal2 pun saya tak berani nak buat, macam2 bende risau..tapi baru cube skali sekarang pun dah tak de mase dah.. haha

Rozita: haha takde maknenye baru try sekali tapi rasa nak try lagi.. hehe

marikosan said...

i never thought of whoofing. in fact i just surveyed on coachsurfing after baca your post. cayalah. sharing is caring.
ps: kekdg i kene recall betul2 ur thread coz tetiba post2 baru psl citer lepas kuar hahahah

more on NZ plss, ke dah habis? rindu NZ :(

how u fly on jetstar frm auk-sydney? overall depa ok tak?

NEKCIK said...

eh laju lak..da sampai OZZZ....senang lak dapat keje gitu ye

Fatt said...

ko tengok kat helpx ke kat cs psl cafe ni? mohon pencerahan :)

Hannan Hanarbek said...

Shahrul,

Nama cafe tu common ground cafe ke?

shah_rule said...

hi hanan,
yup name die common ground cafe.
ade dengar pape ke pasal tempat ni??

ade banyak story kt situ.. hehe

Hannan Hanarbek said...

Aha, terime kasih!
Kamu kata tempat tu best.
Boleh la mencuba nasib kat situ nanti.