ADVERTISEMENT

Chasing the sun 1.0 : Osaka - Sapporo

Walaupun cerita trip Down_under tetap tidak berkesudahan biarlah aku sambung cerita pasal benda lain pula. Aku dah lupa dah dengan apa yang terjadi selepas Sydney.. haha

Jadi dalam kesibukan berkerja alhamdulillah dapat juga peluang untuk aku curi-curi keluar ke luar negara. Dan ak rasa yang paling mega sikit adalah dapat keluar selama seminggu ke negara matahari terbit. Asalnya dalam 8 hari tapi tetiba nak dekat waktu berlepas tiba-tiba dapat call suruh aku naik cuti awal cepat sebab big boss nak buat assesment.. Ayooo~ camtuh lah bagi cuti secara tak ikhlas kan!!! 

Untuk memasuki negara matahari terbit ni VISA di perlukan oleh rakyat Malaysia yang ingin ke sana. Jadi selama ni aku ingat semua Visa hanya boleh di buat di KL, thanks to Fatt yang asalnya memberitahu aku yang aku boleh try pergi Jepun, dan buat Visa di JB.. JB? yup di tingkat 16, Menara Ansar... check-it out.

Sila bawa bersama:
1. Passport
2. Gambar berukuran passport latarbelakang putih
3. Slip gaji
4. Akaun penyata - yang ni part yg subjektif..misalnya dalam kondisi aku.. dia kata RM5000 each cukup dah mungkin sebab travel period yang sekejap.. dan sendiri tanggung sendiri.. 
5. Surat akuan (tulis sendiri) nyatakan pekerjaan, tujuan ke Japan, jumlah hari, dan budget yang bakal dihabiskan
6. Cetak borang permohonan visa dan list ittenary di website

Jadi ticket macam biasa aku berani mati beli 2 bulan in advance.. Return ticket dalam Rm700, confident dapat cuti ni.. cuti memang dapat tapi aku terpaksa berlepas balik ke Malaysia awal disebabkan hal tuh.. tension duit terbang lagi sikit, dan selamat terjumpa tiket murah Jetstar dengan harga bawah RM600.. dan terus turun kat singapore, senang aku nak lari balik rumah..

Trip ni bukannya hanya aku seorang, aku ditemani buddies baru yang juga berkerja di Hospital yang sama cuma lain department. Kami bertolak seawal pagi untuk mengejar flight jam 3ptg di LCCT dan sememangnya kami berdua baru lepas on-call terpaksa rush naik bus dan akhirnya tiba di LCCT pada jam 1ptg.



Setelah siap touch-up beg masing-masing..yela taknak exceed weight kan.. Jadi kene touch-up bebaik.. Dan akhirnya kami berlepas dari LCCT tepat pada waktu yang dijanjikan.


Imigresen di Osaka agak strict juga, sila kemukakan hotel atau lokasi yang ingin dituju selepas airport..
Aku cakap je ak nak stay airport malam tu sebab esok nak ke Sapporo.. dan kat Sapporo terus aku blur sebab dia tanya mana nak stay.. hentam je la..
Dari terminal menngunakan sky-train untuk ke imigresen
Kami tiba di Osaka pada jam 10mlm. Keadaan agak lengang mungkin tak banyak sangat flight mendarat waktu camni.. Hari pun dah agak lewat jadi aku segera mencari port tidur.. Selain dari tidur di kerusi-kerusi empuk di Kansai Airport ni terdapat 2 lounge yang menawarkan perkhidmatan katil atau bilik khas untuk tidur.. dengan kadar per hour basic, boleh la tidur dengan lena untuk menunggu flight di keesokan hari. Tapi masa aku sampai ruang yang berkatil semua dah penuh.. aisehhhh baru nak berangan feeling2 tidur kat lounge. Harga dalam Y5000 per Hour dan terdapat pakej2 lain.. 


Antara kedai-kedai yangt tersedia di Kansai airport..kalau memerlukan adapter, USB or whatsoever beli je kat sini, baru Y100.haha

Pun ada kalau tertinggal baju sejuk atau terbuang baju sejuk untuk mengurangkan berat bagasi.. haha


the perfect lounge... haha

Selesai merehatkan diri aku bergerak ke bangunan terminal 2 LCCT yang dioperasikan sepenuhnya oleh Peach Aviation.. Seperti syarikat tambang murah AA juga, cuma international route dia masih tak banyak. Aku kebas ticket dari Osaka ke Sapporo dengan harga Y4000. murah kalau tempah awal.


Untuk ke Terminal 2 untuk Peach aviation, kene masuk ke Aeroplaza dan ikut tanda arah. sebab ada bas disediakan di hujung Aeroplaza nie..

Bus to terminal 2

Angin di Kansai Airport ni sangat kencang, mungkin disebabkan geografinya yang terletak menghadap ke laut. Sampai meleleh leleh air mata aku time nak boarding. Sama seperti di LCCT penumpang kene berjalan kaki mengikut laluan yang ditetapkan utuk menaiki pesawat.




Perjalanan memakan masa hampir 2jam dan akhirnya berjaya mendarat di atas runway yang putih melepak dari atas.. Its snow...! Temperature jatuh ke bawah -1C kat sini berbanding 6-7 C di Osaka.. pemandangan dari atas memang sangat memukau everything is white..

Sapporo-Chitose international Airport

Sapporo merupakan bandar yang terletak di pulau Hokaido merupakan capital untuk Hokaido. Kawasan ini adalah yang teratas antara kepulauan jepun dan hanya dapat di akses melalau jalan udara buat masa sekarang. Projek Shinkansen sedang giat dijalankan untuk menyambung Hokaido dengan main land Japan.. Jadi mudahlah bagi pemegang JR Rail kalau nak ke utara dan ke Selatan nanti. Tapi disebabkan budget yang tidak beberapa banyak maka aku lepaskan dulu untuk ber-shinkansen.. rasanya kalau terbang lagi murah berbanding naik Shinkansen.. 


Sapporo-Chitose International Airport merupakan airport baru di Sapporo menggantikan Sapporo Airport. Selain menyediakan perkhidmatan keluar masuk penumpang airport ni juga menyediakan ruang legar yang interatif dan menarik. Banyak benda boleh buat kat sini.. siap ada Sky museum.. aku tengok ramai budak2 kecik yang tak sabar nak masuk dalam nie... Doraemon pun ade.! dan kalau berkesempatan siap ada 3D Cinema dan spa & Sauna lagi kat tingkat atas.. is this an airport??





Royce chocholate factory.. meanrik tengok dia buat choc pakai robotic machine.. Dan sememangnya banyak coklat yang sedap-sedap lahir dari Hokaido.. 
pekerja kilang coklat..
Again for cheapskate!

after watching all interesting surrounding now cannot wait to explore more about Sapporo.

Here we go, 1040Yen one way ke Sapporo JR station.. gila bapak mahal!




 To be continued

9 comments:

Diana Diane Teo said...

Tengok post awak, Saya rindu betul sama Osaka. Saya pun mendarat dan berlepas di Osaka Airport pasal kawan saya beli Jetstar. Jadi saya pun join lah.

Rozita said...

Tengok Kansai airport tu teringat time gi Osaka. Tapi akak hanya ke Osaka-Nara-Kyoto jer...

NEKCIK said...

Doctor ni kan..... kalau cuti mesti terobang...nuuun jaauuh di balik awan!!!

Henry Fox said...

kepada Nekcik, saya setuju pantang doctor ni bercuti mesti laju je naik kapal terbang. kekeke...

btw, daiso tu kat mana2 cawangan pun boleh mengundang nak beli semua benda! hahaha.

airlines tu unik sbb kaler rare!

shah_rule said...

Diana: i cari tiket paling murah jumpa jetstar Osaka -Kl.. tapi dia transit taipei pastu singapore.. masa kat singapore i cabut la balik rumah.. haha

Rozita: actually tak banyak oun tempat saya pegi kat osaka.. dah hari last masa tu tak sempat nak fikir dah.. sgt penat.. mungkin next time nak rasa juga ke kyoto sume tuh..

Nekchik: haha Doctor need vacation always nekchik.. hari2 tension kat tempat kerje..haha

Henry: comel kan kaler die kaler purple... sure ko rajin borong barang kat daiso ni.. haha

mrs.smile said...

tak sabar tunggu next entry En Doktor!

shah_rule said...

mrs smile: thanks untuk kesabaran tuh.. haha coming coming.. tulis setengah pastu terhenti takde idea.. haha

marikosan said...

napa choose sapporo unlike lain yg femes like tokyo ke hape
everytime baca entry dlm blog ni aku kene flashback citer yg lepas2 akibat doktor sll update ikut suka hati. rasa citer sydney tak habis khatam lagi ye? hahahah sukatila ko shahrul, janji i terhibur bacaaa. nak jln sgt mcm korg mcm tak mampu, oleh itu, baca blog jelaaaaaaaaa

sheffie said...

one way tiket ke JR sapporo station tu beli pakai machine ke atau boleh pakai card macam touch n go?