ADVERTISEMENT

Chasing the sun 2.0: Sapporo

Perjalanan Train JR mengambil masa 45 minit untuk sampai ke Sapporo station.  Kat sini terletaknya JR tower. Pemandangan di luar tingkap memang sangat memutih sebab salji bertimbun. Rumah pun dah sekerat tenggelam aku tengok.




Sampai di Sapporo station, salji tengah turun dengan lebatnya, sebab jarang nak merasa salji turun lebat camni,terus serbu.. Last-last penuh salji satu badan.. dah susah nak bersihkan.. sebab bila masuk dalam bangunan, nanti salji tu cair dan basah..



Pada asalnya aku nak redah je salji ni, tapi memang sangat lebat.. terpaksa patah balik. Jadi aku ronda-ronda dulu di Sapporo Jr tower ni, banyak kedai-kedai kat dalam ni dan semua kedai makan Que dia sangat panjang... aku cari makanan pun tak jumpa sebab most of the restaurant ade cik bab..

Aku cuma beli coffe dan makan sandwich je.. sambil menunggu salji berhenti.. Lagipun di Sapporo Jr Tower ni ada deck yang boleh naik untuk melihat pemandangan city dari atas, tapi disebabkan salji tebal, dan dari gambar CCTV di tingkat atas, memang tak nampak pemandangan pape pun.. Jadi duduklah round di kedai2 dalam tuh, Kalau kat Jepun jangan risau kalau bawa beg besar-besar memana sebab locker beg banyak disediakan terutama kat train station.. harga mengikut saiz 300- 600 Yen (per usage). kadang2 kat terowang pejalan kaki pun tetiba ada locker. Jadi nak senang make sure duit syilling banyak masa kat Jepun, memang kerja main duit syilling je.. vending machine pun bersepah-sepah...

Akhirnya salji berhenti selepas hampir 30 minit, bayangkan betapa lebatnya salji tadi, dan aku keluar melihat kesannya. Memang habis jalan semua memutih.. Awas sebab licin. tapi bila selesai je salji turun semua pekerja keluar kedai terus dia bersihkan salji tu dengan pen-sodok besar tuh.. Rajin betul orang kat sini, i wonder if in malaysia adakah orang malaysia nak buat benda ni atau tunggu majlis pembandaran datang???

macam kes dengki je nie, sian makcik ni nak scoop ais ni kuar bakul..haha

they finish cleaning the road... thank you


artis lalu semua nak pandang... haha matilah perasan

Suhu memang sangat sejuk, aku meneruskan berjalan dan cepat-cepat ke tunnel pejalan kaki.. dari pintu south Sapporo Jr Tower ada tunnel yang bersambung dengan Susukino, tempat-tempat hiburan dan tempat membeli belah di Sapporo, dan di antaranya terletak Odori park dan Sapporo Tv Tower. Jadi cukup dengan berjalan kaki untuk ke sana.. Sepanjang jalan banyak juga kedai-kedai dan coffee house disediakan.

Jadi kami berjalan sehingga ke Odori Park. Memang sah-sahlah taman ni kelihatan putih selepas salji, yang menariknya adalah pemandangan dari atas Sapporo TV Tower, kita lihat pemandangan selepas salji. Untuk naik ke tingkat atas Tower ni bayaran sebanyak 700 Yen dikenakan. Entrance terletak di Tingkat 6, dari situ akan ada Lift yang straight naik ke atas, siap ada briefing lagi..


Sapporo TV tower



odori park


Selesai mengambil gambar dan bermain salji yang bertimbun di depan tower ni, aku start semula masuk ke dalam tunnel dan berjalan ke arah Susukino, sambil tu boleh singgah minum coffee dan kek di coffee house yang banyak di tepi ruang pejalan kaki ni.. kira waktu tea time pun bnyak promosi macam coffee + kek = 500 yen.. pakai duit syilling je duduk kedai macam tuh, tapi hakikatnya memang 2 kali mahal dari malaysia walaupun hanya bagi kat kaunter sekeping duit syilling.. awas permainan di situ.. hahaha

500Y per set..

Aku menyambung semula perjalanan sehinggalah sampai ke Susukino, susukino ni one stop dari station odori kalau korang nak naik train lah. kat sini merupakan tempat hiburan, entertainment paling besar kat area north japan ni.. siap ade ferris wheel atas bumbung... haha ko gila sejuk2 ni nak naik ferris wheel..

snowing again..
Bila aku keluar je ke permukaan jalan terasa sejuk merusuk sampai ke tulang, sah-sah ni snow turun lagi.. memang lebat gila. jadi tak dapat nak explore sangat Susukino ni, terus je aku ambil transport yang di gelar "streetcar".. benda ni old fashion sikit, macam tram pun ada tapi tersangat lah kecik.. peraturan kat Jepun ni masuk tram atau bas memang kene masuk ikut pintu belakang, ambil tiket dan bila nak keluar bagi ticket kat driver pintu depan dan bayar..


peraturan am



beginilah rupanya streetcar

Dari station Susukino aku ke station "ropeway Iriguchi" tambang sebanyak 170Yen.. aku ke sini sebab nak naik ropeway ke Mount Moiwa..dari sini orang kata sunset sangat cantik dan memang rmai yang suggestkan pergi waktu malam..tapi kalau macam waktu aku sampai ni snowing gila harapanlah nak tengok view yang clear.. takpe redah je laaa..

Di ropeway iriguchi, selepas turun dari streetcar, akan ada bas shuttle yang akan membawa terus ke tempat diman letaknya cable car ke Mount Moiwa.. shuttle ni memang free, tapi rasanya harga naik atas ni pun sangat mahal.. macam dah bayar lebih dari benda2 free nie.. haha

shuttle to moiwa


sampai2 kt entrance pun dh nak sunset dah

Mount Moiwa ada 2 cheack point dimana setiap satu check point menggunakan jenis transportation yang berlainan. bermaksud dari check point bawah ke check point satu korang akan menaiki ropeway, macam cable car bentuk 4 segi yang boleh sumbat orang ramai dalam satu gerabak LRT rasenye.. dan dari check point 1 nak ke check point 2, korang akan naik cable car kecik.. dia menggunakan landasan. cuma di check point 2 sahaja yang ada view point.. harga berbeza mengikut check point.. macam aku naik terus ke check point 2 harganya 1700Y untuk return ticket ropeway dan cablecar tuh..

faham ke tidak??

pemandangan mendaki ke atas


Hello hello cerita bersambung lagi...... sekian

6 comments:

Rozita said...

Ohhh...bestnya !!!! Boleh masuk dlm travel list utk tahun mendatang nih !

Die Zehn said...

Sapporo tu.. damn cool.. hw long do u stay there?.. vry rare kot orang visit this place..

shah_rule said...

Rozita: haha mane2 je u nak g kan.. bole2.. senang gak nak g banyak flight low fare carrier skang ni..everything possible.. cewah~

Die Zehn: haha sebab nak sangat tengok hokaido tu macam mane, terpengaruh dengan cerita doraemon la ni.. si sizuka suke g hokaido.. haha
tak lama pun dalam 3 malam je..

arin cat said...

aiyok...best nyer!!!
sejuk sgt tu !
masok list nanti nie jugak nie

yuyu said...

wahhh..i thn depan baru nak p japan...jeles ni ..incik dokter dah sampai

shah_rule said...

arin cat: hehe pegi la... sementara ade airasia lagi ni ke jepun.. haha rembat tix murah ok!

yuyu: dah siap beli tiket ke? rembat cepat2 kalau dah tau bole cuti next year.. dapat murah then boleh lebihkan bende lain.. hehe