ADVERTISEMENT

Outing time : Sydney

Hey sekian lama nak dekat setahun dah cerita ni, baru aku nak habiskan.. haha
Punya lah lama menyimpan pekasam... ye tak?

Seperti yang telah aku ceritakan pengalaman berkerja sambil travel di Sydney, maka di hari cuti inilah kerjanya ibarat outing time sekolah berasrama dulu.. Aku ada masuk SBP sekejap, tapi keluar sebab "homesick" haha.. harus parents aku tak marah kan~ mestilah marah, dan sekarang reti juga hidup berdikari walaupun tak sekolah asrama ye tak.. sape nak jawab?

Kebetulan pada hari sabtu cafe tutup, jadi kebanyakan traveler yang berkerja kat sini akan ikut owner cafe je ladang, pergi pungut-pungut hasil tanaman.. aiseh memang meriah juga bunyinya tapi bagi aku yang baru sampai Sydney dan sampai2 terus ke Katoomba.. memang kami teringin sangat nak menerjah bandar Sydney.. Jadi kami mengambil keputusan untuk pergi outing ke Sydney CBD, akhirnya permintaan kami di terima.

Selepas subuh, hari masih gelap lagi kami dah keluar.. at katoomba station

Untuk ke Sydney memang cara termudah adalah menaiki intercity train. Rakan-rakan di cafe pesan, beli je ticket harga student price sebab setengah harga dan tak akan ada orang check pun.. Aku tetap ragu-ragu untuk buat benda macam ni sebab ada pengalaman rakan kepada rakan aku yang kene spot check atas train, pastu kene denda AUD100.. Hish sebelum rugi sebanyak tu baik aku beli je dengan harga biasa.  Walaupun mahal, tapi selamat..

Pekerja asing yang kepenatan... haha
Central station, Sydney
Cityline train menyambungkan katoomba ke Central station,Sydney.. Dan dari central station bolehlah bertukar kepada system subway Sydney. Tapi semasa ketibaan kami system subway under maintenance. Penggunaan bas sangat meluas pada hari ni, kami terus keluar dari station Central dan mendapatkan bas. Ada city-bas yang free dari central station. tapi bagi sesiapa yang dah memperoleh ticket, maka kami boleh naik apa-apa bas menuju ke Circular Quay.

bas 555 ini adalah free bus.
Masalah yang tercetus pada hari ini adalah hujan... memang dan diberitahu hujan akan turun selama sehari dalam television. habislah..tapi hujan renyai-renyai.. dengan suhu winter ni lagi.. memang sejuk dan basah kami semua di Sydney.


Kami ke Circular Quay menunggu ketibaan rakan sekelas kami dari Malaysia yang baru pulang dari Adelaide. Dia transit sebentar di Sydney sebab dia tahu kami di sini. Jadi dia pun join sekali ekspedisi kami di Sydney. Memang kebanyakkannya kami menggunakan kaki dan bas sahaja untuk bergerak sebab semuanya dalam walking distance.

Antara tempat yang dapat kami pergi untuk outing pertama:



Famous Paddys market.. ramai orang malaysia dalam ni




makanan sehari ditaja oleh subway..


















Hujan tidak kesudah sampai malam.. apakan daya~ 

Sebelah malam setelah dinner di Darling habour, dan bergambar dalam kesejukan di hadapan Opera House, maka tamatlah outing pertama kami di Sydney..haruslah aku pulang ke Katoomba merehatkan diri sebab esok semua perlu berkerja. hoho Dan rakan kami pun turut sama datang ke Katoomba, our cafe boss siap buatkan lunch lagi.. baikkan~


Sehari sebelum flight kami ke Gold Coast, kami terpaksa meninggalkan Katoomba.. Its better stay kat Sydney supaya senang kami nak ke airport nanti. Jadi sehari sebelum hari departure kami menginap di Nomad Backpacker Hostel. Kawasan di tengah area Sydney CBD dan mudah untuk mendapatkan bas free.. haha memang walking distance je dari Central station.

Jadi seawal jam 7am kami dah siap bertolak ke Sydney. Alhamdulillah hari ini sangat cerah dan kami berpeluang bermandikan cahaya matahari di Sydney. Lama juga lah kami berjemur di kawasan taman berdekatan dengan opera house. Sebab ramai orang yang berjemur kat situ. kami turut sama join sekaki.


Enjoy our last night here.


Study a bit while in hostel.
Sunny day.. yeay~


Langit sangat cerah


Here i was.. haha







Its time to leave

Sydney Domestic airport







Pada hari kami bertolak ke Gold coast, Pakwan tak dapat menyertai misi chasing the sun ni sebab dia terpaksa tinggal di Sydney untuk beberapa hari. Memandangkan tiket yang dia perolehi dari flyscoot berharga AUD88 ke Singapore. Jadi dia tak dapat nak join kami ke Gold coast. Murah kan!

Sydney domestic airport hanya bertentangan dengan International airport. tapi mereka berkongsikan runaway yang sama. Runaway dia sangat dahsyat dan berselirat litar2 dia.. yang yang cross menyerong pun ada tak pasal-pasal.. macam gambar B747 MAS tuh.

Dari Sydney CBD taxi sekitar AUD20-25.. murah juga kalau berkongsi 3-4 orang..

Bersambung..

3 comments:

Henry Fox said...

aku nampak Harris dlm gmbr tuh! hahaha nk tergelak skit tgk ko posing mcm pengantin background opera house tau. heheh

kalo hari hujan mmg agak spoil mood skit kalo nk bergambar sbb gloomy. tp nasib baik the next day tu dh blue skies~ sekejap giler ko stay kat sydney.

Janggel / Rain said...

Ala hujan semedang ye kiranya...hmmmm.
Tapi bile dah langit birew, lawa giler.

shah_rule said...

henry; tdo satu malam.dgn one full day outing dari katoomba.. mngkin penat kot..tak bjalan sgt pun.. lagipun xdpt nak stay lelame kt bandar sbb x mampu nak bayar duit accomodation..haha tdo katoombaa free..

janggel: cantik kan time langit cerah...