ADVERTISEMENT

Chasing the sun 2.1: Sapporo

pendakian bermula

Sampai di check point pertama, ada banyak collection souvenir kat sini. Tapi satu pun tiada yang menggunakan perkataan Mt Moiwa ataupun Sappororo, hishhh memang semua tempat kat Sapporo kalau buat product guna gambar moskot dia je. Kat Sapporo Tv Tower pun sama, dia akan ada gambar makhluk berwarna hitam, cuba check dekat bas ke Mt Moiwa pada post sebelum ni.

now on cable car plak.

Jadi selepas pusing-pusing tengok souvenir yang tidak seberapa tu, aku meneruskan pula dengan menaiki cable car, kali ni cable car dia berlandasan, bukan macam ropeway sebelumnya.

Semasa menaiki cable car ni hari pun hampir gelap sebenarnya.. cepat betul sunset kalau waktu-waktu macam ni.

Di checkpoint yang teratas sekali ni ada deck untuk keluar menyaksikan pemandangan bandar Sapporo, memang nampak putih je sebenarnya kalau waktu bersalji macam ni, dan suhu kat luar ni di bawah paras 0C.. adoi~

Juga disediakan restaurant kat atas ni, dan beberapa coffee house serta vending machine haha air tin panas pun ada tau~

Setelah puas menikmati pemandangan dengan minuman coffee panas die atas puncak Moiwa ni, dan hari pun semakin gelap, maka bermulalah percarian tempat tidur. Perasan tak aku takde mention pasal tempat tidur dari awal, sebenarnya aku takde booking in advance pun mana-mana hotel or hostel, main belasah je..

Malam pertama di Sapporo aku bermalam di rumah kenalan couchsurfing. Best dapat jumpa orang local sini, jadi apa-apa yang tak pasti, tak tahu straight terus ask.. senang lagipun make sure ambil yang pandai cakap english.. bukan englishu... ok

macam ni orang sana tunggu streetcar kalau musim winter, sejuk kemain!!
Susukino at night

So aku mendapat pelawaan dari Akihiro, rumah dia terletak di kawasan perumahan area Maruyama koen. selain sistem JR rail (railway di permukaan atas sahaja more to inter-city) ada juga subway yang beroperasi dilandasan bawah tanah. Sistem pun agak teratur, dan jaringan pun agak padat. Jadi setelah puas berjalan aku kembali ke Sapporo JR station untuk pungut beg, salji tetap turun dengan lebatnya malam tuh.

Jadi sebelum aku ke rumah Akihiro, aku kene call dia dulu takut dia belum balik kerja. Aku terus mendapatkan subway untuk ke rumah dia dengan menggunakan subway ke Maruyama Koen. Setelah keluar dari station, aku ke 7-eleven asalnya mencari public phone tapi tak jumpa-jumpa. Tapi tiba-tiba pekerja 7-eleven tu sendiri meng-offer handphone beliau untuk menelefon Akihiro, 5 minit kemudia Akihiro mengambil kami dan membawa kami pulang menggunakan kereta..

Area kawasan perumahan kat sini tak tumpah macam dalam buku doraemon yer, haha rumah sebijik sebijik, yang besar tu mungkin rumah Suneo... haha tapi sebelum sampai Akihiro bawa aku ke Okurayama Ski jump field, scary weh tengok track ni, tapi kat sini ada observatory area juga, boleh nampak pemandangan bandar jga,tapi waktu malam dan bersalji macam ni tak kuasa aku nak naik..

Games ni kalau tergolek tak patah riuk, otak berdarah tak sah.. scary~
At day time, here what you can see.. (Sapporo city guide)

Akhirnya sampailah aku ke rumah Akihiro, dia tinggal bersama ibu dia, sampai-sampai tengok mak dia tengah main internet, harus terkejut.. lewat 50-an camtu masih aktif bermain internet.. haha kami di sambut dengan minuman panas green tea traditional weh, campur habuk2 semua ada dalam tuh.. kene tapis minum yer....

Room prepared for us.. thank you so much.
Akihiro ni pernah belajar kat US, so dia punya english tak macam englishu sangat, dan dia ade pengalaman backpacking kat Europe.. no wander dia suke meeting dengan travellers.. Lama juga kami duduk dapur rumah dia berborak-borak sambil makan maaggi dan makanan2 yang kami bawa, dia memang pelik sikit sebab dia suka gila makanan pedas..

Rumah Akihiro di waktu siang, no wander rasa macam duduk dalam Iglooo

Dan akhirnya kami dapat tidur di tilam empuk, style japanese.. rumah nampak usang di luar tapi peralatan dalaman semua moden.. ayooo.. dont judge a book by its cover~ haha

Sekian

4 comments:

NEKCIK said...

aduhai sejuuk sampai ke tulang hitam gamaknya!!

Lavender said...

sejuknya.... huhu

shah_rule said...

NEKCIK: tau pun, sejuk tahap gile rase nye, terkepung dengan ais camtuh.. haha tak leh la hdup kt negara camni..

Lavender: hahaha tuh la azab kalau pergi time winter.

Janggel / Rain said...

Wah putih je nampak bandar sapporo tu bersaleju.
Tak try ke terjun kat curam main ski tu?