ADVERTISEMENT

Chasing the sun 3.0 : Sapporo to Tokyo

Ramai yang bertanya pasal Ino Hostel tempoh hari, hostel ni memang sangat selesa tapi harganya bukanlah semurah hostel di negara2 asia yang lain. Haha almaklumlah bumi jepun apa benda je yang murah. Harga semalam dalam RM92 seorang. Tapi disebabkan kami just walk-in je untuk mendapatkan tempat bermalam pada malam itu, aku rasa receptionist tuh main bagi je~ ingatkan dapat bilik share ramai-ramai tapi dalam bilik tu ada 3 katil sahaja yang tak berpenghuni. Aku rasa ni rate yang paling mahal pernah aku bayar untuk hostel.

the white railway

Disebabkan lokasi dia yag agak dekat dengan JR rail maka aku memilih tempat ni, selepas refreshing semalaman aku check-out di awal pagi juga, cuma tinggalkan key dalam kotak di kaunter aku terus ke subway station. memang sangat mengejar masa takut terlepas flight. Perjalanan ke Chitose airport mengambil masa 45-50 minute, flight aku pula sekitar 830am maknanya sekitar 730am aku dah perlu check-in. adoi Ticket Airasia Japan Saporo - tokyo ni aku kebas dengan hanya RM85..


Memang plan berjaya bila aku tiba dia airport pada awal jam 7am. breakfast apa yang ada dari convenient store dan zasss berlepas ke Tokyo..

camne nak keje sejuk2 camni|?



Tokyo tokyo tokyo.. bandar yang padat dengan segala benda sampai tak ter-explore. memang lain perasaannya dari country-side now its a concrite jungle kan.. Lama juga aku duduk bertapa kat airport mencari ilham cehh last-last aku mengambil train express airport one-way (laju train ni) dan one-day pass untuk metro line.. semua ni aku dah tak ingat harga dia tapi dalam RM80. Harus diingatkan one-day metro pass untuk subway ni merangkumi 10 line utama tapi subway di Tokyo bukan hanya ada 10 line saje ok.. Jadi pandai-pandailah buat connection sendiri.

Sunny day in Tokyo

Narita International Airport
Rare sikit
My one-day pass



Jadi di Tokyo aku ringkaskan di sini tempat yang aku rasa perlu pergi dan berbaloi.. almaklumlah aku habiskan sehari untuk kota besar ni, more to sightseeing lah koje nye..

1. Shinjuku

ni tempat pertama aku mencampakkan diri selepas turun dari airport express train berdekatan station Asakusa..mak aih jauh ok nak ke sini..
Pastu sesat pula nak cari hostel area sini. Station shinjuku merupakan station paling sibuk kat dunia ni, ada berpuluh exit dan sehari lebih sejuta orang lalu masuk sini.. mak aihh
Tapi ia cumalah tempat CBD yang biasa dilihat di singapore, KL.. hoho




2. Roppongi Hills


Area ni macam new CBD yang baru dinaikkan dalam 2003 katanya. One of examples of city within city, hah camne tuh? tapi area sini nampak modern sikit Untuk tengok pemandangan kota tokyo aku rasa sini lagi best dari naik tokyo tower, pasal ape kalau naik tokyo tower tak nampak la tokyo tower tu.. haha


Untuk ke sini naik je train ke Roppongi station, ticket masuk untuk ke observatory deck dalam 1800Y, selain ke observatory deck ticket tu termasuk dengan ticket ke Art museum.. tak seswai la waktu-waktu camni nak ke museum, tapi dia dah kira sekali..








jangan lupa kalau nak ke Hard Rock cafe tokyo area Roppongi ada satu hard rock cafe shop dan cafe. Kene jalan sikit menuju tokyo tower, nanti jumpalah. Sebab aku dah malam baru aku teringat. Lokasi hard rock yang lagi satu pula terletak berdekatan Asakusa.




3. Harajuku

Selain tu demi mengejar masa untuk melihat setiap pelosok di Tokyo, aku terjah ke Harajuku, bukan apa nak lihat juga kenapa ramai sangat orang mengacukan lensa kamera ke sini sana kat area Harajuku.. sebab kat sini banyak sangat makhluk planet Nameck dan jiran-jirannya terlepas ke Harajuku.. haha macam-macam makhluk ada kat sini.. Gigih remaja tokyo ni demi kepuasan jiwa remaja masing-masing.

Harujuku kedai kelas bawahan kot..haha



harajuku kedai kelas atasan

4. Asakusa

Sekarang aku rush balik ke Asakusa. Haha jauh sebenarnya station dia aku memang malas sebenarnya tapi kat sini lah yang banyak menyediakan cendermata. Walaupun niat asal nak cuci mata dengan sourvenier tapi sebaliknya sakit pula mata tengok harga dia mahal gila.. haha azab berbelanja kat tokyo.









5. Shibuya

Mari tengok sekali kemeriahan malam di Tokyo, jangan terlepas ke Shibuya crossing tengok ramainya makhluk yang out of nowhere ni kat jalan. Haha tapi sini pun banyak area shopping.. dari barang atau gadjet electric sampailah makan dan minum yang bersepah kat sini.






11 comments:

Mie said...

Assalam Doc,

Rasanya barang cenderamata banyak kat kawasan Ueno dan Okachimachi. Zebra crossing kat Shibuya tu memang terlalu ramai manusia. Semua traffic light dari semua arah jadi merah untuk memudahkan orang melintas...

Biqque said...

i love tokyo!

doc, rasa licin tak flight kat runaway yg bersalji itu? hahaha!

shah_rule said...

Abg mie: serious ke kt situ banyak jual sourvenier?? Serious sy xtau pun.. Alaaa kalau tau bole g sane, takpe

Janggel / Rain said...

Hmmmm Tokyo jugak yang tak bersalju kan kekeke.

owen said...

Oh, rindunya Tokyo. Semua tempat cover except Harajuku sebab takde masa.

shah_rule said...

biq: agak licin la.. haha

janggel: tuh la kering je bile sampai.. tapi cuaca still sejuk..

owen: rasa macam semua tempat nak gie, tapi lame jgak sebenarnye nak transit satu ke satu tempat sbb orang ramai..

Rozita said...

Murahnya tiket sapporo-tokto tuh ! Tengok org ramai tu boleh bayangkan betapa sesaknya kat tokyo tu..

Die Zehn said...

Round Tokyo satu hari je ker.. giler traveler kental.. Aku nak tanya dlm bnyak2 transport pass dkt Tokyo mne paling worth it..

shah_rule said...

kak rozita: murah la sebab airasia, yang lain pun xde la mahal sgt dalam seratus lebih jugak..

diezehn: haha dah la siang die sekejap, nak kejar lari sini sana yang tu penat.kan cepat gelap kalau winter camni.train la ambik day pass

Anash said...

nak main salju di tokyo!!!
eh
salji!!!
tak de eh???
ok
(terus belek tiket gi florida-harap2 ada salji kat sana...)-*sah...geografi akak fail zaman spm*

shah_rule said...

haha adelah kka anash, mari hari ke-2 pegi Fiji, ade je salji kat sane. beku lagi bole buat ice skating..haha