ADVERTISEMENT

Ancient civilization, Siem Reap 1.0

Minta maaf yang amat kerana lama menghilangkan diri, bukan diri je yang hilang malah memori untuk menyambung entry jepun pun habis hilang semua... haha dah takde mood dah nak sambung entry jepun, crushhhh masuk recycle bin.. haha

Jadi dengan itu aku terpaksa sambung entry baru pasal kota purba Siem reap, haha Trip ni cuma short trip je, tiba-tiba ada 10 big point promotion ke Siem Reap aritu, travel period pun takdelah berkurun sangat nak tunggu, terus je aku book setelah kami bertiga yang terpisah jauh ni dapat menyatukan suara secara wassap dikala ward round.. haha

Akhirnya dapat juga aku travel dengan buddies otai ni semua, apa nak buat aku terpaksa kerja hampir 24 jam sebelum hari berlepas. Bayangkan dari balek kerja pukul 7malam mengejar flight dari Senai johor ke LCCT jam 830malam~ habis lajuku bawak..

Tapi sampai LCCT pun agak awal sebab flight aku sepatutnya jam 630am.. tercegatlah kat dalam starbuck sambil order coffee, last-last tertido dalam starbuck.. apakah caffein telah resistant terhadap diriku ini? wahahaha

Buddies yang ber-2 ni sama-sama meet dari LCCT, dan sampai-sampai starbuck terkejut tengok aku tertido tepi cermin tuh.. penat sangat rasanya... tuh la traveller buat part time doctor... haha

So setelah berjumpa segar semula mata, start planning for 3 days trip in Siem Reap, baru nak plan? ye la.. tapi feyo share satu video yang awesome membuatkan kami semua tak sabar nak jelajah Siem Reap, please watch this if you have a plan to visit Siem Reamp.. KLIK-KLIK

Biasalah aktiviti rutin bila ambik flight pagi, tidur di airport itu mesti, takdelah terkejar-kejar ye dak! Akhirnya kami berlepas juga dan sampai dengan selamat seperti yang dijadualkan.


Asalnya untuk penginapan pastinya aku akan pilih Hostel, memang murah kalau belek-belek dari Hostelworld tapi akhirnya Tenei Guesthouse menjadi pilihan, cuma bayar USD 7 untuk deposit dan selebihnya RM148 dibayar di masa check-out untuk semua kos kami bertiga. Murah la tuh..

Airport Siem Reap ni simple sangat tapi tak tahu kenapa airport tax sampai RM120, LCCT pun baru RM65.. ni je la yang aku bayar untuk penerbangan kali ni.. hoho



Uncle tuk-tuk memegang tag nama aku di area ketibaan, siap ada area parking untuk tuk-tuk lagi, adoi~ popular sungguh kenderaan ini.. dan kami terus di bawa ke Tanei Guesthouse, perjalanan memakan masa dalam 20 minutes. Betul orang kata memang terasa macam zaman dulu, malaysia back in 60's? hah macamlah aku dah hidup time tu ye dak? tengok gambar pun hitam putih je..


keadaan Guesthouse ni sangat memuaskan hati, walaupun nampak seperti rumah yang diubahsuai tapi layanan diberi macam hotel, nak apa call je dari bilik.. asalnya memang takde pape nak buat untuk hari first ni tapi tetiba nak buat ATV Quadbike plak sebaik ternampak poster, banyak pakej nye, aku pilih yang paling murah je untuk mengejar sunset.. USD 28 termasuk pick up dan 1 hour ride crossing the village, sawah padi, tahi lembu, tahi kerbau dan sebagainya.

Sebelum tu sempat lagi menghanguskan kulit berbasikat di tengah matahari terik memancar sebab nak ke supermarket, berbelanjalah di supermarket yer, harga lebih jimat! *thumb up!



Tepat jam 5 petang pick-up tuk-tuk tiba menjemput kami, aktiviti ini dioperasikan oleh Quad adeventure Cambodia, siap minta kami share dekat twitter, facebook bagai. nah ambik ko aku letak kat blog lagi.. haha

Sebelum bermula, dia akan briefing dan bawak untuk test drive, kalau sesiapa fail sure korang duduk belakang je nanti dia bawakkan, tapi semua lulus dengan cemerlang.. haha asalnya rasa susah juga nak control sebab turun naik bukit dengan permukaan berkawahnya.. haha




Jadi ekspedisi "chasing the sun" bermula, diringi dengan 2 motorbike, harus kalau bawak EX-5 memang tak lepas nak melompat2 sini sana.. Agak seronok mengelilingi kawasan perkampungan rasa rindu dengan kampung halaman yang dah lama lupus dari ingatan...




melihat kanak-kanak kat sini yang tak jemu melambai2 kearah kami, dan tiba-tiba sekumpulan lembu melintas jalan, aiks kat Neu Zilen ke ni? haha

neu zelen ade tanah merah? ade? haha

Meneroka malam di Pekan Angkor dengan berkunjung ke night market & pub street.. ada makanan halal kat sini, jangan risau dan jangan cari alasan takde..! haha area berdekatan masjid pun banyak kedai makanan muslim.. ramai juga orang tuktuk yang beragama islam menegur kami untuk membawa kami ke kedai-kedai makan berhampiran.. tapi ikut nasib ko la kalo aku nak.. haha

failed!


Bersambung...

7 comments:

Henry Fox said...

korang ber3 je ke naik ATV ni? hahaha syiokkk wooo dah lama nak try bawak benda alah nih.

Biqque said...

nasib baik ada sunset, kalo ujan? kalo awan tebal? nangis...

shah_rule said...

john: ye die bawak kami ber-3 je.. tapi taktau la cam kitorang je yg masuk route ni, sunset di tepi bendang..

biqque: selamat la tak hujan, die kate kalau time bulan 5-6 jarang dapat tgk sunset yang cantik.. tak tau la camne nak terangkan dari ilmu geografi aku.. haha

Kak Mahh said...

Seronoknya tengok gambar aktiviti anda.

Die Zehn said...

interesting.. tak pernah plk terfikir tempat nie ok tuk pergi..

hsajb said...
This comment has been removed by the author.
NEKCIK said...

nekcik teringin gak ke sini one fine day kalau tiket murah.. boleh jugak tengok guesthouse tu nanti