ADVERTISEMENT

Fun run 1.0 Manila (Makati city) & Taal volcano

Selepas Kota kinabalu kini aku selamat mendarat di Manila airport, untuk maklumat Zest air ni kalau dari KK atau KL dia akan menggunakan terminal 4 (domestic airport). Jadi bersiap Sedia untuk menghabiskan masa yang panjang kat sini sebab hanya 2 kaunter imigresen dibuka. Dekat 2 jam juga ak beratur make sure lepas ni kalau turun jadi "kiasu" sikit bila touch down tu terus ambik beg.. Haha

stelah 2 jam beratur, i finally being comfort.. haha


Airport ni kecik je, dari sini aku ke Our Melting Port (OMP) hostel. Kalau ikut kat hostelworld memang high rated tempat ni, harga pun berpatutan. Jadi aku terkah ke sana. 


breakfast dengan catuan makanan.. haha pape pun its free, seronok makan benda free!

Mereka banyak membantu kat sini, pelbagai ittenary dia boleh suggestkan. Sesuailah macam orang tak habis study pasal Manila ni. 

Kalau di Manila ak banyak gunakan teksi warna putih, make sure mereka menggunakan meter ok, sebab Ada yang senang2 letak harga.. Selain tu Ada teksi warna kuning, aku seakan merasa poket seluar aku rabak bila tengok meter teksi ni mencanak2, rate dia mahal sikit..

menara petron pun ada!

Untuk hari pertama, biasalah dah bandar besar, kaedahnya masuk keluar shopping complex je la, barang-barang sini harga pun lebih kurang je dengan KL, takde bezanya. cuma agak menyesal bawa banyak roti gardenia sebab berlambak roti gardenia kat manila.. huh macam mana tu?


even perasa butterscotch pun ada.. 
semua pakai kertas na.. no plactic bag!
sekali sekala try juga naik jeepney, keadaannya macam ni, dia macam angkutan kota kat indonesia, tapi kat sini yang bestnya bila orang naik terus kene bayar tambang.. elakkan duduk di bahagian dalam sebab semua orang akan pass-pass duit dari belakang ke depan dan yang last tu kene kasik duit kat driver.. errrrr aku tak tau apa nak khabaq kat depa.. mana reti cakap tagalog.. haha panic sekejap
Seharian berjalan di bandar Manila, aku ke taal volcano pada keesokan harinya lagi, ye lah aku tak suka duduk bandar besar camni. Baik balik KL je ye dak? 

Perjalanan ke Taal volcano mengambil masa sejam setengah jika menyewa kenderaan sendiri ataupun 2 jam setengah dengan menggunakan bas awam. Kebiasaannya setiap hostel Ada sediakan group tour satu van untuk 8 orang berharga P3500, so boleh kongsi tapi masa aku kat hostel takde orang yang sign up. Jadinya untuk size group yang kecil bolehlah mengambil teksi dengan harga P2500 up to 4 people ataupun nak lagi murah naik bas awam dengan harga P90 ke Tagaytay Dan bertukar 2 jeepney kat sana untuk ke jetty.

Disebabkan Taal Volcano ni terjadi di tengah laut, korang perlulah menaiki boat untuk ke seberang, aku ambik dari Jojo suriano dapatlah murah P1500 untuk 2 orang.. 


Sampai di sana memang takde orang yang hiking semua guna kuda, bayaran P600 per person utk kuda dan fees.. 

Aktiviti ni sesuai untuk one-
day activities since aku menunggu seorang member lagi yang bakal tiba pada belah petang tersebut, tema lari dari kota. Aku try pada asalnya nak naik bas awam tu tapi bila sampai bus terminal memang terus mood itu hilang dengan sendirinya menyaksikan rakyat negara ni yang sangat padat.. memang tak tahan lah, ditambah pula dengan kondusi pengangkutan awam yang tidak seberapa berkesan tu..

even nak naik jejantas untuk menyeberang jalan pun sesak, ini pula nak rasa naik metro LRT kat manila.. adoii


Jadi dengan selamba badak aku ambil teksi semula dan balik ke hostel, dari hostel aku suruh orang hostel arrange kan dan tadaaa datang sebiji teksi.. sit & relax~ tak larat..

pemandangan taal Volcano dari tagaytay





aku dapat harga untuk tourist fee + horse riding denga P600~ taktau la kenapa dia bagi murah, tapi kami sampai dah lambat sikit.. cam tengahhari tu murah sikit rasanya





Hampir jam 5 petang aku terpaksalah balik semula ke hostel, sebab janji dengan Amir nak jumpa kat area hostel kami, Amir dari KL datang sengsorang layan perasaan dalam flight 3 jam tu.. sebabnya dia ada exam on weekend, dan sebab tu lah aku kene stay kat KK then buang masa kat Manila... tujuan membuang masa je, kang takut susah pula dia nak catch-up dengan ittenary ni..almaklumlah ahli baru..hehe

sempat lepak katMcD depan junction nak tunggu kawan aku tuh, katanya nak datang dengan harga paling murah taknak naik teksi.. 

So sharp at 5 memang dah sampai dah, jadi aku pun bawa la backpack masing-masing menuju ke Sampaloc, area sini pun still dalam manila, cuma tak sehebat Makati city ni, memang 2 tempat yang berlainan, takde pun bangunan tinggi-tinggi kat sini.. sampai macam tu sekali jurang antara 2 city dalam Manila ni..

Kat sini aku akan ambil bas ke Benaue, perjalanan mengambil masa 9 jam, jadi sesuailah jalan waktu malam, save tempat tidur.. tapi bertabahlah sebab kondusi bas ni yang memang rasa korang taknak dah tidur dalam tuh, haha tambang bas ke Benaue ni berharga P450..

Area perhentian bas kat Manila ni pelik sikit, sebab dia letak ikut company, contoh nya company A semua bas dia kat situ. kalau bas company lain mungkin kat simpang lagi satu.. bukan satu je station bas dia, bersepah-sepah.. pelik kan.

Area untuk company Ohayami ni terletak di junction antara Fajardo street dan Lacson avenue (berbelit lidah feelin2 latin ni...)



untuk ke Benaue ni ada 2 company rasanya tapi sekarang tinggal satu je kalau tak silap aku, iaitu Ohayami company, cam dah nama jepun pulak.  Jadual perlepasan ke Benaue boleh di semak dan ditempah dari sini

Setelah menempah ticket, aku tinggalkan beg kat sini dan keluar mencari makanan dan pape keperluan lain.. seperti baju sejuk.. ye baju sejuk sebab ramai orang kata bas ni akan pasang air-cond macam freezer, terus aku takut dan beli baju sejuk.. tapi taklah setebal mana pun, tapi cukuplah daripada mengiggil dalam bas tuh..

Kami sempat ke Mall of Asia, katanya shopping complex terbesar di Asia, emmm ye kot, agak besar.. tak habis round pun.. haha





 Selesai membeli belah.. owh tidak perjalanan masih jauh, berani ke nak membeli belah? haha aku berangkat semula ke station bas di Sampaloc tuh~ tempat menunggu bas ni ade wifi ok! walaupun nampak cam tak cyber sangat tempat ni, tapi ada wifi.. boleh check-in.. haha

Tepat jam 10.30mlm bas ni berangkat, dan tiba tepat dengan apa yang terjadual..

bersambung....

4 comments:

Janggel / Rain said...

Wah wah banyaknya roti gardenia kat situ... yang best nya shopping pakai paperbag! Cayalah.

shah_rule said...

eco friendly tema nye.. haha
bandar sni nampak cam best, tapi ak tak rase bole stay lelame, mesti stress... haha nak naik jeepney ari2,,hectic sgt~

Biqque said...

wah pegi benaue ke? bestnyerrrrr!

Rozita said...

Okehhh cepat sambung lagi ye doc !