ADVERTISEMENT

Fun run 2.0 Benaue & Batad village

Whats Up geng, lama sungguh aku tak meng-hapdate blog yang di telan zaman ni, maklumlah sibuk dengan raya sibuk dengan kerja yang tak sudah-sudah.. Jadi moh kite sambung entry trip yang lepas..

_______________________________________________________________________

Perjalanan bas menaiki bas malam ke Benaue dari Manila mengambil masa 9 jam, oleh kerana bas ni bergerak malam, maka save la budget penginapan kitorang, haha dah jadual perjalanan memang sangat tepat, jam 730 pagi bas selamat tiba di Benaue.

Benaue ni kawasan hulu kampung ok, rasa macam back to 70's je environment dia..



Sewaktu turun dari bas, para-para travel guide atau ejen tak rasmi berebut-rebut menyambut kedatangan kami, oleh sebab aku ada sehari je memandangkan malam dah kene naik bas balek ke Manila, jadi aku main pick je memana guider tuh.. jimat masa sikit dan dia boleh anggarkan mana yang sempat dan mana yang tak sempat.

Kami di bawa ke satu rumah penginapan dipanggil friends lodge & restaurant, baik hati orang ni sebab dia kasi aku guna toilet, letak barang dalam bilik simpanan semua.. tapi berbayar lah ok.. even nak charging phone pun kene bayar.. sangat bertemakan Airasia, pay what you want..  semua dengan harga P50.. simpan barang P50, mandi P50, charging P20..


Selesai siapkan diri, kitorang dipanggil duduk2 di kafeteria, kelas kaw view die.. haha kat sini dia bagi quatation harga dan anggaran waktu yang sempat kitorang buat kat Benaue ni.

kami mengambil trip ke Benaue main viewpoint, dan seterusnye ke sadle point for batad village & Tappiah falls.


harga untuk rujukan, basically boleh tawar menawar jugak, dan jeepney rate tuh boleh kongsi ramai2.. 

sebab ada2 paddy field yang berbeza kat sekitar Benaue, yang dekat dengan kawasan town ni adalah Benaue paddy rice, nampak sangat menghijau dari bawah ni. tapi yang under UNESCO tu paddy field kat Batad Village.katanya dah 2000 tahun, tapi view 2 tempat ni memang lain sikit.. dan of course nak ke Batad Village tuh sangat mencabar..

Diakhirnya kami bersetuju dengan harga P200 untuk kami bertiga melawat sekitar paddy field di Benaue. Dan P3600 untuk ke Batad Village ditemani seorang tourist guide bernama "Lancer".. aku pun tak tahu camne boleh terambil tourist guide ni, tapi layan je la sebab banyak sikit input yang boleh diberi ye tak.. sebab aku bertiga je, jadi mahal sikit lah harganya, tapi kalau pergi sampai 10 orang boleh la share P3600 tu sebab dia macam sewa satu jeepney yang boleh naik sampai belas orang.

kami menghabiskan masa hampir sejam juga, dengan menaiki motor taxi, yang seakan tuk-tuk. kalau tak silap kat sini dipanggil motoride, menaiki jalan berbukit.. ada banyak perhentian atau check point dia.. setiap satu check point akan ada kedai sourvenier.. meriah juga, tapi tak ramai pun kelibat pelancong time ni, mungkin sebab awal lagi time aku terjah kawasan ni, sebab nak kejar masa nak masuk ke Batad pula lepas ni.

Benaue main viewpoint





Setelah sampai semula ke Friends Lodge & Restaurant kami disambut oleh Lancer, our guide, selamba je dia dengan seluar pendek dan selipar.. nak trekking ni.. tapi mungkin dah biasa bagi mereka di sini..

Jalan menuju ke check point sebelum bermulanya trekking pun dah nak ambil masa 1 jam.. nak menurun ke Batad Village pulak dekat 1 jam menapak.. kawasan kami turun dari jeepney ni dipanggil sadle point.. 2 jam selepas ini adalah sangat menyeksakan, tapi siapa sangka.. kami mampu, haha

dari deck lookout point di saddle point.. ini jalan yang dah ditempuhi dengan jeepney, penuh dengan laluan bukit bakau..
ini yang bakal ditempuhi, nampak tak perkampungan di tengah2 bukit bakau ni..

Apabila sampai di Batad, setiap pengunjung di kena kan heritage fees sebanyak P50. View memang cantik kat sini. Dalam perjalanan tadi pun nampak banyak orang lalu lalang menggunakan track yang sama mengangkat barang2, memang tiada jalan alternatif lain langsung, bab paling sedih bila dia kata walaupun orang kat sini sakit, dan nampak tiada harapan, dia takkan angkat naik ke atas.. lagipun kebanyakkan hospital di Benaue adalah private hospital.. takde pun hospital awam macam kat malaysia.


warna padi kat sini lebih kuning berbanding dengan Benaue paddy field
bebudak sini pun tekun ulang-alik angkat baldi air..

setelah menikmati angin di Batad, kami meneruskan lagi perjalanan ke air terjun Tapihah falls.. ingatkan dekat, tapi memang aku terpaksa jem sekejap kat tengah jalan.. akhirnya Feyo tak lepas nak habiskan task ini.. haha tapi aku boleh je habiskan, dah alang2 sampai kene lah habiskan..


View while crossing the paddy field

memang banyak cerita aku dengar dari Lancer, katanya kalau time peak season memang ramai orang turun ke Batad dan ramai juga yang nangis sebab tak larat nak naik balek.. mostly kalau on the way ke Batad memang menurun je jalan dia, dan bila nak balek tuh yang mencabar sikit, different sikit dengan routine biasa hiking ni, sebah hiking di saat akhir, sepatutnya naik dulu baru turun ye tak,



Posing sikit..
begitulah masa yang dihabiskan di Batad, memang rasa nak nangis mujur lah ada bawak coklat, like given extra energy, kepada sesiapa yang mencuba sila bawa coklat bersama ok, sebab glucose tuh boleh convert terus kepada energy serta merta.

riding on the top of jeepney... 
Jadi kami kembali menaiki jeepney untuk pulang ke Beanaue town untuk siap-siap dan menaiki semula bas jam 7 malam ke manila... tak mustahil nak buat trip macam ni, tapi memang penat gila lah sebab seharian berjalan..

7 comments:

farel said...

wow!. memang best view die bro.. anyway trip yg mmg adventure sgt!..

shah_rule said...

ye la, memang penat gila buat trip ni, semua orang masuk bas terus senyap tak cakap pape.. memang lepak habis la.. di tambah dengan bas yang tak berape best sgt seat die. ayoo.. at least we done once, never ever repeating it again.. haha

Henry Fox said...

bergaya sungguh kwn pompuan ko tu siap bawak bakul berkelah lagi. cool.

shah_rule said...

HAHAHA kan, mode picnic katanye, last2 tersadai di tengah bendang sebab dah tak larat.. nak berborak pun tak boleh masing2 semput.. haha

mrs.smile said...

View dia memang superb aahh..
kalau MS turun..rasanya mcm hazab jer nak naik balik atas :D

masMZ KaKiJaLaN said...

Harus air terjun dia sejuk mengigit jari...... wooooo best jalan langit biru :D

shah_rule said...

MS: haha azab sangat time nak naik tuh.. bukan kitorang je cakap, cam semua orang cakap camtu.. kecuali orang kampung dia.haha

Mas: best jalan matahari terik.. sunburn!