ADVERTISEMENT

Trip Down_under 12.0 : North Island, NZ

Next day in Hamilton, as what i say before nothing much things to do or to see here. Yang ada tarikan utama di Hamilton adalah Hamilton Garden, the biggest garden in new zealand ok.. tapi disebabkan tak beberape kene dengan musim yang kami dating make terima sahaja lah spa yang bole dijadikan santapan mata di pagi hari di Hamilton..

Kami bangun pun agak awak, walaupun hari ini adalah hari sabtu CiK Eton tetap bangun awal sebab kerja, tapi tempat kerja dia sebelah rumah je.. kat Geriatric centre. Ape tuh? google sendiri...hehe uncle david plak tak berkerja pada hujung minggu, tapi tau tak ape hobi dia kalau time cuti???

Kata Cik Eton orang new zealand ni tak betul sikit, kalau time cuti ada dia bawak kereta dia masuk ke highway (bukan jalan besar pun) bawak kereta laju-laju.. selalunya dari Hamilton pergi ke Cambridge (town berdekatan) lepas tu balek semula ke rumah.. without any purpose~ saje lepas stress katenye.. tapi bila bukak garage kereta uncle david pagi tuh.. damnnnnnn i can believe my eyes now

kereta uncle bond ni..jangan main main..!

Excited kawan aku sorang ni sebab nampak kereta ni, beriya dia tolong uncle david polish-polish kereta dia pagi tuh.. dapat round-round pagi naik kereta tu, excited bole??? yang kitorang lain masih mamai mamai lagi..yela cuaca sejuk faham-faham je la..

Tmpat Cik Eton kerja..

Bila matahari dah naik baru kitorang memulakan misi Hamilton (cewah padahal nak jalan-jalan ke Garden dan town dia je) semua ni dilakukan dengan berjalan kaki sahaja, tak jauh sangat pun nak ke Garden dari rumah Cik Eton, dan disebabkan weekend, ramai juga orang datang ke sini..

Jim boy pun nap ikut..
Kawasan Garden ni memang besar, taman-taman dia bertemakan negara-negara luar.. contohnya ada tema jepun, US garden, india, China.. kalau datang time spring sure cantik.. ramai juga pengunjung luar  Hamilton yang turur berkunjung kat sini.. aku terjumpa warga malaysia kat sini yang asalnya melawat anak dia yang belajar di Auckland, tapi Auckland bosan jugak kate dia, tuh datang ke Hamilton jalan-jalan..








Kemudian kami sekali lagi menyambung perjalanan ke kawasan Hamilton town.. jauh jugak perjalanan tapi usaha kitorang sia-sia je sebab banyak kedai yang tutup di hujung minggu. Kedai-kedai sourvenier pun tutup.. Terus kami jalan pulang ke rumah Cik Eton..

Bandar yang sepi

Tengok air pancut ni je la agaknya tujuan dtg sini..

empty road

Waikato river, orang sini kata sungai ni sungai terbesar kat North island dan sungai yang paling tercemar kt NZ..
tak tahu la kebenarannya..

Cik Eton sekali lagi mengajak aku meneman dia pergi beli barang rumah lagi..sebab memang selalu hujung minggu dia akan shopping barang rumah.. *ni memang kerja rutin aku kalo kat rumah.. mak aku pun camni jugak, xde orang lain dia nak ajak!


Selepas selesai makan dan bersantai dalam rumah, Rashid mengajak kitorang keluar, kali ni pergi satu tempat yang terbesar di NZ jugak.. Te Awa shooping complex terbesar kat NZ yer juga terletak didalam daerah Hamilton.. Kedai-kedai pun biasa-biasa juga rasa macam pergi shopping complex biasa je tak ubah seperti rasa di Kl mahupun JB (motif JB?)

Dah macam kilang Aiwa plak. haha
 Dan selain itu juga kami sempat print gambar kami berempat menggunakan printer express kat kedai photo kemudian lekatkan kat fridge Cik Eton sebagai tanda terima kasih.. ingatlah kami selalu..hehe

Selepas selesai segalanya kami hanya berehat di rumah Cik Eton, sehinggalah sampai waktu malam di mana kami menyambung perjalanan kami.. tamatlah sudah masa kami habiskan di Hamilton.. Memang satu persinggahan yang tak terduga dan tak dapat di balas jasa baik Cik Eton terhadap kami.





Bertemu dgn warga malaysia lagi.. tekun makcik tu tgk kamera, nak buat candid ni.. haha
Sebelum sampai ke rumah Rashid membawa kami singgah sekejap ke Universty Waikato tempat dia belajar..Ada barang dia nak ambil masa ni jadi bawa kami sekali.. Sekaligus dapatlah gambaran macam mana deorang survive belajar kat sini..


Cantik ada tasik dalam Uni..ekh cam ada je kat UM kan, landang lembu pun ada dalam UPM.. haha

feeling-feeling student life!! 


Symbol of eternity in maori...

Malam tu Cik Eton pulak yang sibuk kemaskan beg makanan kami.. mana yang dah lama dia buang, dia gantikan macam-macam lagi dia masukkan dalam beg tuh.. we found family here.. rasa sangat sedih time nak balek, dan Insyaallah mungkin satu hari nanti kami dapat bertemu kembali..

Bergambar sebelum balek.. 

Thats how Hamilton people treat us.. look to sign again make me sad..

Where's next? stay tuned~

Trip Down_under 11.0 : North Island, NZ

Kali ini aku menumpang (cam buruk je bunyi menumpang) di rumah Robert Moore~ takpelah sedar diri sikit.. Rumah dia ni seriously antique weh~ tak sangka plak yang tinggal dalam dia semua remaja-remaja cam kitorang gak.. Robert pun sebaya dengan aku dan housemate yang lain pun sama.. Semua baru lepas menjejakkan kaki ke dunia pekerjaan selepas tamat degree.. Same like us la.

Malam tu Rashid yang hantar kitorang ke rumah Robert, memang tak beberapa jauh pun.. Jadi perkenalan bermula dari malam itu chit chat sampai ke pagi. Dan bila pagi rasa sejuk tu memang lain macam sikit mungkin sebab rumah ni rumah papan kot.

Di pagi hari tu semua keluar pergi kerja dan kitorang tinggal kat rumah dia, lagipun kitorang takde plan pape lagi pagi tuh selain berkemas dan balek ke rumah Cik Eton. Cuma tunggu Rashid datang ambil kitorang. Boleh tak tetiba ada driver.. Suka hati btol!!!


Bila kami meninggalkan rumah tersebut, kunci rumah still ada pada aku sebab semua kat tempat kerja, jadi petang nanti we plan untuk buat farewell party dengan deorang.. Its what normally kitorang buat untuk couchsurfer.. dah dia kasi tidur kat rumah dia kan..

Bila sampai je rumah Cik Eton tetiba dia cakap, stocking korang ni tak cukup tebal ni, terus dia keluarkan ni..
"ambik sorang satu" speechless!

Sampai di rumah Cik Eton sibuk tanya kitorang nak masak apa, since most of them veggie so Cik Eton suggest untuk buat Chappati + Kuah dal + terung goreng.. Apekah??? Layan je dan meh ikut Cik eton beli barang.. haha

Rainbow

sape kate duduk oversea tak makan belacan? haha
Kicap kipas udang pun ade~ 
Kebetulan hari ni adalah hari jumaat, Rashid bawak kitorang pergi masjid Hamilton.. Memang ramai juga warga malaysia kat sini but most of them adalah student di Uni Waikato. Terserempak dengan seorang Dr anaesth kat sini, dapat juga lah dia kongsi cerita macam mana kerja kat NZ walaupun perjumpaan itu singkat.. Dan dia siap offer kalau nak pergi mana-mana dia boleh hantarkan.. tapi kami menolak sebab malas nak susahkan sesapa..

Abg Izhar pula tetiba mengajak kitorang makan malam kat rumah dia malam nanti, baru je berkenalan terus ajak datang rumah.. Kuat btol bond rakyat malaysia kat sini.. Bangga tak jadi rakyat malaysia? haha

So petang tuh selesai masak-masak kami pun kembali ke rumah Robert, bila waktu hujan langit gelap rumah ni nampak scary plak.. sepatutnya petang ni Robert ajak aku turun memeriahkan program reformasi dia.. sebenarnya dia ni pihak pembangkang ok.. takut plak nak join, tapi as far from what i hear memang negara deorang bebas buat benda-benda macam ni, tapi disebabkan hujan.. aku tak pergi pun..

Inilah programe nyer yang sampai nak buat reformasi ni.. 
We survive -Haunted mansion.. haha
Di waktu malam pula seperti yang dijanji kami ke rumah Abg Izhar, banyak gila makanan isteri dia buat, dah macam sambut artis . ek tetiba~ anak-anak deorang ni lagi la memang mesra alam betul.. dan paling best bila kita tanya dalam bahasa melayu they only can reply in english.. habeslah nenek ko kat kampung makan hati dik..




Bersambung.....

Trip Down_under 10.0 : North Island, NZ


seawal 7am kami semua dah bersiap and ready to say good bye to all housemate here, sebelum pergi kami sempat memberi cenderhati, crystal cube malaysia kat owner hostel ni sebab walaupun kitorang stay berbayar tapi tetap rasa apa yang kami bayar tak cukup dengan apa yang mereka sediakan kat sini..

Pada pagi ni uncle tolong hantarkan kami ke bangunan i-site sebab bas kami ke Auckland dari situ, pape pun aku kami akan turun di Hamilton sebab masih banyak lagi waktu yang perlu di habiskan kat sini.. Hamilton bandar yang terletak berdekatan juga dengan Auckland, tapi bandar ni tak se-havoc Auckland, cuma ada student University dan old folks jee.. haha ramai sangat warga emas di NZ, ingat apa?

bus ke Rotorua

Dalam perjalanan bas ada berhenti di Rotorua, sebab kat sini dia akan tukar bas kalau nak ke Hamilton kene naik bas yang berhenti-henti lagi sebab bas yang kami naik terus express ke Auckland, jadi dia drop kan kitorang kat Rotorua, tapi dapat jalan2 kat i-site je, selang sejam menunggu bas pun sampai..

i-site Rotorua


Sampai di hamilton, agaknya time ni masing2 puas tertido dalam bas, bila sampai stesen bas terus mati kutu tak tau nak buat apa.. lagi satu kutu kesejukan, sedap betul nak layan blues masing-masing.. ok2 wake up, sebab kene buang masa dulu Robert pada waktu kami sampai, dia belum habis kerja lagi.. so dia kata boleh cari dia jam 4 petang camtuh.. tapi sebelum tu aku kene call dia dulu make sure dia tahu yang kitorang dah sampai..

Hamilton bus station.. first time tempat yg ade bus station yg proper, kalau tak sume tunggu tepi jalan je. 
Dari stesen bas kami pergi menerjah jalan di pekan Hamilton ni sebab nak cari i-site.. dari sini baru kami tahu kedudukan rumah Robert, agak jauh, tapi ada bas free kat Hamilton ni yang pusing pekan dia, siape tak suke benda free? tapi still kene menapak sikit untuk sampai area berdekatan rumah dia tuh..

i-site Hamilton
Jadi kami mengangkut kembali backpack, orang keliling pandang2 je mungkin sebab tak banyak traveller yang singgah sini, sebab nothing much to see.. tapi kitorang ke sini sebab nak menumpang je.. memang takde plan pape pun.. pasal Hamilton ni pun aku tak pernah research pape sebelum ni.. layan~

Sehinggalah kami tiba dia deretan kedai berdekatan dengan area rumah Robert, tapi time tu sure dia tak balek kerja lagi.. Jadi kami pun merayau dengan perut berkeruih ni.. Last2 masuk kedai jual daging halal, pekerja kat situ brother dari Somalia~ kemain suka lagi dia bila dengar kami bagi salam..

"brother u know where is halal restaurant aroud here?"

dia dengan semangatnya bawa kami keluar kedai tunjuk sini sana sini sana.. then kitorang pening nak pergi mana satu..

Lepas dia masuk, kitorang memang tak habis lagi diskus kedai mana, Roti? Kari?? segala macam keluar.. tetiba ada suara orang sapa dari belakang..

"korang semua ni dari mana??? where are you froooom?"

Time ni lah aku terjumpa Cik Eton, terus dia bawa kami balek rumah dia.. (cerita lanjut edisi lepas).. rumah cik Eton pun dalam 10 mnt berjalan ok, aku ingatkan dekat, gagah jugak dia ni berjalan, patutla berjiwa muda, selalu exercise rupanye..

Cik Eton ni orang singapore~ tapi ada budak malaysia yang tinggal dengan dia.. nama dia Rashid.. Dan memang ramai orang Malaysia kat sini semua kamcing dengan dia..

"Cik eton dulu tinggal rumah yang 3 bilik, memang selalu cik eton buat couchsurfing~ sebab tinggal ber-2 je, yang skarang cik eton pindah rumah 2 bilik, satu bilik tu dah sewa kat Rashid... kalau ada bilik kosong cik eton sure kasik korang je.. "

With Jimboy kat umah Cik Eton..
Macam-macamlah borak, cik eton duduk tanya kisah travel ni~ sebab 2 orang anak dia pun sekarang travel gak, sorang kat Europe sorang kat India~ bila husband dia (Uncle David) balek malam tuh, terus dia suruh kitorang tidur je kat rumah dia.. ada satu bilik kat dapur tuh untuk gegurlz dan yang lain tidur kat ruang tamu..

hidangan selepas dinner, freshly baked tau.
Tapi sebab kitorang dah janji dengan Robert, so kitorang cakap ngan Cik Eton malam esok baru kitorang tidur rumah dia plak... daripada takde tempat nak tidur last-last terus dapat offer yang tak pasal-pasal datang, itulah namanya rezeki di perantaun.. hehe

Bersambung..
*malas nak elobrate sangat entry ni sebab dah pernah update aritu masa kat sana..

Trip Down_under 9.0 : North Island, NZ


Kembali bersiaran dalam marathon trip down under..mane tak rase nak marathon nye sebab dah lame tertunggak, aku kalau boleh nak habiskan sebelum trip seterusnya yang akan datang.. wah ade plan lagi rupenye.. haha

Jadi hari ke-3 di North Island adalah hari penghabisan kami di Wellington, dalam misi menamatkan perjalanan sampai ke Auckland airport dalam masa seminggu setengah.. adoi sebab sepatutnya plan nak spend 1 week je kat north island tapi disebabkan flight yang selang 4 hari dari tarikh yang kami pilih adalah jauh lebih murah, why not spend more time here~ tapi kalau di fikir kos penginapan, mahu lingkup masing2 kan.. jadi sebab tuh la last minute bukak couchsurfing cari asal boleh je..

plan in north island? seriously memang takde plan, rasa ikut flow angin je.. mane die bertiup disitulah arah kami.. sebab mungkin dah rasa havoc plan south island sekian lama.. otak pun dah penat nak fikir..
apekah kesudahannya~ nanti aku habes marathon ok~

So seawal 5 pagi kitorang check out dari X-base dan menapak ke arah stesen bas.. stesen bas di wellington tak lah se-gah stesen pudu yang dah direnovate tuh, mahu pun stesen bas larkin yang besar lebar tuh.. (motip stesen bas larkin)

dia hanyalah stesen macam ko tunggu bas tepi jalan je.. berhadapan dengan mcD di Bunny street, seberang jalannya adalah stesen keratapi Wellington.. agak jauh jarak dia dari hostel kitorang, jalan kaki mahu makan masa 30mnt.. tapi masing2 gigih, dah la pagi pagi sejuk tambah pulak angin kat wellington ni memang kalau letak kerusi meja plastic tuh kat tepi laut, boleh melayang yer.. selamat ada menatang besar yang menambah berat memeluk dari belakang.. haha

Jadi bila sampai tuh masing-masing sibuk layan wifi free curi dari mcD.. selepas bas sampai, tunjukkan aje ticket nanti die check in sorang2 dan berkira jugak dia pasal beg-beg ni.. dah macam airasia plak~ so whatever la, kali ini kami menuju ke Napier.. perjalanan memakan masa 5 jam dari Wellington..

i-site Napier

Sampai di Napier, kami terpinga-pinga lagi, apakah yang harus aku buat kat sini, langit tak begitu cerah, bila masuk ke i-site.. barulah aku tau pasal cape kidnapper tuh hanya best time musim2 summer atau spring je kalau nak tengok banyak burung2 bermusim.. aisehhhh lagipun time winter memang takde bas yang masuk area tuh.. cuma kalau gigih nak drive, boleh je.. tapi memang digambarkan sangat tak best kalau masuk time winter..

Uncle kat i-site ni tolong call kan hostel yang telah kami book.. bila dia kate dia boleh call kan~ riak muka dia macam seronok pulak..

bila dia angkat phone call tuh, terus borak2 macam borak dengan member lame.. how are you.. long time no see bla bla bla.. at the end baru dia cakap pasal kami ber-4 yang baru sampai kat i-site.. siot kan~ tapi aku rase phone call ni thru internet kot.. free call je tuh.. sebab memang dia tak caj pape pun..

Hostel yang telah pun dipilihkan oleh nakedsleep untuk kami di napier adalah Portside Inn Backpacker Lodge., lokasi dia memang dekat dengan port dan mengambil masa sejam berjalan kaki dari town ok, sebab tuh dia sediakan free pick up tuh.. seriously 1 jam sebab kitorang try jalan kaki ok.. taubat tak nak jalan dah..



memang rasa duduk dalam area port, siap ada train bawak kontena lalu lintas depan hostel.. 

Owner hostel ni suami isteri yang takde keje mengubah rumah mereka menjadi backpacker lodge. sangat convinience, rasa macam rumah sendiri.. di rumah dia terdapat 2 orang warga hong kong yang dah tinggal as helper work exchange sebab dia 2 orang ni kerja kat mcD tapi kene kerja kemas2 jugak kat hostel selama 2 jam sehari.. tapi untuglah dapat stay for free.. Dan terkejutnya hanya kami ber-4 dan mereka ber-2 je yang duduk  kat situ.. tapi pape pun memang dia suruh buat macam rumah sendiri.. tak gituh?

Kalau nak ke town biasanya kalau keluar pagi2 boleh tumpang uncle sebab memang dia ke town pepagi tuh.. tapi kalau luar waktu tersebut memang dia tak layan, perhaps budak hong kong 2 orang tu memang pergi kerja sekali dengan uncle.. balek naik bas.. dia pun serik nak jalan kaki..

Petang selepas check in tu maklumlah jiwa muda, darah manis kami gigih nak mencuba jalan kaki ke town.. dan ke hypermarket borong stock makanan.. tapi bila sampai memang sangat meletihkan.. terpaksa lah beli terus barang2 untuk 2 hari kat sini.. and that it, we not gonna come to the town again.. haha
Berbelanje di Pak n save,

malam tuh banyak masa di habiskan dengan berbual-bual dan makan malam bersama-sama walaupun semua masak lain2.. memang rasa warm je isi rumah ni.. selain tu aku banyak menghabiskan masa mencari couchsurfing sekitar napier, sebab banyak sangat masa tambahan kat north ni..

on the next day, aku taktau nak jadi apa, selain berjalan-jalan di tepi laut menikmati keindahan alam, kami cuma masak-masak jad orang pemalas dan menonton citer the lord of the ring.. dari trilogy 1 sampai yang last.. dahlah tengok pakai projector plak tuh.. matilah orang tengok keburukan perangai kami.. adakah perasaan itu lain bila tengok citer tu kt NZ? memang takde keje kan..

Semua benda ada dalam hostel ni, dan buah buahan sume die kasik free,..
light tower near the hostel...

Surrounding look peaceful.. 
See.. buat cam rumah sendiri.. 
Dan akhirnya mesej di Couchsurfer terbalas, Robert moore from Hamilton willing nak pungut kami semua di Hamilton.. plan untuk 2 hari kat Hamilton before heading to Pukekohe.. tuh pun dah berapa kali adjust dah pasal Pukekohe sebab kitorang tukar plan last minute, sebab sejak aku start pakai couchsurfing lagi couple from Pukekohe Lynn and John dah awal2 accept kami ber-4.. tapi disebabkan masa dipanjangkan lagi di North island, maka aku tambah2 lagi plan sebab takkan nak menumpang rumah dia lama sangat ye tak~

Before we leave, the owner ask to tag our country in the map.. macam macam pulak tuh dia tanya.. 
Jadi here the plan, after Napier kitorang terpaksa tukar laluan untuk singgah di Hamilton sebelum sampai  ke Pukekohe. Tiket camne? Aku terus tukar on the spot time naik bas tuh, sebab bila sampai di Rotorua bas akan berhenti kat sini dia akan divide bas lagi.. nanti aku sambung ok~


Sekian dulu.